Dah lama betul tak blog hopping... kebelakangan ni, I cuma ke cyber cafe 1 jam sajor. Mentang menatang la my asben boleh surf kat tempat kerja dia kan..so I cuma berpeluang masuk internet 1 jam sajor hu hu hu hu..sedayyyy sop sop sop..sambil ambil tissue lap air mata dan air hidung.
Tapi masa 1 jam tu I gunakan sebaik baiknya, nak baca semua blog kengkawan sure tak sempat kan, so what I do is, I pegi ke blog and I save dalam flash drive..balik umah baru I baca. Cukup la untuk jadikan aktiviti sepanjang minggu. Ada sedih, ada kelakar.... Ada satu entry by AkakPokPek, buatkan I ketawa 3 hari 3 malam.... Disini I ambil petikan dari lawak international itu AkakPokPek itew:
An Arab was interviewed at the US Embassy for a U.S.A. Visa.
Consul : What is your name?
Arab: Abdul Aziz
Consul: Sex?
Arab : Six to ten times a week
Consul: I mean, male or female?
Arab : both male and female and sometimes even camels
Consul: Holy cow!
Arab : Yes, cows and dogs too!!!!
Consul: Man,........isn't it hostile?
Arab :Horse style, dog style, any style
Consul: Oh..........dear!
Arab :Deer? No deer, they run too fast!
Monday, August 27, 2007
Rindu Blog-hoppig
Ngomel by Aina@Azila at 11:43 AM 5 comments
Monday, August 20, 2007
Bumi yg Gersang
Sebelah kiri..tembok batu mengalah kan kubu pertahanan. Can u see the sold gate? Tak der chance I nak mengintai orang dan tak der chance orang nak mengintai I.
Kalau I bosan, I akan panjat tembok kat balcony rumah I, ini lah pandangan dia. Sunyi sepi, semua orang berkurung dalam rumah sebab panas. Rumah kat sini semuanyer berkotak kotak.
Toleh sebalah kanan, I di hadiahkan dengan laman yang gersang, kering kontang.
Dalam keadaan yang kering kontang ni, ada jugak pokok yang gigih nak tumbuh jugak. Tak sanggup tengok pokok itu mati kekeringan, I pun meringan kan tangan menyiram pokok pokok tersebut setiap petang….at least ada la excersise sikit kan…
Inilah hasilnya… pokok apa entah. pokok apa entah. Yang sebelah kanan tu, tinggi dia dah dekat 1 meter, yang sebelah kiri tu, kat paras lutut. Dan ada lah beberap tumpuk rumput, yang gigih berusaha untuk hidup. Entahkan dia boleh hidup sampai musim sejuk yang akan datang entahkan tidak… I pun tak tau!!!
Selain dari menyiram pokok di bumi yang gersang ini, I jugak bermurah hati beri kucing kucing liar makan. I suka tengok bila nasi yang I bagi kat kucing kucing tu habis licin. (kucing tu cuma akan datang makan lepas I masuk rumah, dia takut kat orang) Tak macam jamu my asben, dia makan sikit saja. Rasa frust sangat kalau masak orang tak makan. Baik I jamu kucing.
Ngomel by Aina@Azila at 1:57 AM 7 comments
Saturday, August 11, 2007
Panas
Genap sebulan I tak update blog. Sejak balik ke Doha dari Abu Dhabi hari tu I malas nak ke cyber cafe, cuaca sekarang panas sangat. Kalau nak tahu betapa panasnya di sini, mai I nak cerita sikit; Satu hari tu I beli telur banyak, so tak muat petisejuk, I letak jer kat luar (FYI, dapur umah I tak der aircon). Selepas seminggu, nak tahu, telur tu dah suku masak. Taruk kicap, dah boleh makan he he he...
Sejak balik dari Abu Dhabi, tak banyak cerita yang I nak ceritakan sebab setiap hari I aktiviti I "membela badan"...aktiviti 4 M; Masak, Makan, Menonton TV dan Membuta.
Dari segi perkambangan pulak...tak banyaak, masih tak dapat Residen Permit, tak ada internet kat rumah.. Oh yer... kereta dah upgrade dari Mitsubishi Lancer 1.3 to Toyota Corolla 1.8. Kedai kereta sewa tu kasi Corolla 1.8 pada harga yang sama dgn Lancer 1.3 sebab kite orang sewa dah lama dengan dia orang..ok laa...EEErr yang pasti badan I dah berkembang.
Sekarang ni tengah memikir, visa run akan datang nak ke Abu Dhabi ke ke Bahrain?
Ngomel by Aina@Azila at 9:09 PM 8 comments
