Tuesday, December 29, 2009

Wow!!! Suara tak padan dengan badan...



So cute, dengan cungap2 dia, dengan mulut dia.... you all agak2 umur dia berapa tahun? 6 tahun? 7 tahun? Subahanallah, budak sebesar ini boleh hafal sebanyak ini. Yer, I tahu, itu bahasa ibunda mereka. Tapi untuk budak sebesar itu nak hafal sebanyak itu... memang hebat laa. Prince AlW2lid pun terpegun tengok dia....

Saturday, December 26, 2009

Adap bertandang

Bismillahirrahmanirrahim
Tiga hari lepas, berturut-turut I dikunjungi tetamu... kalau orang tak tau, orang ingat i celebrate krismas hahaha....

Sebenar-benarnya, I ni fobia sikit nak terima tetamu. Setiap kali ada orang kata nak datang, I mula laaa gelisah duduk tak senang, ke hulu ke hilir. Bukannya apa, dah banyak sangat pengalaman I, tetamu datang, lepas tu komplain pasal umah I. Paling banyak yang komen kata rumah I bersepah. Yes, I admit, I ni bukan seorang yang neat/kemas... dan I tak pandai mengemas. Buat sepah pandai laaa.

Ada pulak yang kata rumah I tak berseri, nampak kusam tak bermaya. Ada jugak yang kata, rumah I banyak sangat barang, nampak semak. Ada yang kata, nama jer duduk kondo, tapi sayang tak pandai hias.... adehhh..... Boleh tak kalau nak datang, datang jer laa..terimalah I seadanya. Kalau tak suka dengan rumah I, tak payah datang.

Alhamdulillah, tetamu2 yg datang kali ni okey, terima I seadanya, cuma sorang jer yang mulut tak der insuran sikit. Katanya "rumah you ni kurang oksigen laa". Haiii.... Dia ni kan, memang, kalau datang umah I tak komplain, tak sah. Lepas tu, dia dok cerita, ada sorang sedara kite orang, asal dia call nak pergi jer, asyik tak ada kat rumah. Kadang2, I rasa kesian jugak kat dia ni, dia tak tau lagi ker orang malas nak ajak dia datang sebab dia tu suka komplain pasal rumah orang tu, rumah orang ni.

Dulu, I pernah ada sorang kawan... dia dan anak bini dia suka sangat gi bertandang rumah orang. Main terjah jer.... I pernah ikut dia sekali. Tiba2 dia kata "jom kita singgah rumah kak R". Dah dekat dengan rumah dia telefon orang tu "Aku dah dekat nak sampai kat rumah kau ni".... Masa sampai, nampak sangat orang tu tercungap-cungap kelam kabut tukar baju. Kisah dia orang ni sekeluarga memang dah jadi buah mulut di kalangan kawan2.

Ada sorang kawan lagi (used to be friend), memang I fobia bila dia nak datang. Sebab dia ni kalau datang tak ingat nak balik. Dia single lady, tapi kadang kala I harap dia dapat memahami bahawa I ni dah kawin. Suatu hari, dia kata nak datang. I dah siap sedia dah...I pesan, Noi, kau jangan datang lambat sangat, dalam kul 8 malam gitu ok laa. Tunggu dah dekat 8.45 mlm, tak datang lagi. My habibi dah mula nak lentok kat sofa depan TV. I call dia.... "Dah lambat dah ni Noi, lain kali jer laa kau datang"..dia jawab "Eh, aku dah nak sampai dah ni". "Next time jer laa Noi, aku dah nak tidur ni", I harap dia faham alasan yang di beri. Dia jawab "Aku dah kat scurity guard kat rumah kau dah ni". Tak lama, bunyi intercom... I tau, tu mesti guard call tanya ada tetamu ke tak. Purposely I tak jawab intercom tu, dengan harapan dia tak dapat masuk. Dok dalam sepuluh minit (dalam kul 9.15 malam gitu) dengar bunyi bell. Ya Allah, macam mana dia boleh terlepas dua level security pun tak tau laa.... Gigih betul minah ni nak datang umah aku. Tak sampai hati, I pun buka laa pintu.

Terkejut bin beruk, bila I tengok dia bawa lagi dua orang kawan yang I tak kenal langsung.... adehhh.... I pun jemput laa masuk (tak kan tak jemput kalau orang dah tercegat kat depan pintu) sambil si Noi ni membebel kata scurity guard kat umah I tak kasi dia masuk. My habibi dah lintang pukang lari cari baju. I nampak my habibi tak selesa.... so, purposely, I tak hidang air sebab takut dia duduk lama pulak. Kalau setakat si Noi sorang, I rasa I masih boleh cover. Might be I can say "Noi, kau gi tidur jer laa dulu kat bilik tengah tu, esok kita sembang"... tapi, masalahnya dia bawa dua orang kawan yg I tak kenal. 11.30 malam baru balik. Tahu apa die orang cerita? Nak promote product Score A dekat I.... grrrrrrr .....

The next day, I sms Noi kata i tak suka dia datang bawa kawan tak bagitau I. Dah dia melenting... siap kata, dalam Islam bertandang mengeratkan silaturrahim, tetamu bawa rezeki .... bla bla bla... End up, I tak pernah telefon dia sampai sekarang, dan dia pun tak telefon I sampai sekarang. I tak hubungi dia bukan sebab I tak nak kawan dengan dia dah, bukan nak memutuskan silaturrahim, tapi I tak call dia sebab I takut...nanti dia nak datang rumah I lagi.
Memang laa bertandang tu mengeratkan silaturrahim, tapi.... adap bertandang tu kena laa jaga.

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Amir

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni, keluar keputusan peperiksaan PMR... And am soooooooo eppy. Baru tadi, I dapat panggilan dari Abu Dhabi, my student (yang sedang bercuti di sana) called me and told me he got 3B 2A 3A. Saja jer tau dia nak buat I risau mula2 tu. maknanya dia dapat 5A 3B ...Yeyyyyy..... 3 dari subjek yang dia dapat A tu, subjek yang I ajar...Math, Science dan Geografi.....


To Amir,

Congratulation to you and am so proud of you, hensome boy. Semoga impian Amir nak jadi engineer macam ayah tercapai. Katanya, one day dia nak buat his own tower..two towers named Amir's Tower and Haziq's Tower.

Monday, December 21, 2009

Entry ke- 355

Pejam celik pejam celik.... dah masuk entry yang eke-355 dah.

Today, I bought a new toy... so, asyik dengan toy yang baru tu laa. Silap haribulan, blog dan pesbook akan terabai. OK, laaa tak habis godek lagi toy I yang baru tu. Bye....

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

-:Bismillahirrahmanirrahim:-
(Petikan dari email daripada Ummi Safa)

Tanggal 1 Muharram 1431 H akan jatuh pada tanggal 18 Desember 2009. Bertepatan itu pula, berarti datangnya tahun baru Islam 1431 Hijriah. Pada bulan Muharram, banyak terjadi peristiwa penting bersejarah, seperti dibebaskannya Nabi Yunus dari perut ikan paus, dibebaskannya Nabi Nuh dan umatnya dari terpaan banjir terbesar, dan selamatnya Nabi Musa dan umatnya dari kejaran dan kekejaman Firaun.

Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan. Allah telah memilihnya menjadi bulan istimewa bagi umat Islam sepanjang sejarah sebagaimana peristiwa-peristiwa di atas. Nabi Muhammad mengistimewakan bulan ini dengan berpuasa pada tanggal 10. Berikut ini sebagian keutamaan bulan Muharram.

A. Diharamkan berperang.
“Allah SWT berfirman, ‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu….” (QS At-Taubah: 36)

Empat bulan ini ialah Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab. Pada empat bulan ini, kita dilarang untuk melakukan peperangan, kecuali pada kondisi terdesak, seperti diserang oleh musuh.

B. Sebagai bulan Allah.
Rasulullah bersabda, “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram….” (HR Muslim)
Bulan Allah (syahrullah) bermakna bulan ini memiliki keutamaan khusus dari Allah dengan menyandingkan dengan nama-Nya.

C. Sunat berpuasa.
Di dalam beberapa hadits lain disebutkan, di bulan ini terdapat sebuah hari yang disebut Yaumul 'Asyuro, yaitu tanggal sepuluh bulan Muharram. Pada hari ini, disunahkan berpuasa, sebagaimana yang dilakukan Rasulullah saw.
“Aku berharap kepada Allah, dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Ibnu Abbas ra berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya, kecuali pada hari ini, yaitu hari As-Syura dan bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim)


Selain tanggal 10, juga disunatkan untuk berpuasa pada tanggal sebelum dan sesudahnya. Jadi tiga hari, yaitu tanggal 9, 10, dan 11. Hal ini dikuatkan oleh pendapat ulama dan keterangan beberapa hadits.

Melihat keutamaan di atas, tentu kebahagiaan umat Islam semakin bertambah. Pada bulan ini, kita bisa berlumba-lumba beramal kebajikan dan memeroleh keutamaannya, baik dunia maupun akhirat.

Adapun di dalam perayaan Tahun Baru Hijriah, kita boleh melakukan banyak hal yang bermanfaat. Tidak melakukan hal-hal yang tidak sesuai dengan nilai Islam, seperti mabuk-mabukan dan joget ria. Kita mengisinya dengan tafakur, tasyakur, muhasabah, zikir, dan takhthit.

Tafakur dengan banyak memikirkan segala hal yang telah terjadi pada tahun-tahun sebelumnya. Tasyakur dengan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah limpahkan kepada kita. Muhasabah dengan melakukan intropeksi atas berbagai kesalahan yang telah diperbuat untuk memperbaikinya di tahun mendatang. Sedangkan takhthit, dengan membuat perencanaan atau pemetaan program yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya untuk lebih mengoptimalkan dan meningkatkan kualitas hidup.


Semoga tahun 1431H ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada kita semua.... amin.

Saturday, December 12, 2009

Anak saudara ku

Sorang anak saudara I nak pergi bercuti di Dubai. Mula2 nak pinjam camera I. Lepas tu, pujuk nak pinjam handphone pulak, alasan, handphone die tak leh hantar sms, cuma boleh hantar mms saja.... alahaiii.... Kalah betul Cik Ila dengan anak2 sedara ni.


I siap pesan... "Jangan bagi hilang, jangan bagi rosak tau handphone Cik Ila tu."
Di jawabnya.."Tak per, kalau hilang, nanti Cik Ila claim jer dengan Baba".


Baba, if u read this, dengar tu.... apa kata anak dara you "Nanti Cik Ila claim jer dengan Baba". Hehehehe...

To Athifah, hv a nice vacation.

Thursday, December 10, 2009

Tercapai Hajat

The Sleeping Beauty memang sibuk sangat2 kebelakangan ni. Bermula dengan agenda shopping seminggu sebelum raya haji. Yer la..sekarang ni ada promosi YES (Year End Sales) di Malaysia, so I pun menyahut seruan kerajaan la..ehem..alasan sangat kan.

Hari Khamis sebelum raya haji, bertolak balik ke Kelantan..ya Allah, 12 jam perjalanan KL-KB. Pertama kali dalam hidup I meredah jem sebegitu. Memang penat, tambahan pula, I jadi co-pilot. Hari raya, sepanjang hari I dan my habibi tidur dek kerana penat + stress travelling. Hari raya ke-2, ada kenduri korban + house warming di rumah PakSu Lan.

Petang, lepas kenduri, balik semula ke KL. Alhamdulillah, perjalanan balik KB-KL cuma 6 jam jer. Hari Isnin my habibi bertolak ke Jakarta. Sebelum my habibi bertolak I minta izin nak balik ke Kedah. Dah lama sangat I tak balik ke Kedah. Raya Puasa dulu pun tak balik. Alhamdulillah, my habibi izinkan.

So Week end baru2 ni, I balik ke Kedah ditemani kawan I, Hajrah. Thanks Hajrah kerana sanggup ambil unpaid leave sebab nak temankan I. And zillion thanks juga kepada my habibi sebab meminjamkan kereta dia. Selesa sikit travel jauh.

Alhamdulillah, dapat ziarah banyak rumah saudara2 di Kedah. Part paling best, makan durian kat rumah Pak Ndak. Rezeki juga, kebetulan dapat jumpa cousin2 yang balik bercuti. I juga berpeluang ziarah kubur my mom, dan my grand mother, something that I wish to do long time ago. Biasanya I balik dengan my habibi agak kelam kabut, tak sempat nak ziarah kubur.

Sambil berziarah saudara mara, I juga ke Pejabat Tanah follow-up urusan faraid arwah my dad. Dah 14 bulan, I tak tau apa yg Pejabat Tanah tu buat.... just to get a signature...14 months... I cant accept. Setiap kali Pak Lang I telefon, tanya, jawapan die orang bagi "Surat atas meja, tunggu nak tanda tangan saja". Bukan sebulan, dua bulan,,,,dah 14 bulan, jawapan yang sama jer. So, I pergi sendiri to push. Jawapan yang I terima, lain pulak.."terlepas pandang." katanya. Bertong teng tong teng dengan orang Pejabat Tanah really made my blood go upstairs. Nothing much I can do. I memang tension + marah dengan gelagat mereka.

Atas alasan nak release tension, I ajak my friend ke Pulau Banding. Tempat yang dah lama I ingin pergi. Bestnyer... dapat juga akhirnya I naik boat keliling Pulau Banding dan tengok bunga reflesia. Ruginye tak bawa proper shoes, kalau tidak boleh panjat sikit bukit tu tengok reflesia yang lebih besar. Dapat main air di air terjun... dah bertahun rasanya I tak tengok air terjun. I love waterfall. I love the sound of water. Tour lebih satu jam tu, I rasa puas sangat... Malangnya, kite orang tak berpeluang bermalam di situ.

Sunday, December 6, 2009

Happy Birthday Nru

Happy Birthday Ndru....


Seperti yang dijanjikan, birthday Ndru diadakan di my cafe @ CafeWorld.. yes.

Kepada Ndru, semuga dipanjuangkan usia, dimurahkan rezeki berbahagia selalu.

Saturday, December 5, 2009

Shopping Shopping

Busy betul lately.... busy shopping.... Kakak Ipar I datang KL dengan menbawa 1 beg saja..beg hitam putih di bawah ni. Terkejut juga tengok masa gi ambil dia di airport. "Satu beg jer?"...
Tapi selepas seminggu di KL.... gambar di bawab inilah rupa barang yang di angkut bawa balik KB from KL...

Semua sumbat dalam jabir jer.. Yer laa balik KB naik kereta. See...macam mana beg hitam putih tu boleh berabak pinak jadi 3 bags, ter masuk jabir-jabir lagi....

Buka penggal tahun Cik Sue buat koleksi tudung baru. Buka sekolah tahun depan, Teacher Anis akan bergaya dengan koleksi tudung barunya.

Inilah dia koleksi tudung Cik Sue... rasanya ada dalam 28 helai kot tudung baru....


Koleksi tudung berjalur.... fuh...penat atur kedai nak dapat semua koleksi kaler ni...
Koleksi plain.....ini pun rasanya, ada lagi 4 helai tak masuk dalam gambar.

Berita baik untuk anak2 saudara CikSue.... Cik Sue dah berazam tak akan beli tudung lagi sepanjang tahun 2010. Cik Sue dah pun berikrar, sekiranya Cik Sue break the promise, anak2 sedara CIk Sue yang bersaksi di sini (di blog ni) boleh claim tiket wayang..hehehehehe....

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi esok I nak balik Kedah pulak, drive sendiri.... aduhaii...busynye...


Monday, November 23, 2009

Busy Busy


Very very busy since Friday. Kakak ipar datang KL...so, setiap hari penuh dengan agenda lawatan-lawatan ke tempat yang ada tanda 'SALES'...'SALES'...

Kepada yg kasi komen kat bawah tu... nanti laa yer....... tak leh tulis banyak2 sebab jari ni penat sangat jinjit beg kiri kanan...

p/s: Reminder... Azila, u still forget to renew ur licence....

Thursday, November 19, 2009

Rukun Islam Ke-5

Sebesar-besar tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat dan saudara kita yang perpeluang menunaikan haji tahun ini. Ini merupakan suatu pengiktirafan yang amat besar sekali sebab bukan semua orang boleh menunaikan haji. Tak kira lah berapa banyak duit yang dia ada, tapi pergi haji ni lain dari perjalanan yang lain.


Pergi haji ini, ialah...kita menuju kepada Allah. Kita menyahut lambaian Kaabah. Bukan semua orang dilambai.... hanya orang yang terpilih saja. Pergi haji atau umrah, bermakna kita menjadi 'tetamu' Allah. Bukan semua orang Allah perkenankan untuk ke rumah Allah (baitullah). Segunung duit pun kau ada, kalau ALlah tak kau jadi tetamu dia, tak akan sampai juga. Saya tahu, bukan semua orang dapat memahami apa yang saya tulis.....


Pernah tak dengar, ada orang, setiap tahun dia kata nak pergi haji, nak pergi haji..tapi sampai masanya, ada saja halangan. Kalau nak di kompile kisah orang nak pergi haji/mekah, perjalana meraka, rintangan mereka.... tak cukup kertas nak print. Perjalanan ini bukan seperti perjalanan kita nak ke London, bukan juga macam perjalanan I dok ulang alik KL Doha atau KL Abu Dhabi.... Perjalanan ini merpakan perjalanan yang lain daripada yang lain.


Saya sendiri, dari pada tahun lepas dok kata nak pergi umrah-nak pergi umrah.... tapi tak sampai juga. InsyaAllah, semoga Allah bukakan peluang untuk tahun depan.

JANGAN LUPA

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI YANG SUKA BERTANGGUH...
AZILA.... LESEN MEMANDU DAH NAK TAMAT TEMPOH. RENEW!!!!
RENEW!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Oh my goat..what had happened?

Salam semua,

Hi u all... kebelakangan ni I memang dilanda penyakit malas tahap ghaban (tak ada dalam kamus perkataan ghaban..). Ditambah dengan hujan setiap petang...... sedapnyer tidur. Nak online internet pun malas, jauh sekali laa nak gi komen kat blog orang. Bukan itu jer...nak makan pun malas. Nak gi tandas pun malas....

Dah banyak hari dah tak baca berita dan tak menonton berita TV. Remote TV pun dah lama tak sentuh. Kiranya, I ni dah out of the world laa... memang dah sampai ke Dreamland.

Punya lah teruk I ni.... jangan kan berita dunia, berita di kawasan sendiri pun I tak tahu. Rupanya, seluruh komuniti di sini terkejut sebab ada budak jatuh dari tingkat 12 di block sebelah minggu lepas ...pun I tak tahu. Kalau dah budak jatuh bangunan, sure laa ambulance dan polis datang kan. Tapi I tak dengar laa pulak bunyi kecoh-kecoh pun, tak dengar bunyi siren pun. Block sebelah, wokey, a block just next to my block, tak sampai 100meter pun ..oh my goat..oh my goat.... Adakah I tidur sampai tak sedar dunia.

Takziah kepada family mangsa, dengarnya, a 14 years old boy. A very good boy katanya. Setiap hari balik sekolah, solat dulu baru makan...so on that day, lepas dia tak keluar makan, maid dia cari dia dalam bilik nak suruh makan, tapi tak nampak dia dalam bilik. Rupanya, dah jatuh ke bawah. Al-kisahnya begitu lah yang I dengar-dengar dari mulut orang. I pun tak tahu kisah, sebab I rasa I tak ada "di dunia" pada masa tu, I was at the Dreamland. Malah nobody know the real story. Dengarnya lagi, the whole family masih kat negara asal mereka kerana jenazah dikebumikan di sana. Al Fatihah kepada mangsa.

Tuesday, November 17, 2009

Inspirasi C@feW0rld

Hari hari asyik main Cafe World kat pesbook... kebelakangan ini, saya rajin masak ketam di CafeWorld sebab dapat point tinggi, untung pun tinggi...



Terbawa-bawa ker dunia nyata..tetiba rasa teringin nak masak ketam juga. Saya tak pandai masak ketam sebanarnya. Tapi tengok kat Cafe World tu, dia masuk kan halia etc etc... saya pun mencuba laa....



Alhamdlulillah...menjadi. Habibi makan sampai licin. Dia tanya, ketam masak apa ni, saya jawab entah... dapat ilham dari CafeWorld.


Maaf laa, presentation saya tak menarik. Saya tak pandai nak menghidang.... janji letak dalam pinggan, makan licin...

Resepi saya, namanya resepi hentam saja laa labu....

bawang putih dan halia di tumis,

ciling kering, gunting2 jer.. campak masuk.

lepas tu masukkan sos tiram + garam sikit.

taruk air, taruk ketam biar dia berenang seketika,

masukkan tepung jagung nak kasi pekat sikit.

hrmmm.. bila rasa, rasa ketam tu masih kuat,

so, saya masukkan sekeping asak keping, alhamdlulillah, hilang bau dia.

last, pecahkan telur dan kacau2 telur tu.

siap.....

Monday, November 16, 2009

Kawan di akhir zaman

(Terima kasih kepada Kak Umie kerana forwardkan e-mail ini)



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk


Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal






Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan
diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh

Sunday, November 15, 2009

Sorry my dear blogger friends


Kepada semua kawan-kawan blogger, dukacita dimaklumkan secara rasminya, bahawa saya berada di dalam "idle mood"... Dah lama saya tak melawat/ziarah blog kawan2. Bukan tak ingat kat kawan2, tapi... saya sedang berada di tahap kemalasan yang amat tinggi. Selalunya pergi ke blog kengkawan just look look, see see sajor.. tak tinggalkan jejak pun. Tambah2 yang kena masukkan password segala tu... Mintak maaf laa... Akak ni dah makin tua, makin malas... tulang2 jari pun dah nak reput dah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang akan bakal menunaikan ibadah haji, selamat jalan, dan semoga mendapat haji yang mabrur... semoga di permudahkan perjalanan dan dipermudahkan ibadah di sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Takziah kepada sahabat saya Cik Penyu di atas pemergian nenek kesayangannya. Kepada Cik Penyu, semoga bersabar dan redha (i know that redha is easy to say but hard to do) .... mungkin itu yang terbaik untuknya.

Friday, November 13, 2009

Lagu kegemaran...



This is my favourite song... lagi ni sentiasa mendapat tempat pertama di carta hatiku.

Terasa seperti lagu ini ditujukan khas untuk diriku...



Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.
You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.
Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
You are never alone (you are never never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

Wednesday, November 11, 2009

Banjir

Gambar dari Berita Harian: Seorang ayah membawa anaknya pulang dari
sekolah dalam sebuah periuk besar....

Baru-baru ni, negeri-negeri utara tanah air Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, termasuklah Selatan Thailand. Kalau nak diikutkan, banjir di hujung tahun ni, bukanlah suatu perkara yang pelik sebab ianya berlaku hampir setiap tahun berikutan Monsun Timur Laut. Tapi, apa yang agak pelik ialah, tahun ni banjir awal dari biasa... Biasanya banjir berlaku dalam bulan Disember, tapi tahun ni, di bulan November.... Ini menyebabkan mangsa-mangsa kurang bersedia menghadapi banjir kali ini.

Alhamdulillah, berita hari ni melapurkan keadaan semakin pulih. Kita masih patut ada rasa bersyukur sebab negara kita memang ada budget tahunan untuk persiapan banjir. Yer laa... saya cakap memang senang, tapi bagi mangsa yang menanggung memanglah perit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, November 10, 2009

Alhamdulillah......

Alhamdulillah, my platelets is climbing up again. This late afternoon the doctor called me and told me that my platlets count increase to 98million/mL. Am pretty sure that am going to recover. To all my dear friends..thanks a lot for your support and concern. Love u all so much. I know that am not alone.

Monday, November 9, 2009

Shud I worry?

Seperti yang I kata dalam entry yang lepas, ada 3 possibility kenapa I stress dan restless. I cuma senaraikan dua jer.

Alasan yang ke-3 ni, I sendiri pun tak pasti, "Shud I worry? Or shudnt I?".... Tapi hati tak dapat ditipu. Right now, jam 5.55pm, I rasa nervous giler nak tunggu keputusan blood test yang dijangka diketahui esok.

Kepada yang mengikuti blog I, mungkin masih ingat, I pernah masuk APSH bulan April lepas dan kena tahan 6 hari sebab ada masalah dengan platelets. Yes...ianya berlaku lagi. Platelet count I jatuh lagi, dan semakin jatuh lagi teruk dari dulu. Cuma kali ni I tak masuk wad. I pilih nak duduk di rumah dan gi klinik dekat rumah jer untuk buat ujian darah selang sehari. (Hishh...tak kuasa laa nak duduk kat spital) Bayangkan selang sehari, tangan dicucuk amik darah... tangan I dah jadi macam tangan drug addict. Mula2 tangan kanan, tangan kanan bengkak, ambik darah tangan kiri pulak, tangan kiri bengkak, tukar tangan kanan pulak.

Pagi tadi, amik darah lagi. Doktor tengok tangan I dah lebam-lebam... salur darah dah agak bengkak. Doktor sendiri tak sanggup nak cucuk amik darah I lagi. Doktor kata, memang kalau pletlet rendah, tendency utk lebam tinggi. Kalau I duduk di hospital, tak akan jadi cam ni sebab dia cucuk sekali jer, lepas tu dia pasang apa entah nama dia, so dia amik darah dari situ jer. But am not willing to stay at hospital, so... I kena lah terima padahnya.

Masa I masuk hospital APSH dulu, platlet I 118million/mL. Lepas tu drop tu 111mil/mL. Lepas tu I monitor blood kat HUKM. Tak mampu nak buat blood monitoring kat Ampang Puteri... Mahal beb!! Alhamdulillah, my platelet naik semula malah at one stage reach 250million/mL. Macam mana dia boleh naik pun I tak tau. Doktor pun tak tau. Tup tup, jatuh balik....adehhh...

Orang yang pletelet rendah ni biasanya orang yang demam denggi. Tapi I tak demam..... bintik2 merah dibadan pun tak ada. Secara fisikalnya I sihat walaafiat, siap boleh gi shopping laaa. All other bloodtest is clear/normal, cuma platlet ni jer yg buat kacau. Memang menghairankan.

Oh ya...Platlet dalam darah ni, fungsinya ialah untuk menghentikan/mengeringkan pendarahan. Platlet bagi orang yg normal dan sihat 150-450million/mL. Merujuk kepada http://www.netdoctor.co.uk/diseases/facts/thrombocytopenia.htm, Platelets count 100-80 million/mL will increase the risk of bleeding. Bagi doktor pula, ada percanggahan dari segi tahap kiritkal. Doktor di Malaysia, mengambil 50million/mL sebagai tahap berjaga-jaga.

My platelets count baru-ni, was 94 million/mL, reduced to 90 million/mL and the latest, last Saturday was 75million/mL. But yet, am still healty, tak demam, tak der bintik2 merah. Doktor masih tak tahu punca kenapa. Cuma, Sabtu lepas, doktor cuma nasihatkan elakkan buat kerja2 yg boleh menyebabkan terluka sebab takut non stop bleeding. Tanda-tanda overbleeding dah mula ada, contohnya, period I sampai 11 bari, darah jerawat lambat kering, berdarah bila berus gigi, bekas cucuk cepat lebam dan lambat baik. Alhamdulillah, I tak ada sebarang luka berdarah lately. Well, semua result blood test di kinik ni I akan bawa ke HUKM for fruther investigation.

Shud I worry or shudnt I? My dear beloved friends, tolong doakan, platlet i improve... Doktor kat klinik kata, kalau tak impove jugak, dia terpaksa refer I balik ke HUKM. Tolonggg.... I tak mo masuk spital, sebab kat spital tak ada internet (itu jer alasan tak mo masuk spital). Kalau I kena masuk hospital jugak, I mesti nazak, sebab I akan rindukan internet. (bukan nazak sebab sakit...ngee) Cuna u all fikir, kalau I kena masuk spital, macam mana dengan Facebook I? Macam mana dengan kebun Farmtown I, macam mana dengan Cafe I.... Huhuhuhuhu......sape nak jaga?

Sunday, November 8, 2009

Stress and restless

Right now, I do feel stress and restless. Why? I dont know exactly what is the reason. There are few possibility.

FIRST.
Am fighting with myself.... last Wednesday, I went to JJ Alpha Angle with my very best friend sebab dia nak beli kasut... oh nooo..there are a lots of beautiful shoes. Syukur I berjaya menahan nafsu. Lepas ujian tahap 1. My very best friend nak handbag.... again, there are so many beautiful handbags there. Alhamdulilah, tak ada beg yang I impikan. I berjaya menahan nafsu lagi. But, I grabbed one sandal cap buaya as I cant find where is my sandal since last raya. No regret sebab I really need that sandal. Lepas tu bayar....

Ingatkan dah selesai laa urusan di ladies department at JJ. On the way nak gi makan.. terpandang satu blaus yang amat cantik .... oh nooooooooooo....aku kalah. Ada 3 kaler, hitam putih dan kelabu. Rembat la jugak satu yang kaler hitam.

SECOND
Balik rumah, cuba baju yang dibeli...ahhhh..amatlah selesa. And it fit me very well... rasa nak beli yg lagi dua kaler tu. Tidur malam tak lena. Try pujuk diri... "tak per laa Azila, dah banyak baju tu". Esok malamnya, tak lena juga tidur. Hari Sabtu, I kena gi ke klink, sebabkan doktor belum ready, I melencong ke JJ AU2. Tak di rancang pun, tapi kaki ni macam tau jer nak melangkah ke Ladies department, ... lepas tu, ada jugak baju yg beli malam tu... bagaikan orang angau jumpa kekasih nya. I amik baju yg kaler kelabu dan putih... dan terus bayar without blink.

Lepas tu menggatal lagi ke handbags section. Tetiba phone berdering... call dari klinik "Puan, giliran Puan tak lama lagi." Yes, thanks, I shud make a move..tiba-tiba... ternampak beg yang I idam-idamkan..Nooo... cuma tinggal 2 jer lagi. Kalau I amik, nak beratur bayar, sure I akan lambat balik ke klinik and i miss my turn and hv to wait again. Okey, I closed my eyes and walked stright to parking and drove to clinic.

Malangnya, malam I masih termimipikan beg ittew... sampai laa saat ni. Shud I go and try my luck tomorrow, is the bag still there? Or hve beed grabbed by other ladies?

THIRD
Nanti laa.. alasan yang ke-3 ni, I simpan dalam hati dulu.....

Saturday, November 7, 2009

Kelate vs Nogori


Hari ni semua orang sibuk pasal bola bola bola... Kelantan melawan Negeri Sembilan. Siapa yg menang agaknye? ....

Nak habaq mai, cek ni tak laa pandai cakap pasai bola ni. Cek tak faham kenapa laa 20 orang lelaki dok berebut sebijik bola? Awat, depa tak dak duit ka nak beli bola? Cek suka tengok orang main golf lagi..sorang sebijik bola. Tak payah nak bergomoi berebut kan. Kalau tak pun, cek suka tengok orang main tennis... dua orang main pas pas bola. Hang pandai hang sambut bola tu, hang tak pandai... hang kalah laa. Cek suka Andre Agassi dari dulu sampai la ni. Roger Federe dan Nadal pun hensem... sedap jer mata tengok. Paling nyampah Maria Sarapova de gedik .... suka tengok dia jatuh tergolek...

Bola sepak ni, kalau cek terpaksa teman laki cek tengok bola, cek dok usha pemain2 yang hansuari saja laa..macam Kaka, Cristiano Ronaldo (bukan Ronaldo yang gigi jongang tu...cek tak suka dia Ronaldo tu), David Bekam... Apa apa pun, cek sokong Kedah.... Aci tak kalau malam ni cek pi stadium bawak bendera Kedah? Kelantan lawan Negeri Sembilan, tiba-tiba cek dok kibaq bendera Kedah kat sana..... sure glamour kan.... semua orang perati cek.
Tapi, malam ni, mau tak mau, cek kena laa sokong Kelantan. Kalau cek tak sokong, nanti cek yang kena gomoi.... Gommo Kelate, Gommo.

Wednesday, November 4, 2009

Dah tiga tahun rupanya....


Pejam celik pejam celik.... tak perasan, dah 3 tahun rupanya I berblog. Zillion thanks to Ard, yang memperkenalkan dunia blog kepada I... walaupun dia sendiri gagal beristiqamah dalam berblog hiks...

Me and Ard kat Chillies Abu Dhabi... hampir tiga tahun yang lalu.




Blog ini dinamakan Aina Farhana sebab..I nak sangat baby. I memang dah berangan, kalau ada anak, I nak namakan dia Aina Farhana (girl) dan Aiman Farhan (boy)... I pernah cuba adopt baby, I booking baby tu masa dalam perut lagi. Dapat baby girl. Tapi, hayat baby tu hanya seminggu. Dia lahir pada hari Jumaat, dan meninggal dunia pada hari Jumaat berikutnya. I tak sempat nak namakan dia.....




Peringkat awal, I gunakan nama Aina dalam blog ini... Slowly, orang tahu, I ialah Azila. Dan nama Aina tu lekat sampai kini. For those who know me, they know, my blog is my baby. Walaupun Aina Farhana tak pernah wujud, tapi Aina Farhana sentiasa wujud di hati I..... I abadikan dia sebagai my blog.


~~~~~~~~~~


Ketika nakal hati berbisik: "Kenapalah ujian hidup aku sebegini?" Cepat-cepat ku beristighfar dan melihat keseluruh pelusuk dunia, masih ada orang lain yang lagi teruk ujiannya. Lantasku menadah tangan, mengucap syukur kehadrat Ilahi diatas segala kurniaanNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya... Hanya Allah yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri ini.

Tuesday, November 3, 2009

Maaf Sorry Ampun

Sorry my dearie friend....
Lately ni I busy yang amat amat.... SPM lagi 3 minggu.
Yang tinggal kan komen tu..terima kasih..tak sempat nak respon....

Handphone baru yg ada wifi tu cuma mampu baca blog jer, tapi nak tulis komen...aduhaiii... slow dan susah. Tapi bebaboi laa dengan harganya kan? Nak yg lebih baik kena laa beli yang N97... N97 RM2400, N79 separuh dari harga tu..so capacity dia pun separuh la yer...

I miss u guys..

Wednesday, October 28, 2009

Minor Injury

Huhuhu... jariku tersepit di vacuum cleaner. Rasanya hampir seminit kot, tersepit... my hubby pun panic, tengok wife die menjerit2, tak dapat nak buka penutup vacuum cleaner tu. Once berjaya di buka... Jari I kepek sekejap. I tergolek2 kat lantai... sakit nyilu. Hujung kuku adalah tempat yg paling nyilu. Sama juga kalau kat betis kering... err... tulang dari bahagian lutut ke bawah.. memang nyilukan...
OK, it is just minor injury...tapi I memang jenis orang tak tahan sakit. Tak lama...dalam 1 jam lebih rasa nyilu tu hilang laa.. tinggal rasa sakit.

Tuesday, October 27, 2009

Terkenang semasa dulu.

Teringat zaman dulu-dulu, masa tengah muda remaja. Am kinda a happy go lucky gurl. Masa masuk UTM, I sorang jer dari Sekolah Sultanah Asma. All my school mate pergi univ lain. As a talkactive gurl, tak susah I nak dapat kawan. I hampir dapat tawaran masuk UIA, tapi I reject sebab... my mentality at that time, masuk UIA kena pakai tudung labuh huhuhuuh...jahat kan I?

First week kat UTM memang mengelabah sikit. UTM majoriti setudent nya lalaki.. 80% lelaki dan 20% jer perempuan. Technical School laa katakan, memang laa majoriti lelaki. Dalam kelas I pun, out of 60 pelajar, cuma 11 perempuan. Bayangkan I dari sekolah perempuan semua, tetiba masuk ke tempat majoriti lelaki... aduhhh... tengok kanan lelaki, tengok kiri lelaki.... Nak pergi ke cafe, yang beratur ramai lelaki. Tapi, I keraskan semangat. Once I step in, I will not step out. I buat bodoh jer. Nak tunggu lelaki habis kat cafe tu, memang mustahil. Masa tu memang culture shock laa. Out of sudden, rasa menyampah dengan lelaki, sebab lelaki ni suka tegur itu ini... pakai baju merah pun dia tegur. habis dari kepala ke hujung kaki budak2 lelaki ni perhati. Bit by bit, I build my own princip... "aku minta duit kau ker?..gasak laa malas nak layan".

Terus terasa rindu zaman persekolahan. Sekolah perempuan semua memang best... bebas sebebas-bebasnya. Nak menyanyi ker, nak menjerit ker, nak terlalak ker... kurang sikit rasa malu. Yang menjadikan girls tu bersopan, bila ada boys. Yang menjadikan boys tu bersopan bila ada girls. It is the nature of human. Tambahan pula di alam muda remaja... time tengah gatal merenyam kan. Always want to look perfect in front of boys.

Memang sekarang I rindukan zaman persekolahan... zaman di mana ada girls power. Zaman girls without boys. We proved we were outstanding. Zaman tu, sekolah I dinobatkan sebagai sekolah ke-dua erbaik di Kedah. Tak ada yang gagal SPM. Lebih dari 90% dapat Grade 1. Cma 18 orang dapat Grade 2. Kami kalah dengan MRSM Kulim, die orang score 100% Grade 1 ...huhuhuhu....

Ingat lagi setiap kali perhimpuan, menyanyi lagi Negaraku, Lagu negeri Kedah dan lagu sekolah... memang lunak suara semua girls menyanyi sambil diiringi piano.
Sultanah Asma Secondary School Song

Sekolah Sultanah Asma,
Lahir dari cita-cita,
Mendidik Sri kandi bangsa,
Berjaya sepanjang masa.

Berjanji setulus hati,
Berikrar semurni kata,
Belajar, berilmu, berbakti,
Tertunai harapan semua.

Dengan tekad dan keyakinan,
Berazam mencapai kejayaan,
Hadapi dugaan cabaran,
Demi kesejahteraan, masa depan.

Oh, sekolah tercinta,
Mekar subur perkasa,
Namamukan dipelihara,
Dengan peribadi mulia.

Satu perkara yang paling I bangga... pelajar sekolah sultanah asma tak berlagak seperti TKC. (maaf ya kalau ada pelajar TKC di sini). Walaupun Sekolah Sultanah Asma boleh dikatakan elite school, tapi kami memang di didik supaya menjaga peribadi, jangan berlagak.... I ingat lagi pesan cikgu "Kalau kamu nak berlagak? sampai mana? Kita semua tetap manusia...tetap berpijak dibumi yang sama, tetap menjunjung langit yang sama"

Happy,

Am so happy, particularly malam tadi. I kena mengajar my student Logic Diagram for Physic. Alaa... yg ada macam-macam jenis pintu tu.. NOT gate, AND gate, OR gate, NAND gate, NOR gate, X-OR gate and X-NOR gate......Inilah subjek yang paling I benci masa belajar dulu. As my student kata dia tak belajar lagi di sekolah (sedangkan exam lagi 3 minggu?)... OK laa I cuba ajar.


Dua hari I study sebjek tu, cuba ringkas kan seringkas yang mungkin supaya my student dapat memahami. Dalam hati I kata, kalau laa my student dapat faham apa yang I ajar, I lah orang yang paling bahagia sebab my lecturer dulu gagal buatkan I faham Logic Gate ni.


So, semalam, I mula mengajar dengan ayat yang mudah, step by step. Bermula dengan NOT gate, AND gate dan OR gate. Lepas I pastikan dia faham dengan sefaham2nya, baru lah I sambung NAND dan NOR gate. Dan last sekali, X-OR gate and X-NOR gate....All in only 2 hours. Surprisingly...my student said she can understand it. Katanya "Mula-mula nampak macam susah sangat, but you make it fun".... Yeyyyy.... I cuba test dia dengan latihan. Dia dapat buat semua dan betul. Yes, she really understand the concept. Am so proud of her...and am proud of myself tu sebab saya berjaya buatkan pelajar saya memahami subjek yang suatu hari dahulu saya sendri tak faham.

Sunday, October 25, 2009

My Cafe


Haa... dengan bangganya, I ingin menunjukkan, ini lah industri baru yang I ceburi, iaitu membuka Cafe. Alhamdulillah, hasil penat lelah sebagai chef, I berjaya mengembangkan perniagaan. Sekarang I dah mampu membeli 6 dapur. .Yaa.. I tahu, mesti ramai yang akan kata, ni semua membuang masa... tapi pada I tidak. Game ni mengeratkan kembali I dengan cousin-cousin yang jarang dapat bersua.


Part yang paling best dalam game ini ialah, kita boleh mendecorasi Cafe kite. I bahagikan Cafe ni kepada dua bahagian. Satu bahagian keluarga, dimana dibahagian ini I memilih kayu dan buluh, sebagai bahan utama agar ia lebih santai. Sementara, satu bahagian lagi, agak cosy.... latar belakangnya gelap dan setiap meja dihiasi dengan lampu. Any comment? Dari sini, I dapat rasa kan I ada bakat dalam Interior desinger laa....(maaf laa puji diri sendiri....)


Dalam dunia yang nyata... I pun tahu memasak. Yaaa.... inilah hasil usaha penat lelah I memasak spaghetti. Tak banyak bahan dalam petisejuk, tapi dapat jugak laa spaghetti....


Friday, October 23, 2009

Zaman berubah

Di suatu hari di sebuah rumah.

Pak Borhan : Ishhh emaknyer ni. Hari-hari asyik bersembang dengan jiran kat bawah pokok tu. Cuba tengok menantu perempuan kita, baik jer... duduk berkurung dalam bilik. Bukan macam awak, sekejap ke rumah jiran ni, sekejap ke rumah jiran tu. Lepas tu tengok orang lain ada, dia pun nak jugak. Ishh Leha Leha...

Mak Leha: Yer laa bapaknyer, menantu awak memang baik.

Sebernarnya, menantu buat apa kat dalam bilik?
1) Berchit chat kat YM
2) Mengumpat dalam facebook.
3) Bertandang ke kebun-kebun kawan di FarmVille dan Farm Town, tengok kebun siapa lagi cantik. Ooo..kebun dia ada tasik, aku pun nak beli tasik laa... Ooo kebun dia ni dah ada trektor, aku pun nak beli trektor laa...
4) Bertandang dari satu blog ke satu blog.

Pak Borhan tak tahu semua ni..... syyyhhh...jangan bagitau kat Pak Borhan yer.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di suatu hari yang lain.

Pak Borhan : Emaknyer .... asal ada jualan murah saja nak pergi beli... shopping, shopping shopping.... Tengok menantu perempuan kita tu, baik jer. Tak ada nye dia keluar shopping macam awak. Dia duk diam jer dalam bilik. Bertuah Syukur dapat isteri yang educated macam tu.

Mak Leha: Yer laa bapaknyer, menantu awak memang baik.

Apa menantu dia sedang buat?

Sedang order handbag COACH dan kasut dari e-shop kat internet. Pergi dari kedai ke kedai di internet. Taip jer apa yang nak, semua ada jual. Transaction, pakai jer kad kredit suami kasi.

Syyyyhhh... jangan bagitau Pak Borhan tau...

Mood of the day

Nothing to say......

Thursday, October 22, 2009

Minggu Muhibbah

Pagi ni, badan masih tak segar lagi. Semalam, asalnya I masak spaghetti utk Abg Lan Mulong. Tapi entah macam mana, tersalah resepi kot. Spaghetti tu rasa sedap laa pulak. Masalah betul laa. I sendiri dah habiskan dua pinggan. Tinggal sikit, macam mana nak jamu tetamu? Ayyaaa... manyak susah ooo....

I cakap kat my habibi "awak bawa jer laa Abg Lan gi makan kat kedai", sebab sepatutnya semalam I mengajar. Tup tup.. my student call kata "Aunty, malam ni tak tusyen boleh tak? Kakak penat dan rasa pening". Memandangkan my student yang sorang ni dah tunjukkan a good achivement over the weekend. I pun kasi muka laa kat dia. Lagipun since Monday dia selsema. I rasa, I pun jangkit kat dia kot.

Dah tak ada kelas, I ikut my habibi ke rumah Kak Nomah untuk menjemput Abg Lan. Kak Nomah pula jamu kite orang popia goreng. Lepas makan dan borak2... tak sedar dah jam 10 malam. Kak Nomah dan Abg Ta kata teringin nak ke rumah I. Ajak laa sekali.

Selepas melepasi guard house, "Abg Ta kata..susahnya Ila nak dapat masuk rumah kau, ni memang rumah tak boleh terjah datang ni." ... "Haah, gitu la Abg Ta, securiti kat sini ketat.".. AbgTa "Tu laa, dah namanya pun condo kan.. baik jugak securiti ketat begini, kita duduk kat dalam ni rasa selamat, macam kau ni suami selalu outstation, elok bebenar laa duduk kat sini"... Ya, I akui, kehidupan di condo tak sama macam di rumah teres..... orang di sini pentingkan privacy, like my habibi. My habibi memang tak suka orang terjah datang jer.

So ramai laa orang di rumah I, memang sah tak cukup spaghetti tu. Sorok kat dapur. Tak lama die orang duduk sebab dah larut malam. Lagipun I cuma jamu air sejuk jer, die orang jugak yang request air sejuk kosong jer sebab tadi dah minum air manis. I am not a good host...he he he...

Hari ni, I sepatutnya jumpa my cousin, dan malam ni ada temu janji dengan Atacha. Rindu dgn kawan I yg sorang ni... dah lama tak jumpa dia.

Wednesday, October 21, 2009

Letih

Sebanarnya, I ada banyak benda yang nak di story mory kat kertas elektronik ini. Masa yang diluang dengan anak-anak sedara. Masa yang diluang dengan anak-anak murid... fun...a lot of fun. Tapi, hari ni rasa tak larat sangat. Sepatutnya pagi tadi ada appointment di hospital, buat ujian darah lagi. Tapi tak daya nak bangun..... Kepala rasa berat berdenyut-denyut, tekak rasa perit... rasa sejuk walaupun matahari terpacak atas kepala.

Tadi, Abg Lan telefon kata the kids really had fun with me last Monday. Ya, I also had fun with them. Lepas tu dapat sms dari Abg Lan Mulong (ramai nyer saudara mara ku nama Lan), katanya dia nak datang malam ni. Thinking what am i going to cook for Abg Lan Mulong tonight, he is a chef... malu laa kalau masak tak sedap.

Sunday, October 18, 2009

Bila suami curang....

Kucing hitam tu, macam takut isteri saja....

Saturday, October 17, 2009

Lagi Gempa di Jakarta 16 Oct

Gempa berskala 6.4 SR melanda Jakarta. Ya Allah, menyeramkam.... sememangnya bumi seakan sedang mangamok.


Ya Allah, ampuni lah segala dosa kami... Ya Allah.

Friday, October 16, 2009

Faham dan memahami

Nota: Entry di bawah hanyalah ngomelanku semata-mata. Tak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

Dear my blog,
Faham = understand
Memahami = Understanding?
'Faham', mudah untuk disebut. Tapi, 'memahami' itu... amat sukar dilakukan.

Understand..... lagi laa tak faham. Bila I 'stand', I berdiri dan I rasa I tinggi. Tapi 'under' itu bermaksud di bawah. Standing under a bus stand.... Ishhh...apa laa aku mengarut nih.

Kerap kalinya, I tak faham.... tak faham dengan kehidupan ini. Tak faham dengan ragam manusia. Cuba untuk jadi seorang yang memahami, tapi amat susah. Cuba untuk memahamkan orang lain, lagi susah.

Jadi, apa yang senang? Bukan senang nak jadi senang. Bukan susah nak jadi susah.
Tapi, ramai orang yang susah hati melihat orang senang;
dan ramai orang yang senang hati melihat orang susah.
Susah dan senang, hak milik setiap insan.....

+ "Susahnya soalan ni Aunty"
- "Apa yang susahnya? Cuba cakap kat Aunty kat mana yang susahnya soalan ini?"
+ "Soalan dia, tak faham apa yang dia tanya"
Kalau kita tak faham, memang laa susah. Untuk menjadikan ianya senang, kita kenalah memahami. Tapi macam mana nak memahami, kalau dah tak faham? Aduhhhh.......pening kepala.

Suka hati laa... kalau rasa-rasa nak faham, cubalah memahami;
Kalau rasa tak nak faham, tak payah lah memahami.



Kuiz


What is your life symbol


<http://apps.facebook.com/whatisyourlifesymbol/quiz/questions?_fb_fromhash=423ae18efa9bf7b83087a2b2e331c9c4>
You are the Peace Sign, the friendliest of all the symbols. You try and get along with everyone and most of the time, you succeed. You love colors and circular shapes. Bringing joy to everyone in the world is your goal, along with ending world hunger, war, and making world peace. You work hard for what you get and deserve it. Don't give up with your plans. =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LAGI SATU SIFAT SAYA IALAH.......

Ikuti kuis Watak anda dalam Nur Kasih?

...dan hasilnya adalah SARAH si budak manja...

Seorang yang manja, periang dan sering mengembirakan hati keluarganya. Akan tetapi hati Sarah mudah terguris dan jikalau Sarah mahukan sesuatu dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.Akan tetapi salah satu cita-cita Sarah yang akan cuba diusahakan sehingga ianya tercapai adalah untuk mengahwini Aidil. Sarah akan berusaha sedaya upaya untuk menawan hati Aidil dan tiada siapa yang dapat menghalang termasuklah Nur Amina.
Ulasan saya: Rasanya betul kot. Walaupun I ni nampak seperti lembut, selalu mengalah, ikut cakap orang tu... .. tapi, deep down inside, I ada sifat memberontak. Betul kata Abang Lan kepada I suatu masa dulu "You are soft, but robust".

Thursday, October 15, 2009

Kisah bila Sleeping Beauty tak tidur...

Biasanya I habiskan masa di rumah, terperap di rumah.. sleeping and day dreaming. Minggu lepas dan minggu ni, I agak aktif. Adoii rupanya bahaya jugak jadi aktif, banyak fulus keluar.. macam yang Amoy Melayu kata laa.. semua tukar baru hehehe. Orang perempuan, bila dah terlepas di shopping complex tu, rambang laa mata. Tapi I tak jalan jauh, I sedar, radius I cuma dalam 10km jer. Baru I perasan, I dah lupa map of KL. Once upon a time I was a good driver, but now no more. Nak drive ke KLCC pun I boleh sesat huhuhuhu. Area I cuma Ampang, HuluKelang, Wangsa Maju dan Setiawangsa jer. Milage kereta I boleh dikatakan tak bergerak..

Paling jauh, hari Jumaat lepas, pagi, jumpa kawan. Lepas tu rush ke Sg Buloh amik kakak ipar dan anak2 sedara bawa di Hentian Duta. Sebelum ke Hentian Duta tu, singgah ke rumah Kak Pah, lepas tu singgah ke Kepung amik lagi sorang anak sedara nak bermalam di rumah I. Sampai ke Hentian Duta, turun kan kakak ipar dan anak2 dia. Tinggal lagi sorang anak sedara dalam kereta, bawa balik ke rumah I. Thanks to Kak Lina sebab tolong guide kan jalan yang patut I lalu. Kalau tak memang sesat laa... Di sebab kan kes ini lah, semangat I nak beli toy baru semakin kuat. Nak henpon yg ada navigator kononnya.

Malam nya, I pergi ngajar tuisyen. Balik jam 11 malam...aduhh.... baru perasan minyak kereta bah habis. All this while always take for granted, minyak kereta bertambah dengan sendiri sebab my habibi tolong isikan. Panic kejap kat stesen minyak tu sebab tak ingat cam ner nak isi minyak. Kredit card pulak lupa bawa, biasanya, cucuk jer credit card, anggat nozzle isi. Ini, kena gi bayar kat kaunter... Barulah ku sedar bahawa harga minyak dah naik. Ingat pula ada anak saudara kat rumah, esok pagi dia nak breakfas apa? So masuk ke kios, beli roti untuk esoknya. Ingat juga, susu dah nak habis di rumah, nak bancuh air esok pagi. Ini lah, orang perempuan, selalu fikir macam-macam. Dah isi minyak kereta, beli roti, beli susu... khalas (habis), OK boleh balik rumah.

Sabtu, pagi.. I as usual laa... sleeping beauty kan. Tambahan pula, habibi baru balik outstation malam tu... dua-dua lambat bangun. Dah pesan kat anak sedara, pagi2 self service, kalau nak tunggu Cik Ila memang kebulur laa.

Lepas Zohor, gi K4 beli grocery pulak. Habibi tak ikut sebab dia penat lagi. Bawa anak sedara sebagai teman. Petang, my student yang amik PMR call, ada soalan yang dia tak tau nak buat.. so, on the way balik rumah, I singgah rumah my student tolong dia solve soalan2 yang dia tak tahu. I memang respek student I ni sebab dia ada initiatif nak telefon tanya.

Ahad pagi, my habibi siap nak gi outstation lagi. Tengah hari pulak, Abg Mie dtang amik anak dia kat rumah I. Lepas tu... I dah tak tau apa nak buat. Terbayang2 henpon yang I bekenan tu. Habibi tak ada. Semua kawan2 I sibuk dengan open house. Jam 4 petang call Sarah. Yey, dia free.... turun start kereta, gi amik Sarah. Dan, terbeli laa henpon baru yg jadi kontroversi dalam entry sebelum ini.

Masa hantar Sarah, berbual dengan Mama Sarah. I dengan Mama Sarah ni memang alergik, tak boleh berjumpa. Kalau jumpa memang bual panjang... nak pulak bila dua-dua cakap Kedah. Sedar tak sedar, dah kul 11 malam. As my habibi tak ada di pujuk oleh Sarah dan Mama Sarah, I pun bermalam laa di rumah Sarah.

Isnin pagi, balik rumah. Busy explore my new toy. Flip tru my blog, baru lah I sedar, banyak benda I beli lately rupanya. I think, lepas ni, I kena kembali jadi Sleeping Beauty laa. Jadi Sleeping Beauty jimat duit, sementara nak kumpul duit semula.

Selasa, I duk diam kat rumah... malas nak keluar. Tiba-tiba, fire alarm berbunyi laa pulak. I dah dapat rasa, ni mesti false alarm. Dalam pada alarm berbunyi, sempat lagi tukar pakai jeans+ t-shirt+ tudung (tak kan nak keluar pakai baju dalam rumah jer, seksi you...). Sah, false alarm.

Malam, ada dinner...special dinner sebab my student yang amik PMR dah habis exam. So kite orang keluar makan kat restoran arab kat depan rumah I.

Agaknya, Sleeping Beauty tak cukup tidur kot, sebab tu la dia meroyan dan sensitif sangat.... I think I shud get back to my bad habit again. Masa I tidur, aman jer hidup...
sleeping + day dreaming = heaven on earth

Thank you very much

To dear my blog reader,
Thanks a lot for your opinion. I memang meroyan semalam..... tapi hari ni, I dah boleh fikir dengan rasional. Betul kata Manmount, take the positive, 'Orang ittew' sebenarnya ambil berat pasal diri I. Dia nak jaga I... Dah.. tutup bab tu. I dah tak simpan apa-apa dihati.

Inilah I, Azila d Sleeping Beauty, bila I dah luahkan di blog, I tak simpan lagi di hati. That is why I love my blog, my blog make me think and re think and re think.

Setiap sesuatu ada hikmahnya. At least semalam I dapat menangis, menangis is good untuk mengeluarkan enzim2 tumor dalam badan.

Wednesday, October 14, 2009

I need some space...please...

Dear my blog reader,

Kali terakhir I menangis, betul-betul menangis, ialah hari raya ke-3, masa on the way balik dari Kelantan ..... I was so emo on that time. Thanks to my blog readers, buat kan I berfikir semula secara rasional. Inilah, salah satu sebab kenapa I sayangkan blog ini. Yeah... I akui, am a lonely person. I dont want to cry. Am trying to live my life to the fullest. Di ruang maya inilah I rasa, I ada kawan. Di ruangan ini, I berkongsi suka dan duka, impian dan angan-angan, tanpa sempadan.......

Tapi, hari ni.... I menangis lagi. Ya... I tulis entry ini masa I tengah emosi. Biarlah apa orang nak kata kali ni, I dah tak kisah. I mesti keluarkan kesedihan ini, kalau tak, I tak dapat tidur. Yang pasti, di saat ini, air mata tak boleh berhenti menangis. I've tried but I cant... Air mata ni nak jugak keluar, hati I sayu sangat.

Semalam I ada buat entry pasal my new toy. Tak ada niat di hati walau secubit pun, nak menunjuk. I cuma nak berkongsi ... berkongsi benda baru yang I ada. Pada I, benda itu besar ertinya ... itu hasil duit gaji yang I kumpul selama ini. It is something so meaningful to me. I just want to share... to share with someone who want ot share. Tapi, I tak tau siapa yang sanggup kongsi dengan I. Sebab tu, I tulis di sini.... open to everyone who feel like he/she want to share with me. Tapi, semalam, I dapat sms dari seseorang yang I kenali, bunyi nya begini;
"Salam, hi, hp bru pun gi tau satu Dunia. Tak baik menunjuk. dtakuti RIYA' "

Mungkin niat dia baik. Tapi, bila perkataan RIYA' tu ditulis dengan huruf besar, it really made me sad, buatkan I menagis, dan tak boleh berhenti menangis sampai saat ini. To me, when he wrote it in capital letters, he is serious. I cant take it as a joke. Its not a joke... it is like a warning. Sekarang jam 12.06 malam, masih lagi air mata ni mengalir laju. I tak sangka, rupanya..ada orang pandang serong pada I. Sesuatu perkara itu, boleh dilihat dari sudut yang negative dahn positive. Contohnya, bila orang pamirkan gambar dia dapat pingat dari Yang Di Pertuan Agung kat dinding living room. Adakah itu bermakna dia nak menunjuk kat semua orang yang datang..ooo aku dapat pingat. Begitu kah? Takkk.. tak semestinya begitu. Well, for my case... Fine... I dah delete dah entry tu. Semoga 'orang ittew' puas hati. Sebab orang itu, orang yang dekat jugak dengan I. I rasa, I patut jaga hati dia kan? Shud I?

Jaga hati orang? Bagaimana dengan hati I? How about my loneliness? I need someone to talk to. My hubby is a very quite person. Bercakap dengan dia, macam bercakap dengan robot. Kadang-kadang I cakap sorang-sorang. I juga tahu, dengan orang lain pun, I tak boleh bebas bercerita itu ini, sebab... nanti dianggap menunjuk dan berlagak. Ada had dan sempadannya. I rasa, I dah cuba jaga perbualan I dengan orang sekeliling I. Tapi, kalau sampai di ruangan maya ni pun, I tak ada kebebasan nak bercerita... I rasa... entahlah... ALL I NEED IS JUST A LITTLE SPACE FOR MY SELF.

Malam ini, I rasa I benci BENCIIIIIIII BENCIIIII benci dengan dunia ini. This life is really unfair to me. At least, that is what I feel right now. I HATE THIS WORLD.....
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII BENCI!!! TAU TAK .. BENCIIII... kenapa orang tak suka tengok I senang? Kenapa?
Sebelum gi Abu Dhabi / Doha, my hubby and I ada dua kereta, I guna kancil dan mu hubby Honda. Nak ke sana, we all jual kereta tu. Sebab Honda tu agak baru, masa jual, kite orang rugi la sikit. Lesson learn, balik semula ke malaysia, kite orang beli Myvi sebab masa tu, tak pasti sama ada my hubby nak kena posting ke luar negara lagi ker tak. Kalau beli yang besar, kalau kena posting luar negara lagi, jual, rugi... Hampir setahun we all guna Myvi sahaja.

Bila pakai Myvi, ada jugak mulut2 yang tak der 'insurans' ni sibuk menegur (bukan orang yg hantar sms tu, orang lain... someone "used to be" my friend..)
"Hi, tak kan balik dari oversea jadi miskin kot, dulu pakai dua kereta, sekarang tinggal satu?",
I cuba explain dengan ringkas, "Parking kat rumah tu limited, kalau parking kat luar nanti MPAJ saman".
Dia kata, "Beli laa satu lagi parking",
Banyak songel laa pulak minah ni, macam laa dia nak bagi aku duit. Cuba jawab dengan baik "Harga satu lot parking RM22k"
Dia jawab lagi "RM22k, mahalnyer.... kalau dah parking semahal tu, berapa harga rumah kau?"
Sejujurnya, I bagitau laa.. "Harga dia masa beli tak der laa mahal sangat (I cuba merendah diri), cuma RMXXXk jer"

Si minah kipochi ni.... "kalau harga cam ni, u beli kat kat Bangi kat kawasan rumah I beli tu, dapat double storey corner lot lagi tau...bla bla bla...."
....grrrrrr....
.......... Dalam hati I, ramainyer orang yang perihatin kan. Biar laa... malas nak explain panjang lebar.

Itulah mulut manusia..... Bila kita cakap lebih sikit, pun tak kena, bila kite merendah diri, pun tak kena.... Tapi, dah I ni hidup dengan manusia, kena lah jugak cuba menjaga hati orang. I tried to control myself in my real life. Malas jugak nak cakap dengan orang ni kadang-kadang. Satu-satunya tempat yang I rasa, I ada kebebasan ialah my blog. My blog is my space. Pada I, dunia I di blog dan dunia I di alam yang nyata berbeza. Kalau tak suka apa I tulis di blog ini, komen laa di blog.. jangan laa 'sms' sindir-sindir. Pada I, sms ialah personal. Sebab bukan semua orang boleh dapat no phone I.

Kepada orang ittew, if you read this, terus terang...I amat tersentuh hati dengan sms you. I rasa, I dah cuba sedaya upaya merendah diri (yang sememangnya I rendah pun) dengan orang sekeliling I, di dunia yang nyata. All I have is just my blog to express my feeling, to share my sadness, my happiness, my dream, impian, angan-angan ..... please give me some privacy. Please... I really need a little space for myself.

Tahu tak, sejak I kerja malam, I dah kurang masa untuk berjumpa dengan kawan2. Blog inilah ruang untuk I bercerita dengan kawan2 dan kakak ipar dan adik ipar I yang memahami I. I boleh bercerita di sini semasa mereka semua tidur, bila die orang bangun, die orang boleh baca... That is the reason why I wrote the previous entry. Lagipun dalam entry tu, I ada tulis secara specific, kepada siapa I tujukan entry tu.

Blog ini, ialah kehidupan maya I....sebab I benci dengan kehidupan I yang nyata. That is the truth. Dalam kehidupan I yang nyata, I banyak menangis. Dalam kehidupan yang nyata, ada banyak hati yang I kena jaga. I cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang sekeliling I, walaupun I tahu, ada ketikanya I gagal jaga hari semua orang. Di dunia yang nyata, I cuba untuk jadi insan yang baik... tapi nak jaga hati orang hari-hari pun letih jugak. So, I decided, tak nak jaga hati orang dalam blog ini.... . Let me have a little space of freedom here, please....

Leave past in d past .
Trying to live life to d fullest.
Taking it one day at a time.
Sleeping + daydreaming is what I do BEST.
(sorry Ard I pinjam ayat you)
Regard,
Sleeping Beauty.

Wednesday, October 7, 2009

Salah makan....

Which mouse is mouse?
Yeah, I got it......

Ohhhh noooooo.... I have eaten the wrong mouse....
Tu laa... tadi I rasa tak sedap badan. Dalam keadaan mengong mengong, I gi laa amik sebiji panadol, telan.. as it is the last one, so I buang bekas dia dalam bakul sampah.

Lepas tu, I terpandang balik ke bakul sampah tadi.... Oh nooooooo.... itu bukan panadol. Itu ubat tidur. Yes, I have sleeping pills as I have isomnia. But now, jam 4 petang, I shudnt take that pill at this time. Pukul 8 malam ni I nak kena gi ngajar. Ubat tu berkesan 8 jam.... Noooooooooooo!!!



Confession

Banyak betul entry I kebelakangan ini. Kalau berhenti, dua tiga minggu blog ni dbiarkan bersawang. But, now, there are a lot of things I need to write here.

Today, I was not in a good mood. Sejak masuk usia 30an ni, my PMS semakin menjadi-jadi. Bila PMS menyerang, I pun mula laa hilang ehhh,,, tak hilang lagi, cuma kurang pertimbangan. Lebih kepada ikut kata hati.

Panjang laa pulak intro dia... sebenarnya, deep down inside, I rasa bersalah pada my habibi. Sekarang ni, my habibi outstation lagi, anytime from now, dia akan balik...huhuhu... mahu atau tidak, dia mesti tengok kan? Mana I nak sorok benda ni semua.... Sebelum kena marah, baik I confess siap-siap.

OK lah... sebenarnya kan Yang, hari Isnin lepas, awak suruh saya gi Management Office hantar borang parking. Tapi, masa saya sampai, office tu tutup. Perut dah lapar... Jadi, saya start kereta pergi ke JJ. Plan nak breakfast kat sana. Plan tu nak makan jer...

Lepas makan, rasa nak jalan-jalan sikit bagi makanan turun ke perut kan. Masa jalan jalan kat 'household section" tu, tiang sangkut-sangkut macam yang saya kata kat awak tu. So saya pun beli laa. At least, beg-beg saya yang bersepah atas lantai tu dah tersangkut kemas dah... see..see... OK tak Yang? OK kan?

Lepas tu jalan lagi, ternampak pulak mug stand. Teringat mug stand kat rumah dah nazak dah. So, saya beli laa satu... satu jer. Cantik tak Yang, bila dah di atur mug kat situ? Cantik kan...kan...

Last, masa nak gi bayar... entah macam mana, saya eksiden.... yer awak, saya eksiden. I was accidentally beli duvet. It is so beautiful, it is so soft... I cant resist it. Sales girl tu kata kan, kalau beli hari ni dapat diskaun 20%. So, saya ter'eksiden' terbeli duvet tersebut. I repeat the word "tereksiden"...maknanya, tak nak beli, tapi terbeli jugak.... So..kiranya, saya beli duvet laa..senang cerita.


Inilah hasilnya..... Cantik kan, cantik kan? Ok kan Yang? Sayang tak marah kan? Muahhh... I love u.

Tuesday, October 6, 2009

Langsir Baru....

Minggu lepas, I tempah langsir baru dengan my cousin. Bukannya apa, bila pergi beraya rumah orang, tengok langsir cantik jer, langsir kat rumah I, dah bertahun huhuhuhu. Sheer dia pun dah bertukar warna. As my cousin ada bisness soft furnishin, I pun tempah dengan dia laa. Dah lepas raya baru sibuk nak tempah langsir... tak per, orang lain ada langsir baru, I pun mesti ada jugak. Lepas raya pun, tak per laa... janji ada langsir baru.

Hari ni, tada.... dah siap langsir I. Yeyyy... pagi tadi, jam 10.30am, masa I tengah sedap snoring, my cousin call, katanya dia on the way nak pasang langsir. Alamak!!! Tak sempat nak mandi, sarung jeans dan t-shirt, sembur perfume sikit...OK la tu.



My cousin, Abang Azri or I call him Abang E, sedang memasang langsir.


Inilah rupa langsir baru I. sorry laa gambar di ambil bila dah malam. (Abaikan lampu flash tersebut). I suka design sheer yang seperti titisan hujan.

Selain daripada langsir di ruang tamu, I juga tempah blind untuk bilik air. Untuk bilik air, I pilih warna biru. Again, design titisan air jadi pilihan I.

Inilah rupa blind tersebut bila ditutup penuh. Bukannya apa, bilik air ni mengadap ke sekolah tahfiz. Nanti, kalau budak2 tu tengok I mandi... tak masuk pulak ilmu die orang kan? So, kita tutup sikit....
Ini pula, pandangan blind tu di waktu siang.... I love it very much. Terima kasih Abang E.

Projek akan datang, nak pasang wallpaper pulak, yer Abang E yer. Nak gantikan dinding yang hijau tu. Tunggu Ila kumpul duit dulu. Lepas raya ni, pokai laa....

p/s: Kepada sesiapa yang berminat nak tempah dengan my cousin, boleh hubungi;

Mohd Azri, telefon 013-397 8972, atau email azfaniaga@gmail.com.


Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Tiga entry sebelum ini, I ada katakan bahawa musibah dan bencana yang datang berturut-turut seolah-olah bumi sedang menyampaikan sesuatu pesanan kepada kita semua. Alhamdulillah, I terjumpa satu artikel yang di petik di ruangan komentar di blog Arezoe.

Tapi I belum ada masa nak study kesahihan artikel ini, dari segi ketepatan masa berlaku gegaran, dan juga nombor surah dan nombor ayat dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan. Ada sesiapa boleh tolong check kan.. Kalau benar...Subhanallah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

(dipetik dari komentar di blog Arezeo)



Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:




17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”




17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”




Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Masih tak sedar diri...

Inilah yang dikatakan bodoh sombong, tak sedar dek untung.... I ada baca beberapa artikel mengenai bantuan Malaysia ke Padang ditolak dari satu petikan,
“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah
Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan
judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan
negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di
Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi
Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.
tapi I tak tahu asal dan kesahihah petikan tersebut, jadi, tak berani nak komen. Namun, dari berita Utusan Malaysia online hari ini, seolah-olah menyokong berita tersebut.

Sedih betul dengan sikap segelintir masyarakat Indonesia ini. Takbur tahap apa kah namanya ini? Yang paling sedih, dalam kita (orang malaysia) sibuk bersimpati dengan bencana yang menimpa Sumatera, bantuan demi bantuan dihantar.... sekumpulan Indonesian yang menggelarkan diri mereka Bendera bersiap sedia nak serang Malaysia 8 Oktober ini. Baca di sini Bersama Mazidul.

TUDM siasat pesawat kena baling penduduk Padang


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit. "Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

"Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana. "Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan. "Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang. Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.

Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal. "Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun.
Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala," katanya. Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.

Ulasan : Grrrrr... geram betul I. Kalau ikutkan hati, tak payah lah gi tolong die orang tu. Biar "Tarian Pendet" tu jer yang tolong die orang. Tengok sikit, boleh ker Tarian Pendet tu tolong keluarkan orang yang tertimbus?? Well, kata orang, ikut hati mati... Ikut akal, yer laaa... tanggungjawab kita sebagai jiran ialah membantu. Dan kita sudah pun menunaikan tanggungjawab kita... dia orang nak terima ker tak nak terima ker, terserah laa... Lu fikir laa sendiri.