Pagi ni, badan masih tak segar lagi. Semalam, asalnya I masak spaghetti utk Abg Lan Mulong. Tapi entah macam mana, tersalah resepi kot. Spaghetti tu rasa sedap laa pulak. Masalah betul laa. I sendiri dah habiskan dua pinggan. Tinggal sikit, macam mana nak jamu tetamu? Ayyaaa... manyak susah ooo....
I cakap kat my habibi "awak bawa jer laa Abg Lan gi makan kat kedai", sebab sepatutnya semalam I mengajar. Tup tup.. my student call kata "Aunty, malam ni tak tusyen boleh tak? Kakak penat dan rasa pening". Memandangkan my student yang sorang ni dah tunjukkan a good achivement over the weekend. I pun kasi muka laa kat dia. Lagipun since Monday dia selsema. I rasa, I pun jangkit kat dia kot.
Dah tak ada kelas, I ikut my habibi ke rumah Kak Nomah untuk menjemput Abg Lan. Kak Nomah pula jamu kite orang popia goreng. Lepas makan dan borak2... tak sedar dah jam 10 malam. Kak Nomah dan Abg Ta kata teringin nak ke rumah I. Ajak laa sekali.
Selepas melepasi guard house, "Abg Ta kata..susahnya Ila nak dapat masuk rumah kau, ni memang rumah tak boleh terjah datang ni." ... "Haah, gitu la Abg Ta, securiti kat sini ketat.".. AbgTa "Tu laa, dah namanya pun condo kan.. baik jugak securiti ketat begini, kita duduk kat dalam ni rasa selamat, macam kau ni suami selalu outstation, elok bebenar laa duduk kat sini"... Ya, I akui, kehidupan di condo tak sama macam di rumah teres..... orang di sini pentingkan privacy, like my habibi. My habibi memang tak suka orang terjah datang jer.
So ramai laa orang di rumah I, memang sah tak cukup spaghetti tu. Sorok kat dapur. Tak lama die orang duduk sebab dah larut malam. Lagipun I cuma jamu air sejuk jer, die orang jugak yang request air sejuk kosong jer sebab tadi dah minum air manis. I am not a good host...he he he...
Hari ni, I sepatutnya jumpa my cousin, dan malam ni ada temu janji dengan Atacha. Rindu dgn kawan I yg sorang ni... dah lama tak jumpa dia.

4 comments:
lurus betul awak ni, minta air sejuk kosong, awak beri air sejuk kosong. nanti saya datang, saya nak minta pinggan dan gelas kosong ... sbb makanan saya akan bawa sendiri. boleh ?
al lavendari,
makanan awak bawa sendiri? haaa.. bestnyer, saya memang suke tetamu macam ni.. boleh datang selalu rumah saya. i like i like
Pagi ni, badan masih tak segar lagi........... memang la.. time tidur kan pagi.. petang baru la segar.. kan..kan.... he! he! he!
Anon,
tahu tak per..hihihihihi...
Post a Comment