Thursday, November 30, 2006

Jalan Jalan Cari Makan

Hmmm...dah dekat seminggu I tak update my blog. Sibuk sikit, entah apa yg sibuk, I pun tak tau..sibuk bawa kakak ipar dan adik ipar jalan jalan. Lagi pun dua hari lepas, my hubby balik from outstation. Sepanjang sebulan dia kat Qatar, dah merata tempat I pegi; balik Malaysia seminggu, datang semula ke Abu Dhabi bersama kakak dan adik ipar, ke Al-Ain, ke Dubai dua kali...I rasa diri I macam unta terlapas kandang la pulak....... So, bila dia balik, unta ni kena la masuk kandang semula :-(. Dan sudah pasti, kepulangan suamiku disambut dengan resit-resit kredit kad yang telah digunakan olehku he he he... Nasib baik dia tak marah. Caaayangggg Abang, muaakkhhh...one kiss for u.



Dua malam lepas kite orang makan di Beach Castle. Since my hubby dah balik, we all pergi la ke restoren yang best sikit. Restoren Beach Castle ni terletak di Corniche (pesisir laut). Bangunan restoren ini terbahagi kepada dua, satu Beach Castle Restaurant dan Baguette Cafe. Kite orang memilih tempat kat tingkat atas mengadap laut. Nasib baik malam itu tak ramai orang makan kat atas, ramai yang memilih makan di taman. Walaupun kami berempat, tapi kami cuma order 3 makanan; Mix Seafood For One Person, Chicken Grill dan Lamb Chop, and sebagi appitizer, kite orang order Shrimp Cocktail sebab dah tahu ration Pak Arab memang tak habis sorang makan.

....dan seperti yang dijangkakan, appitizer dia sepinggan besar sayur-sayuran, sebakul roti arab dan pickles yang teramatlah masamnyer. Memang kite orang terkezuttt bila tengok dia bawa sayur tu. Lihat lah gambar di atas, sebiji Green Chili, 2biji tomato, sebiji lemon, 2 biji timun, carot (nasib baik carot dia potong kecik kecik), sayur salad dan sayur apa entah.. i tak tau nama dia. Rupa nak macam sawi tapi rasanya pahit sikit. Sayur dan roti ini adalah complimentary, memang dia akan bagi walaupun tak order. Rasanya, kalau makan ini sajapun dah cukup kenyang...... Disebabkan tak nak membazir, kami 'kidnap' Green Clili, 2 biji tomato, lemon dan 2 batang timun kedalam handbag untuk dibuat lauk keesokan harinyer....nampak sangat jakun nyer? Tapi tak kan nak membazir kan, sayang makanan tu...lagipun dah bayar mahal mahal, rugi laa.

...di atas ini ialah Shrimp Cocktail.

... tu diaa...Mix Seafood For One Person. It consist of dua ekor ikan kerisi (or di sini ia di panggil Sultan Ibrahim fish), 2 keping fillet ikan, 2 lobsters, squid rings, sedikit nasi, fries dan sayur yang dikukus. Is this "For one person"??? Memang besar betul laa perut Pak Arab. Tapi memang sedap....

.... dan ini ialah Grilled Chicken, setengah ekor ayam yang dah ditimbus dengan fries dan disebelahnyer ialah olive pickles. Gambar Lamb Chop tak sempat ambil sebab dah masuk dalam perut, baru teringat nak ambik gambar.

Memang semput jugak lah nak menghabiskan makanan ni.

Saturday, November 25, 2006

Emas emas...bling bling


Malam tadi I bawa kakak dan adik ipar I pergi MADINAT ZAYED SHOPPING CENTRE and GOLD CENTRE. The is a vast retail complex covering an area of about 600,000 square feet. Tapi yang paling menarik bagi I ialah GOLD CENTRE dia, punyalah besar...ada 65 gold & jewellery stores. Masuk dalam tu, I rasa macam cerita Indiana Jones yg jumpa harta karun...emas bling bling...berpinau bijik mata. Kiri emas, kanan emas, depan emas, belakang emas.... Yang tak bestnyer, "photography is not alowed"..tapi I curi curi jugak amik gambar. Kalau tidak sure I amik gambar semua dinding kedai yagn berlangsirkan emas ittew.


Ada satu kedai yang we all masuk tu....I jumpa cincin yang tak pernah I jumpa sebelum ni. To me it is not just a cincin but it is 'sarung jari'. Sales man dia pulak baik, bagi I mencuba and bila I minta izin nak ambik gambar, di keluarkan nyer 4 cincin suruh I pakai ke empat empat jari....(see the photo below) . Sales man tu kata, "it is not very expansive madam, only between 45 to 47 thousand dirham each" (lebih kurang RM45,000 - RM47,000 satu cincin!!!!!!!!).....Nasib baik Siti Nurhaliza tak jumpa cincin ni, kalau tak sure dia mintak buat hantaran kawin dia. Apalah sangat harga RM47,000 tu bagi Datuk K kan?

Lihatlah... seluruh jari jemariku di saluti emas dan permata...kuku dihiasi batu delima. Glamer gitu. Tapi macam mana laa I nak potong bawang dan basuh pinggan yer? Nak garam kunyitkan ikan goreng lagi..... issshhhh sungguh tak praktikal. So, at last I decided tak jadi beli lah cincin tu.

Friday, November 24, 2006

Specially for Bella


To my blogger friend Bella,
I found this masa I kat Diera City Center, Dubai. Tetiba I teringatkan one of my blogger friend Belladonna, so i snap this pic....yang mahalnyer sebab dia tulis arab..."Baa Yaa Lam Aliff Dal Wow Nun Aliff...."
Bella, u tak akan jumpa huruf2 ni kat KL, kat London pon dak dak.
Sebenarnya, I pon tatau, Belladonna ni apa. Maklum laa I ni orang kampung. Rasanya Day Spa kot. Yang I tau, Belladonna tu one of my blogger friend yang mula mula bagi semangat pada I utk teruskan blog ni. That is one and only Belladonna yang I tau.

Minggu Malawat Abu Dhabi



Hari minggu yang lalu, I ke Al-Ain bersama kawan dan ipar I. This is the first time I ke Al-Ain sejak I datang ke Abu Dhabi. Al-Ain ialah bandar kedua Abu Dhabi dan terletak bersempadan dengan Oman. Ia juga dikenali sebagai Oasis City. Al-Ain bermakna "the Spring" dalam bahasa arab dan merupakan bandar bersejarah di UAE.

Sepanjang perjalanan lebih kurang 160km itu, I terpegun dengan kecantikan pemandangan padang pasir. Memang tak ada apa apa kecuali padang pasir dan bukit pasir (dune). Ada laa sikit pokok pokok kecil yang di tanam di sepanjang jalan...




Dune ni akan berubah mengikut tiupan angin. Hari ni ia di sini, esok mungkin dah tak ada.







Anak arab naik basikal pakai jubah. Tak padan dengan pakai jubah, tapi punyalah lasak..tak terkoyak ker jubah die.


Sunset ketika dalam perjalanan pulang. Frust jugak sebab tak berkesempatan merakamkan gambar dune masa sunset. Masa ni I berangan kalau lah I ada camera yang canggih...bestnya dapat rakamkan gambar padang pasir yang kelihatan seperti pasir emas.

Kalaulah I pandai masukkan background muzik kat blog ni macam Noel http://justcreativity.blogspot.com/, sure best...lagu arab lagi.

Tuesday, November 21, 2006

Balik Kampung

Home Sweet Home


Entah apa mimpi, selepas lebih seminggu my hubby outstation, tetiba boss hubby I offer tiket balik Malaysia as my hubby kena stay lama lagi kat Qatar. Memula tu rasa suspen jugak nak balik Malaysia sorang sorang sebab I dah lama tak travel jauh sorang. Nak pulak, flight SIA dari Abu Dhabi depart jam 1 pagi, makna nya I kena ke Abu Dhabi International Airport lebih kurang jam 10 malam. Takut jugk nak naik teksi malam sorang sorang, dibuatnya teksi tu bawa ker padang pasir dan entah apa apa lagi....Hisshhh macam2 perkara negative bermain di kepala. Tapi tiket free, siapa yang tak nak. Lagi pun I jugak yang demand nak naik SIA, Gulf Air tak best konon. Alhamdulillah, nasib baik laa kawan I, Ramli dan Aida bermurah hati tolong hantar I ker Airport. Terima kasih banyak banyak laaa Ramli, Aida.

Hooray...lebih kurang jam 4.30pm tanggal 9 Nov 2006, I selamat tiba di KLIA dengan menaiki pesawat SIA. Dan ketibaan ku di sambut dengan hujan renyai-renyai. Bestnyer nampak hujan. Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak hajat I nak rasa hujan.

Sampai jer kat rumah, I disambut dengan suara katak ong...terasa merdu pulak suara katak tu memanggil hujan. Yer lah, di Abu Dhabi mana ada katak. Dan sekali sekala di selangi dengan suara cengkerik. Malam tidur bertemankan nyamok...kat Abu Dhabi pon tak ada nyamok. Indah nya tanah airku.

Keesokan harinya, dengan kerata yg dipinjamkankan oleh Mak Usu yang baik hati, I menyambung perjalana ke Utara, untuk berjumpa ayah di kampung. Penat betul drive sorang sorang ker Utara but I really miss abah. And at this time, I really miss my hubby too. Biasanya dia yang drive..but for my abah, I sanggup buat apa saja. Walaupun hujan lebat selebat lebatnya sepanjang perjalanan. Nak sangat hujan...? Nah rasakan!!!

Setelah beberapa hari di malaysia, tiba lah saat yang paling sedih, berpisah dengan keluarga dan kembali ke Abu Dhabi. Cuma bezanya, kembalinya I ke Abu Dhabi di temani oleh kakak ipar dan adik ipar akan bercuti di Abu Dhabi.

Wednesday, November 8, 2006

Outing Day 2

Hari ni ialah hari yang paling sibuk dalam hidup sejak sebulan yang lalu. Dan hari ini juga hari yang cukup bengang + marah + hangin. Tapi I tak nak cakap pasal tu, biar lah hati I ni cool down dulu.

Hari ni, I malas nak tulis banyak banyak, cuma I nak kongsi beberapa keping gambar lagi yang I ambik masa kat Marina Mall hari tu. Bukannya apa, bila I tengok gambar ni, hati I rasa tenang + sejuk sikit.....

Gambar di atas ni I ambik masa I makan di salah sebuat cafe kat Marina Mall lepas penat berjalan-jalan. I like this view very much. This is the view of Abu Dhabi city from Marina Mall. Sedap betul makan sambil menikmati pemandangan yang cantik begini, sambil berangan salah satu boat-boat yang perking kat situ I yang punya... Seronoknyer kalau kaya kan?

This is another view, dari tempat tempat I duduk tu. Kat belakang tu Havana Cafe (kalau tak silap I laaa..)

Ni la cafe yang I makan tu... tak ramai orang, so boleh la duduk makan lama-lama sambil veranganz.... best nyaaa. I memang suka veranganz, itu hobi I :-)

OK, I got to go.....dah nak kena pegi airport, nanti kapal terbang tinggal pulak. Err... I nak balik KL, just for few days. See u at KL. I miss KL very muchhhhhhh..... I miss hujan, guruh, petir, banjir kilat..harap-harap esok hujan lah.....



Tuesday, November 7, 2006

Outing Day


Semalam I pergi ke Marina Mall. Sebenarnya tak ada objektif pun nak ke sana, tapi di sebab kan kebosanan yang taramat sangat, I pun pergilah ke Marina Mall. Lagi pun anak anak sedara asyik bertanya gambar Abi Dhabi. Kalau keluar dengan my hubby, jangan harap boleh ambik gambar, malu katanya. Di sebabkan hari ini week days, orang tak ramai. So I ambil kesempatan ni merakamkan beberapa keping gambar.

Anak anak sedaraku, kat atas tu ialah North Entrance Marina Mall, atau dalam bahasa arabnya Markaz Al-Marina. Tengok, tak ada orang melepak pun kat tangga dia macam kat Sogo tu.





Di atas ni, salah satu view dalam Marina Mall. Ada budak arab tu, lama jugak dia duduk kat fountain situ. Dia tunggu ayah dia kot. Kesian dia.....



Gambar di atas ni pulak, ialah main lobby kat Marina Mall. Kalau hari minggu, penuh kerusi2 tu.



Another view inside Marina Mall.



Ni, bumbung Marina Mall, bentuk khemah gitu. Makcik suka lepak kat sini... errr..sorry bukan lepak, rehat selapas penat berjalan.




Tolonglah baca

I dapat satu e-mail berantai yang amat menakutkan dari hambaAllah yang I sendiri pun tak kenal. Begini bunyinyer.

Chocolate is a Vegetable!!
Chocolate is a Vegetable!!

Chocolate is derived from cocoa beans.
Bean = vegetable.
Sugar is derived from either sugar cane or sugar BEETS.

Both of them are plants, in the vegetable category.
Thus, chocolate is a vegetable.
To go one step further, chocolate candy bars also contain milk, which is dairy.
So candy bars are a health food.
Chocolate-covered raisins, cherries, orange slices and strawberries all count as fruit, so eat as many as you want.

Remember - - - "STRESSED"
spelled backward is "DESSERTS"

Send this to four people and you will lose 2 pounds.

Send this to everyone you know (or ever knew), and you will lose 10 pounds.

(If you delete this message, you will gain 10 pounds immediately.)


I bukannya percaya sangat pada surat berantai ni, tapi...10 pounds tu banyak you......Nak forward kat kawan-kawan tak sampai hati, nanti dia orang pulak yang gemuk. So, I decided to post it here...I dont want to take the risk.

p/s: I think, the motif of this e-mail is => makanlah chocolate banyak banyak.

Monday, November 6, 2006

Astaga...

Suara azan dari masjid sebelah rumah mengejut I dari tidur. Hmm... dah pagi. Tapi badan ni terasa lemau. Dengan hati yang berat sebab syaitan sayitan masih bergantung di mata, I memaksa diri juga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mandi? Malas lagilah. Lagipun tak ada siapa yang tahu I dah mandi ker belum. I communicate dengan orang pun melalui telefon (to call my hubby) dan melalui internet (chatting dengan kekawan dan anak anak sedara). Kalau I cakap kat dia orang I dah mandi pun dia orang percaya.

Selepas keluar dari bilik air, I rasa ada sesuatu yang lain. Cerah. Memang I tidur pasang lampu sebab takut momok. Tapi cerah dia cerah lain, I pergi ke tingkap....astaga...mak datuk K. Memang dah terang benderang. Yang tadi tu azan zohor la, bukan azan subuh!!! Since dah ada wuduk, I pun teruskan lah dengan dengan solat zohor.

Badan terasa lemau, ni mesti sebab I dah lama sangat berkurung dalam rumah... masuk hari ni dah 4 hari I tak keluar rumah. So, I bertekad nak pergi ke Marina Mall. Jalan jalan cari makan...

Sunday, November 5, 2006

Bosannya...


Hari ini, genap seminggu my hubby outstation. Bosan sangat sorang sorang di rumah. Masa dia ada, selau bergaduh, tapi bila dia tak ada rasa rindu pulak. Tak ada kawan nak bergaduh. Bergaduh kami bukan lah bergaduh perang... bergaduh manja :-) macam berebut remote TV, berebut line internet. Pasal aircon pun bergaduh, I nak sejuk, dia nak panas. Bila I sejukkan, dia pergi panaskan. Bila dia pergi panaskan, I sejukkan... Lagi apa? Ermmm... berebut selimut, berebut bantal.

Mula mula dia pergi outstation, seronoknyer rasa. Katil ini aku yang punya!!! Semua bantal bantal ni aku yang punya.!!! Nak set suhu aircon berapa pun boleh. Nak buka TV chanel berapa pun boleh. Line internet (yang baru 3 minggu dapat) 100% jadi milikku. Bak kata, I'm the king (err..king ker queen?..whateverlah..) of the house. Hari pertama tu, memang la happy. Masuk hari yang ke-2, dah mula mati kutu. Hari yang ke-3........ i miss him.

Bosan yang ter amat. Baru I sedar, dah 3 hari tak keluar rumah yang hanya sekangkang kera ini. Rumah ni memang sempit, hanya flat 1 bilik. Jalan 5 langkah dah langgar dinding. Tapi sewanya... Ya Rabbi 4,500AED sebulan ( bersamaan RM4,500). Jiran? Jiran sebelah kiri, I tak pernah nampak. Jiran sebelah kanan, I tahu ada couple arab yang teramat lah sombongnya. Ada satu hari tu, I senyum pada perempuan arab tu (wife dia kot..), yer la...kita berjiran, nak la berkenalan. Tapi, dia buat I ni macam tak wujud jer depan dia. Orang tak nak berkawan dengan kite, biarlah!! :-(

Terima kasih lah pada anak anak sedara yang pintar IT dan rajin chatting... merekalah peneman I di sini.


Gadis Melayu

Stranger: "Are you from Philipines?"
Me: "No, I'm from Malaysia"
Stranger: "Malayzia?" dengan muka yang penuh tanda tanya.
Me: " Yes, I'm from Malaysia"

Di dalam hati, "Aku orang Melayu laa, bukan Pinoy!!!!!"

Itulah masalah I di bumi Abu Dhabi ini. Malah, ada yang datang dan terus cakap Tagalog dengan I. Rasa macam nak letak label kat dahi "I'M MALAYSIAN".

Pada mulanya, I tak kisah sangat bila orang ingat I ni Filipino ker, Indon ker, tak luak pun duit dalam poket. Tapi masyarakat di Abu Dhabi ni pandang rendah pada Filipino dan Indon, pada mereka perempuan Pinoy dan Indon ni boleh di buat main. Bila cakap "I'm Malaysian"...baru dia orang respek sikit. Dan, berada di bumi Abu Dhabi ni buatkan I rasa bangga sebagai anak Malaysia.

Sebenarnya, I tak pandai menulis blog, sememangnya tak pandai karangan sejak dari sekolah lagi. Tujuan I menulis ni sebab I nak jerit pada satu dunia "I'm Malaysian" and I'm proud I'm Malaysian.....(macam semangat patriotik la pulak!!)