Lately, I agak emo. Thanks to my blog readers sebab bagi I kata2 peransang.
Dah agak lama I tak emo, cuma... emmm... setenang-tenang air, kalau ada orang lontar batu, berkocak jugak kan? I dah cuba kumpul kekuatan untuk hadapi kenyataan dengan tenang, tapi.. ada juga orang yang cuba lemparkan batu. Kalau satu batu kecil, tak per lagi..tapi kalau dua tiga batu... bisa bikin jiwa ku kacau semula.
It started with the visit of my old friend. I tau, dia tak bermaksud nak menyingung perasaan I. But she reminded me of arwah my dad. I memang paling sensitif bab ni. Sejak I balik Malaysia, I bertarung untuk menerima hakikat bahawa my dad dah tak ada. Tak mudah u all, sebabnya, I tak tengok dia buat kali terakhir.
Selepas my old friend tu balik (berturut-turut berlaku), ada laa sorang sedara tu call I, tanya I tak pergi ziarah kubur my dad ker. batu nisan dah pasang ker... I jawab batu nisan dah lama dah pasang, cuma I tak pergi ziarah. Dia tanya pulak lagi, kenapa tak pergi ziarah kubur abah? Huaaaaa..... Perrgggg..... kalau mula tu, soalan kawan I tu, umpama batu kecil yang dilontar ke air yang tenang..cuma berkocak jer. Tapi, phone call tu umpama batu besar di lontarkan ke atas air yang sedia berkocak. Terus mencetuskan gelora dalam jiwaku. Semua memories datang semula satu demi satu.
Kepada yang tak tahu my old story... my dad passed away masa I kat Doha. Dia sakit...tapi I tak dapat jaga dia sebab I mengikut suami ke Doha. Make it worst... adik beradik my dad pernah mintak I balik ke Malaysia jaga my dad. Tapi macam mana I nak buat? At the same time, my hubby needs me at Doha. Pada masa tu, I memang rasa bersalah... malah sampai sekarang I masih rasa bersalah. Tapi, bila I fikir secara rational, dan rujuk kepada hukum Islam. I wajib ikut suami. But emotionally..it is not easy.
Betapa beratnya derita perasaan yang I tanggung masa tu... nak memilih antara abah dan suami, sampaikan I rasa ... i nak bunuh diri saja. Biar I mati senang, tak payah pilih suami atau bapa. Tapi, I ni tak ada bodoh nak buat kerja macam tu. Alhamdulillah... iman masih ada. But, honestly, the tot of suicide tu ada. Hanya iman dan akal yang menyelamatkan. Susah tau nak pilih antara dua. Dah tu pulak, satu kat Malaysia, satu kat Doha. Dengan iman senipis kulit bawang, I pilih cara yang ditetapkan oleh Islam. tapi tebal laa telinga. Antara yang kritik I, kawan I sendiri, sebab dia berpendapat, suami mungkin tinggalkan kita tapi bapa, itu jer laa seumur hidup ... (sampai sekarang I jauhkan diri dari dia, sebab dia akan ungkit perkara ni). Ditambah lagi, I tak sempat tengok my dad buat kali terakhir.
Berbeza dengan pemergian my mom, dia hembuskan nafas terakhir di hadapan I. I mandikan jenazah dia, kafan... kiss dia buat kali terakhir. Lepaskan dia diusung pergi. I sedih cuma dua tiga bulan saja. Tapi, my dad.... susah I nak terima hakikat. I tak nampak dia 'pergi'... I rasa macam dia ada. Yang I nampak, keesokan nya hanyalah bekas tanah yang masih basah... has been told that itu lah kubur my dad. I rasa macam I nak gali kubur tu, nak tengok, betul ker? Or die orang tipu I. (itu cuma perasaan I saja, off course laa betul kan).
Balik kampung, orang asyik bercerita pasal my dad. "Kesian laa masa dia sakit, sorang2." "Sedih laa tengok keadaan dia"..... Ya Allah... ayat ayat itu umpama mengiris perasaan I. Bagaikan disiat-siat. I bukan sengaja nak tinggalkan my dad... I have too. Selama di Doha, I ulang alik balik Malaysia visit my dad. Tapi, tak boleh laa balik setiap minggu ... tiket beribu2 ringgit. Tak silap I, 4 kali I balik. I tak tinggal my dad begitu saja, I upah dua orang jaga my dad. Kenapa orang masih nak menghukum I?
How bad? Selepas I balik Malaysia, I found that dalam tandas, ada selipar my dad. I tak boleh masuk tandas tu. I beli selipar baru, I suruh Cik Penyu amik selipar tu buang dan gantikan dengan yang baru. I juga suruh Cik Penyu reaarrange bilik my dad sebab I tak boleh masuk bilik tu (I siapkan 1 bilik untuk my dad di rumah I) . I juga suruh Cik Penyu kumpulkan baju2 my dad dan letak sebelah sebab I tak nak tengok. Sehingga hari ni, dah 1 tahun 9 bulan my dad meninggal. I masih tak boleh baring di atas katil di bilik my dad.
I masih dihantui oleh rasa bersalah dan I tak dapat nak memaafkan diri I. Walaupun rasionalnya I tak bersalah, dan tak ada apa yg perlu dimaafkan. I did the right thing. But emotionally... it is not that easy.
Kenapa? Kenapa I boleh terima pemergian my mom dengan redha, it only took few months for me to recover the strenght. But, my dah.... 1 tahun 9 bulan berlalu. How to get it rid of my mind? I keep telling my self, bukan salah I, bukan salah I... I tak bersalah...tapi.... kenapa susah sangat?
I bukan nak lari dari masalah.. tapi... inilah jadinya bila ada orang mengingatkan I pada my dad. I jadi heywire, emo.... Dulu, I dah berjaya bangun semula, but now... am down again. I need to pull all my strength again to convince myself. I want to stand up again, face this life, face the reality. But am just realised, am still fragile.
All I have is just my blog readers. U all saja yg sedia medengar keluhan hati I. Orang yg baling batu tu mana pergi? lepas baling batu, buat I jiwa I kacau, dia menghilang. Dear my blog reader.... macam mana I nak lupakan kesedihan itu? Please tell me how. I need to free myself from all those bad memories. I mesti bebaskan diri I dari rasa bersalah. Masalahnya, I tak bersalah 100%, tapi kenapa I rasa bersalah. I keep telling myself, masa tu, I dalam keadaan tersepit. I choose what am suppose to choose. Am I still guilty, if not, why I still have this kind of feeling. I have to learn REDHA, but redha is a word which is easy to say, but very hard to do. Ia memerlukan penghayatan jiwa dan raga. What am suppose to do. My daer reader, please tell me how.
