Thursday, September 25, 2008

Selamat Balik Kampung

Salam semua,

Hari ni Jumaat, hari terakhir kerja... I rasa ramai yang akan memulakan perjalanan pulang balik kampung untuk berhari raya. Kepada semua pembaca blog ini, I ingin mengucapkan "SELAMAT JALAN" dan "MEMANDULAH DENGAN BERHATI HATI".....Pakailah tali pinggang keledar, jangan laa setakat pakai tali pingang seluar jer yer.....

Bila dah balik kampung tu, mesti ramai yang tak berpeluang berinternet, jadi di sini Iingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, andai ada salah kata-kata, ampun dan maaf diminta. Mana laa tahu, kalau ada kata kata dalam blog ni yang menyingung perasaan sesiapa, maaf lah yer.

Kepada pembaca2 yang kenal I personally, I juga ingin meminta maaf kalau ada salah dan silap laku I. I ni memang tak pandai sangat nak berkawan dengan orang, tak pandai nak jaga hari kawan...so maaf lah yer.

Monday, September 22, 2008

Masak lagi....

Lama tak update, sekali update 3 entry sekali gus.

Selepas seminggu I asyik tidor jer, Lepas tu I kena penyakit masak pulak...asyik nak masak jer... elok laa tu, tidur, bangun, masak, makan...Nasib baik I guna Lumiglow, I melantak macam mana pun berat I maintain 49-50kg. Banyak I makan, banyak laa I membuang, so makanan tu tak sempat jadi lemak laa kan.

Antara menu yang I masak, ialah Udang Butter. Resepi ni, I dapat ilham masa duduk kat Abu Dhabi dulu. Ini fevorate my habibi.

Mula mula, cairkan butter dalam pinggan..I guna pinggan jer sebab nak makan dua orang, cukup laa kan.

Gaulkan udang dengan kunyit, garam dan sos tiram. Tuangkan ke dalam bekas berisi butter cair tadi.

Aturkan bawang besar, dan tomato di atas udang supaya air tomato tu turun dan bercampur dengan air udang di bawah. Lebih sedap kalau ada capsicum yang dipotong dadu. Sebab I tak ada capsicum, I taburkan bunga kobis jer...... Lepas tu bakar 15 minit.

Dihidang bersama sup cendawan (cendawan yang tak habis buat tomyam hari tu)...sempoi jer.

Biskut Raya

Tahun ni, I buat satu jer biskut biskut raya... biskut orang malas..cornflakes madu. Tapi I like, I like....

Ini lah dia...biskut yang I buat, start jam 2.30pagi, siap semua jam 4.30 pagi. Nak buat biskut ni senang jer, tapi, biskut..apa apa biskut pun, lecehhh..kena buat satu satu dan bakar, keluarkan...sejukkan, masukkan batch lain pulak. Buat satu satu, bakar, tunggu... I think, I suka buat cake lagi laa. Buat cake senang, sekali bancuh, tuang dan bakar...siap.

Tom Yam Penyu

Week end lepas, I belajar cara masak Tom Yam ala Penyu.... oppsss jangan salah faham pulak, bukannya penyu tu dibuat lauk tom yam, tapi kaum kerabat penyu iaitu udang dan sotong. (hishhh ...tak boleh buat tom yam penyu, nanti tak pasal pasal I kena saman dengan Pencinta Alam sebab Penyu ni binatang protected).

Mula mula, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, serai, daun limau purut dan cili padi (serai dan cili padi di ketuk ...ketuk laa dengan apa cara sekali pun, asalkan dia pecah).

Bila dah berbau wangi tu (mesti tau bezakan bau wangi dan bau hangit tau... hangit pun berbau jugak), masukan cili boh dan pes tom yam. Kacau. Lepas tu tambahkan air.

Lepas tu, campurkan susu cair (evaporated milk) dan masukkan adik beradik penyu yang lain tu, udang dan sotong. Kalau nak campur ayam dan daging pun OK jugak. Sebab yang masak ni Cik Penyu, so dia guna udang dan sotong laaaa.... Jangan lupa, masukkan garam secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan sayur sayur... hari tu Cik Penyu guna cendawan, bunga kobis dan tomato. Akhir sekali, perahkan limau nipis. Hari tu tak ada limau nipis, so terpaksalaa guna limau kasturi. Tapi limau kasturi tak masam sangat, so, we all tambah asam keping..hmmm ok gak.

Bila dan siap, boleh laa dihidang dengan nasi atau mee atau mihun....

Saturday, September 20, 2008

Kena Bedil




Salam semua, sorry guys, am not in mood to update my blog. Lately ni I rasa letih sangat sangat.... hari hari I tido pengsan sampai jam 4 petang.... hihihihi, maknanya, I cuma berpuasa 3 jam++ saja.




Rumah I pulak bersepah macam tongkang kena bedil, elok laa tu...sebab tuan rumah tidur pengsan macam orang kena bedil. Kepada sesiapa yang berhasrat nak datang ke rumah I sehari dua ni, mintak maaf mayak manyak laa, kedatangan anda tak dialu-alukan. Harap maklum.

Monday, September 15, 2008

Gather Gather Togather



Weekend lepas, we had majlis berbuka pose dengan sedara sedara... bestnya bila makan ramai ramai begini. Kali ni kite orang berbuka di restoran.... Memang kecoh laa restoren tu bila 30++ family members ni berkumpul. Kedai tu macam dah jadi kite orang yang punyer. Siap pergi mintak pinggan dan sudu garfu sendiri kat dapur.


Tengah tunggu waktu berbuka ...tengok laa gelas air tu ha ha ha.... satu couple satu gelas...share.



Before......


After....licin semua pinggan...


Me and Azam (anak sedara no-4)

Tiga jejaka yang poyo... dari kiri, Achik (anak sedara no -5), Along (anak sedara no-1) dan Azam (anak sedara no-4)

Yang kecik kecik enjoy the cake... suker nyer die orang.

Thursday, September 11, 2008

Bonus Extra Bonanza

Bonus? Siapa yang TAK NAK bonus, angkat tangan... Tak der sorang pun yang angkat tangan. Semua orang nak bonus kan. Semua orang tak sabar nak tunggu bulan December, sebab bulan ni ialah bulan bonus. Ada yang akan dapat sebulan bonus, ada yang dapat dua bulan, ada jugak yang dapat sampai 12 bulan bonus. I rasa....tu laa maksimum kot. Tak der orang dapat lebih dari 12 bulan bonus.... 12 bulan bonus ni, bermakna, kerja setahun, tapi dapat gaji dua tahun. Cuba you all bayangkan, you all dapat bonus 12 bulan. Best tak? Sure best kan???


Ekceli, bulan ni pun bulan Bonus jugak.... Bulan ramadhan ialah Bulan Bonus Extra Bonanza. Bulan ni, kalau kita buat ibadah sikit pun, tapi pahalanya berlipat ganda. Cuma, bezanya...pahala tak dapat dilihat dengan mata seperti mana duit gaji. Kalau laa kita dapat lihat pahala yang masuk hari hari sepanjang Ramadhan ni, seperti mana kita nampak duit masuk dalam akaun kita.... I berani kerat jari (ini cuma peribahasa..bukan I nak kerat jari betul2 daa...) , semua orang berebut rebut nak gi masjid buat tarawikh seperti mana orang berebut rebut shopping kat S0G0 masa Bulan MegaSales, yer laaa buy one get two free kan....siapa yang tak nak.

Betapa besarnya bonus di bulan Ramandahn ni, setiap perkara yang kita lakukan (asalkan tidak bertentangan dengan agama), pasti dapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Bloghopping dengan niat nak eratkan silaturrahim pun dapat pahala. Hatta, dalam bulan ramadhan ni, bila kita berpuasa, kita tidur pun dapat pahala.

Maslahnya, bila kita sebut pahala ni, orang tak nampak. Cuba kita relatekan dalam hidup kita seharian. Orang tidur tapi dapat gaji..... best tak? best kan....Tapi, jangan mimpi laa... mana ada majikan di dunia ni nak kasi gaji kat perkerja yang tidur. Tapi, betapa Maha Pemurahnya Allah, kepada hambaNya yang berpuasa tapi tidur, tetap dapat pahala. Tambah tambah lagi orang yang berpuasa, lepas tu berzikir, bertahmid etc.

Bayangkan Bulan Ramadhan ni, kita solat tarawikh.... Kita selalu baca fadhilat solat tarawikh...tapi...kita tak terasa kebesarannya sebab kita tak nampak benda tu. Contohnya:

Fadhilat tarawikh malam ke-9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.


Subhanallah, besarnya fadhilat ini, bila "dinaikkan mutu ibadat kita sama dengan Rasulullah SAW".. Tapi kita tak nampak. Cuba sebut pada seseorang..."OK, kalau kau buat solat sunat 8 rakaat malam ni, ...... aku naikkan panggat engkau jadi Manager kat company ni , kau nak tak?" I bet, orang akan sanggup buat...siapa tak nak naik pangkat jadi Manager.


Well, kite tengok lagi satu contoh;

Fadhilat Tarawikh Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


Subahanallah, dapat istana di syurga you..... Tapi, masih lagi manusia ni tak nampak akan kebesaran fahdilat tersebut. Tapi, cuba kalau boss kita kata "Malam ni, kau pergi masjid buat solat sunat 8 rakaat, aku kasi kau sebuah bangko kat sebelah rumah Datuk K, kau nak tak?" Ishhh...siapa tak nak berjiran dengan Datuk K dan Datuk Siti kan. Jangan kan 8 rakaat, berjaga sepanjang malam pun sanggup kannnnnnn..... Betul tak?


Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Kalau boss kita kata, kau "kerja setahun" aku kasi kau "bonus 40 tahun gaji"..... bonus 40 tahun gaji????? Siapa yang yang rasa rasa dia tak nak dapat bonus 40 tahun gaji, angkat tangan. Tak der yang angkat tangan... Itu, "kerja setahun", dapat bonus 40 tahun gaji. Tapi Allah Maha Pemurah, cuma solat 8 rakaat satu malam (dalam masa 1 jam jer) dapat pahala 40 tahun ibadah.... Subahanallah.


Maaflaa, kalau ada yang salah anggap bila I buat andaian andaian seperti di atas. Bukan maksud I nak menyamakan fadhilat dari Allah dengan meterialistik di dunia ni. I cuma ingin memberi contoh, kalau ini lah tawaran yang kita dapat didunia ni, nescaya kita tak tolak....

Wednesday, September 10, 2008

Perginya Opocot

Dukacita dimaklumkan, ikan laga peliharaan Cik Penyu yang di bawah jagaan I, Opocot (I namakan dia Opocot sebab dia suka melatah bila diusik).. telah meninggal dunia hu hu hu hu.... sungguh terharu rasanya. Jasadnya disemadikan di dalam pasu kat balkoni rumah.

Pemergian Opocot hanya disedari oleh my habibi masa my habibi nak kasi makan dia...tengok2 dah tergolek hu hu hu hu .... Sedih pulak rasa bila tengok balang tu dah kosong. My habibi kata kat I, dia nak belikan I ikan baru sebagai ganti.

Apa laa nasib ....Mr Lappy dah baik, ikan pulak mati hu hu hu hu...... memang laa, bulan ni, entry I asyik entry sedih jer. Sabar jer laa hu hu hu hu.

Saturday, September 6, 2008

Tr0jan War



Hai trojan, kenapa laa kau serang lappy kesayangan aku. Kenapa? Apa salah ku? Penat tau aku berperang dengan kau, lepas aku bunuh bala tentera kau, kau hantar lagi banyak kat aku. Aku bunuh lagi, kau datang lagi dengan yang lebih kuat lagi. Canggih sungguh kau ni... mana laa aku larat.


Akhirnya, lappy ku cedera parah akibat peperangan yang kejam itu. Terpaksa di hantar ke hospital untuk di rawat.. Tapi Doktor Abang Long Pink tu kata my lappy dah terlalu kritikal, terpaksa di masukkan dalam ICU (unit rawatan rapi). Perlu dilakukan pembedahan segera. Segala isi kandungan dalam lappy I tak dapat diselamatkan lagi hu hu hu....


Semasa entry ini dibuat, my lappy still belum sedarkan diri, sedang dirawat oleh Dr Abang Long Pink. Entry ni pun di buat dengan belas ihsan my habibi yang amat laa kedekut membenarkan I guna lappy dia. Yes, dia punya lappy siap protected dengan password segala...make me wonder what is the secret content in this lappy??????? Should I curi curi investigate his lappy?? Should I or shouldn't I???. Tapi, setelah I manangis memujuk merayu dengan segala macam ugutan, akhirnya, dia kasi jugak i pakai lappy dia..tu pun kejap jer.


OK lah times up...time tu return back this lappy.


Hopefully my beloved lappy cepat sembuh so boleh laa I main internet lagi...(ekceli my lappy pun my habibi yg belikan).

Tuesday, September 2, 2008

1st Day Puasa

~Bismillahirrahmanirrahim~
Kepada semua yang wish I Happy Ramadhan dan Selamat Berpuasa tu, tenkiew very much. Sorry laa I tak bloghopping these few days, so I tak pergi wish kat blog blog kawan kawan. The reason is, my lappy diserang virus, tak ada damage apa apa, cuma asyik keluar warning bagai. Antivirus sedia ada dah expired. Dia nak suruh beli antivirus yang baru laa tu. So habibi suggest not to surf for few days sampai dia beli yang baru. Melayang laa duit raya I. Alhamdulillah lepas install the new antivirus, dapat laa tangkap 12 ekor virus yang ada dalam lappy I nih.

Alhamdulillah, semalam dah sempurna 1 hari puasa...1 out of 30.

Apa I buat semalam? Tidoooo...keh keh keh...1st day puasa mengalahkan budak sekolah baru belajar puasa. Ekceli, badan I rasa kurang sedap sama, rasa sengal2 macam nak kena flu tu. Agaknya kena jangkitan virus komputer kot. Cewahhh...alasan konon =P. Petang, I told habibi, I malas nak masak ..... so, we all pergi laa Pasar Ramadhan yang dekat dengan rumah. Nak kata dekat tak dekat sangat laa..kena naik kereta jugak. Kalau jalan kaki mau I buka puasa tepi jalan hu hu hu....

Tak tau la...sama ada I tak ada selera or memang jualan kat situ tak menarik hati I? Puas tawaf, at last I beli nasi campur; nasi putih separuh + 2 terung masak paceri + ikan keli masak cili + telur masin.... terkejut dengar harga dia RM5.50. Cekik darah betul, atau semua barang dah naik harga, I jer yang tak alert.

My habibi beli nasi tomato + ayam masak merah RM4.50. Itu jer hasil rembatan kite orang kat Pasar Ramadhan semalam. Pemanis pulut, I dah masak puding one day ealier sebab ada orang datang rumah sehari sebelum puasa tu.

Ok, now am struggling for the 2nd day of Puasa... 2 out of 30.