Friday, February 26, 2010

Home sweet home

Malam semalam, pertama kali Aina meragam. Biasanya dia baby yang baik, tak banyak kerenah...tapi semalam, entah kenapa dia tak mahu tidur sedari jam 10.30malam. Bagi makan sudah, tukar lampin sudah, check suhu badan sudah, check perut kot kot kembung..ok jer peut dia. Alahaiii kenapa laa anak aku ni.

Dalam jam 11.30 malam, I bawa Aina gi dapur, ramai berkumpul kat dapur sebab ada roti john. Cousin2 Aina, Cu Alin, Pak Su, Mak Tok, Ayah Long, Kak Fatin, Achik, Kak Anis, Kak Aleeya...meriah laa... Bila dah ramai dan bising, Aina diam kejap. Bagus, asyik bagi Aina jer makan, Mama Aina pun nak makan jugak. Mak tok tukarkan Aina dengan lampin biasa. Agak-agak jam 12.15malam, masa Mak Tok tukar lampin Aina, tup... tercabut pusat Aina..yeyyy....

Keesokannya (which is today), terus cukur rambut Aina biar botak. Ruam dah mula naik sebab rambut Aina tebal. Sekarang pulak, musim panas, asyik berpeluh jer kepala Aina. Patut laa naik ruam. Botakkan jer laa...

Alhamdulillah, pusat dah gugur, rambut dah cukur dan kuku dah potong.. petang tadi, Aina balik rumah Mama dan Abah....rumah kita. Home sweet home sweetie. Bermulalah sebuah kehidupan baru..kita bertiga.

Thursday, February 25, 2010

1 week already.





Hari ni genap seminggu usia Aina. Mama Aina dah tak boleh jadi sleeping beauty lagi, dan tak der masa nak ber FB dan berblog.

Sunday, February 21, 2010

Dugaan pertama




Dah lama I mengidamkan baby...kalau boleh baby girl. I selalu membayangkan Aina Farhana sebagai anak I, sehinggakan I namakan blog ini ainafarhana.blogspot.com. Dengan izin Allah, I dapat Aina Farhana..the real Aina Farhana. Bukan lagi ainafarhana di alam maya.


Aina memang anak yang baik, tak meragam seperti menangis all the night. Dia cuma menagis bila dia lapar atau lampinnya kena tukar. Masalahnya, cuma dia kuning. Tengok rekod hospital memang dia kuning masa keluar dari hospital bersalin. Semalam, I bawa Aina ke private hospital. Memang Aina perlukan phototheraphy. Tapi I tak nak admit Aina kat sana, I nak balik KL today. I cuba negotiate dengan doktor... lagipun Aina aktif. Tangan dan kaki dia tak dok diam. Mata dia pun dah pandai tengok orang. Insya Allah, ok kot tunggu esoknya untu phototherapy.

Aina dah pandai menjeling bila di agah.


Today, early morning, we rushed back to KL. Sampai jer KL, terus bawa Aina ke hospital. tak balik rumah dah. Memang sah lagi nyata kuning dia. Terpaksa tinggalkan Aina di hospital sebab dia kuning. Beratnya hati nak tinggalkan dia. After 14 years waiting, I've been gifted with this cute baby, off course its hard for me to leave her. I request room/bed (ward) supaya I boleh ulang tengok dia sekerap yang mungkin (I got the right to do so as I am the mother of the baby now). Tapi kata nurse "memandangkan kakak sihat, boleh tak kakak beri bilik tu pada pesakit yang benar2 memerlukannya." I lihat sekeliling, ramai juga ibu-ibu yang baru bersalin dan anaknya bermasalah. Private hospital, memang laa, as long I'm wiling to pay, I can get it. Tapi, ada kalanya, perikemanusiaan itu lebih bernilai dari wang ringgit. Rasanya, ibu2 yg baru bersalin tu lebih memerlukan bilik/katil memandangkan keadaan mereka yang masih lemah untuk berulang alik tengok baby mereka. But huhuhuhuhuhu... now I miss my baby so much. But I know she is in a good care.

Masa di hospital di KL...

Friday, February 19, 2010

Aina Farhana


Welcome to the world sweetie... From now, I'll be called Mama Aina.

Thursday, February 18, 2010

A mother to be

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, .....

am going to be a mother soooonnnn....

Tolong doakan yer kawan2 semoga semuanya selamat. Amin.

Friday, February 12, 2010

Kenapa Aku Tak Kaya?

Kita selalu dengar ustaz2 kata, "Bila kita bersedekah, harta kita akan bertambah. Bila kita bayar zakat, harta kita akan bertambah. Amalan sunat Dhuha memurahkan rezeki" Tapi ada seorang hamba Allah ini bertanya atau lebih tepat lagi 'bersungut'.."Aku dah banyak bersedekah, tiap2 tahun aku bayar zakat. Tapi aku tak kaya kaya pun."


Mungkin, hamba Allah tersebut, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'kaya'. Kadang kala, 'kaya' tak dapat dilihat dengan zahir. Kaya, tak semestinya memiliki banglo besar dan kereta mewah. Pada pandangan saya secara peribadi, 'kaya' ialah mencukupi... tak pernah tak cukup makan, tak cukup pakai dan rezeki yang tidak terputus. Disaat kita memerlukan duit, ada saja sumber yang datang.


Tapi manusia lebih cenderung melihat kekayaan dari segi zahir. Kadangkala Allah sengaja tak memberi kita kekayaan dalam bentuk zahir sebab Allah tak mahu kita terjebak dengan unsur riak. Bukan nya kita tak pernah lihat, orang yang pakai kereta mewah, tiba2 bankrup terus kena naik bas/jalan kaki. Dan, kita juga sering melihat, orang yang sederhana dan kehidupannya, constant sehingga ke akhir hayat.


Saya pernah jumpa dengan orang hanya bergaji RM800 sebulan (taraf hidup 10 tahun yang lalu), tapi mampu menyara keluarga yang ramai. Mampu sekolahkan anak, tak pernah tak cukup makan, tak pernah tak cukup pakai, malah boleh pergi haji lagi. Where does the money come? Jawapannya "Berkat." Dia cuma ada van buruk untuk bawa anak2 yang ramai. Ajaibnya, van dia tak pernah rosak teruk. Makanan, walaupun beras tinggal sikit, masak juga..tapi cukup makan anak beranak dan kenyang. Tatkala duit hampir sifar, tiba2 ada orang datang minta tolong baiki letrik (abang ni pandai di bidang letrik), selepas dia tolong baiki dan orang tersebut sedekahkan duit. Bukanlah kerja dia baiki letrik rumah orang, cuma bila dah orang datang minta tolong, dia gi laa tolong tengok tengokkan sebab dia ada kemahiran. Inilah kisah tenteng rezeki yang berkat. Sayang nya I dah lupa nama abang ni. Tapi I masih ingat wajahnya.... wajah yang sentiasa tenang dan happy go lucky. Selalu ketawa....

Thursday, February 11, 2010

Bila bosan...

Sebenarnya, I ada banyak sangat benda nak kena buat, tapi, kemalasan + kebosanan yg terlampau...so, satu kerja pun tak siap. Apa I buat? Surf internet main kuiz.. Seronok juga mengkaji diri sendiri. Tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri.

**********************
What does your birthday say about you?
Result: Patient, Dependable & Practical

Patient - rasanya betul kot. I rasa I ni agak penyabar orangnya.

Dependable - entahlah, ramai orang tak berapa harap kat I. Mungkin ini suatu kekuatan I yg I tak perasan selama ini.

Practical - yer, betul rasanya.



You lead the way when it comes to reaping the rewards of hard work.

You’re a lover of everything that is fine and beautiful, you surround yourself with material gains. Touch is very important in everything from work to romance. Stable and conservative, you are among the... most reliable of people. While sometimes viewed as stubborn (stubborn ni memang I akui sangat2 laa...ketegag kata orang Kedah), you will plod along on a task until the very end, ensuring that everything is up to standard. You're highly creative and thoroughly enjoy making things with their own hands.



Favorable Colors: Pink - rasanya, just i try to deny it.

Key Body Part: Neck, Throat - dua ni memang masalah utama I.

Lucky Gem: Emerald - I tak pernah ada emerald, but I love diamonds.

Strengths: Dependable, patient, musical, practical. - tang bab musical tu tak pasti... tapi I suka dengar muzik.
Weaknesses: Stubborn, uncompromising, possessive. - stubborn and uncompromising tu hehehe..betul la tu.
Charismatic marks: Solid, big bones, tendency to gain weight. - tendency to gain weight tepat sekali aduhaiiii....
Likes: Gardening, cooking, working with hands, music, romance, high-quality clothing. Gardening tu salah sama sekali....
Dislikes: Sudden changes, complications, insecurity of any kind, synthetic fabrics. - Betul betul betul.
Best environment: A secluded home close to nature. - macam dia tau tau jer cita rasa I kan? Good food is also important. Beauty and comfort are a must.