Tuesday, April 28, 2009

Eppy Befday 2 me.

Eppy Befday to me
Eppy Bestday to me
Eppy Befday to me e e..
Eeepppy Bestday to me...
To anak anak sedara I yg wish me,
Tiffa, Fizah & Ain Sofia,
Also to my Cik penyu, and my "Pretty Girl"
Tenkiew sooo much,
Okey, time to eat cake.. sowwy, cikila makan sorang2, jgn jeles ya...

Saturday, April 25, 2009

Psychological Sickness

I cuma ingin berkongsi pengalaman I. Mungkin ini boleh jadi panduan untuk semua orang;

Lately, I jumpa ramai doktor guna istilah 'psycological sickness'. Apa yang I difahamkan 'Psychological Sickness ' ialah... seseorang tu rasa sakit tapi sebenarnya dia tak sakit apa-apa. Psychological Sickness berlaku bila seseorang tu mangalami stress yang terlalu ataupun depression.

Tapi, apa yang I kesalkan ialah... tindakan doktor2 yang terlalu cepat jump into conclusion bahawa pesakit tu mengalami Psychological Sickness tanpa buat pemeriksaan rapi. Biasanya berlaku di klinik2 swasta. Beberapa kali I dah kena.... gi klinik, cakap sakit... doktor tu tak check detail pun, pas tu kasi panadol dan tanya nak MC tak? Pada I, ni kira missdiagnose laa.

3 kes I kena

Kes #1: I demam, badan panas giler, sakit sangat2, ada bintik2 rashes naik kat muka .. doktor tu tengok I gitu gitu jer. Pas tu cuma bagi panadol dan calamine losyen for the rashes katanya. Balik rumah, sepanjang hari I sakit, malam tak boleh tidur... pukul 3 pagi, I ajak my hubby gi klinik lagi. Nasib baik shif doktor lain. Dia check my rashes... dia kata, this is not just rashes... ni dah campak halus. Huaaaa...

Kes #2: I pernah kena Psychological Sickness ... badan I rasa sakit2, sakit kepala, rasa nak flu, blood pressure rendah. Sememangnya I tengah stress gila dengan kerja masa tu. I dapat cuti dua hari, I rehat betul2, off handphone supaya office takleh kacau I. Alhamdulillah..lepas dua hari tidur/rehat.. I rasa fresh. So, I dah pernah rasa apa itu psycological sickness.

Kes #3: I remembar clearly, in the year 2003. I demam tapi tak kebah. Kejap demam, kejap tak demam. Bila I kata demam, maknanya body temperature naik >37.5degC. I rasa sore troat. Doktor kata Psychological Sickness . I ingat betul laa kot. So I bertahan jer laa. Sampai laa masa I nak buat 'lap &dye'.... doktor tak leh bius I sebab my white blood count rendah + light fever. Bila dah ok sikit, baru doktor teruskan lap & dye procedure. Memang ada infection huhuuhu...

Masa ni baru I belajar, kalau kite kena fever... it is not just Psychological Sickness. Biasanya Psychological Sickness tak buatkan suhu badan naik. Psychological Sickness , kita rasa sakit, tapi physical kita tak sakit. Sore troat dan fever menunjukkan badan kita melawan dengan virus ataupun bakteria.

Lepas tu, I dah boleh bezakan sendiri, I Psychological Sickness or betul2 sakit. Sebab tu, baru2 ni lepas I demam 4 bulan (on and off), I terus ke hospital. I really want to find out, what is wrong with me. Gi klinik biasa doktor asyik kasi ubat demam jer. Ujian darah pusingan pertama, menunjukkan semuanya normal. I tak [uas hati, I mintak doktor check lagi. I do believe something is not correct somewhere. Kalau tak, tak kan I demam. Nasib baik dotor tu baik, amik darah I hantar ke lab luar.. yang canggih lagi. Yes, I was right.... my platlet rendah, and keep dropping. Memang ada yang tak kena.

Seminggu di hospital, I jumpa dengan pelbagai kes orang (kiranya I n kipochi la jugak)... Orang sebalah kanan I, also diagnosed as Psychological Sickness 2 months ago. Sampai laa dia pengsan kat office, kawan2 dia bawa ke HBKL. doktor kat HBKL kata sebab dia baru buang kelenjar peluh dia, it might caused mulfunction to her body system. Sekali lagi dia masuk APSH dan minta doktor lain yg rawat dia (bukan doktor yg kata dia Psychological Sickness tu)... Doktor yg baru ni check betul2, masukkan camera dalam usus dia... oh my.... dah merah menyala kat dalam tu dan dah mula ada tanda tanda ulser perut.. .... Kak Aza ni kata dia nak saman doktor yang kata dia cuma Psychological Sickness tu... dua bulan dia menderita, katanya sambil menangis. Kalau doktor yang mula2 tu check dari awal, tak kan sampai jadi cam ni. Akibat sakit 2 bulan, career dia pun dah lintang pukang...

Sehari sebelum I keluar, sorang pesakit lagi masuk.... dah macam kritikal... semua adik beradik dia dah berkumpul. I sempat berbual dengan dia sebelum I keluar. Dia cerita, selama ni doktor kata dia darah tinggi. Asal sakit kepala jer, doktor bagi ubat darah tinggi. Sampai lah dia jatuh pengsan, jatuh pengsan. Baru doktor terdetik nak suruh dia buat scan kepala. Rupanya dia ada brain tumor dah tahap kritikal. Benda tu dah lama dalam kepala dia, tak der orang perasan. Terus di usung ke bilik bedah. Doktor cakap lambat sikit kiok laa dia.

Kes yang hampir sama berlaku pada arwah my dad 10 tahun yang lalu. Doktor kata darah tinggi. Asyik2 dapat ubat darah tinggi, sampai satu tahap, dia jalan terketar2. Doktor kata parkinson. Yang I kesalkan, doktor cuma xray kat dada jer. At last doktor pelatih di HUKM yang jumpa punca penyakit my dad. Rupanya, ada air terperangkap dalam otak dia selepas buat CT scan. Air itu accumulated dan menekan otak..sebab tu dia tak boleh jalan betul/terketar2. Terus usung ke bilik bedah keluarkan air dalam otak. Alhamdulillah, setahun lepas tu arwah my dad dah boleh bawa kereta semula. Bayangkan berapa tahun my dad menderita sakit kepala sebelum tu.... Tapi ajal tetap ajal. My dad menemui ajal 9 tahun selepas itu.

Thursday, April 23, 2009

Oh my dear handsome boy.....

Nothing much to story story about my life. Selain jadi sleeping beauty kat rumah, I pergi mengajar. Oh ya... my new routine, walking around my housing compound every afternoon.

This week I sibuk skit sebab my students ada exam. I cuma mengajar dua beradik (from one family), the 'pretty girl' and the 'handsome boy'. This 'handsome boy ni memang cool and steady. kalau laa I ada anak pompuan, sure I dah pinang this handsome boy ni buat menantu.

I memang suka sangat ke rumah die orang ni. Hampir setiap kali I sampai, I akan di sambut oleh the 'adorable boy' (boy #2). This boy is really adorable, manja dengan I, dan pandai amik hati I dengan buat muka cute die... I nak marah pun tak jadi. Tapi I tak ajar 'adorable boy' ni. Ada cikgu lain mengajar dia. Every each of them ada private teacher :-)

Cuma semalam, I rasa a little bit guilty pulak. I rasa macam I am too cruel by torturing them with a lot of exercises. Masa I keluar dari bilik lepas ajar 'pretty girl', I nampak my handsome boy... macam pic kat bawah ni...huhuuhu.... dah tertidur dengan buku-buku dia. Huhuhu..am so sorry dear, I've to be cruel to be nice. I just want you to get a good result for your exam.... Am I too cruel?





Cian my "handsome boy"....

Thursday, April 16, 2009

I ada banyak cerita nak diceritakan, tapi... I tak der mood nak menulis. Sorry la kalau entry ni membosankan.

The latest update, I jumpa doktor 15 April lalu. Doktor tak tau exacly apa sakit I. Make it worst, my platlet count keep dropping... mula2 dulu 118 ribu, pas tu 115 ribu.. so, semalam doktor minta i repeat my platlet lagi... tadaaa... tinggal 99 ribu. Yang lain semua normal.

At last, doktor came out with conclusion that my antidepressant might cause this low platlet. This situation shouldnt continue. Meaning, I have to change my antidepressant.

Oh nooo...this is not a good news. I tak suka tukar ubat ni sebab I kena fight dengan side effect dia. Cam ner rasanya bila tukar ubat? Baca sini kalau nak tau. I dah confertable dengan ubat Lexapro ni (secara fizikalnya), dah 2 tahun I amik ubat ni. Tapi, nampaknya darah I tak dapat terima ubat ni. Bulan 5 ni, kena laa I minta doktor tukar ubat. Sometimes dalam bula July, I kena jumpa doktor Sh Sakinah semula.

I ingin mengucapkan terima kasih pada Dr Sh Sakinah sebab buat check up secara mendalam. Bukan macam sorang doktor lelaki kat APSH tu, terus jump into conclusion that I ni cuma psycological sickness.

Masa di hospital hari tu, I jumpa dengan dua kes missdiagnose. Dua kes yang pada awalnya doktor kata psycological sickness atau sakit di sebabkan stess. Nanti laa I cerita di next entry.

Wednesday, April 8, 2009

Sakit Apa?

Itu la FAQ yg orang tanya bila I masuk spital. Sebenarnya sampai hari ni I masih tak tahu sakit apa, tapi I amat pasti ianya bukanlah satu penyakit yang serius.

Tentu ada yang tanya, kalau dah rasa tak serius kenapa nak pergi spital? Sebab I ada pengalaman misdiagnosed sometimes in year 2003. Masa tu I rasa lebi kurang sama macam I rasa sekarang. I jumpa sorang physician lelaki di hospital yang sama I pergi baru-baru ni. He told me,

"You sebenarnya tak sakit apa-apa, apa yang you rasa hanya lah psychological sickness sebab stress ... hanya perasaan you saja kata you sakit"...

So, ok laa... I terima lah statement tu sebab "doktor lelaki itu" seorang specialist. Diringkaskan cerita, sampai lah masa I nak buat 'lap & dye' nak test infertility kat HUKM. Masa procedure tu, bila doktor tebuk jer perut I, dia terkejut bila tengok ada infection dalam rahim I, dah penuh merah sampaikan doktor terpaksa buat major surgery, macam c-section tu sebab nak cuci semua infection tu. Procedure yang sepatutnya tak sampai setengah jam, jadi 2 jam lebih. Kata infertility doctor tu, my fallopian tube was blocked dek kerana infection tu.
Rupanya, yang I dok rasa demam tak demam sebelum tu ialah sebab body I berlawan dengan bacteria tu. Body I keep berperang dengan bakteria tu ... menang, kalah, menang, pas tu kalah lagi... sebab tu laa i kejap demam kejap baik.

Jadi pulak cerita, doctor infertility tu tak ambik pulak sample infection tu nak tau apa jenis infection tu, apa punca dia segala. Lepas operation, doktor tu sbuk nak investigate tanya I pulak, macam mana boleh jadi macam tu. Apa laa ngok doktor tu. Mana la I tau, dia laa kena bagitau I sebab dia doktor dan dia yang tengok infection tu. Hishhhh... tension I.

Alhamdulillah, lepas surgery tu, I sihat. Tapi... sebulan kena rehat. Yer laa kena operate macam orang beranak..bukan kecik kecik operation... lebih kurang 3 ke 4 inci kot. Sejak tu I bengang dengan specialist lelaki tu.

Since then I dont really trust doctor. Kalau I dah tak tahan sakit, baru I gi jumpa doktor.. biasanya I akan dapat pain killer. I berhenti buat infertlity test till I was at Doha in 2007, you can read here Part 1 and Part 2.

Begitulah alkisahnya. jadi bila perkara ni berulang, sure I nak check betul2. Bila I rasa sore troat, fever on and off, body pain .... mesti ada sakit di mana mana.
From wikipedia "A fever is considered one of the body's immune mechanisms to
attempt a neutralization of a perceived threat inside the body, be it bacterial
or viral."

Tak sangka laa pulak bila I ke hopsital kali ni I di tahan. First reason I d tahan sebab platlet I rendah... 115000 (normal 100k to 400k). Tapi, I puas hati sebab doktor perempuan yang rawat I kali ni check I betul2 and monitor my BP and temperature closely. My BP was stable but my temperature flactuate... kejap demam kejap baik. Tapi tak demam kuat, temperature takat 38degC saja. 3 kali darah I di ambik oleh "Miss Dracula", gelaran I bagi kat nurse yang ambik darah I tu. Bila I nampak dia datang jer I kata "Alamakkk... Miss Dracula is coming". Dia ketawa bila I panggil dia Miss Dracula.

Sampai hari ini, I tak tahu lagi sakit apa. Tunggu 15 April for the detail blood test result. Am strongly believe that I tak ada penyakit yang serius. How I believe it? I dont know, I just believe....

Tuesday, April 7, 2009

I'm Discharged...Alhamdulillah


Dear all, thanks for the doa. Alhamdulillah, doktor dah discharge I keluar spital. Masa doktor tu cakap "OK, laa I discharge you hari ni ... tapi you kena datang follow up." .....dengan happpyyy nyerrrr I jawab ... "Thank you doctor, I love you". Orang kat depan I pun ketawa..


I'll update the story pasal hospitalisation tu in my next entry. Now I baru sampai rumah, I nak rest dulu.



Suppose I dapat MC sampai 10 April, tapi emak my students kata "Sejak teacher aunty dia tak datang, budak2 tu tak pegang buku langsung. Tengok TV dan main internet jer. Mummy dah puas berleter, tapi die orang buat dekkk jer. "



Hisshhh...tak boleh jadi nih, malam ni I kena pergi jugak tengok students a.k.a. anak-anak angkat I yang dua orang tu. Ada yang nak kena pulas telinga dengan I .... Agaknya die orang happy kot Teacher Aunty sakit and hoping Teacher Aunty still at hospital. No way my dearie students. No! No! No!.. Now Teacher Aunty dah keluar spital, siap kau orang Aunty kerjakan lepas ni ha ha ha ha ha ... (gelak macam evil stepmother).



Monday, April 6, 2009

I am admitted, tolonggggg....

Malam ni malam ke-5 I kat hospital huhuhuhuhu...tolonggggggggg.....

Tolong doakan I boleh keluar esok. Dah tak larat dah nak duduk di spital ni huhuhuhuhu.....

Thursday, April 2, 2009

At Least, some clue...

Semalam, I rasa sakit badan badan lagi. I dah tak larat dah nak lawan rasa sakit ni. I called my friend kak lina, asked her for APSH tel no. So, I terus called... I minta physician perempuan... kolot kan I ni? Yer laa I nak dia check I betul2, nanti kalau kena selak apa2 yg tak patut diselak, malu you.

Unfortunately the ladies doctor is fully booked for this week, the earliest is next week. Meaning that I've to wait and suffer for another few days. Firstly I thought, ok la kot. But, petang badan I makin sakit... ubat tahan sakit or panadol or apa apa yang sewaktu dengannya dah habis stok kat rumah. Seems like I makan ubat macam makan makanan ruji. Sakit dan semakin sakit semua sendi2 dan tulang2... you all tau tak rasa macam bila kita kena selsema, sakit sengal semua badan. Yer, macam tu laa rasanya. Tapi kalau nak selsema, sakit macam tu cuma sehari dua, once dah keluar hingus tu hilang laa sakit badan. But in my case, it has been prolong for two or three months.

I called my student (yg sepatutnya tuisyen semalam) kata I tak dapat pergi sebab I need to go to clinic. Sebenarnya I tak nak miss tuisyen dia ni, sebab dia amatlah aktif, aktif persatuan, aktif sukan.... dia cuma belajar masa I ada saja. Seems like I kena tunggu dia all the time kikikiki... tapi tak per sebab I sayang kat dia. Walaupun dia aktif dan terkurang masa untuk study, tapi sebenarnya... I suka budak macam ni, die orang ni boleh survive dalam hidup. Kata orang apa... err..."Campak ke laut jadi pulau, campak ke hutan jadi bandar". The real life bila die orang dah graduate nanti ialah "survival". Kalau dapat 11A pun tak tahu nak survive, tak guna...itu laa yg jadi kes ramai graduate menganggur. I tahu, my student ni selalu 'auta' I.... ada jer helah dia. But I take it as creativity.... dia creative dalam mencipta alasan. In real life, bakat 'auta' ni penting ooooo. Percaya tak? Kalau tak pandai auta, nanti semua kerja orang campak kat you. But auta pun mesti ada skill.

Alaa... melalut pulak. Back to the story, last night I pergi ke klinik. I suruh my habibi drive, sebab I rasa tak larat nak drive + saja nak bermanja kikikikiki..... I went to the same clinic. Nasib baik malam ni doktor lain. I suka doktor ni, dia check i betul2.... i bagitau dia semua yang i rasa selama dua tiga bulan ni....
1) Sengal seluruh tulang dan sendi macam nak selsema
2) Banyak rambut gugur
3) jerawat naik kat badan
4) sakit tekak
Dia suruh I baring, dia picit2 tangan I... dia tanya I apa I rasa... I cakap I rasa release bila dipicit. Banyak laa jugak soalan dia tanya. last dia suruh I pergi buat blood test kat APSH. I bagitau dia my appt at APSH suppose next week, dia kata, pergi saja esok. She wrote a ref letter. Dia suspek I kena Connective Tissue Disease. Katanya "Mungkin tak begitu bahaya but the longger you wait, the more you'll suffer".

Wednesday, April 1, 2009

Kolesterol Rendah

Maaf, kebelakangan ini I kerap rasa letih..... badan rasa sakit2 terutama tulang dan sendi. I ada pergi jumpa doktor. But Iam quite dispointed sebab doktor tu cuma bagi ubat tahan sakit dan dia offer nak kasi I MC. Terfikir juga, adakah doktor ni ingat orang datang ke klinik sebab nak MC? Yer laa... I tak ada laa nampak macam sakit sangat sangat, cuma rasa sengal sengal tulang dan sendi tu buatkan I rasa irritating. Tak sedap badan. Tambahan pulak I rasa sore troat, tapi tak der laa sampai merah2 anak tekak.

Berdasarkan pengalaman I masa I nak buat operation dulu, sore troat menandakan ada viral infection. Bila buat blood test, white blood count akan meningkat..maknanya my body was fighting with the virus. Sebab tu operation I terpaksa ditangguhkan sebab terlalu resiko utk bius.

Kadang2 doktor ni, I tak faham.... bila kita tunjuk yang kita tahu, dia ingat kita mereka cerita sebab nak MC. I nak doktor tu check I betul2, find out apa masalah I.

I fed up, I amik ubat tahan sakit tu, tapi I tak nak MC. Dua hari pulak tu MC dia kasi... tak faham laa I. Pada I laa, kalau MC dua hari maknanya sakit kuat laa kan? Setakat makan ubat tahan sakit, memang laaa tak sakit bila makan, dah habis kuasa ubat tu, sakit laa balik.

I tak puas hati, I pergi ke farmasi sebalah..buat blood test. Takut jugak sebab keturunan I ada diabetis. Tapi result dia tak accurate la sebab I tak puasa. Tapi I nak check juga... Alhamdulillah, my glucose 6.0 (quite high but considered ok sebab I dah makan) but the total cholesterol 4.8 walaupun lepas makan.. this is considered low. Kalau I puasa, by theory, the reading will be lower.

Orang cuma risau bila high cholestrol. Dulu, I happy laa sebab I low cholesterol, so I tot ok laa kan. Tapi, sebenarnya too low cholesterol also not healty. I should repeat the test after 8 hours fasting... but... sampai hari ni I tak pergi buat lagi. My lowest record of low cholesterol was 3.8. Apa effect dia I tak tau sebab low cholesterol is not widely publish/discuss. People are more concern about high cholesterol.

I think I should go and have a full blood test + check up ..but where can I find a good doctor. I tinggal kat area Ampang / Setiawangsa. So tolong laa jangan suggest SJMC, jauh you...