Haa... selepas lama menyepi, sesekali muncul, tu diahhh... dengan topic yang boleh menimbulkan kontroversi. Alkohol itu halal atau haram?
Sejak sejak jadi cikgu tuisyen dan antara subjek yg di ajar ialah Kimia. Buatkan I terfikir dan teringat kontroversi masa I belajar dulu. Ada pendapat kata "Ada alkohol haram, ada alkohol tak haram." Tu diaaa.... OK, kalau ada yang tak setuju dengan I, pandangan/pendapat/pengetahuan anda amat di alu-alukan.
KENAPA I TULIS ENTRY NI?
Sebab, I tengok, ramai kawan-kawan I amat sensitif dengan perkataan alkohol ni. Kalau dia tengok ingredient ada jer bunyi "-ol -ol" kat belakang, dia ingat alkohol dan tak boleh pakai, haram!!!!!!... (Aduhhh!! Statement yang boleh mengundang kontroversi dalam blog ini..anyway, I welcome all the comments with open minded, marilah kita bertukar2 pendapat ya)
Kandungan yang ada "-ol -ol" memang banyak sangat dalam barangan kegunaan kita sehari-hari. Dalam sabun, dalam detergent, dalam ubat pun ada... tak caya gi tengok ingredient ubat batuk. Can you 100% sure, ubat yang doktor bagi kat you all tu tak der alkohol?
Jadi, di sini, I ingin berkongsi apa yang I tahu. Bukan semua orang belajar kimia kan? I akan cuba tulis dalam bahasa yang mudah difahami.
Apa yang I belajar dulu, famili alkohol ini amatlah besar dan kegunaannya amat meluas. Apakah itu alkohol? Definasi dari buku;
"Alcohol" is a generic name for large group of organic chemical compounds. They
all are derivatives of hydrocarbons in which one or more of the hydrogen atoms
have been replace by a hydroxyl (-OH) functional group. Alcohols are named
according to the radical to which the –OH group is attached.
Atau dengan kata yang mudah, apa-apa saja hydrocarbon (HC) yang mempunyai ikatan dengan hydroxyl (-OH), secara saintifiknya dipanggil "Alkohol".
Jadi , kalau kita tanya orang kimia, famili alkohol ini banyak sangat. Sebabkan hydroxyl tu mudah sangat bercantum dengan HC tu, dengan HC ni, jadinya ramai laa adik beradik dia. Antara adik beradik dia...
- dia bercantum dengan methyl jadilah => Methyl Alcohol
- dia bercantum dengan ethyl jadilah => Ethyl Alcohol
- dia bercantum dengan iso-propyl jadilah => propanol
Disebabkan keramahan (-OH) ni, banyak lagi laa nama adik beradik dia..n - propyl alcohol, Isopropyl alcohol (propanol -2), n-butyl alcohol (butanol -1), ethylene glycol, glycerol etc.
ALKOHOL HALAL DAN ALKOHOL TAK HALAL
Persoalan ini timbul semasa I buat latihan praktikal di sebuah kilang membuat gula, apabila salah satu bahan kimia yang dimasukkan dalam process pembuatan gula ialah sejenis alkohol (I tak ingat namanya). Alkohol ini digunakan sebagai pemangkin. I mula konfius, kalau ada alkohol dalam pembuatan gula, maknanya gula yang kita makan hari-hari itu haram laaa sebab "alkohol itu haram".
Tak puas hati, I bertanya kemusykilan I, pada pengurus operasi kilang tersebut (yang boleh dikatakan alim dan bergelar haji). Dari dia, I mendapat penjelasan bahawa alkohol terhabagi kepada dua;
1) Fermentation Alcohol - yang dihasilkan dari buah-buahan dan bijirin yang diperam seperti anggur, kurma dll. Macam ni laa orang buat arak dan tuak tu. Alkohol yang terhasil dari proses ini ialah Ethyl Alcohol {Fruits such as dates and grapes when they are putrified, produce Ethyl Alcohol which is the intoxicating agent and that is why it makes Khamr a haram drink.}
2) Synthetic Alcohol - alkohol di hasilkan secara sintetik dari gas asli dan petroleum.
Jadi, yang dimaksudkan alkohol di dalam Al-Quran itu lebih merujuk kepada Ethyl Alcohol atau dikenali dengan nama Ethanol. Ethyl Alcohol ini, ialah alkohol yang mempunyai rantai yang pendek (short chain). Formulanya ialah (C2H5OH). Ia mengandungi intoxocating agent yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan contohnya memabukkan, dan merosakkan organ-organ dalam badan.
KESIMPULAN
Bukanlah semua alkohol itu haram. Contohnya, Cetyl alcohol yang mempunyai rantai yang panjang, biasanya wujud dalam bentuk solid/pejal dan tak boleh diminum dan juga tidak menyebabkan intoxication adalah halal (Cetyl alcohol is a long chain alcohol which is solid hence obviously not drinkabale nor does it cause intoxication if at all ingested. Therefore, it is halal to use in cosmetic products. It is also not absorbed through the skin when applied as a cream.)
Tetapi, Ethyl Alcohol, walaupun sintetik tetap haram sebab ia boleh menyebabkan intoxication. (However, Synthetic Ethyl Alcohol, is not halal. Because it causes intoxication when ingested. As the Ulema say anything that causes intoxication even in a very small quantity will therefore be haram. )
(Yang di bawah ni I dah malas dah nak translate... baca dan faham sendiri lah yer.. Tak faham pun, bagilah faham .... )
Ethyl Alcohol is also used in many cosmetic agents both for men (Aftershave
Lotion) and for female perfumes. Ethyl Alcohol is absorbed through the skin. It
then passes through the flesh into the blood vessels and finally mixes with the
blood and circulates throughout the body. Once in the blood it is as good as if
one has ingested through the mouth. As a small quantity of any intoxicant is
haram therefore, as mentioned earlier, all liquid cosmetic products containing
Ethyl Alcohol are prohibited. Other names given to synthetic Ethyl Alcohol are,
Ethanol, Methylated Spirits (contains 5 percent Methyl Alcohol and 95 percent
Ethyl Alcohol). Products containing these ingredients therefore will also be
prohibited.
Sekiranya ada kesilapan dalam entri ini, minta diperbetulkan.... Saya nak sambung tidur....