Pagi raya tu, my asben kejutkan ajak sembahyang raya, errrgggghh.. I tak boleh bangun, kepala sakit, badan I semua sakit... Sah!! I dah kena demam selsema. Apa laa malangnya kena demam di pagi raya...tak per, demam penghapus dosa kot. Jadinya sepanjang hari raya, I duduk di rumah saja. Memang tak rasa langsung suasana raya.
Hari raya ke 3, gagah pergi rumah my friend di Bin Omran, esoknya dia ajak pergi beraya di Al Khor.
Dah few times I pergi Al Khor, baru kali ini I berpeluang ambik gambar. Ini lah jalan yang di lalui oleh my asben setiap hari pergi kerja (my asben kerja kat Ras Laffan, atas lagi dari Al Khor). Bayang kan setiap hari my asben travel 90km pergi dan 90km balik ikut jalan ni...ya Allahhh boring nyer jalan dia. tak ada satu apapun.
Pandangan sepanjang jalan ke Al Khor.
Kalau nasib baik, dapat laa tengok segerombolan unta bersandatai di padang pasir ni. Entah kenapa, hari tu, tak ada unta. Agaknya unta unta semua pergi beraya kot, tak pun dah jadi korban hari raya.....
Sepanjang jalan, hanya lah padang pasir yang pamah, tak ada bukit ataupun sand dune. Kesian kan my asben travel hari hari ikut jalan ni. But one good thing is the speed limit is 120km/h. Kereta kereta kat sini, once you exceed120km/hr, dia akan mengeluarkan satu bunyi yang amat irritating. Dengan ini dia menghalang orang drive exceed the speed limit. Tapi my asben nampaknya dah immune dengan bunyi tu.....
Ini lah suasana di pekan Al Khor.
Balik dari Al Khor, demam I makin teruk. Tu laaa dah tau demam tapi nak jalan jugak kan. Sapa suruh???
*****************
Baik saja demam, I ajak my asben pergi ke Souk Wakif untuk beli souvenir nak bawa balik ke Malaysia. Ini lah pertama kali I ke Souk pada waktu maghrib, biasanya pergi lepas Isyak. Kat Qatar ni, masjid banyak, selang beberapa block ada masjid. Alasan sangat la kan kalau tak nak sembahyang tu. Masa my asben pergi sembahyang maghrib, tercokoh laaa tunggu kat tepi masjid tu.
Selepas azan tu, masih ramai orang bershopping. Tapi bila orang dah qamat, I tengok orang kat kedai tu angkat tangan kat pelanggan macam cakap "Tunggu.."...pas tu dia berjalan ke surau berdekatan. Tinggal saja kedai dia.... Semua orang berduyun duyun ke surau.
Inilah suasana di Souq Wakif masa solat Magrib. Sunyi sepi, lengang!!!
Tak ada pencuri di sini.
Kedai kain cuma di tutup begini saja.... nampak tak dua kain diikat, dan dihadang dengan kerusi di pintu masuk kedai.
Kedai ni pun sama, cuma gelung kain di letak merentangi pintu. Tuannya pergi solat maghrib.
Inilah keistimewaan Doha. Bandar ini sunguh selamat......

