Saturday, January 27, 2007

Fish Market and My House

FISH MARKET AL KHOR

In my previous entry, i did mentioned about my trip to Fish Market kat Al Khor. Sebenarnya, we all boleh beli ikan kat pasar di Doha, cuma sebab hari tu Sham nak tunjukkan jalan ker Al Khor to my asben, so we drop by kat Fish Market ini. I sempat posing dengan Leen, Sham dan anak mereka yang sulung. Siap bawa baldi nak isi ketam :-)Ini lah dia, fish market kat Al Khor. Bersih....Ikan udang dan ketam kat sini memang la fresh...baru naik dari boat. Malah ketam ketam masih berjalan..eee...I geliiiiii......Harga dia agak mahal jugak, actually harga dia bermusim. Harga pada hari itu, ketam QR18/kg (QR1 ~ RM1) biasanya less than QR10/kg. Udang dia gumok gumuk..I beli sekilo QR30, tapi rasanya manissss sangat, maybe sebab fresh. Ikan kembung QR6/kg.
Penimbang dia still kuno..pakai pemberat..kesiannnn.....

Bot bot nelayan.....I love this view. Unfortunately my camera is not very good :-(


MY HOUSE

Tadaaaa.... ini lah rumah ku dekat Zoo Doha, selepas di furnished kan ala kadar (sorry laa masa gambar di ambil still messy) . I pilih majlis set, ala ala arab gitu, so that ruang ittew nampak luas sikit, lagipun harga nya murah sajor..QR600 lebih set for 6 person. Am still looking for coffee table, tapi belum jumpa yang sesuai. I ingat nak cari coffee table yang besar sikit so i boleh gunakan sebagai meja makan ala japanese style. 2 in one function he he he... Hari tu I ada jumpa satu coffee table yang besar kat Najma, tapi design dia very la kelly test. Tak rela I..... Sesiapa yang tahu kat mana ada ada jual coffee table yang besar, plse inform me. Kalau second hand pun tak kisah. Satu lagi, we are looking for heater, rumah ini amatlah sejukkk..sebab lantainya tiles. dah tanya banayk tempat, semua kata heater out of stock. Tahun ni suhu kat qatar in expectedly low, so semua orang berebut beli heater. We managed to get a small fan heater 2kW. Itu pun harganya double QR97. Cukuplah untuk panas kan tempat tidur.
Another view of my living area. Rak ittew pada mulanya we all beli untuk TV rack, tetiba my asben tukar fikiran nak taruk TV kat corner. I plan nak letak console table kat situ, tapi tak tahu lah bila boleh dapat yang sesuai dengan budget yang ciput....
This is our bedroom, maaf lah..luggage masih besepah, masa ambil gambar belum habis unload baju dalam almari lagi. I rasa it is a good bargain jugak, we all dapat 2 almari baju ( 2 doors each) plus dressing table cuma QR1,000 (~RM1,000). Tilam tu beli kat Carrefour RM700 sajorrr..tak mampu laa nak beli matress base. Asal ada tilam dan bantal dah cukup.
He he he...ini lah dapur...bersepah lagi. Buruk sangat kabinetnye. Peti sejuk pun beli kat Carrefour near Hyatt Plaza jer. Tapi pengalaman delivery petisejuk dan tilam dalam Carrefour mamang menyakitkan hati. Tukang hantar barang tu cuma buat miss call saja and kite kena call die orang balik. Kalau u all nak tahu, kat Qatar dan juga UAE tak ada proper address, sebab tak ada posman kat sini. Semua orang kena sewa peti surat. Penat kite orang sketch map ke rumah, hampeh!!!..the officer tu tak kasi kat driver. janji pulak janji 'kelly eng'..puas menunggu sepanjang hari, kata nak hantar pagi, malam baru dia hantar. At last kita orang kena keluar fatch lori peti sejuk kat Petrol Station and lori tilam kat depan Hyatt Plaza. Seumur hidup di Malaysia tak pernah ada pengalaman cam ni. One of my friend kata am still lucky, dia beli dapur and oven, driver tu hantar pukul 12 tengah malam......




Wednesday, January 24, 2007

Round round about Doha

Round round about Doha??? I really have no idea apa tajuk nak tulis kat atas...Firstly, sorry laa..I tak dapat update selalu sebab tak ada internet connection kat rumah. Ini pun datang rumah kawan, so pinjam ternet dia.
Pening jugak nak biasakan diri dengan jalan jalan di Doha sebab terlalu banyak round about. Dekat rumah I tu, dah cantik cantik buat traffic light sempena Sea Games hari tu, die orang gi gali semula nak buat roundabout...These Qatari love roundabout veryyyyy muchhhhhhhhh. Ada laa satu kisah di sebalik roundabout ni, am not sure how far it is true..kata nya qatari ni very undecided, so bila dia orang keluar rumah die orang tak decide where to go, so kat round about tu laa qatari couple ni akan bertekak sama ada nak ke kiri or ke kanan or terus...selagi belum decide die orang akan round and round and round the round about... he he he..Even junction yang kecik pun ada round about. Lepas tu, tak ada nama jalan and sign board amat lah kurang...fening fening....
Alhamdulillah..dah 3 hari my asben and I pindah ker 'kandang unta'...he he he. Why I called it 'kandang unta'? Sebab dari luar, betul betul macam kandang..dinding dia tembok batu yang buruk, gate dia memang betul2 tertutup.... tutup 'aurat' habis. Biasa laa..typical arabs house. Memang tak kenal jiran langsung sebab semua rumah tertutup. Lagi pulak, lorong lorong kawasan itu sedang di korek dan di gali, so berdebu..nanti lah i post picture area rumah I.
Rumah tu dah 60% siap. Beli yang basic saja dulu ...orang arab kata "mafi fulus" or bahasa melayu "tak cukup duit" he he he. Boleh laa setakat nak duduk tu. Bedroom I cuma beli tilam (no katil) almari dan meja solek ..(nak make up pergi zoo tengok ular...). For living room, I cuma beli majlis set (duduk bersila sajor..) and carpet. Sorry tak dapat nak load picture sebab gambar dalam my labtop.
Malaysian kat Doha very friendly, few days ago, Leen bawa I pergi morning coffee kat one of Malaysian house. dapat laa kenal ramai Malaysian kat situ..makkk oooiiii...cantique banget rumah dia. It is a villa in a gated area, punyalah luas, risik risik, sewanya lebih dari RM20k/months. Terasa kecik sangat diri ini hu hu hu...
Today Leen and Sham bawa kite orang pergi beli ikan kat Al Khor, and malam ni dia orang buat makan makan kat rumah dia orang.
InsyAllah, hari Sabtu depan kite orang ke Abu Dhabi semula sebab visa dah expired, so ve have to get out from Qatar and masuk semula. Bagus jugak... selagi belum dapat Residence Permit, kita orang kena keluar Qatar every 27 days and company has to bare the cost yahooo....so, I plan next time we all nak ke Oman or Bahrain pulak. Tiket free, sape tak nak.
OK dulu untuk kali ini. InsyAllah next time I'll load the photos.

Friday, January 19, 2007

My Kandang Unta at Doha

At last...my asben and I manage to get a 'kandang unta' at Doha with in our budget yang ciput ittew. Ciput tak ciput pun, RM6,000/bulan jugak la (including api air) ..this is the cheapest we can get. Gambar di atas ialah rumah yang bakal di diami oleh my asben and I sehari dua nanti. Buruk kan...tapi apa nak buat. Ini saja yang mampu buat masa ini.....
Sebenarnya ia sebua villa, tapi di pecahkan kepada 3 unit rumah. we are quite lucky sebab dapat rumah yang depan yang mengadap main gate, so we all dapat covered car park laa...And the main gate is privately for us only....tu yang best tu. Tenents lain masuk ikut gate tepi.
Kalau di lihat gambar di atas...compound dia luas juga, khemah di sebelah kiri tu sebenarnya tempat pak pak arab hisap shisha sambil ambil angin petang. Ok laa kan, selepas bertahun tahun tinggal di appartment, so kini merasa la duduk di rumah atas tanah.
Tapikann..bila tengok laman yang luas ini, I ingat kat Irfan and Dalili kat Abu Dhabi, kalau die orang ada, boleh Ifran main skate board and besikal kat depan rumah auntie kannn. Dalili pulak boleh berlari lari sepuas puasnya. I really miss Abu Dhabi.


This is the living room, baru beli carpet kecik, TV, washing machine dan 1 unit A/C untuk bilik tidur (bilik lain A/C provided).


This is the bedroom, its going to be our bedroom. U all nampak tak pintu kat kanan tu, pintu tu menghala ke balcony, tapi that balcony kena share dengan unit sebalah. Dengar kata my neigbour is Indian from Goa. So I think, am gonna block the door with cupboard.


I dont know what is the function of this space, may be we'll use it as an internet/telephone room kot. Dah sedia almari buruk, so I just kept it..boleh buat store. Nanti pandai pandai la I touch up sikit almari tu bagi nampak lawa sikit.

This is the second room. Luas sangat, lebih luas dari our living room. Sebenarnya, bilik ini untuk 'majlis' di mana arabs berkumpul bila buat function. Look like it is going to be our multi purpose room. Kalau I buat makan makan, it can be tempat makan, duduk bersila atas tikar laa...kita kan orang melayu. Bila ada tetamu, it can be a guess room.

Inilah 'kandang unta' ku di Doha...memang sesuai pun, dekat dengat Zoo Doha. Tak jauh dari rumah ada Carefour dan Hyatt Plaza. Tapi kat sini, kalau tak ada kereta, memang tak boleh hidup. Am really miss Abu Dhabi, everything is just walking distance.

Wednesday, January 17, 2007

Selamat Datang Ke Doha

Alhamdulillah, 15 Jan 2007, jam 11 pagi (waktu Abu Dhabi) my asben and I depart from Abu Dhabi International Airport. Landed di Doha pun pun jam 11 pagi(waktu Qatar).....he he he...macam tak bergerak pulak masa. Sebanarnya beza masa UAE dgn Qatar 1 jam. So now, beza masa I dengan orang Malaysia 5 jam lah.
I sangat lah terharu, kawan chatting I yang tak pernah bersua muka, insist nak kite orang kat airport and bawa ajak kita orang stay kat rumah die orang sehingga dapat rumah. Leen and Sham such a nice person I've ever met. Die orang baik sangat u all tau. Die orang layan we all macam sedara...pada hal inilah pertama kali kita orang jumpa. Anak anak dia pun very peramah and cutes.
On the first day, we search few houses...tapi semuanya QR7,000 ke atas. On the 2nd day (yesterday), we manage to get a house...yeyyyyyy (thanks a lot to Sham & Leen yang bawa kite orang yang bawa ke sana ke sini)....petang tu jugak we all sign aggreement. It is a house part of Villa. Actually sebuah villa dia pecahkan kepada 3 unit rumah. Sewanya QR6,000, 2 bedrooms 1 small bathroom, kitchen and hall...very spacious . OK lah..the house layout is not as proper as an appartment..u all boleh imagine kan, villa yang di pecah pecahkan. But am satisfied enough with the house..with the budget of QR6,000 per month I cant be very choosy. The good this is ...rumah tu ada compound kat depan, boleh buat BBQ lagik...so I bolah lah jemput kawan kawan datang.
To all my friends, u are wellcome to my 'kandang unta' di Doha. Kawan2 I kat Abu Dhabi dah ramai kata nak datang . Irfan Dalili, datanglaa...auntie ada 2nd bedroom yg luas. Lee Han and Selene yang kata nak datang pun boleh datang...cewahhh excited nyer aku!!! Bella, u merajuk laa lagi dengan LeQ, so lepas tu dia pujuk u bawa datang ker Doha plak, pas tu kita terus ke UK...muahaha...
My next mission is to furnish the house. We all nak beli yg perlu saja, tilam bantal dan meja makan...cukup lah... But dont expect my house will be nicely furnish. I kan Nomad..buat cara Nomad laaa..
I memang berterima kasih sangat pada kawan I ni...I benar benar terharu dengan layanan dia orang. I promise to my self..I nak cuba jadi insan sebaik mereka.
This all for today. Tak tau bila lagi I boleh update my blog (ini pun I tumpang internet rumah Leen). Apa apa..tinggal massage saja yer...

Friday, January 12, 2007

Jom Jalan Jalan-Dubai Part 2


Alhamdulillah, 80% barang barang dah siap packing. Penat, tapi I nak juga curi sikit masa untuk update my blog. Hari ni I nak story mory sambungan cerita my trip to Dubai with my sisters in law yang terbengkalai dek kerana I terkezut dan pitam bila dengar harga rumah kat Doha.

Kat mana hari tu yer?..Oh, after shopping gila kat Naif Souq (best kan shopping kat situ ladykween?), I dengan kakak dan adik ipar I over night kat rumah Cikegineer Sue yang baik hati itu. The next day, we all bangun awal sebab nak naik Big Bus ronda ronda Dubai. Tapi, for your info my friends, nak dapat teksi kat Dubai ini punya lah siksa. Dekat 1 jam juga lah menunggu teksi and harganya memang mahal. To cut short the story, at last we all dapat teksi sampai jugak la ke Deira City Center nak naik Big Bus pukul 10 pagi.



Bagi sesiapa yang datang ke Dubai (bukan package), Big Bus is the best option for sighseeing. Dia cover seluruh Dubai dan semua tempat perlancungan (must visit places) kat Dubai. Pulak tu, bas ni dua tingkat dan tingkat atasnya terbuka, so u all boleh menikmati pemandangan tanpa batasan (unlimited view). Memang puas sangat, tak macam naik kereta, dah lah rendah, ada bumbung pulak tu. Tak dapat nak tengok pencakar pencakar langit di Dubai yang sangatlah cantik architecture nya. I memang admire sangat architecture kat Dubai, every building is unique.


Walaupun harganya agak mahal , Dhs150 bagi orang dewasa & Dhs 100 bagi kanak-kanak. Tapi I rasa amatlah berbaloi sebab dia cover City Tour and Beach Tour. Di tambah lagi dengan 1 hour Dhow Cruise Trip along the Dubai Creek for free...To tell u guys, Dhow Cruise Trip ni menang la best! I akan ceritakan in the next next entry..may be Jom Jalan Jalan Dubai Part 4 kot.

All tours have the hop-on, hop-off facility and live English commentary is guaranteed on every departure. Tickets are valid for 24 hours (minta maaf ayat ciplak..). Tapi coupon untuk Dhow Cruise Trip valid bila bila pun, nak naik next day, next week, next months pon boleh.


To my friends from UK (or what ever destination) yang selalu transit or stop over kat Dubai (DBX) seharian tu, I cadangkan, tak payah lah you all melangut kat airport tu. Ambik teksi naik Big Bus kat Diera City Center pukul 10 pagi (Diera City Center ni dekat sikit dengan Airport), kalau nak awal lagi, pergi ke Wafi City di mana bas bertolak pukul 9 pagi. The last bus will stop at 9 malam. Kalau u all kesuntukan masa, tak payah lah hop-off, duduk jer atas bas tu, dalam masa tak sampai pun 5 jam dah boleh ronda ronda seluruh Dubai. On the way back to UK pulak, masa stop over tu, guna pula Coupon Dhow Cruise Trip yang last forever tu... Untuk mengetahui lebih detail lagi layari lah laman web Big Bus atau u all boleh contek I, I boleh cerita dengan lebih terperinci lagi...Big Bus should give me some commission for this promo. Big Bus ini memang di import dari UK. The view dari atas bas. Masa ni bas sedang melintasi Dubai Creek.

Dubai yang dahulunya dapang pasir, sekarang very greeny.

One of the view dari atas bas...


The view of Diera Dubai juga di kenali sebagai Old Dubai.



Photo photo di atas ialah sebahagian pandangan yang dapat dilihat semasa City Tour.


Above: Wafi City Dubai.


Big Bus pertama bertolak dari Wafi City pada jam 9 pagi. Dan bas bas yang berikutnya bertolak setiap setengah jam. Bas akan berhenti di 23 hentian (seperti di senaraikan di bawah). Big Bus ini berkonsepkan hop-on hop-off, jadi u all boleh berhenti di mana mana hentian, selepas 30 minit, bas lain akan datang dan u all boleh lah naik bas ittew. Ingat!! Jangan hilangkan tiket!!.. tak boleh naik la jawabnyer. Tapi I dengan my sisters in law ni muka glamer, tak payah tunjuk tiket, dia terus kasi naik. He he he...sebabnye majority yang naik ni mat mat dan minah minah saleh, and bercouple pulak. Kite orang ni macam 'tiga dara pingitan', muka Asean pulak tu. Mahunyer tak glamer...Ramai orang ingat kite orang ni students lagi..aww perasan muda aku!!


One more thing, timing is very important. Kalau terlepas bas yang setengah jam tu, kena lah tunggu lagi setengah jam. . Tapi jangan risau, jadual waktu diberikan bagi setiap hentian. Bas yang terakhir pukul 9 malam. Kalau terlepas yang ini, naik teksi la jawabnya.



CITY TOUR (Red Route)


1. Wafi City


2. Creek Walk and Danat Dubai Berth


3. Al Fahidi Fort (Dubai Museum)


4. Dubai Old Souk


5. Sheikh Saeed Al Maktoum House


6. Gold Souk


7. Abra Station


8. Deira City Centre


9. BurJuman Mall


10. Karama


Route Maps for Big Bus Dubai Tours.(Click to close up the map)


BEACH TOUR (Blue Route)


11. Deira City Centre


12. Wafi City


13. Mercato Mall


14. Jumeirah Mosque


15. Jumeriah Beach Park


16. Jumeriah Public Beach


17. Souq Madinat Jumeriah


18. Le Meridien Mina Seyahi


19. Royal Meridien Hotel


20. Oasis Beach Hotel


21. Hilton Jumirah Beach


22. Sheraton Beach Hotel



23. Mall of the Emirates


Memandangkan banyak sangat hentiannya, we all we all cuma hop-off di beberapa hentian saja...(to be continued Jom Jalan Jalan - Dubai Part 3)

p/s: Hu hu hu...my asben baru bagi tau, may be esok internet rumah I dah expired (kan kite orang nak pindah) so, I dah tak boleh berinternet lagi buat sementara waktu :-(

Thursday, January 11, 2007

Rumah oh rumah....

Mula mula ingat nak cerita pasal Big Bus Tour Dubai, tapi hilang mood....

I ingatkan rumah kat Abu Dhabi ni dah mahal sangat,(flat 1 bilik RM4,500/bulan). Rupanya, kat Doha lagi laaaaa....... harga rumah naik macam bursa saham. I called few agents, tak ada satu pun rumah harga below RM7,500/month. Rata-rata RM8,000 above, RM10,000, 12,000 ...... Am not talking about villa okey. It just an apartment or flat.
Last year 2005 my asben and I dah pergi Doha bulan June - Oct. We all dapat 2 bedroom apartment fully furnished, pada masa tu harganya about RM6,000/month. Area tu namanya Najma. This week January 2007, the same area, harga sewa nya RM9,000 and above. Dari 6k naik 9k dalam tempoh setahun. Tak ke gila namanya?

Sepertimana UAE, rumah di Qatar kebanyakannya hanya boleh di miliki oleh orang arab... To add the value to house, most of the house are fully furnished. Lagi melambung la harga sewa rumah. Tapi I amat lah tak suka dengan cita rasa Pak Arab ni. I prefer rumah kosong and I'll furnished it my self...setiap orang ada cita rasa sendiri kannn.

This is how Pak Pak Arab make money by goyang kaki. . Contohnya rumah I kat Abu Dhabi ni, the owner ada 12 unit flats in the same building. Harga sewa 1 flat RM4,500 (tenent baru dah naik RM5,000)..kira laa RM4,500 x 12 = RM54,000 sebulan. Just imagine!!!! Dia ada laundry shop lagi kat bawah, India yang jaga. Dia pulak, I selalu nampak hisap shisya kat restoren near by. But, one good thing about him, I selalu nampak dia solat kat masjid setiap kali masuk waktu...*mati laaa kalau lakiku tau aku selalu mengintip tuan rumah....

Now, all I need is just a shelter to sleep.....

May be kite orang buat pondok cam orang badwi ni jer kot..

Wednesday, January 10, 2007

Jom Jalan Jalan-Dubai Part 1

Sebenar nya trip I ker Dubai ni dah lama, November lepas. Dah basi pun ceritanya...tapi dekat tarikh I nak tinggalkan UAE, semakin sayu pulak rasanya. So I decided nak abadikan kenangan I di UAE ni di dalam blog I for my future reference. I can say that this enty is more to "syok sendiri". Jadi, kepada sape sape yang tak nak baca cerita basi dan cerita orang yang "syok sendiri", tak payah lah baca entry ini..buat perabis power komputer u all sajor kannn......
Trip ni sempena kedatangan kakak dan adik ipar I ke Abu Dhabi, masa tu pulak my asben pergi outstation. As I mentioned earlier in my previous entry, my asben ni homely type, dia tak suka berjalan. So sepanjang kat Abu Dhabi ni I lebih banyak terperap kat rumah...hidup I boleh lah di ibaratkan seperti unta dalam kandang. Tapi bila my sisters in law datang..Horeyyyy...I bagaikan unta terlepas kandang, berlari lari bebas di padang pasir. Am sooo happy and I plan nak enjoy sepuas puas nya. Hendak pula my asben outstation masa tu, I jadi macam unta tak dak tuan...dunia ini aku yang punya, bleyy....
Antara activiti yang I rancang for my sisters in law was a trip to Dubai. Oleh kerana I tak ada driving licence UAE, we rely 100% on public transport. Kite orang ke Dubai dengan menaiki bas Abu Dhabi-Dubai Emirates Express. Tambangnya cuma Dhs15 satu hala. Murah....dan bas dia very selesa.

View on the way to Dubai.

I memang bernasib baik, dengan keramahan I ber YM, I berkenalan dengan Cikengineer Sue. dan Cikengineer Sue ini berbesar hati menumpangkan kite orang kat studio dia. Alhamdulillah, jimat duit, tak payah sewa hotel 2 malam. Hotel kat Dubai ni memang lah mahal uolls. Hotel 2 bintang pun USD100 per nite.

Bas kite orang berhenti di Al Ghurair Bus Station. Dari situ kite orang ambil teksi ke Naif Street untuk ke rumah Cikengineer Sue. Walaupun baru pertama kali bersua Cikengineer Sue ini amat ramah. Selepas bersihkan diri dan solat, kite orang keluar makan dan terus shopping.

Naif street ni memang terkenal dengan kedai kedai kain. Ramai orang Malaysia datang beli kain kat sini dan balik jual di Malaysia. Peniaga di sini menang dah kenal orang Malaysia. Maslahnya, kain kain di sini tak ada tanda harga, so kena lah bargain. Menurut Cikengineer Sue, die orang tak taruk harga sebab orang perempuan arab tak nak beli kalau kain tu murah, manakala orang Asean pulak, tak nak beli kalau kain itu mahal. Jadi dia orang akan letak harga yang mahal pada perempuan arab, dan murah kat orang Asean. Macam tu pulak.... Pelik laa perempuan Arab ni.

View of Naif Souq, maaf camera I tak canggih untuk ambil gambar waktu malam.

Banyak la jugak kain yang kakak ipar I borong. I jer yang tak beli kain sebab kat sini I tak pakai baju kurung. Sebenarnya I teruja juga tengok kain yang cantik cantik dan murah murah. I tak sabar nak tunggu keesokan harinya, the day for Big Bus Dubai Tour......

I akan sambung pasal our Big Bus Tour Dubai in my next entry.....(bersambung....)

Jom Jalan Jalan- Heritage Village

Sebenarnya ada banyak gambar Abu Dhabi dan Dubai yang I nak abadikan di dalam blog ini untuk kongsi bersama kawan kawan, tapi disebabkan kesuntukan masa dan mood nak menulis tu tak ada, so terbengkalai begitu saja. InsyAllah, I'll try all my best to share my experience di UAE ni. Better late than never kannn.....

Last week my husband and I went for a walk at Breakwater, Abu Dhabi. Kami ke Abu Dhabi Heritage Village. Heritage Village ini di bina semula menggambarkan budaya dan kampung orang Badwi dulu. Memandangkan cuaca sejuk, I dah mula pakai baju tebal...I tak tahan sejuk. Sorry, am not really in mood to write, so just publish gambar saja lah yer...i think, a photo speaks thousand words.... Gambar di atas, I dihadapan Heritage Village berlatarbelakangkan potret Sheikh Khalifah Al Nahyan iaitu Raja @Pemerintah Abu Dhabi dan juga President UAE, di sebelah kiri pula, berkibar megah mendera UAE. Dikatakan bahawa ia merupakan the 2nd tallest unsupported flagpole in the world at 123.1 m ( The tallest is at Jordan with height of 126m)....Bendera kat Dataran Merdeka tu berapa ketinggiannye yer?

At the enterance of UAE Heritage Village.

Suasana pasar orang Badwi.

Di hadapan rumah orang badwi.

Di hadapan rumah orang badwi.

Berlatarbelakangkan Bandar Abu Dhabi.

Berlatarbelakangkan Bandar Abu Dhabi.

Ingat nak amik gambar dengan donkey ni, tapi tuan dia tak kasi..hu hu hu...
Dekat Restaurant, barlatarbelakangkan Emirates Palace Hotel.

Kat Restaurant, restaurant ni di bina bentuk tradisi Arab Badwi.

Monday, January 8, 2007

How I wish....

How I wish this lady is me.....

Yesterday was my Wedding Anniversary, alhamdulillah, we manage to survive our marriage for 11 years. I kawin muda ...tergedix nak kawin. Lepas dah kahwin, ohhh how I miss my single life, rasa tak puas enjoy. And I pun selalu laa bagi nasihat kat kekawan yang single yang selalu ada problem dngan boyfriend die orang "Enjoy your single life, dear". Not everybody as lucky as myself, dapat husband yang sporting. Masa kat KL selalu I keluar enjoy dengan my friends yang masih single macam I ni pun single jugak. Lupa sekejap laki kat rumah he he he....My hubby homely type, while I pulak outgoing person. Kite orang sebijik macam lagu Juliana Banos, Cinta Gila;


Ku ke kiri kau ke kanan

Ku di belakang kau dihadapan

Bila ku marah engkau ketawa

Dengan selamba aku berkata

Kita berdua jauh berbeza

Langit dan bumi tapi serasi

Ku cintaimu kau cintaiku

Itu saja yang perlu kau ku tahu


Kuharap bicara cinta

Kau cerita tentang bola

Ku ingin bersiar-siar

Dikau baca surat khabar

Bila ku terus keluar

Kau tertidur tidak sedar

Ku pulang rumah jam tiga

Kau pula cemburu buta (tapi my asben tak cemburu buta...)

Lagu tu memang sebijik kena batang hidung I. Alhamdulillah, dalam hidup I tak ada yang tak cukup, walaupun asben I tak kaya....."Bila la Abang nak kaya Bang, Kalau Abang kaya boleh la Ayang gi shopping shopping. Tapi, Abang tak kaya pun Ayang sayang Abang....muakkhhh".

Yang tak cukup cuma satu saja...baby. I nak sangat baby, tapi tak ada rezeki lagi. Dah cuba macam macam cara. Puas jumpa doktor and mak bidan. Pagi petang siang malam cuba...tak jugak dapat baby. Honestly I almost give up now. We decided nak ambil anak angkat. Last year ada orang nak bagi anak dia kat kite orang, tapi di takdirkan Tuhan, baby tu hidup 1 minggu saja. Dia lahir hari Jumaat bulan Ramadhan tahun lepas dan meninggal hari Jumaat berikutnya sebab demam kuning. I punya lah menangis...I dah belikan botol susu Pooh collection utk dia. I memang plan nak Pooh collection for her. Babycourt dah booked cuma tak ambik jer lagi. I ingat, bila baby tu dah sampai ke tangan I, baru I beli. Tapi Allah lebih sayang kan dia.....
Bila I dah move ke Abu Dhabi, harapan nak amik anak angkat memang la tipis. Ada yg tanya kenapa tak ambik anak Palastin. Masalahnya ialah procedure antarabangsa, hak penjagaan dan yang penting nak buat passport. Even kalau I amik Malaysian baby sebagai anak angkat, selepas 2 tahun baru I boleh daftarkan baby tu atas nama I sebagai penjaga yang sah, dan baru I boleh bawa baby tu keluar negara. Kalau tak, kena tuduh kidnap baby pulak. My asben and I ni macam Nomad, passport untuk baby tu penting .....Lain la kalau Angeina Jolie and Madonna, senang senang jer approved dapat anak angkat.

Ohh God, I memang gila kan baby, especially bila tengok anak arab. I nampak girl ni masa shopping kat Carrefour, cute sangat...I pun minta izin dengan emak die nak snap gambar. Sib baik mak dia sporting. Its not easy nak amik gambar orang arab tau..u cannot snap sembarangan. Tapi, untuk I dapat anak yang putih melepak with a golden hair ni memang la impossible sebab I ni orang Melayu, asben I pun orang Melayu...tak kan anak tetiba rupa arab kannn....


So, I verangan, kalau I dapat anak perempuan, I nak dia cute macam baby dia atas ni...ehemm baby saper entah I kidnap gambar die....Jangan marah yer Mama Irdina, kata orang, kalau I tengok gambar baby ni hari hari, nanti i boleh dapat baby comel macam ni jugak...Pipi Irdina ni pun tembam cam pipi I jugak, so ada la possibility yer tak?


Kalau baby boy pulak, I nak yang cute macam ni...ehemmm...gambar baby boy sape la agaknyer. Cuba teka? Ayah dia mesti hensem kan?