Salam semua, dah agak lama I tak membebel di blog ini. Tak ada masa...dengan kehadiran si kecil, I memang tak cukup ruang untuk duduk dan menulis. Ini pun I tulis main tangkap muat jer sementara dia tengah tidur.
Sebenarnya, apa yang ingin I katakan di sini dah lama ada dalam kepala, cuma tak der masa nak diluahkan. Beberapa minggu yg lalu, I ada terbaca satu artikel mengatakan peratusan pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 yang tidak tahu mengira semakin meningkat.
Saya tidak terkejut dengan berita ini.... Berdasarkan pengalaman saya sebagai private tutor, dan saya juga rajin berbual dengan budak2, kebanyakan mereka kata, mereka tak faham apa yg cikgu ajar di sekolah. Memang ada rasionalnya, Matematik dan Sains diajar dalam bahasa inggeris, tujuannya, supaya pelajar mudah menyesuaikan diri bila di universiti kelak.
Persoalan saya ialah.... berapa kerat sangat yang akan berjaya melepaskan diri ke universiti. Bagaimana dengan yang lain? Kalau dah campur tolak darab bahagi pun tak tahu.... bagaimana mereka nak survive dalam hidup ini. Nak jual berger pun kena tahu campur tolak darab bahagi.
Pada pandangan saya laa kan, cikgu patut diberi kebebasan/lebih linear ketika mengajar. Kalau dah tengok budak2 tu tak faham sepatah habuk pun (terutama bagi kelas yang lemah), ajar jer laa guna bahasa yg mudah difahami. Bukan untuk score A, tapi cukup untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran mengira. Bagi kelas yang pintar, ya teruskan dengan silabus biasa.
Saya rasa, kalau budak itu cuma jadi penjual berger, atau jual ikan atau sayur kat pasar, mereka tak perlu guna bahasa inggeris untuk mengira.... kira dalam bahasa melayu ker, kira dalam bahasa cina ker bahasa tamil kar,,yg penting...TAHU MENGIRA.
Apa yg saya perhatikan kini, sekolah sekolah berlumba-lumba untuk dapatkan seramai yg mungkin murid score A. It is good, tapi...bagaimana dengan budak yg memang lemah. Tak semua insan dilahirkan bijak. Dalam keghairahan nak mencatatkan bilangan pelajar A terbanyak, pelajar2 yg lemah ni terabai.
Saya kagum dengan SRJK.... mereka ajar pelajar sekolah rendah dalam bahasa cina, iaitu bahasa yg mereka fahami. jadi, penguasaan asas matematik mereka kukuh. dan saya lihat, mereka tak ada masalah, bila ke sekolah menengah, matematik diajar dalam bahasa inggeris.
Kenapa mereka boleh?
Saya tak berhasrat agar kementerian mengubah sistem yg sedia ada... cuma, berilah kelonggaran kepada guru untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang dapat difahami oleh pelajar.
Maaf saya tulis tunggang langgang.... tak sempat nak edit ayat... baby dah bangun.... Yg penting, apa yg terbelengu di hati dah dikeluarkan.
Ya, saya mengajar/menerangkan kepada pelajar dalam bahasa melayu, dengan menggunakan ayat yang paling mudah. Bila meraka dah faham 'konsep', saya sambung dengan latihan dalam bahasa inggeris, mereka tak ada masalah untuk menjawab. Bukan untuk berbangga di sini, tapi cuma sebagai contoh, dah terbukti, pelajar saya yg sebelum ni, nak dapat 40% pun susah, sekarang dah boleh mancapai 70% ke atas.... Asas perlu kukuh.
Friday, July 30, 2010
Mathematic Oh Matematik.
Ngomel by Aina@Azila at 3:22 AM 2 comments
Sunday, July 18, 2010
5 months Birthday
Hari ini, usia Aina 5 bulan. Cepat saja masa berlalu, dah besar dah anak Mama.
Semalam, sempena birthday Aina yang ke-5 bulan, umi Hajrah belanja makan tengah hari di R0yale Chulan. Thanks you very much umi Hajrah.... inilah emak angkat Aina. Dia nak Aina panggil dia umi. Aina ada mama, Aina ada umi.
Ngomel by Aina@Azila at 9:06 AM 4 comments
Thursday, July 15, 2010
Lelaki!! Oh!! Lelaki!!
Kebelakangan ini, I asyik dengar masalah kawan-kawan yg baru kawin. Bukan seorang, bukan dua orang, malah berbelas-belas orang. Mungkin sebab I dah berhenti kerja, mereka ceritakan kat I dengan harapan cerita mereka tak sampai ke telinga kawan2 di office. Masalahnya, lelaki sekarang tak tahu tanggung jawab. I tak pasti nak guna perkataan "tak tahu", atau mereka "tahu" tapi buat2 "tak tahu".
Kisah #1:
Baru kawin 5 bulan yang lalu, tapi, tak pernah sesen pun kasi duit (nafkah) kepada si isteri. Lepas tu, tak nak tinggal di KL alasan, tak larat nak berulang ke Putrajaya, sebaliknya mendesak isterinya yg berkerja di KL berpindah ke Putrajaya. Sanggup biar isteri yang sedang mengandung 3 bulan ini berulang alik setiap hari...tak apa, sebab katanya kerete isteri besar, dia kereta kancil jer.
Kisah #2:
Berkahwin beberapa tahun yang lalu, dua orang anak. Tapi tak nak tinggal di KL dengan isteri sebab nak jaga emak di Kelang. Dan setiap hari Jumaat, si isteri yang kena drive dengan anak2 ke Kelang dan balik semula ke KL bersama dua anak pada hari Ahad. Tak boleh ker si suami tu yg datang ke KL hujung minggu utk bersama isteri dan anak2. Kenapa si isteri yang mesti travel. Si suami hanya beri RM400 sebulan kepada isteri. Itulah utk sewa rumah di KL, itu lah hantar anak ke nursery, makan minum anak isteri ditanggung sepenuhnya oleh si isteri. Kiranya, si isteri ni, umpama ibu tunggal. Bila si isteri tak melayan suami, dia dituduh tak menunaikan tanggung jawab sebagai isteri. Isteri wajib melayan suami. Make it worst, si isteri sekarng mengandung 5 bulan anak ke-3. Bila si isteri menyuara kan hasrat untuk berhenti kerja utk tinggal di Kelang barsama suami, sebab dia penat. Manakan nak bawa perut, nak heret dua anak2 ke nurseri pagi petang. Tapi, si suami melarang...katanya "Mana saya mampu sara awak dan dua anak kita, ni nak masuk anak ke-3, belanja nak bersalin lagi, company awak cover kos awak bersalin". Ewahhh..masa kau nak buat anak, kau tak ingat pulak semua ni.
Kisah #3:
Si isteri sudah pun memiliki rumah dan kereta sejak sebelum berkahwin. Jadi selepas berkahwin, si suami berpindah ke rumah isteri. Yer la, buat apa nak sewa rumah lain kalau dah ada rumah. Tapi setelah dua tahun kawin, si suami tak pernah hulurkan sesen pun kepada isteri. Duit letrik, duit air semua isteri yang bayar, si suami tak pernah ambik tahu. Barang dapur pun isteri yang beli dan bayar. Si isteri balik kerja penat2, masak lagi, basuh baju suami lagi. Isteri mana yang tahan hidup begini. Hidup suaminya memang free off charge. make it worst, 6 bulan adik lelaki kepada suami dapat kerja di KL, duduk dengan mereka. Si adik ni pun, sampai sekarang tak nampak initiatif nak cari bilik sewa sendiri. Nak duduk free jugak.
Kisah #4:
Lebih kurang kisah #3, tapi dah ada 3 orang anak. tak tahu ke mana perginya duit si suami. Rumah, kereta, malah yuran sekolah anak2 pun si isteri yang bayar. Paip dapur bocor, minta suami telefon plumber, tak sampai2 plumber tu. Si isteri boleh call plumber, tapi saja nak minta si suami buatkan.... hampeh!!! Air dah melimpah di dapur aras buku lali, si suami boleh selingsing seluar gi sinki basuh tangan dan makan. Akhirnya, mau atau tak, si isteri laa jugak yg call si plumber, call wireman etc etc.... Si isteri dah fed-up, failkan divoce. Si suami dapat hak penjagaan. Tak pa laa, si isteri redha dengan keputusan mahkamah walaupun tak puas hati dengan hakim. Rumah pun jatuh ke tangan suami (walaupun suami tak pernah bayar instalment), silapnya si isteri keluar dari rumah sebab dah menyampah sangat2 kat si suami. Mungkin tahap kesabaran si isteri dah sampai tahap maksimum, dia rela terima akibatnya, sebab dia yg failkan divorce.
Tapi Allah itu Maha Kaya, selang beberapa bulan selepas berpisah, si suami membebel, "Mana saya mampu nak bayar rumah, nak bayar sekolah anak2, nak beli KFC laa, Mc Donald laa Pizza laa etc".... Si isteri hanya tersenyum. Itu laa yg si isteri tanggung selama bertahun ini. Ini baru 3 bulan, si suami dah mengomel. Yang paling kelakar si suami kata pada si isteri "You should contribute laa sikit, ni anak2 kita, anak you jugak." Dengan ayat itu, si isteri failkan rayuan hak penjaggan anak. Akhirnya, hak penjagaan anak dapat pada isteri.
Cukup laa dulu 4 kisah.... Persoalannya ialah "Apa nak jadi dengan lelaki kita sekarang?", "Di manakah silapnya budaya masyarakat kita"...
Ngomel by Aina@Azila at 1:58 AM 2 comments
Monday, July 5, 2010
Meniarap dan rindu
Malam, ni pulak, merupakan malam ke-2 abah Aina outstation.... Aina dah mula buat hal. Merengek jer, I pun tak tahu apa yang tak kena. Nak kata kembung perut, I dah sapukan minyak. Nak kata demam, badan dia biasa jer.
Kemudian, baru I terfikir, mungkin Aina rindukan abah dia. Yer laaa..biasanya setiap malam, dia main dengan abah, tengok bola sama-sama dengan abah. So, I ambil baju my habibi, yang last dia pakai sebelum gi outstation, I selimutkan Aina.... Entahlah, mungkin kebetulan, atau memang betul petua org tua-tua. Lepas I selimutkan dia dengan baju abah, dia gentel2 baju tu, sambil I tepuk2 dia sikit...mata dia dah mula layu...tengok gambar di bawah.

Gambar: Aina tidur sambil genggam baju abah dia.... She is really a daddy's girl laa.
Ngomel by Aina@Azila at 4:42 AM 2 comments









