Sunday, December 28, 2008
Demam
Ngomel by Aina@Azila at 5:02 PM 7 comments
Saturday, December 27, 2008
Idolaku....
Dia memang cantik......
Ngomel by Aina@Azila at 2:49 AM 2 comments
Monday, December 22, 2008
Rezeki Allah
Gambar dari internet, sebab roti I dah habis masuk perut huhuhu.... Lupa nak amik gambar.Kalau ada sape-sape yang rasa bosan macam I, tak tau nak buat apa dengan barang-barang kat dalam peti sejuk tu, boleh laa cuba idea-idea creative macam kat bawah ni.....








Ngomel by Aina@Azila at 5:46 PM 4 comments
Sunday, December 14, 2008
Jalan Lagi Part 3
Tapi, malangnya, kat sini banyak sangat orang berjual. Mereka 'mendesak' kita untuk membeli. Rimasnya..... Gambar mamat di atas ni, dia ni mendesak nak ambil gambar polaroid "Photo buk photo buk"..tak kan tak nampak aku dah pegang camera. Last I bengang, I jawab "Mau photo ya, I snap gambar dia", tahu dia lari. 'Lalat-lalat' ni buatkan kite orang tak tenteram nak menikmati pemandangan yang indah dari situ.
Tapi, dalam tak banyak barang, I terbeli jugak sehelai t-shirt huhuhuhuhu...... Sepanjang masa shopping kat sini Pak Din, supir kite orang sentiasa ikut dan bawakan bakul untuk kite orang. Rasa kekok jugak, I ni bukannya orang kaya, sesekali di layan macam 'Mem Besar', rasa pelik.
Selepas tu, kite orang ke Mel Rimba untuk lunch. Sebelum makan, sempat bersiar-siar di taman dia yang amatlah cantiknya.
Lepas tu kite orang ke Gantola, iaitu tempat orang naik gantola. Tempat nya nun di atas bukit tu.
Pemandangan dari tempat gantole. Jelas kelihatan Masjid Al-Taawun hampir diselubungi kabus.
Pada hari tu kebetulan sekumpulan tentera udara sedang membuat latihan. Sedang bersiap untuk terbang.
Yee haa... macam best jer. Ini laa gantola nya... macam paracut. Actually die orang offer I untuk cuba...tapi tak berani, gayat laaa.
Last sebelum balik, kite orang singgah solat Zohor si Masjid Al-Ta'awun. Semibina masjid ni memang cantik. Tempat solat nya nyaman. Bilik air nya juga bersih.
Ngomel by Aina@Azila at 7:49 AM 6 comments
Saturday, December 13, 2008
KL Menjerit
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang kejadian ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.
- Pada 30 Nov, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.
- Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.
- Kejadian tanah runtuh pukul 4.00 pagi tadi yang menimbuskan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama telah mengorbankan 4 orang manakala 2 lagi mangsa dipercayai masih terperangkap. Mangsa yang terkorban dikenalpasti ialah Shaiful Khas Datuk Shahrudin (20 tahun), Dr N. Yogeswari (40 tahun), Eng Yee Peng (30 tahun) dan Surinah (pembantu rumah warga Indonesia). Dan seorang lagi dari Seri Lanka.
*******************************
Inilah akibatnya bila kita tidak peka pada jeritan bumi. Bumi menjerit, "tolong-tolong aku tak tahan dah". Tapi manusia tak mendengar rintihan bumi. Manusia bengong tamak haloba ini masih jugak gila menarah bukit atas alasan pembangunan. Gila kan keuntungan.
Sekarang, siapa yang nak persalahkan? Mereka dan keluarga keluarga mereka?
Pada I laa, peristiwa ini ada juga hikmahnya. Sebelum ini banyak lagi dalam TV, orang komplain tanah runtuh sana sini. Tapi tak mendapat liputan umum sebab itu kawasan orang kampung. Tapi, peristiwa kali ini melibatkan rumah2 orang ternama yang berpangkat, baru lah orang buka mata. Hikmahnya di sini, ialah Allah cuma nak bagi kite bukak mata.
Hikmah yang kedua yang I nampak, sesuatu yang patut kita renungkan semula. Kenapa mangsa kejadian itu terdiri dari pelbagai bangsa, sorang dari Melayu, sorang dari India, sorang dari Tionghua, sorang dari Inonesia, sorang dari Sri Langka? Hasilnya, semua masyarakat tak kira kaum datang membantu. Sama sama berkongsi khemah... muhibbah terwujudkan semula.
Tragedi, tetaplah tragedi, takziah terhadap mangsa. Tapi, bagi kita yang masih hidup, jadilah tragedi ini sebagai pengajaran. Sepatutnya kita dah ambil pengajaran dari kejadian Higland Tower 15 tahun lalu. Tapi? Tidak.... Dalam tempoh 15 tahun ini bebarapa kali Bukit Antarabangsa tu 'menjerit', kalau tak silap I dalam tahun 1999, tanah runtuh lagi di Bukit Antarabangsa menyebabkan laluan keluar utama tertimbus. Dalam tahun berapa entah...sebuah banglo milik Tan Sri (pun I tak ingat nama) tertimbus..... Bukit itu dah lama 'menjerit', tapi kita tak pedulikan jeritannya. Kegiatan pembangunan masih lagi giat dijalankan. Bukit-bukit digondolkan ditarah sesuka hati. Bukankah bukit itu pasak bumi. Kesian bukit.
Kalau tak silap I, sebahagian dari kawasan terbabit sepatutnya adalah kawasan tadahan hujan. I pernah belajar subject Enviromental Engineering dulu. Sedikit sebanyak I tahu jugak pasal Environmental Impact Assesment (EIA) Study. EIA Study ni sepatutnya di jalankan oleh thirt party yang tak terlibat langsung dengan project tersebut. Yang menyedihkan, terdapat beberapa project mega, EIA Study dilakukan oleh pihak yang ada kepentingan. Off course laa dia akan adjust the data supaya project itu kelihatan seperti 'selamat' dilaksananakan demi poketnya.
Bak kata Nabil, "Lu fikirlaa sendiri....."
p/s: termenung sejenak selepas mambaca entry ini, lepas tu terus speachless bila baca entry ini.
Ngomel by Aina@Azila at 1:15 AM 0 comments
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ngomel by Aina@Azila at 6:26 PM 7 comments
Thursday, December 4, 2008
Bebel sendiri
Dadaku terasa sesak. Segala galanya membosankan. Aku cuba mencari sesuatu ..sesuatu yang aku minat, sesuatu yang aku enjoy melakukannya. Tapi tak ada. Adakah ini yang dinamakan 'lost of interest' ?
Memang aku telah mensia-siakan hidup aku. Bukanlah aku tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang memberi aku nikmat 'hidup', sememangnya aku bersyukur. Cuma.... aku tak tahu bagaimana aku hendak menikmati nikmat tersebut. Ya, satu satunya nikmat yang dapat ku kecapi hanyalah tidur, atau sekurang-kurangnya baring. Terasa selamat sangat setiap kali tubuhku dibalut selimut. Kalau ada duvet, lagi best.
Semalam aku menghubungi Anti, staff di Lido Lake Resort. Aku benar-benar rindukan tempat itu. Aku rasa seperti aku ingin berpindah tinggal di sana. Tapi, itu hanyalah satu impian yang gila. Semalam juga, aku surf chalet untuk disewa. Aku tak nak hotel mewah...aku nak kan sebuah chalet yang dibuat dari kayu. Aku nak dengar titisan air hujan ..... Kalau boleh, dikawasan tanah tinggi seperti Bukit Tinggi, Freser Hill, Cameron Highland. Kalau boleh ke Ranau lagi best... Ahhh.. Ranau. Aku suka tempat tu.
Ngomel by Aina@Azila at 7:40 AM 6 comments
Labels: Impian
Wednesday, December 3, 2008
Jalan Ke Puncak
Hari ke-3
Seperti yang I katakan dalam entry yang lepas, trip kami ni tak well organised sebab kite orang tak ada tourist guide. Kite orang main redahhh jer...penuh dengan 'gamble of mission impossible'. Tapi best, sebab kite orang bebas tentukan masa sendiri. Ikut kepala otak sendiri, rasa penat, kite orang rehat, lepak-lepak kat bilik atau kat lobby hotel ...rasa nak jalan kite orang jalan.
Aktiviti I dan my SILs pada hari ke-3 ialah pergi ke Puncak. Kenderaan diuruskankan oleh pihak hotel. Pada malam sebelum bertolak, I turun ke reception/information counter untuk bertanya tempat yang patut dilawati. Terima kasih kepada Dian dan Ibu Sapta. Dengan bantuan mereka, kami mendapat senarai tempat yang patut di pergi dan juga senarai 'do and dont'. Bukan nya I nak lebih lebih memuji, tapi sememangnya layanan semua staff di Lido Lake Resort ni memang superp. Bukan sahaja rajin melayan, malah mereka knowledgeble.

Pagi tu kami bertolak jam 8 pagi dari hotel. Pak Yudi, staff Hotel yang bertugas pagi tu menerangkan kepada driver, tempat tempat yang kami hendak lawati. Pak Yudi ni memang very brotherly. Sentiasa memasti keselamatan kami.
Puncak ni seperti Cameron Highland, dipenuhi dengan ladang teh. Bezanya Puncak ini belum tercemar dengan pembangunan. I cuba mengandaikan, Puncak ni macam Cameron Highland 20 tahun yang lalu. Disebabkan kami bertolak awal, jadi berkesempatan melihat pekerja memetik daun teh.

Destinasi pertama kami ialah Kebun Teh Gunung Mas. Kebun teh ini well organised dengan landscape yang cantik tersusun, siap dengan banglo untuk disewa. Kalau terasa ingin berehat di kebun teh, boleh laa sewa disini sambil menyedut udara nyaman kawasan pergunungan. Gambar di atas, saya dan SIL bergambar di kuarters pemetik daun teh.

Sebelum keluar dari Kebun Teh Gunung Mas, kami singgah minum teh di Tea Cafe. Kami juga dapat sepaket teh sorang untuk dibawa pulang. Pak Din, driver kite orang cadangkan kite orang mencuba talas goreng. Buah talas dicelup tepung dan digoreng. Sedap..... tak tau laa ada ke tak kue ni di Malaysia. Ni first time I rasa.
....bersambung....
Ngomel by Aina@Azila at 8:21 AM 3 comments


