Sunday, December 30, 2007
Bye Bye
Ngomel by Aina@Azila at 6:08 PM 7 comments
Thursday, December 27, 2007
Selamat Pengantin Baru
Bilik peraduan pengantin...*once upon a time was my bed....juga dihiasi dengan fresh flower...segar sekali bauan bungan lily.
Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan
Hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tak hujan sepanjang hari. Ramai tetamu yang datang, boleh dikatakan semua yang dijemput datang. Makanan pun cukup. Dari feed back, ramai yang kata makanan sedap, malah ada juga minta nombor telepon katering tu nak order untuk kenduri anak mereka nanti.
Terima kasih kepada Kak Yah katering dan Cikgu Nor yang buatkan pelamin, bilik tidur dan make up pengantin.
Ngomel by Aina@Azila at 8:06 PM 3 comments
Monday, December 24, 2007
Banjir di Kelantan
Pada 18 hb December lepas, I balik ke rumah my mother in law untuk beraya. Dari atas pesawat, dah nampak sebahagian negeri Kelantan masih dinaiki air. Kesian mereka, tak dapat beraya. Alhamdulillah, rumah my MIL tak dinaiki air. Kalau rumah my MIL dinaiki air, makna nya satu Kota Bharu dah tenggelam laaa.
Tapi rumah tailor kite orang dinaiki air. Kesian dia. Dua kali usaha nak mengambil baju baru gagal sebab air tinggi.. kali ketiga, iaitu pada petang hari raya haji, I dengan my sister-in-law gigih juga pergi untuk mengambil baju di rumah tailor tu. Dengan bantuan 2 orang anak sedara, kami menggunakan 4 wheel drive my FIL ke rumah tailor tersebut. Terima kasih diatas keberanian anak sedara I drive meredah banjir. Tinggi juga air, sampai di paras lutut. Nasib baik depan rumah tailor tu agak tinggi....
Along, driver yang berani...
Azam, co-driver yang konfiden
Kesian my tailor, katanya, air naik kedalam rumah sehingga paras lutut. Tiga hari dia tinggal dalam air. Nasib baik dia berjaya selamatkan semua baju baju orang letakkan ditempat yang tinggi. Malah beliau sanggup tak pindah walaupun diarahkan berpindah oleh pihak bomba kerana khuatir orang mencuri kain-kain yang ditempah orang. I rasa, beliau layak mendapt anugerah 'Tailor of the year" sebab sanggup berkorban demi baju baju pelanggan.
Tailor tu juga kata, beliau berjaya memindahkan kereta beliau ketempat yang lebih tinggi sebelum banjir melanda. Yang sedihnye, dalam keadaan orang menderita ditimpa bencana banjir, ada juga yang mengambil kesempatan mencuri kereta-kereta tersebut. Malah ada yang masuk ke rumah rumah yang ditinggalkan. Memang puaka betul.....
Ngomel by Aina@Azila at 1:24 PM 6 comments
Thursday, December 20, 2007
Happy Eid Mubarak
Ngomel by Aina@Azila at 7:11 AM 2 comments
Monday, December 17, 2007
Balik Kampung.....
Ngomel by Aina@Azila at 11:44 PM 6 comments
Friday, December 14, 2007
What Happen to My Cats?


Oh, yes, to AJ a.k.a Cha, if read this blog.... I rasa, ikan you ni sakit kot, or may be dia rindu kat you. I nak main main dengan dia, dia buat bodoh jer kat I. I taruk cermin nak bagi dia practis laga laga..dia gi posing posing pulak depan cermin tu. Mengong betul laa ikan laga ni.... I rasakan, ni ikan betina kot, that is why dia suka posing posing depan cermin. Next Sunday , you datang laa bagi dia mandi yer. Air die dah kotor, dia banyak berak kot.... I tak tau nak mandikan die, takut dia melompat lompat masuk dalam sinki, lepas tu terus masuk longkang, macam mana?
Ngomel by Aina@Azila at 12:25 AM 7 comments
Wednesday, December 12, 2007
Nikmatnyer Hidup
1. Setiap rakyat Qatar dapat elaun ...I dengar die orang dapat QR4,000 sebulan (Conversion rate QR1 ~ RM1). Kawin pun kerajaan sponser. I tak pasti berapa Qatari dapat bila kawin, tapi di UAE, bila rakyat dia kawin dapat Dhs70,000 sorang, the girl and the boy.
2. Tak payah bayar income tax.
3. Tak ada cukai pintu.
4. Untuk rumah Qatari, tak payah bayar bil letrik dan bil air. Bil Indah Water pun tak ada.
5. Harga kereta murah, 1/3 dari harga kat Malaysia..tak ada tax.
6. No road tax. Pakai laa kereta mewah cam mana pun, free jer...
7. Tak ada tol.
8. Parking free.
9. Minyak 70 sen/liter.
Kiranya..pak arab ni tak tahu laaa apa perkataan 'tax' tu.
"Tax? What is tax? Mafi tax...." (Mafi = tak ada; dalam bahasa arab)

Serius...pergi laa anytime, mesti ada punyer...
Ngomel by Aina@Azila at 2:25 PM 9 comments
Tuesday, December 11, 2007
Mari Belajar Geografi - Qatar

Tahun lepas di bulan December, I ada tulis "Mari Belajar Geografi", tapi ..itu pasal Abu Dhabi. Kali ni, I nak tulis mengenai Qatar pulak.
Qatar merupa sebuah negara kecil yang terletak bersebelahan dengan UAE pada koordinat 25°18′N, 51°31′E. Tapi ia tidak bersempadan dengan UAE, sebaliknya ia bersempadan dengan Saudi Arabia.
Ibu negara Qatar ialah Doha. Doha ni, jalan dia berselirat... macam spider web. Kalau map kat atas tak jelas, tengok kat bawah.... dan di Doha ini ada berpuluh puluh roundabout. Yessss... Qatari love roundabout very much. Paling tidak pun , dia akan letak tong drum buat round about.
Dari segi geografinya, Qatar terdiri dari tanah pamah yang berpasir. Tak banyak bukit bukau.
Inilah gambaran, keadaan geografi Qatar.... gambar ini di ambil masa my asben dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang terletak 90km dari Doha.
Seluas mata memandang...seperti dunia tiada penghujung........
Dari segi sejarah, Qatar mendapat kemerdekaan pada 3 September 1971 dari British. Sejak dari itu dia mengamalkan corak pemerintahan beraja yang di gelar Emir. Emir yang memegang kuasa sekarang terdiri dari keluarga Al Thani. Namanya Sheik Hamad bin Khalifah Al Thani.
Ini lah dia, Shiekh Hamad bin Khalifah Al Thani yang gumok itu...opppsss jahatnyer aku mengutuk orang. But, he is really really gumokkk... Wife dia maintain kurus. Mesti dia senaman dan makan ubat diet hari hari.

Dan...ini pula, ialah Crown Prince of Qatar, nama nya Sheikh Tameem bin Hamad Al Thani.
Pada pendapat I, Qatar ni tak banyak tempat perlancungan. Ekonominya lebih bertumpu kepada Oil & Gas. Pada awal tahun 20an dan 30an, orang Qatari ni berkerja sebagai nelayan dan mencari mutiara (pearl diving). Pada tahun 40an baru lah minyak di temui. Hingga kini, dikatakan terdapat sebanyak 15 billions barrels of oil reserve, sementara gas reserve pulak sebanyak 800-900 trillion cubic feet. Ini menjadikan rakyat Qatar mempunyai pendapatan perkapita yang tertinggi di Gulf Country lebih kurang $30,000++...and no income tax. Wow..kaya kaya.....
Ngomel by Aina@Azila at 4:02 AM 11 comments
Sunday, December 9, 2007
Saat terakhirku as a "single lady"


Shuttle door dekat kaunter yang I beratur tertutup.
Punyer laa tak perihatin, bukannya nak lari, I siap boleh tanya AJ, kenapa shuttle door tu tutup sedang kan jam baru kul 10 malam. Malam masih muda baaa..tak kan dah nak tutup kot. Bukan I jer yang tak lari, semua orang macam tertanya tanya..kenapa? kenapa? tapi masih laa tak bergerak dari troley memasing.

Orang tetap laa beratur nak membayar. Cashier dia dah lari entah ke mana.
Jadi terperangkap laa I dengan AJ and the other shoppers yang tak perihatin kat dalam Carrefour selama 40 minit. Berpeluh gila sebab aircond mati. Oh ya lupa nak cakap, shutttle door tu memisah kan Carrefour tu kepada beberapa section. Kalau I tarperangkap kat bahagian makanan, baik jugak, boleh laa makan makan makanan yang ada kat dalam Carrefour tu kan, sementara tunggu shuttle door tu dibuka. Tapi masalah nyer i kat bahagian furniture dan barangan electrik. Delifrance pun kat bahagian lain..... Kedai yang dekat situ pun kedai buku buku agama.... Memang la dia nak suruh I pergi membelek belek buku agama yang dah sekian lama tak pegang....

Resah menunggu...tak tahu apa yang berlaku.
Kenapa yer? Kenapa yer?

Nak ke mana tu dik, tak leh keluar la dik... Laaa yang makcik makcik sempat lagi shopping bra time orang tengah panic tak tau apa yg berlaku....tu la masyarakat kita kannn. Ambik mudah jer...
Sebaik saja para security berjaya membuka pintu ke arah jalan keluar, I pun cefat cefat laa keluar, tinggalkan saja barang2 yang kononnye nak di beli tadi.
Hari Khamis, I kemas kan rumah yang dah macam tongkang karam. Yer laa kan, asben nak balik esok hari. Malam nyer, Kak Ummi, salah seorang reader kat blog I, called me. Masa tu dia baru balik hantar suami dia balik ker Abu Dhabi....I trus ajak dia temankan I dinner. And she said yes. So we met at Laksa Shake, I order Laksa Johor, Kak Ummi order roti jala. Walaupun pertama kali jumpa, tapi dia memang baik dan friendly. Lepak tak hengat, sampai orang dah nak tutup kedai. Thanks Kak Ummi guna her Jusco Card, so I tak payah bayar parking. Next time kite jumpa lagi yer Kak Ummi.
Masa nak balik, I terserampak pulak dengan my ex office mate, Siti Fatimah, yang dah berpindah ker Frankfurt..ahhh..memang rezeki I nak jumpa ramai orang. Anak dia Alya memang cute. Yer la kann Melayu + Germany.
So, now, as my asben pun dah balik bercuti di Malaysia yang kuchintai .... errrr .. privacy please...
Ngomel by Aina@Azila at 10:53 PM 1 comments
Friday, December 7, 2007
Something to share....
Bacalah kalau free...what do you think?
Ada Specialnya Bau Ketiak Lelaki
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America.
Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... Dipetik dari majalah PA&MA...Feb 2004.
Ngomel by Aina@Azila at 12:03 AM 10 comments
Tuesday, December 4, 2007
Menghitung Hari

Walau pun nampak I dok berhoha hoha sakan dengan kawan2, tapi jauh di sudut hati, I miss my asben very much. Tak sabar nak tunggu dia balik..... tapi bila dia dah balik, kena la limit my social activity kannn... Oh, aku dalam dilema.
Jadi, beberapa hari yang tinggal ni, baik laa I manfaatkan dengan sebaik baiknyer. Nanti dah balik Doha, kembali lah aku ke kandang unta hu hu hu hu...
Ngomel by Aina@Azila at 4:45 PM 8 comments
Sunday, December 2, 2007
Befday lagi...
Ngomel by Aina@Azila at 5:00 PM 6 comments








