Tuesday, December 29, 2009

Wow!!! Suara tak padan dengan badan...



So cute, dengan cungap2 dia, dengan mulut dia.... you all agak2 umur dia berapa tahun? 6 tahun? 7 tahun? Subahanallah, budak sebesar ini boleh hafal sebanyak ini. Yer, I tahu, itu bahasa ibunda mereka. Tapi untuk budak sebesar itu nak hafal sebanyak itu... memang hebat laa. Prince AlW2lid pun terpegun tengok dia....

Saturday, December 26, 2009

Adap bertandang

Bismillahirrahmanirrahim
Tiga hari lepas, berturut-turut I dikunjungi tetamu... kalau orang tak tau, orang ingat i celebrate krismas hahaha....

Sebenar-benarnya, I ni fobia sikit nak terima tetamu. Setiap kali ada orang kata nak datang, I mula laaa gelisah duduk tak senang, ke hulu ke hilir. Bukannya apa, dah banyak sangat pengalaman I, tetamu datang, lepas tu komplain pasal umah I. Paling banyak yang komen kata rumah I bersepah. Yes, I admit, I ni bukan seorang yang neat/kemas... dan I tak pandai mengemas. Buat sepah pandai laaa.

Ada pulak yang kata rumah I tak berseri, nampak kusam tak bermaya. Ada jugak yang kata, rumah I banyak sangat barang, nampak semak. Ada yang kata, nama jer duduk kondo, tapi sayang tak pandai hias.... adehhh..... Boleh tak kalau nak datang, datang jer laa..terimalah I seadanya. Kalau tak suka dengan rumah I, tak payah datang.

Alhamdulillah, tetamu2 yg datang kali ni okey, terima I seadanya, cuma sorang jer yang mulut tak der insuran sikit. Katanya "rumah you ni kurang oksigen laa". Haiii.... Dia ni kan, memang, kalau datang umah I tak komplain, tak sah. Lepas tu, dia dok cerita, ada sorang sedara kite orang, asal dia call nak pergi jer, asyik tak ada kat rumah. Kadang2, I rasa kesian jugak kat dia ni, dia tak tau lagi ker orang malas nak ajak dia datang sebab dia tu suka komplain pasal rumah orang tu, rumah orang ni.

Dulu, I pernah ada sorang kawan... dia dan anak bini dia suka sangat gi bertandang rumah orang. Main terjah jer.... I pernah ikut dia sekali. Tiba2 dia kata "jom kita singgah rumah kak R". Dah dekat dengan rumah dia telefon orang tu "Aku dah dekat nak sampai kat rumah kau ni".... Masa sampai, nampak sangat orang tu tercungap-cungap kelam kabut tukar baju. Kisah dia orang ni sekeluarga memang dah jadi buah mulut di kalangan kawan2.

Ada sorang kawan lagi (used to be friend), memang I fobia bila dia nak datang. Sebab dia ni kalau datang tak ingat nak balik. Dia single lady, tapi kadang kala I harap dia dapat memahami bahawa I ni dah kawin. Suatu hari, dia kata nak datang. I dah siap sedia dah...I pesan, Noi, kau jangan datang lambat sangat, dalam kul 8 malam gitu ok laa. Tunggu dah dekat 8.45 mlm, tak datang lagi. My habibi dah mula nak lentok kat sofa depan TV. I call dia.... "Dah lambat dah ni Noi, lain kali jer laa kau datang"..dia jawab "Eh, aku dah nak sampai dah ni". "Next time jer laa Noi, aku dah nak tidur ni", I harap dia faham alasan yang di beri. Dia jawab "Aku dah kat scurity guard kat rumah kau dah ni". Tak lama, bunyi intercom... I tau, tu mesti guard call tanya ada tetamu ke tak. Purposely I tak jawab intercom tu, dengan harapan dia tak dapat masuk. Dok dalam sepuluh minit (dalam kul 9.15 malam gitu) dengar bunyi bell. Ya Allah, macam mana dia boleh terlepas dua level security pun tak tau laa.... Gigih betul minah ni nak datang umah aku. Tak sampai hati, I pun buka laa pintu.

Terkejut bin beruk, bila I tengok dia bawa lagi dua orang kawan yang I tak kenal langsung.... adehhh.... I pun jemput laa masuk (tak kan tak jemput kalau orang dah tercegat kat depan pintu) sambil si Noi ni membebel kata scurity guard kat umah I tak kasi dia masuk. My habibi dah lintang pukang lari cari baju. I nampak my habibi tak selesa.... so, purposely, I tak hidang air sebab takut dia duduk lama pulak. Kalau setakat si Noi sorang, I rasa I masih boleh cover. Might be I can say "Noi, kau gi tidur jer laa dulu kat bilik tengah tu, esok kita sembang"... tapi, masalahnya dia bawa dua orang kawan yg I tak kenal. 11.30 malam baru balik. Tahu apa die orang cerita? Nak promote product Score A dekat I.... grrrrrrr .....

The next day, I sms Noi kata i tak suka dia datang bawa kawan tak bagitau I. Dah dia melenting... siap kata, dalam Islam bertandang mengeratkan silaturrahim, tetamu bawa rezeki .... bla bla bla... End up, I tak pernah telefon dia sampai sekarang, dan dia pun tak telefon I sampai sekarang. I tak hubungi dia bukan sebab I tak nak kawan dengan dia dah, bukan nak memutuskan silaturrahim, tapi I tak call dia sebab I takut...nanti dia nak datang rumah I lagi.
Memang laa bertandang tu mengeratkan silaturrahim, tapi.... adap bertandang tu kena laa jaga.

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Amir

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni, keluar keputusan peperiksaan PMR... And am soooooooo eppy. Baru tadi, I dapat panggilan dari Abu Dhabi, my student (yang sedang bercuti di sana) called me and told me he got 3B 2A 3A. Saja jer tau dia nak buat I risau mula2 tu. maknanya dia dapat 5A 3B ...Yeyyyyy..... 3 dari subjek yang dia dapat A tu, subjek yang I ajar...Math, Science dan Geografi.....


To Amir,

Congratulation to you and am so proud of you, hensome boy. Semoga impian Amir nak jadi engineer macam ayah tercapai. Katanya, one day dia nak buat his own tower..two towers named Amir's Tower and Haziq's Tower.

Monday, December 21, 2009

Entry ke- 355

Pejam celik pejam celik.... dah masuk entry yang eke-355 dah.

Today, I bought a new toy... so, asyik dengan toy yang baru tu laa. Silap haribulan, blog dan pesbook akan terabai. OK, laaa tak habis godek lagi toy I yang baru tu. Bye....

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

-:Bismillahirrahmanirrahim:-
(Petikan dari email daripada Ummi Safa)

Tanggal 1 Muharram 1431 H akan jatuh pada tanggal 18 Desember 2009. Bertepatan itu pula, berarti datangnya tahun baru Islam 1431 Hijriah. Pada bulan Muharram, banyak terjadi peristiwa penting bersejarah, seperti dibebaskannya Nabi Yunus dari perut ikan paus, dibebaskannya Nabi Nuh dan umatnya dari terpaan banjir terbesar, dan selamatnya Nabi Musa dan umatnya dari kejaran dan kekejaman Firaun.

Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan. Allah telah memilihnya menjadi bulan istimewa bagi umat Islam sepanjang sejarah sebagaimana peristiwa-peristiwa di atas. Nabi Muhammad mengistimewakan bulan ini dengan berpuasa pada tanggal 10. Berikut ini sebagian keutamaan bulan Muharram.

A. Diharamkan berperang.
“Allah SWT berfirman, ‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu….” (QS At-Taubah: 36)

Empat bulan ini ialah Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab. Pada empat bulan ini, kita dilarang untuk melakukan peperangan, kecuali pada kondisi terdesak, seperti diserang oleh musuh.

B. Sebagai bulan Allah.
Rasulullah bersabda, “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram….” (HR Muslim)
Bulan Allah (syahrullah) bermakna bulan ini memiliki keutamaan khusus dari Allah dengan menyandingkan dengan nama-Nya.

C. Sunat berpuasa.
Di dalam beberapa hadits lain disebutkan, di bulan ini terdapat sebuah hari yang disebut Yaumul 'Asyuro, yaitu tanggal sepuluh bulan Muharram. Pada hari ini, disunahkan berpuasa, sebagaimana yang dilakukan Rasulullah saw.
“Aku berharap kepada Allah, dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Ibnu Abbas ra berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya, kecuali pada hari ini, yaitu hari As-Syura dan bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim)


Selain tanggal 10, juga disunatkan untuk berpuasa pada tanggal sebelum dan sesudahnya. Jadi tiga hari, yaitu tanggal 9, 10, dan 11. Hal ini dikuatkan oleh pendapat ulama dan keterangan beberapa hadits.

Melihat keutamaan di atas, tentu kebahagiaan umat Islam semakin bertambah. Pada bulan ini, kita bisa berlumba-lumba beramal kebajikan dan memeroleh keutamaannya, baik dunia maupun akhirat.

Adapun di dalam perayaan Tahun Baru Hijriah, kita boleh melakukan banyak hal yang bermanfaat. Tidak melakukan hal-hal yang tidak sesuai dengan nilai Islam, seperti mabuk-mabukan dan joget ria. Kita mengisinya dengan tafakur, tasyakur, muhasabah, zikir, dan takhthit.

Tafakur dengan banyak memikirkan segala hal yang telah terjadi pada tahun-tahun sebelumnya. Tasyakur dengan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah limpahkan kepada kita. Muhasabah dengan melakukan intropeksi atas berbagai kesalahan yang telah diperbuat untuk memperbaikinya di tahun mendatang. Sedangkan takhthit, dengan membuat perencanaan atau pemetaan program yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya untuk lebih mengoptimalkan dan meningkatkan kualitas hidup.


Semoga tahun 1431H ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada kita semua.... amin.

Saturday, December 12, 2009

Anak saudara ku

Sorang anak saudara I nak pergi bercuti di Dubai. Mula2 nak pinjam camera I. Lepas tu, pujuk nak pinjam handphone pulak, alasan, handphone die tak leh hantar sms, cuma boleh hantar mms saja.... alahaiii.... Kalah betul Cik Ila dengan anak2 sedara ni.


I siap pesan... "Jangan bagi hilang, jangan bagi rosak tau handphone Cik Ila tu."
Di jawabnya.."Tak per, kalau hilang, nanti Cik Ila claim jer dengan Baba".


Baba, if u read this, dengar tu.... apa kata anak dara you "Nanti Cik Ila claim jer dengan Baba". Hehehehe...

To Athifah, hv a nice vacation.

Thursday, December 10, 2009

Tercapai Hajat

The Sleeping Beauty memang sibuk sangat2 kebelakangan ni. Bermula dengan agenda shopping seminggu sebelum raya haji. Yer la..sekarang ni ada promosi YES (Year End Sales) di Malaysia, so I pun menyahut seruan kerajaan la..ehem..alasan sangat kan.

Hari Khamis sebelum raya haji, bertolak balik ke Kelantan..ya Allah, 12 jam perjalanan KL-KB. Pertama kali dalam hidup I meredah jem sebegitu. Memang penat, tambahan pula, I jadi co-pilot. Hari raya, sepanjang hari I dan my habibi tidur dek kerana penat + stress travelling. Hari raya ke-2, ada kenduri korban + house warming di rumah PakSu Lan.

Petang, lepas kenduri, balik semula ke KL. Alhamdulillah, perjalanan balik KB-KL cuma 6 jam jer. Hari Isnin my habibi bertolak ke Jakarta. Sebelum my habibi bertolak I minta izin nak balik ke Kedah. Dah lama sangat I tak balik ke Kedah. Raya Puasa dulu pun tak balik. Alhamdulillah, my habibi izinkan.

So Week end baru2 ni, I balik ke Kedah ditemani kawan I, Hajrah. Thanks Hajrah kerana sanggup ambil unpaid leave sebab nak temankan I. And zillion thanks juga kepada my habibi sebab meminjamkan kereta dia. Selesa sikit travel jauh.

Alhamdulillah, dapat ziarah banyak rumah saudara2 di Kedah. Part paling best, makan durian kat rumah Pak Ndak. Rezeki juga, kebetulan dapat jumpa cousin2 yang balik bercuti. I juga berpeluang ziarah kubur my mom, dan my grand mother, something that I wish to do long time ago. Biasanya I balik dengan my habibi agak kelam kabut, tak sempat nak ziarah kubur.

Sambil berziarah saudara mara, I juga ke Pejabat Tanah follow-up urusan faraid arwah my dad. Dah 14 bulan, I tak tau apa yg Pejabat Tanah tu buat.... just to get a signature...14 months... I cant accept. Setiap kali Pak Lang I telefon, tanya, jawapan die orang bagi "Surat atas meja, tunggu nak tanda tangan saja". Bukan sebulan, dua bulan,,,,dah 14 bulan, jawapan yang sama jer. So, I pergi sendiri to push. Jawapan yang I terima, lain pulak.."terlepas pandang." katanya. Bertong teng tong teng dengan orang Pejabat Tanah really made my blood go upstairs. Nothing much I can do. I memang tension + marah dengan gelagat mereka.

Atas alasan nak release tension, I ajak my friend ke Pulau Banding. Tempat yang dah lama I ingin pergi. Bestnyer... dapat juga akhirnya I naik boat keliling Pulau Banding dan tengok bunga reflesia. Ruginye tak bawa proper shoes, kalau tidak boleh panjat sikit bukit tu tengok reflesia yang lebih besar. Dapat main air di air terjun... dah bertahun rasanya I tak tengok air terjun. I love waterfall. I love the sound of water. Tour lebih satu jam tu, I rasa puas sangat... Malangnya, kite orang tak berpeluang bermalam di situ.

Sunday, December 6, 2009

Happy Birthday Nru

Happy Birthday Ndru....


Seperti yang dijanjikan, birthday Ndru diadakan di my cafe @ CafeWorld.. yes.

Kepada Ndru, semuga dipanjuangkan usia, dimurahkan rezeki berbahagia selalu.

Saturday, December 5, 2009

Shopping Shopping

Busy betul lately.... busy shopping.... Kakak Ipar I datang KL dengan menbawa 1 beg saja..beg hitam putih di bawah ni. Terkejut juga tengok masa gi ambil dia di airport. "Satu beg jer?"...
Tapi selepas seminggu di KL.... gambar di bawab inilah rupa barang yang di angkut bawa balik KB from KL...

Semua sumbat dalam jabir jer.. Yer laa balik KB naik kereta. See...macam mana beg hitam putih tu boleh berabak pinak jadi 3 bags, ter masuk jabir-jabir lagi....

Buka penggal tahun Cik Sue buat koleksi tudung baru. Buka sekolah tahun depan, Teacher Anis akan bergaya dengan koleksi tudung barunya.

Inilah dia koleksi tudung Cik Sue... rasanya ada dalam 28 helai kot tudung baru....


Koleksi tudung berjalur.... fuh...penat atur kedai nak dapat semua koleksi kaler ni...
Koleksi plain.....ini pun rasanya, ada lagi 4 helai tak masuk dalam gambar.

Berita baik untuk anak2 saudara CikSue.... Cik Sue dah berazam tak akan beli tudung lagi sepanjang tahun 2010. Cik Sue dah pun berikrar, sekiranya Cik Sue break the promise, anak2 sedara CIk Sue yang bersaksi di sini (di blog ni) boleh claim tiket wayang..hehehehehe....

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi esok I nak balik Kedah pulak, drive sendiri.... aduhaii...busynye...