Me and Ard kat Chillies Abu Dhabi... hampir tiga tahun yang lalu.
Blog ini dinamakan Aina Farhana sebab..I nak sangat baby. I memang dah berangan, kalau ada anak, I nak namakan dia Aina Farhana (girl) dan Aiman Farhan (boy)... I pernah cuba adopt baby, I booking baby tu masa dalam perut lagi. Dapat baby girl. Tapi, hayat baby tu hanya seminggu. Dia lahir pada hari Jumaat, dan meninggal dunia pada hari Jumaat berikutnya. I tak sempat nak namakan dia.....
Peringkat awal, I gunakan nama Aina dalam blog ini... Slowly, orang tahu, I ialah Azila. Dan nama Aina tu lekat sampai kini. For those who know me, they know, my blog is my baby. Walaupun Aina Farhana tak pernah wujud, tapi Aina Farhana sentiasa wujud di hati I..... I abadikan dia sebagai my blog.
~~~~~~~~~~
Ketika nakal hati berbisik: "Kenapalah ujian hidup aku sebegini?" Cepat-cepat ku beristighfar dan melihat keseluruh pelusuk dunia, masih ada orang lain yang lagi teruk ujiannya. Lantasku menadah tangan, mengucap syukur kehadrat Ilahi diatas segala kurniaanNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya... Hanya Allah yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri ini.


12 comments:
hi aina. don't worry u'll be fine ok..dugaan sbb Allah masih sayang kat kita. As long as kita hanya minta pada Dia when dugaan comes..it's ok. InsyaAllah permintaan kita akan dimakbulkan ok.
how time flies...it's been 3 years kan. every year i kata nak balik but still..here i am!
nice knowing you and hope to see u ok.
take care.
Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.
Ard>
Thanks for introducing me to this blogger's world... buatkan I dapat melihat dunia dengan lebih luas. (but dah setahun "Rise and Shine" tu tak berupdate wakakakaka...jgn mare)
Yes, me too..nice knowing you. ANd glad that we still keep in touch :). Tak payah balik laa... just enjoy ur life over there.
ManMount,
Kalau orang yang berbadan besar pulak, ada berapa hati? hihihihi...
aina@azila.
apa yang telah ditentukanNya kepada kita, itu adalah yang terbaik buat kita. kita jer kadang2tak tahu. awak telah pun jawab sendiri dalam nota kaki entri awak.
p.s akhirnya terkeluar juga gambar awak (baru punya x de ke). rupa awak adalah seperti yg saya bayangkan sebelum ini, berdasarkan gambar sebatang jari tangan awak yang cedera itu)
kak aina, sabarla ye..tuhan uji manusia ni lain semuanya... ada hikmah disebalik ujian yang dihadapi... permata ada satu cerita... mak ngah dan pak ngah permata ditakdirkan tak mempunyai baby walaupun 10thun kawin alhamdulillah pak ngah dn mak ngah masih setia bersama...
waktu tu mak permata dh lahirkan 3 orang cahaya mata permata dn dua adik lelaki...
rezeki tuhan tak siapa yang tau...mak ngah kerja di hospital kulim.. pastu ada hamba allah tglkan bayinya di hospital...pihak pengurusan hospital offer makngah untuk jadikn anak angkat...slpas urusan jpn dn sgalanya selsai alhamdulillah makngah dpt kecapi hidup sbg seorang ibu...
skrg bayi tu dh besar..menjadi salah seorang sepupu rapat kami...nama dia nurulein abdullah... tahun ni amik spm...
sabar kak..berkat sabar tuhan akan makbulkan doa akak...
Al-Lavendari,
Ada banyak gambar saya dalam blog ni...cuma kena rajin cari jer yg lama2..
Permata
Tu la kan, habuan masing masing..kadang2 dah usaha macam2 tak dapat. Yg akak kecik hati, bila org kata tak ikhtiar ker? hahaha..pagit petang siang malam ikhtiar...
Well, now ada ainafarhana.blogspot.com... inilah permata hariku :) Dah 3 tahun dah umur dia.
hmm kekadang rasa rimas bila orang tanya mcm tu kan... permata pun tk penah lari dari orang2 yang selalu sibukkan hal orang lain...
jemput ke blog permata ..kita discuss pasal penyibuk ni... hmmm
Sabar ye cik azila.. tapi kalau dah rezeki takkan kemana.. cuma masa je yg akan menentukan...
*hehe.. dulu saya bayangkan aina ni macam yang tengah tidur sambil pegang mouse tu... baru nampak orang nya.. sama kiut je dgn kitten tu.. heheh gurau jer... huhu
hi akak, betul apa kata kengkawan kat atas tu.. andrew pun ada sepupu yang sudah 13 tahun menanti cahaya mata, cuma yang di atas belum mengizinkan, walau begitu mereka tetap rukun dah bahagia dan terus berdoa dan berusaha..
Semoga harapan dan doa akak dan hubby akan terkabul, cuma masa yang menentukan, bersabar saja kak.
sedi tul baca kisa sis ni.tak sangka seorang yang riang ceria.rupanya menyimpan kisa sedi dalam hidupnya,doa honey semoga sis tabah dalam menghadapi cobaan,belom rezki lagi sis,jangan putus berdoa dan berusaha,insyaallah allah akan kabaul kan doa sis.
honey juga punya akak yang da bernikah 14 tahun,tapi belom di karuniakan lagi,doctor cakap kalu hubby dia yang sakit,kalu akak saya tak ada masalah,abang ipar saya relah kalu akak saya nak cerai karna dia sadar dia yang tak bisa memberikan keturunan,tapi abang ipar saya sangat baik orang nya,akak saya cinta sangat dengan nya,akak saya menerima kenyataan itu,ahir nya mereka ambil anak orang lain,untuk di jadikan anak mereka,untuk penghibur hati,kini mereka hidup bahagia,hidup dengan 2 orang anak angkat,satu laki2satu pompuan,anak yang dia ambil masi anak saudara mara,yang relah memberikan nya,sekarang yang besar da sekolah,yang kecik tu baru masuk 2 tahun.itu la kisa akak saya,sis sabar ya jangan berputus asah,dan jangan berhenti berdoa,:)
Dear Azila,
Congrats! Dari Abu Dhabi hingga ke KL semula...hehehe... Keep on blogging :)
Anon,
Anak kucing tu memang cute kan...
Andrew,
Tu la... nasib baik akak tak ada anak pompuan, kalau tau dah lama akak pinang Andrew buat menantu kekeke....
Honey,
Bestnye, kakak Honey dah ada 2 anak angkat. Its okey Honey, akak tak pernah nyesal dengan takdir hidup ini. Usaha dan tawakal... Kalau boleh, Akak nak enjoy jer hidup ni. Que sera sera..what will be will be. Only God knows better.
Ina,
Tu laa... bertahan..dari Abu Dhabi, ke Doha dan balik ke Malaysia. Maintain beb... walaupun ada masanya bersawang jugak blog ni kikikikii...
Post a Comment