Thursday, May 31, 2007

Mimpi Ngeri

Semalam, I tidur, I mimpi...mimpi yang amaattttt ngeri. I mimpi, my asben ada girlfriend lain. Nama dia Aisya. huaaaaaaa.. Bila I jaga, I nagis gila. Now, dah kul 12 tengah hari, mata I masih bengkak lagi. I still cannot keep myself from crying. I tau itu cuma mainan tidur, tapi I tak dapat nak terima hakikat itu. Kenapa laa aku mimpi macam ni? Agaknya....

1. I miss my asben so much, dah dua minggu tak jumpa.

2. I selalu rasa I dah tak der sape sape lagi di dunia sebagai tempat bergantung, I cuma ada my asben. My asben lah segala galanya bagi I.

3. Banyak lagi urusan yang I nak kena buat, I tak reti nak buat, sebab dah 2 tahun I tak keje..... I really wish my asben still here to help me, to support me.

4. I cannot imagine mylife w/out him. I rasa bersalah kat my asben sebab am not a good wife. I tak pandai mengemas rumah, I pandai buat sepah sajor. Yer, as anak tunggal, masa kecik I tak pernah buat kerja rumah. Am a very messy person. Memang sesuai pun sebab I lahir tahun Tikus, zodiak lembu pulak tu...

I really wish I seorang yang kemas, bersih, organise, rajin. Unfortunately, am seorang yang pemalas, suka tido sajor. My hobby is sleeping. I enjoy sleeping, kalau tak tido pun, i suka baring baring atas katil ala ala sleeping beauty. I ingat lagi, my late grandma said "Aina ni 'hantu katil' ". Yess...I suka beli cadar dan I suka cadar yang cantik cantik.

Satu lagi possibility I dapat nite mare tu sebab I rasa bersalah sebab I potongkan rambut I minggu lepas. Pendek sangat, boyish style. Panjang sikit dari rambut my asben. My asben tak suka I rambut pendek. I takut nak jumpa my asben dengan rambut pendek ni, takut dia tak suka kat I lagi. Tapi, I stress sangat minggu lepas. So rambut I jadi mangsa. Minggu ni I dah nyesal. Tapi rambut yang dah di potong tak leh sambung balik. Nampaknyer I kena cari rambut palsu ler....

******************

Di entry ini juga, I nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat Bella yang sudi temankan I masa I was really down last Monday. Hari tu, I bangun pagi I rasa down sangat. I really need somebody to talk to. Semua orang kerja, so dalam kepala I, I cuma teringatkan Bella. She is a very nice lady. I sms dia, dia baru bangun tido masa tu. Standard time bagi ratu kangkang macam kite orang. I said "Bella, on YM, I nak chat dengan u, I need somebody to talk to." Few seconds lepas tu ..Bella online. Lepas tu dia temankan ke KLCC. I siap pesan kat Bella supaya pakai baju yang kalis air sebab I need a shoulder to cry on. Siap ada perjanjian lagi, Bella, "kalau u nampak I pegang handbag, cefat cefat u tarik tangan I tau. Satu lagi, jauhkan aku dari kedai yang bertulis COACH, am allergic." Bleyyy.... Tapi bila I tengok muka Bella yang charming, terus tak jadi nangis. We went for manicure and pedicure....

Last nite, I jumpa BigGirl. She is soo lovely too.

Now, I rally love my blog. Dari blog ni, I dapat ramai kawan. Special thanks to Ard who introduce me to bloggers world.

Wednesday, May 30, 2007

Happy Anniversary


Eppy 1st Anniversary to Belladona and LeQ. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Sunday, May 27, 2007

Frust and Sad

I cuba tak nak buat entry sedih sedih. I buat entry mengarut2 laa..just to divert myself from sad story. I cuba nak lupakan semua kesedihan. I bukan sedih meratap pemergian my dad, I sedih bila I sedar I dah tak de adik beradik. I feel lost. All I have now is just my asben. I tak nak balik ke Doha dalam keadaan sedih. I tak nak my asben tengok I menagis. I cuma ada dia saja (after Allah).... I cuba hiburkan diri I dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, I hampir berjaya. Tapi hari ini, I kecewa sangat. Kenapa masih ada orang yang nak ingatkan I pasal my dad. Ceritakan I pasal keadaan my dad masa dia sakit, masa I tak der kat Malaysia? Semua ni buat kan I sedih semula. Bukan sahaja sedih, I juga emo...
Kes 1: Sedara jauh yang kat Penang, Kak De sms tanya bila I nak balik utara. Dia kata dia nak jumpa I jugak jugak. I dah bagitahu I tak boleh janji sebab tak der orang nak temankan I drive balik Kedah. I tak konfiden nak drive seorang diri. I nak tunggu my nephew (sebelah my asben) balik bercuti, tapi my nephew tu ada activiti kat kolej dia buat masa ni. Apa yang penting sangat sampai tak boleh cakap tru phone sampaikan I kena balik utara. Yang I tau, dia ada cerita kat I pasal cemana orang jaga my dad masa kat kampung dulu (cerita tak elok laa...). Sudah sudah lah tu. Ceritakan kat I pun, apa yang boleh I buat sekarang ni. My dad is already "6 feet under". There is nothing I can do. Cuma menambahkan kesedihan I sajor. Tambahkan rasa bersalah I pada my dad.
Kes 2: Hari ni jugak, Makcik I call tanya ada tak Pak su Latip (sepupu my dad, nama yang dah bertahun2 I tak dengar) datang jumpa I. I cakap tak der.
So, makcik I pun cerita laa... Sebelum ni, Makcik I tak cerita kat I apa yang berlaku pada hari my dad meninggal sebab tak nak I sedih. Rupenyer, semasa nak tuntut jenazah my dad kat rumah jagaan orang tua, sepupu my dad ni pun ada dan buat kecoh. Question kenapa my dad kat situ laa? kenapa tak bagi tau dia? Aina tau ker Makcik hantar my dad ke situ? Why out of sudden dia muncul? Buat sibuk macam dia tu waris dekat my dad. Kalau uols nak tau, I tak jumpa dia dah lebih 10 tahun kot. Rasanya, my asben pun tak pernah kenal dia. Pakcik2 dan Makcik2 I stressed sangat hari tu. This fellow ni tak tau apa2, (I rasa dia tak pernah nak ambil tau) tiba2 nak blame my Pakcik2 dan Makcik2 cam tu.
Tak cukup dengan itu, this fellow pergi serang Pengurus rumah jagaan tersebut tanya kena dia tak leh tuntut jenazah my dad. Sebenarnya I bagi dua nama saja yang berhak tuntut body my dad if anything happen to him... I yang bagi nama tu, nama Pakcik dan Paksu I. Dan my dad dimasukkan ke rumah jagaan orang tua sebab dia kena Alzheimer, need attention and therapy.
Lepas tu, that fellow tu kecoh mintak surat mati original. Pakcik I kata, "Biar lah dulu, kita uruskan jenazah dulu. Ini lagi penting dan perlu disegerakan". Dia kata "Tak boleh!!! Pakcik ni (he refered to my dad) banyak harta, kalau tak ada yang original susah nak pindah nama." Whatttttttttttttttttt!!!!!!!! Berdesing telinga I dengar ayat ittew. Apahal pulak kau nak sibuk pasal harta bapak aku? Kau tu cuma sepupu bapak aku, bukan adik beradik bapak aku pun. Kalau kau tu pakcik aku, yes, u got the right to say that sebab aku ni cuma anak perempuan tunggal. Kau tu cuma sepupu bapak aku. Pakcik pakcik aku yang sah boleh jadi wali aku tak kecoh pun pasal harta abang die orang. Yang kau nak kecoh tu kenapa? Dan kau tak pernah jaga bapak aku pun. Well, sebenarnye harta my dad tak banyak mana pun. All my uncles dah ada harta sendiri. Alhamdulillah, adik beradik my dad bukan jenis gilakan harta. Tak pernah bergaduh pasal harta. Never!!!! Walaupun kite orang tak kaya, tapi kite orang tak pernah bergolok bergadai. Tak pernah jual tanah bapak sendiri sebab nak kawin macam that fellow.
My Makcik kata ada sepupu my dad tu ada pesan "Bila Aina balik suruh dia datang jumpa saya!!". Elo, aku pun dah lama tak jumpa kau, aku dah tak ingat cemana rupe kau!!! My makcik risau I termakan dengan kata2 this fellow, so makcik ceritakan semua. To my makcik, I said, "Makcik, Aina tahu makcik makcik dan pakcik pakcik (my own uncles and aunties) jaga my dad. Aina hargai sangat sangat. Aina bukannya bodoh nak dengar cakap orang yang tak de kena mengena dengan hidup Aina."
Alhamdulillah, dengan bantuan pakcik pakcik dan makcik makcik I, my dad di semadikan dengan cepat, mudah dan eslamat. I sendiri yang bagi kebenaran untuk sempurnakan jenazah my dad secepat yang mungkin.
Hari Selasa ni, Kak Di tu nak datang rumah I di KL. Baguslaa... tak payah laa susah payah I nak balik ke Kedah. Kepada Pak su Latip, kalau laa betul penting sangat, datang laa jumpa aku. Aku tak kuasa nak gi cari umah kau sebab aku tak tau kat mana kau tinggal. Nama bini kau pun aku dah lupa. Banyak lagi kerja aku yang belum selesai. Minggu depan, aku dah nak kena balik Doha. Aku anak tunggal, aku kana buat semuanya sediri. All by myself...

Billionaire Bachelors

2 entry 1 malam. Tak pernah pernah I buat. Disebabkan I tak dapat tido malam ni (may be because rindukan my asben kot :p), so I pun surfing surfing la internet. Tup tup..terjumpa laa senarai Billionaire Bachelors. Wow!!! menarik juga ni.


Name : Mikhail Prokhorov (Russia)
Age : 41
Net Worth : $13.5 billion
Status : Single (Never been married)


My comment: Highly recommended, ensem and 'never been married'.



Name : Sergey Brin (US)
Age : 33
Net Worth : $16.5 billion
Status : Single
My comment: Highly recommended, ensem and sweet smile...


Name : James Packer (Australia )
Age : 39
Net Worth : $5.5 billion
Status : Divorced
My comment: Tak ensem sangat laa..




Name : Terry Gou (Taiwan)

Age : 56

Net Worth : $5.5 billion

Status : Widower


My comment: Reject!!! Next please...





Name : Albert von Thurn und Taxis (Germany )
Age : 23
Net Worth : $2 billion
Status : Single (never been married)

My comment: Wowwww.....tapi muda sangat laa.

So...mana satukah pilihan anda?

Tapikan, dalam kita sibuk berangan nak jadi kaya, jangan lupa, ada insan yang kurang bernasib baik Click here

Saturday, May 26, 2007

Syok dan tak syok...

Tu diaa...baru dua tahun duduk di perantauan, sesekali balik Mesia dah terasa culture shock. Tak tau la cemana yang dah berbelas tahun kat luar negeri tu kan.
Firstly, setiap kali nak balik Malaysia mestilaa syok gilaa kan. Siapa laa yang tak syok balik ke tahan air sendiri kan. Tapi tak tau laa I kalau kalau ada orang yang tak syok balik Malaysia.
  • Syok sebab boleh pakai baju kurung dan baju kebaya hari hari. Kat Middle East sana bukan tak leh pakai hari2 tapi I dah try sekali masa kat Abud Dhabi, glamer you, semua orang pandang kat I. Agaknyer die orang pelik kot. I tak pakai dah lepas tu. Kalau pakai pun masa dinner dan raya jer. Sebab tu la I melawa sakan pakai kebaya masa gahtering kat KLCC ari tu.
  • Syok sebab boleh makan all Malaysian food. Buktinya, see my previous entry.
  • Syok sebab rasa semua barang murah. Pergi Jaya Jusco macam go to heaven. Pergi Jalan TAR sampai tak hengat nak balik. KLCC, Times Square etc tu...minta maaf laa, to me not so special sebab barang2 kat situ ada kat Doha and Abu Dhabi and Dubai. I prefer Jalan TAR and pasar malam. Shopping tak hengat. Sedar sedar jari dah penuh beg plastik.
  • Syok sebab orang Malaysia ni peramah dan sopan.
  • Syok sebab ada hujan. Hujan itu rahmat uols.
Dalam pada syok, ada jugak tak syoknyer;
  • Tak syok sebab rasa insecure. Jalan pegang beg kuat kuat takut orang curi. Tak leh tinggal handbag sesuka hati. Buka beg pun kena hati hati bebab banyak pick pocket. Banyak jugak kes ragut. Auntie my asben baru jer kena ragut. Kalau kat Doha or Abu Dhabi, siap boleh tinggal handbag atas troli lagi, tak hilang. Selamat sangat.
  • Tak syok sebab sakit jiwa masa memandu. Kat Doha left hand drive, kat sini right hand drive. Mula2 drive tu asyik salah lane sajor. Lepas tu setiap kali parking kena pastikan kereta di kunci dan gear pun di kunci. Kat Doha, kekadang semalaman my asben tak kunci kereta.
  • Tak syok, kat sini, pintu rumah kena kunci sentiasa. Siap pad lock lagi. Kat Doha, biar pintu ternganga pun tak der orang nak masuk. We all tak der pad lock langsung kat umah di Doha.
  • Tak syok, kat jalan raya banyak mat mat motor yang tak dak otak @ tak sayang nyawa. Stress sangat.

Tak syok sebab kat sini tak der orang bunyikan hon kereta cam kat Middle East. Terasa sunyi la pulak. he he he...

Wednesday, May 23, 2007

Makan makan makan



Sejak balik Malaysia ni, I asyik makan makan dan makan. Semua nyer teringin. Nanti balik Doha dah tak dapat semua ni....
Roti Canai. Kat Doha/Abu Dhabi ada roti prata, tapi tak sama cam roti canai Malaysia.
Kuew Tiaw Goreng Mamak Style.
Teh Ais.. I order 2 sekali gus. Punyer lah tamak kan. Dont worry, tak membazir, semuanye licin hingga ke titisan terakhir.

Nasik campur kat Medan Selera...
Lagi lauk kat Medan Selera..rambang mata I nak pilih mana satu.

Haa..at last, ikan kembung bakar cicah air asam menjadi pilihan ku. Yummie.



ABC
Cendol
Acar Set .. I tak ingat nama dia. Bella, tolong namakan. Bella yang order ni masa kat Lil Penang. Sedapppp..
Char Kue Tiaw. I order ini with Anna and Ayie.
Ni pun I tak ingat nama dia. Sedapp.....






Laksa Johor kat Laksa Shack, dah makan separuh baru ingat nak amik gambar.
Tengok la adik angkat I, Cha, makan laksa dengan penuh nikmat..... ada siapa-siapa yg teringin???

Kemponan sangat nak makan durian, durian dalam paket kat Jaya Jusco menarik narik perhatian ku. Ahhh...nikmatnyer durian ittew.



Ini lah makanan harian ku depan TV. Kacang Cap tangan tu tak der kat Doha.




Wish list, makanan yang belum berkesempatan untuk makan/melantak;


1. Sambal tempoyak


2. Buah rambutan-kat Doha 1 biji ~ RM1 tahu harga dia, tak kose I nak beli. Balik ni nak makan puas puas!!!!


3. Buah manggis


4. Murtabak


5. Siput sedut masak lemak


6. Nasi ayam




I think, am gonna forget about diet. Biarlah badan ku bulat macam Doremon, janji tekak ku puas!!!!!!..

Monday, May 21, 2007

Berjumpa dan Bermesra


Sori laa I lambat update. But better late then never kannn..Actually draf ni awal lagi, tapi tak sempat nak abiskan dek kerana banyak urusan. Busy sungguh kannn..


Ahad lepas, seperti yang dijanjikan, I berjumpa dengan kawan kawan blog. Mulanya risau jugak takut tak jadi. Sebab I kehilangan telefon no Yanz dan Mama Irdina. Hanya bergantung pada janji dalam text box saja.

Kak Aina bersama adik adiknyer .... Sang Teruna bersama Si Dara dan Tiga Bini Orang

Janjinya pukul 4.30pm tapi pukul 4pm I dah sampai. Excited sangatkan nak jumpa kekawan yg tak pernah berusua muka. Big sms me nbagi tau dia tak dapat datang sebab hujan lebat, scooter dia tak der bumbung. Bella dah sms bagi tau dia might be lewat sikit. Spin kata dia sampai awal arouud 3 o'clock. So, sebaik saja sampai I call Spin. Tak dapat, call lagi tak dapat. Alamak..cam ner ni. Nak call Yanz and Mama Irdina dah tak der phone no. Risau jugak I takut kalau kalau tak jadi. Yer lah, kat luar tu hujan lebat. Pusing2 kat depan Lil Penang, then I call Bella. Salah I jugak, saper suruh datang awal sangat kan... tu la tak sabar sabar nak jumpa adik adik.

So, di ringkaskan cerita, the first person I jumpa was Spin. Alamakkk tingginyer die... dia kata dia gemuk tapi I tak nampak langsung lebihan lemak die. I yang gemuk. Memang, I rasa terasa sangat badan I dah naik, macam orang makan baking powder, bleyyy. Spin, he is tall dark and hensem guy. He is so charming and murah sungguh dengan senyuman. Fuh...sib baik aku dah kawin. Kalau tak.......kuang kuang kuang.....

While waiting for Bella and Mama Irdina, I dengan Spin order light light food dulu. I order Cendol and Spin order ABC. And I order otak-otak for two person. Orang tu pulak served otak otak 1 pinggan sajor...meaning that I and Spin makan share 1 pinggan bleyyy... I nampak Spin cam malu malu jer. Yer la kann, nanti awek dia nampak di ingatkan dia dating dengan pompuan mana lahh. Tapi, I rasa, kalau orang tengok pon orang tau kakak dengan adik. Err...kalau Sugar Mummy dengan Toy Boy, possible kot.


Me and Spin, ada rupa Sugar Mummy dengan Toy Boy tak?


Tak lama lepas tu, sampailah Bella and Mama Irdina. Bestnyer.... Mula la sibuk bercerita. Chot chet chot chet, tak sedar waktu berlalu. Cepatnyer dah nak malam. I tak puas lagi berbual. Banyak lagi yang nak di tanya dan nak di cerita, tapi 'masa' tu cepat sangat berjalan. Dekat dah penghujung, I nampak satu budak comel datang. Ingatkan budak mana cari emak dia..rupe rupenyer, itu lah Yanz...alahaii cutenyer die.

Me and Mama Irdina

Spin, Bella, Me and Mama Irdina

(jangan ada yang jeless tengok Spin beramas mesra dengan akak akak nyer)

Yanz baru sampai.

Bella is a very charming person. Mama Irdina betah bercerita, tak jemu jemu I dengar. Yanz, so cute, cam nak cubit cubit saja pipi dia. I rasa, I jer yg tak. Sebabnya..ari tu am not feeling well and I was very very tired. Di sebabkan excited nak jumpa kawan kawan blog, I gagah jugak. To all my adik adik, Spin, Bella, Mama Irdina and Yanz, akak mintak maap laa hari tu akak tak cheerful sangat. Hope u all understand.

Lepas berpisah, nearly 7 o'clock. I terpaksa balik, sebab I janji dengan my friend nak pulangkan kereta dia kat Kg Baru. Bella, dah mula risau bila dia dengar my conversation tru phone look like I blur blur jalan nak ke Kg Baru. Yanz and Mama Irdina pergi beli tiket movie (ikut hati I nak ikut die orang tengok movie, tapi I ada hal), Bella and Spin hantar I sampai ke parking.

I pulak, lepas sampai ke rumah my friend kat Kg Baru tu, I terus tertido kat sofa umah dia. Dah tak malu malu lagik dah. I was very very very tired. I dah tak ada daya lagi dah. Sedar sedar dah 10 malam. I minta dia hantar kan I balik walaupun dia suruh I tidur kat umah dia, dia hantar esok sebelum dia pergi kerja. Bukan I tak sudi, di buatnyer I tak terbangun esok pagi cam no. Memang betul telahan ku. Sampai rumah saja I terus tido sampai tengah hari keesokan harinyer. Seluruh badan I rasa sakit sakit.

Tapi gahtering kat KLCC tu memang merupakan kenangan yang terindah...klu ada masa, rasa nak jumpa lagi. I nak make sure kali ni I jumpa, I fresh.

Saturday, May 19, 2007

Tak Sabar

Tak sabar nya rasa nak tunggu esok. Esok, insyAllah I akan ber gather gather dengan few of my blogger friends kat KLCC. Actually, this gathering is not properly plan sebab I tak der masa nak follow up dengan kekawan. Sepanjang seminggu I di Malaysia ni, schedule I padat. Ramai yang nak jumpa, malah bertanya bila I nak ke rumah dia orang. Ayat yang selalu I dengar dan dah tak larat nak dengar

"Bila nak mari rumah XXX? Sekali sekala balik takkan tak nak jumpa kot"

Bila I jawab "Tak pasti lagi, kalau sempai saya pergi."

Die orang jawab, "Amboi, dah senang, tak ingat kat XXX lagi ker."

Aduh...pening kepala I. Yang bertanya tu, rumahnya bukannya kat KL, jauh. Yang sekitar KL ni, insyaAlah, I akan cuba sedaya yg mungkin. Memang I sendiri nak jumpa semua orang. Tapi kalau jauh cam kat Penang and Alor Setar sana, tak daya I nak pergi. Tolong la faham mak cik mak cik pak cik pak cik. Diva sangatkah aku ni sampai semua orang nak jumpa aku? Muahahaha.. mati laa mangaku diri Diva. Perasan....

Inilah masalahnya... Tak ada sdara/kawan pun problem, ada sedara/kawan pun problem. Bukannya I tak nak ziarah semua orang, tapi masa terhad. I sendiri tak berapa sihat, tak der masa nak gi jumpa doktor. Cuma I ni, tak suka nak tunjuk pada orang yang I tak sihat. Macam biasa, I akan senyum dan ketawa. I bukan lah jenis orang yang suka merintih dan bersedih. I tak suka tunjuk muka sedih. Hanya yang benar2 rapat dapat kesan bahawa di sebalik senyum dan tawa I, ada rasa sedih dan duka.

I nak senyum, I nak ketawa, I nak enjoy my life. So, I tak sabar nak tunggu esok. I want to have fun with my friends. Forget all the sadness. I wanna talk yg eppy eppy saja.

Talk pasal hepy hepy ni, I nak kongsi cerita yang eppy. Actually, 2 weeks ago was my birthday. No announcement in my blog as I dont have opportunity to go to cyber cafe (I still kat Qatar masa tu). Just to remind my self my happy moment. I wanna share with all of u guys, apa yg I dapat on my bestday.

Ni dia, my birthday presie. Actually am looking for Dior Addict purple. Agaknya my asben tak dapat cari Dior Addict, so dia belikan yg ini utk I. Sebab ini yang dia pilihkan untuk I, sure laa I suka. I nak bau sedap di hidung dia. Asalkan dia suka, I pun suka. Siapa lagi I nak please kannn...sure la nak please asben sendiri. I donno the price.

Tapi kan, I ni punya lah isteri yg tak tahu dek syukur. Tak cukup dengan perfume yang I bet harga dia mesti ratus ratus ringgit, I mintak lagi jam sebab my watch baru jer rosak. Tamak kann..

Mulanya I ingat my asben tak nak kasi sebab dia diam saja. Yer la, dah kasi perfume cukup laa kann. Tapikan u ouls, masa I and my asben bawa my parents in law jalan kat KL, I hint my asben lagi yg I nak jam. Klu boleh I nak jam Tag Huer cam jam dia, bleyy... memang laa I ni dasar isteri tak sedar diri. Dia kata kalau I nak jam tu, tak boleh la sekarang ni sebab mafi fulus. Denagn muka yg monyok (buat buat seday la konon) I kata "Tak per lah, kalau tak leh dapat TH, jam lain pun tak per, asalkan jam tu ada date." Motif I nak jam ada date, sebab I selalu tak tahu hari ni berapa haribulan. Malah, hari ni hari apa pun I lupa. Maklum la, duduk kat umah jer. At last dia belikan I jam Alain Delon. I pun, apa lagi, dari muka yg monyok terus senyum. I hadiahkan my asben senyuman yg palingggggg manis. Yang syoknya, orang kedai tu siap tanya lagi, " U mau box AD yg biasa ker, box untuk hantaran". Dia inagt kite orang baru nak kawin ker? I tak kisah kotak tu, yang penting I nak jam tu he he he... But, terkejutnya nye I bila my asben my asben mintak nak tengok kotak2 yang ada. Surprisingly pilihkan kotak ini utk I...




Offcourse ler I eppy cam nak giler.





Friday, May 18, 2007

Good News Vs Bad News


Good news or Bad News? Its up to you.

Lately, my entry asyik sedih sajor...dah tak mo sedih sedih lagi. I nak eppy. Tak nak nangis nangis. Nagis macam mana sekali pun tak dapat mengubah takdir, my dad tak akan kembali lagi dan my ensem secret admirer dah jadi laki orang. Harapan nak jadi permaisuri, berkubur bersama kubur my dad. Hua hua hua hua...Dah, I tak mo nangis lagi. Kedua dua lelaki ittew sudah pergi dari hidup ku. Kepada lelaki pertama, my beloved dad, I sedekahkan Al Fatihah. Kepada my secret admirer Raja Nazrin, semoga kau berbahagia di sampingnya. Am eppy for you....*sambil ambil tissue cap Royal, lap air mata*


Dalam pada ramai rakyat jelata bergembira bila Raja Muda yg ensen Raja Nazrin Shah menamatkan zaman bujangnyer, am sure ramai juga wanita wanita yang menagis frust menonggeng. Semalam, 17/5/07, tamatlah zaman bujang Raja ensem ni selepas baginda mengahwini Aina Zalim Davidson, oppsss silap, Zara Salim Davidson.


Ini lah dia, Aina Zalim Davidson opps silap lagi, Zara Salim Davidson, sedang siap sedia tunggu bakal asben dia, my secret admirer Raja Nazrin Shah (my SA).
My SA sarungkan cincin ke jari Zara. It suppose to be my jari u know :p
Si Zara ni pulak sarungkan cincin ke jari my SA.



Eppy nyer die lepas dapat cincin.


This tiara, suppose tu be mine. Tak per la Zara, ko amik laa...I rela you.

Set berlian ni pun suppose to be mine too :-(



Inilah kad jemputan yg ku terima dari my SA, tapi I koyak koyakkan. Tak mo pergi, bleyy... He he he...

Set hantaran die...dengkinyer akuuu... tapi aku rela..redha...*sambil urut dada yg berombak grrrr*..


So, what do u think. Is this a good news or bad news?


p/s: Bila I renung renung gambar Yg Mulia Zara Salim Davidson ni kan, I rasa dia ada iras iras somebody. Puas I fikir sapa kah yg seiras dgn YM Zara ni, oh yer...dia ada iras iras macam my blogger friend HRH Han Zalim Davidson yg kat UK tu. Cuba korang tengok, ada iras kan? Betul tak? In fact, HRH Han ni lagi charming dari YM Zara kannn...

Ya ampun HRH Han Zalim Davidson, I kidnap gambar ini dari blog mu.



Thursday, May 17, 2007

Tanda Tanda Hari Akan Meninggal

I masih tak dapat melupakan arwah my dad. I teringat, semasa I balik KL bulan Nov 06, I bawa dia dari kampung untuk ke KL untuk di masukkan ke rumah orang2 tua. I rasa its better dia tinggal di rumah orang orang tua daripada dia seorang diri di rumah. Memang la, ada upah 2 orang jaga dia, hantar makanan kat dia, tapi I rasa, apa yg dia orang boleh buat, hanya bagi makan pakai dan tengok tengokkan dia. Kalau di rumah orang2 tua, dia akan ada ramai kawan kawan yang sebaya. At lease dia boleh bergaul sesama mereka. Malau di rumah jgaan orang tua, ada pusat terapi, ada penjaga yg terlatih jaga orang2 tua.
Tapi kita tak dapat megatasi Qada dan Qadar, usaha macam mana pun, kalau Allah belum izinkan, tak jadi jugak. Urusan memasukkan dia ke rumah juagaan orang tua banyak halangan.
I ingat, masa I singgah di Kulim, rumah my aunt, masa makan, my dad kata " Abah nak mati kat KL". Hati I berdetup. I pandang my aunt, my aunt pandang I. My aunt kata "Abang jangan la cakap macam tu". I cuma seminggu jer di Malaysia masa tu.
Tapi hajat I tercapai jugak, 3 weeks sebelm my dad pergi, dia dapat masuk ke rumah orang tua. Kata my unlces yg visit dia, he looks happy over there. Ramai kawan, semua orang tua kat rumah tu sukakan my dad. Ramai yg suka surung wheel chair dia di taman. 1 week before dia perg, my aunt kata, dia bawa food, my dad makan dengan berselera sekali. Siap ajak kawan2 dia makan sekali. Cuma I terkilan tak dapat masukkan dia awal lagi ke rumah jagaan orang tua. Kata pegurus rumah tersebut, sebelum my dad hembuskan nafas dia terakhir, dia luruskan badan dia, dan dia kiam kan tangan dia (letak tangan kat dada cam orang solat) Seolah-olah dia tahu dia dah nak pergi. Selapas orang bacakan yassin, dia pun pergi. I rasa puas hati, at least dia tak pergi sendirian, ramai org dia samping dia sebelum dia pergi. I wonder, klu dia kat kampung, silap2 dia pergi sendirian.
I teringat, peristiwa sebelum pemergian arwah my mom tahun 1999. Semasa my aunt kat kampung bawa my mom ke rumah I di KL, dia kata kat my aunt, "Terima kasih susah2 hantar dia ke KL. Tak per, lepas ni, kalau balik pun, bawa balik mayat jer la". Kalau tak silap I, 3 weeks after that dia meninggal di KL, dan jenazahnya di bawa pulang ke Kedah atas permintaan my dad yg nak my mom di kebumikan di kampung. Ikutkan I, I nak sempurnakan di KL jer. Tapi, I tak nak kecewakan my dad, I ikut jer ppermintaan my dad. Oh yer, few nights sebelum arwah my mom hempuskan nafasnya yang terakhir, nurse kat Ampang Puteri bagi hint kat I. Nurse tu dah dapat nampak tanda2 dia. I jer tak tahu.
Something to share with all of you. I got this fr email.
Tanda 100 Hari akan Meninggal...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memiki rkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
p/s: sorry, s'thing wrong with the format of my blog.

Tuesday, May 15, 2007

A Great Lady of My Life

This entry is a special tribute to my beloved mother-in-law, Puan Hajah Rahmah binti Hussain.
Tanyalah semua perempuan, masa mula-mula kawin siapa yang tak takut nak jumpa mother-in-law, semua orang takut.Tapi, I...alhamdulillah, sejak I mula-mula kawin lagi, she wellcome me to the family, she is very sporting and understanding mother-in-law. To me, she is a the greatest mother-in-law in the world.
Di kesempatan ini juga, I ingin mengucapkan tahniah kepada my mother-in-law kerana menerima 2 award tahun ni. Dia telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kawasan Parlimen Kota Bharu dan Tokoh Puteri Islam Negeri Kelantan. She really a great lady.
Pada tahun 1999 dia di anugerahkan sebagai Tokoh Guru Malaysia dan pada tahun berapa entah, I tak ingat..dia dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Kelantan. She is great, rite?
I ingin mengabil kesempatan ini, mengucapkan Happy Mother's Day and Happy Teacher's Day to my beloved mother-in-law.
Kalau u ouls nak tahu lagi, my mother-in-law ni pernah study kat TKC, mengajar kat TKC dan jadi pengetua TKC. Ramai anak muridnya yang menjadi wanita ternama sekarang. Antaranya kalau tak silap I, Marina Tun Mahathir dan Datin Rosmah wife Timbalan PM kita Datuk Najib.
Satu lagi kan, kalau u ouls nak tahu, my mother-in-law dah mencecah 67 yrs old but she still beautiful and body dia still solid molid. Dia juga pandai bergaya, I suka tengok dia pakai kebaya batik and lipstick sebagai penambah seri. Mati laa..menantu dia jer yang tak pandai dress up. Tau pakai jeans and t-shirt sajor..muahahahaha. Sib abaik mak mertua pun modern and sporting. Kalau I dapat mak mertua orang kampung kampung, mampus kena leter tengok meantu pakai jeans balik kampung.
Err.... a lil bit show off. My great mother-in-law yang baru sampai pagi tadi, bawa some hadiah untuk I. Terbalik pulak kan, patut nya I la kena bagi dia hadia sempena Hari Ibu. Dia hadiahkan I dua set keronsang....

Yang dia atas ni satu set kerongsang ibu dan anak.


Yang ini, keronsang besar warna purple. Cantik kan?

I tak beli hadiah pun untuk dia. Tapi dia tak kisah, dia faham I balik rushing from qatar and tak der masa nak belikan dia hadiah. She is very understanding...I love u Ma.

Ma, this entry is my presie for you, all my readers from all over the world will read about you and know how great you are.

Letih

Ada banyak cerita yg I nak tulis, tapi I tak letih sangat. Letih yg teramat, hingga rasa tak terdaya. Even nak bangun pun I rasa tak larat. puas I minum air tenaga, jus kacip fatimah cap orng kampung, livita honey. Tapi tak jalan jugak. Selurh badan I rasa sakit esp kat pinggang, vontot dan leher. Bila I massage leher, I dapat rasa few urat leher I tegang. Semua sendi sendi jari, lutut and ancles pun sakit. I sendiri tak faham kenapa I rasa macam ni. Suhu badan I normal.

Nak kata I sedih meratap pemergian my dad, tak. I tak rasa sedih lagi. sebaliknya I rasa lega sangat. Now I payah fikirkan pasal my perents lagi. Am free as a bird. I dah tak ada sape sape lagi di Malaysia (maksud I yg ada pertalian rapat, mon dad brother or sister). I boleh pergi mana I nak pergi. Kalu tak sempat balik raya kat Malaysia pun dah tak kisah lagi.

Nak kata I runsing. I tak rasa runsing pun, my asben give me permission stay kat Malaysia 3 weeks to settle urusan2 di sini. But, dia terpaksa balik dulu Sabtu ni sebab kena kerja. I rasa so peace.

Entah lah kenapa badan I rasa lesu dan rasa sakit sakit.Agaknya sub consious mind kot.. . I force myself tulis blog sebab I rasa guilty. Blog tempat I luahkan perasaan I. Suppose now I dan my asben kena gi fetch my parents in law kat epot. Sebab I dah tak daya sangt, my asben pergi sorang. Dia orang datang fr Kota Baru nak visit I sebab dia org tak nak kite org rush balik KB as we got few things to settle kat KL. See, how lucky I am. Mak mertua yg datang visit I, bukannya I yg kena balik visit mak mertua. So i rasa, guilty lak tak gi amik dia kat epot. My asben jer pergi. I betul betul tak larat, tak daya langsung. Hope dia orang faham. Malam ni uncle my asben jemput dinner kat rumah dia. I must force myself to go. Tak ramai orang yang bertuah macam I dapat in laws yang baik and understanding. Uncles and aunties sebelah my asben pun baik dengan I. I am lucky kan? Alhamdulillah.

Saturday, May 12, 2007

Thank You

I ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg mengucapkan takziah kepada I. Terima kasih di atas kata kata semangat yang diberikan, supaya I bersabar dan Tabah. Thanks a lot. I benar benar terharu dengan sokongan yang diberikan. I benar benar tak sangka, bahawa masih ramai yg care about me. Sokongan yang diberikan benar benar bererti bagi I. Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha pengasih. Dia mengambil seorang dari I (my dad) tapi dia gantikan dengan ramai kawan kawan. Kawan kawan I di Malaysia, di Abu Dhabi, di Doha telefon dan hantar SMS. Malah kawan2 blog tak pernah bersua muka sanggup bersengkang mata ber YM menemani I yang tak dapat tidur, menghiburkan hati I yg sedih. Tak cukup dengan YM, they called me. I terharu sangat. Thank you u ouls. Thank you Allah. Teringat I pada lirik lagu Raihan Thank You Allah;
There Are Times When I'm Alone
Feeling Sorrow Or Not So Strong
I'll Pray To You And Say
Thank You Allah
Thank You Allah
So Friends Everytime Remember
Allah The Most MercifulSay
Thank You Allah
Thank You Allah
I teringat satu pesanan, hadis nabi kalau tak silap I; Bila Allah menguji kita, mengambil sesuatu dari kita, dan kita redha. Nescaya, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari itu. Thank you Allah.

Friday, May 11, 2007

Bad News vs Good News

Is it a bad news or is it good news? I think, it is depends on our perspective.

Yesterday, 10/5/2007 at 3.30am waktu Doha, I dikejutkan dengan bunyi phone. My asben pick up the phone. Then, slowly he came to me and told me “Sayang, ada berita tak baik, your dad dah tak ada.” I terdiam seketika…..kemudian kata “Innalillah…..” I pun hairan, I tenang saja. I tak menagis. Selalunya, setiap kali I teringatkan my dad, I akan menangis. Tapi pagi semalam I terima berita tu dengan tenang sekali. Sad. Offcourse!!! Sure I am sad. I am the only child, now my dad passed away. Tapi I redha dengan pemergiannya.

Walaupun I nampak tenang, tapi I bingung. I tak tahu nak buat apa. My asben yang tolong pack kan barang. Tapi I terpaksa balik sorang sebab my asben belum dapat Exit Permit. So, I balik dulu pagi semalam, dia balik pada malamnya.

Alhamdulillah, dalam keadaan tergesa gesa I dapat juga tiket Qatar Airways Doha-Bangkok jam 7.50am. Bangkok-Kuala Lumpur naik Mas. Tapi I tetap tak sempat tengok my dad buat kali terakhir sebab I sampai dah midnite. I tak nak lengahkan pengkebumian my dad. Cukup lah dia tersiksa selama ini, I tak nak siksa jenazah dia semata mata nak tunggu I sampai.

Atas plane I keep thinking and thinking….. Actually, ada baiknya my dad ‘pergi’. Yeah, it is a bad news, sad, so sad. But when I think rationally, this is good for him and good for me too.

Good for him, dia tak perlu lagi menderita kesunyian sejak my mom passed away 7 years ago. He loves my mom very much, kemana dia pergi dia bawa baju my mom. At least, now siksa batinnya berakhir.

Good for him, dia tak perlu menderita rindukan anak tunggalnya yang pergi ke Doha.

Good for him, dia tak perlu menderita terlantar sepanjang hari. He was bed ridden since the past 2 months.

Good for me, I don’t have to suffer from thinking and worrying who is taking care of my dad as I am at Doha. Everyday I keep wonder, how is he over there. I always cry every time I think of him. Now, I know, he rest peacefully.

Good for me, I tak perlu menderita dari rasa bersalah sebab tak dapat menjaga my dad. Sedangkan masa kecil, I ditatang bagai minyak yang penuh. Bila dia tua, dan sakit, dia ditempatkan di nursing home, di rumah orang orang tua seems like he doesn’t has a child. I rasa guilty sangat u ouls tahu. Tapi, I tahu, I buat keputusan yang betul. Anak perempuan, bila berkahwin jadi milik suami. Tempat I disamping suami. I tak kesal sebab I ikut suami I ke Doha. I tahu my asben needs my support. He really needs me. And I need him too. Tapi rasa guilty sebagai anak tu tetap ada.

Semalam, segalanya berakhir. My dad kembali ke rahmatullah, tempat ke mana semua orang akan pergi. Sekarang, I hanya perlu berdoa semoga roh my mom and my dad di rahmati Allah. Banyakkan sedekah Al-Fatihah dan Yassin hadiahkan untuk mereka. I know, both of them rest peacefully. I selalu mimpi arwah my mom dalam keadaan yang elok. My dad pun, katanya pergi dengan tenang. Kata my aunt, sebelum dia pergi, dia baring dan luruskan badannya. Tak perlu lagi orang nak luruskan badannya selepas dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kata kawan I yang tengok dia untuk kali terakhir, muka dia kelihatan tenang. I think this is a good news.

Kepada yang membaca entry ini, sudilah kiranya hadiahkan Al-Fatihah & Yassin kepada my mom (Zainab binti Fatimah) and my dad (Ahmad bin Che Ah).
But…suddenly, I feel my life so empty. I have nobody else in this world. I tak ada kakak, abang atau adik, and mom & dad dah tak ada…I’m alone now. All I have now is my husband.
Yeah!!! I still have relatives and friends. I am also lucky because all my in laws close to me. I tak ada masaalh dengan mertua dan ipar duai. Alhamdulillah. And also I have this blog, I have all of you…the readers of my blog. U ouls make me happy. I still got somebody to share my story, good story and bad story.
p/s: memandangkan I sendirian di rumah di KL, ada internet, I pun menjenguk lah kawan2 blog yg dah lama I tak jengok. I wonder, lama Pak Teh tak jengok blog I. Rupanya, Pak Teh telah kembali ke rahmatullah pada 11 March 2007. Entry terakhirnya bertajuk "Sakit". Tapi I kagum dengan Pak Teh, walaupun sakit, masih ingatkan anak anak muridnya. Alfatihah untuk Pak teh juga. Walaupun Pak Teh sudah pergi, blognya "Diari Pak Teh" tetap bersemadi. Al-Fatihah.

Sunday, May 6, 2007

Life Life Fish

Gambar Hiasan: Tree of life, satu satu nya pokok di tengah padang pasir di Bahrain. Dikatakan, pokok ini dah berusia lebih 400 tahun. Tiada siapa tahu dari mana pokok ini mendapat sumber air. Misteri kan. Ia menjadi salah satu tarikan pelancung di Bahrain.


Salam semua,
Hmmmmm......nampaknya blog I ni dah life life fish (nyawa nyawa ikan). Tapi masih tak nak mengaku kalah lagi...Pantang ajal sebelum mati!!!! Ini lah jadinya, nak berbelog, tapi tak der ternet connection. Cam no nak buet. Tensionnya I!!!!

I rasa macam terpenjara dalam tembok villa yang berdiri megah macam kubu perang. Gate dia pulak, solid, memang tak der chance orang nak mengintai I, I pun tak dak chance nak mengintai orang. Internet tak ada, line telepon tak ada. Memang macam dalam penjara.

Mintak maaf lah, hari ni I nak mengomel. I dah tak tahan tension. tak tahan dahhhh...Tahap kesabaran dah sampai kat hidung. Life life fish dah nih... Selain dari berinternet, I suka membaca majalah. Tak kisah lah majalah apa pun, asalkan I boleh baca mengisi minda. Majalah tabloid Bollywood pun I baca. Betapa desprado nya I kat sini. Habish cerita pasal Ashwara rai kawin dengan dengan anak Amita Bachan pun I baca. Tapi kan u ouls, kat sini, amatlah payah mencari bahan bacaan. Patut laa mak mak arab ni bodoh bodoh. Tau nak make up sajor. Serius, di Doha ni susah sangat nak cari kedai jual majalah, kedai buku jauh sekali laaaaa... Cuma ada satu saja kedai buku Jarir Book Store kat Salwa Road. Tapi kalau nak cari kedai jual barang make up, memang banyak, cakap saja brand apa nak.


Dulu I ingat Abu Dhabi tu dah teruk, tak ada kedai buku, tapi at least kat pasaraya dia ada jugak majalah, banyak kedai jual surat khabar. Tapi kat Doha...Ya Allah..tolong laaaa... Tak tahu laa apa nak jadi kat masyarakat Arab kat Doha ni. Hendak pulak I tinggal di kawasan Qatari a.k.a kawasan orang Arab. Ada 3 kedai runcit dekat dekat rumah I, hampeh tak dak jual surat khabar. Kalau nak surat khabar kena naik kereta pergi ke Villagio ataupun ke Hyatt Plaza. Hyatt Plaza tu kira grand laaa... banyak kedai yang branded i.e Nine West, Paris Gallery etc. Tapi Hyatt Plaza tu pun tak ada kedai buku, yang ada cuma rak majalah kat dalam pasaraya Giant. Tu pun majalah dia, boleh kira dengan jari saja. Kalau ada pun majalah Instyle, Elle Fashion..majalah yang ilmiah sikit macam Arabian Woman ka Emirates Woman ke tak ada. Jadi bahan bacaan I biasanya majalah Hello laa. Cuba lah korang bayangkan macam mana hidup I kat sini...hu hu hu....menangis ni. I rasa macam hidup di kawasan orang tak bertamadun. Sedih...sedihhhhh I windu kat Mesia, ada majalah Jelita, Wanita, Nona, Glam, Anjung Seri etc,

Sekian dulu laporan sedih dari I yang life life fish kat Doha ini.....