Sunday, November 30, 2008

Jalan Lagi Part 2

Hari kedua

Awal pagi lagi I dah bangun. Terus ke balcony. Buka saja pintu, terus terasa udara pagi di sana sungguh segar dan nyaman. Ketara sungguh perbezaan udara di bandar dan udara di kampung. I really can feel it but I cant describe it by words.




Pagi ni, I akan bawa adik dan kakak ipar I berjalan-jalan, Leisure Walk. Kalau trip dulu I ke Lengkong Hill, kali ni kami ke Ciletoh Hill pulak.

So excited. Hari yang baru, pengalaman yang baru.


Dalam perjalanan, kami terserempak dengan orang cari kayu api untuk memasak. menurut Mutu, jurupandu kami, kegawatan ekonomi dan kenaikan harga minyak tanah memaksa penduduk kampung kembali menggunakan dapur kayu. Err..Mutu ni Islam tau, bukan Indian.

Bayangkan, mangangkut kayu berjalan kaki (tak pakai kasut)..... I terasa insaf sekejap *kejap jer insaf he he he... Betapa bertuahnya diri ini.




Jalan punya jalan, sampai lah ke part yang mencabar. naik bukit, turun bukit. Sebenarnya, inilah tujuan Leisure Walk ni. Leisure Walk ni di design untuk excercise sambil bersantai.

Berpeluh laa jugak mendaki bukit ni. Bukit ni agak curam.

Laluannya sempit, beberapa kali kami terpaksa ke tepi untuk memberi laluan kepada motosikal. Motosikal ialah kenderaan utama di sini. Motorsikal ni juga jadi teksi bagi penduduk kampung.


Begini lah suasana perkampungan di sini. Rumahnya rapat-rapat, tak ada halaman rumah. Dan sudah tentulah mereka tak ada kereta. Macam mana nak bawa kereta masuk kalau dah jalan sempit macam tu.


Di atas ni kedai runcit. I singgah beli sabun basuh (sebelah kiri I tu Mutu, jurupandu kite orang). Nak tau berapa harga sabun basuh? 500 rupiah, tak sampai pun 50 sen. I tak ada duit 500 rupiah. Paling kecik duit 20,000 rupiah, nilainya tak sampai RM8. Yang sedihnya, die orang tak ada duit tukar sebanyak tu. Menurut Mutu, 20,000 rupiah tu dah banyak pada mereka. Terpaksalah I pinjam duit Mutu.



Selepas itu kami dibawa melawat industri desa. Tempat orang buat periuk.


Selepas bebetapa kilometer berjalan, sampai laa kami ke kawasan perumahan yang agak mewah. Ini merupakan kawasan perumahan guru. Di sini baru ada jalan yang besar sikit yang boleh memuatkan kereta.

Kat sini, cikgu saja mampu hidup mewah. Ada rumah yang cantik dan kereta.

Kini, kami sudah melewati kawasan sekolah, kiranya macam kompleks pendidikan laa. Di atas ni ialah sekolah swasta (sekolah berbayar). Terkejut jugak masa mula2 tengok, kalau kat Malaysia, ni macam Tadika saja.


Ok, yang ni baru sekolah kerajaan. SMA..err I tak ingat laa SMA ni stand for what. Sekolah ni free, kena bayar yuran sikit dan beli buku jer... sama macam kita laa.

Ini pulak SMP.... dari apa yang I baca kat banner tu, seems like sekolah ni terpilih sebagai sekolah cemerlang laa. Memang seronok Leisure Walk ni, dapat melihat dan mempelajari budaya tempat orang.


Selepas tu, kami ke Pasar Cigombong. Pada I, pasar tu agak uzur. Maaf tak ada gambar kat pasar tu. Kami bertiga minta Mutu bawa kite orang cepat cepat keluar dari pasar tu sebab tak dapat tahan baunya yang kurang menyenangkan.


Masa balik, kami nak cuba naik Angkut. Angkut ni ringkasan dari Angkutan Kota. Memandangkan kebanyakan orang di sini tak ada kereta, Angkut menjadi kenderaan utama. Kami pilih angkut yang kosong. Mula-mula tu excited laa nak cuba kan. lagi pulak cuma kami berempat jer; me, adik ipar I dan kakak ipar I dan Mutu.

Lepas tu masuk sorang demi sorang dengan barang yang banyakkk... Ya Allah, selagi boleh disumbat, selagi tu laa dia nak sumbat barang. Bukannya sikit sikit barang yang die orang beli.

Tengok lah betapa penuhnya barang yang di sumbat. Yang hijau tu pintu van. Cemana laa kite orang nak keluar nanti hu hu hu.. Sabar jer laa ..anggap ini suatu pengalaman. Bila lagi nak rasa pengalaman macam ni kan.

Nak turun, jenuh jugak laa nak mencelah barang2 tu. Kena pulak makcik tu tak nak ubah barang dia. Akhirnya, sampai laa jugak. bayarannya 2,000 rupiah sorang. Dah turun baru bayar. Anyway, ia satu pengalaman baru untuk I.



Angkut tu tak boleh masuk ke kawasan Lido. Lido ni gated area. Jadi kami turun di tempat tanda anak panah tu. Lepas tu menapak laa ke hotel. Jauh jugak tau. Masa jalan tu, I pakai spedometer. So, total kite orang jalan 5.6km.



Sampai hotel, kakak ipar find out bintik bintik berair di pinggang dia. Banyak jugak. Nampak macam kayap. Oh!!! Nooo!!!! Tak boleh biarkan merebak, nanti rosak program kite orang nak gi Jakarta. Peliknya, kakak ipar I tak demam. Sihat walafiat jer...yer laa Leisure Walk 5.6 km tak der hal jer. Cuma dia rasa pedih, tak boleh pakai jeans. Called my habibi, my habibi suruh pergi jumpa doktor. Pihak hotel yang uruskan kenderaan hotel. Nak naik Angkut lagi....sorry...tak nak dah. Cukup lah sekali.



Ini pun satu pengamalan baru. Hospital tersebut terletak di Cicurug. Melihatkan suasana kiri kanan jalan, kite orang tertanya2 macam mana laa rupa hospital tu nanti. I terbayangkan ianya sebuah hospital yang agak buruk, sebab tengokkan private school dia pun macam tadika jer ...*jahat kan I ni...


Ternyata, jangkaan I meleset sama sekali. Ya Ampun... Hospitalnya cantik, bersih dan layanan nya baik. Cuma masalah bahasa jer. At last kite orang terpaksa guna English.
Apotik tu rupanya farmasi. Memang laa kite orang asyik ketawa saja sebab masalah komunikasi.

Tempat menunggu yang selesa..... Nasib baik doktor dia pandai cakap English. Doktor kan, mesti laa tau cakap English. Harga dia pun kira OK laa untuk untuk kategori private hospital. Jumpa doktor + ubat dalam anggaran RM70.
Memang banyak pengalaman baru dan pengajaran yang I dapat sepanjang hari ni. Akhir sekali, I ada rakamkan perjalanan kite orang dari Lido ke Cicurug. Ini merupakan jalan raya utama dari Bogor ke Sukabumi.




Walaupun jalannya sempit dan sibuk, tapi jarang sekali berlaku kemalangan jiwa sebab pemandu2 di sini amalkan sikap toleransi. Sekiranya ada kenderaan yang nak memotong, kenderaan hadapan akan ke kiri untuk beri laluan, sementara kenderaan dari hadapan akan ke tepi. I memang kagum dengan sikap tolak ansur pemandu di sini. Kalau lah pemandu di malaysia macam ni, aman jalan raya kat Malaysia.

Kena Tag - Imagination

From Captain Hook, to Captain Lukman...pastu I pulak yang kena.

OKlaa...demi Captain Lukman yang kucingtahi, akan ku lakukan jua *walaupun soklannyer amatlah cepumas kan. Bukan senang nak imagine hal-hal dalaman ini.

Anyway will there be a confrontation regarding this tag?? Its just answer! Because my REAL imagination is keep deep inside my head.

***************************************
Who is your favorite pornstar?
Tak kenal sorang pun. Kite kan inosen, tengok CD ceramah2 agama jer *opsss :p (keh keh keh, aku sendiri tak tahan ketawa dengan statement ini...keh keh keh)

Money or looks?
My answer same like Captain Lukmang. I prefer looks!!! Coz its not easy to get. Money? I have enof. I ni tak der laa kaya, tapi cukup laa untuk menyara anak tekak I ni kan. How I wish I have extra money to do make over. Kata orang, biar papa asal bergaya, gitu.

Your favourite girlfriend of Hugh Hefner’s?
Minat kat girlfiendssssss dia nak buat hapa, tapi kalau Hugh Hefner tu sendiri, OK gak, sebab dia banyak $$$$$.

Grape or orange tastes better?
Grape...ribena tu grape laa kan.

With or “without lights” or candle sticks?
Ohh...am scared of darkness.

Silk or cotton?
Dua dua best

Victoria Secret or Agent Provocateur?
VS *...Lukmang...akak kirim 3 helai yer.

Cartoons, simple, ribbons, or lace?
Apa benda ni? Kain cadar ke? Kalau cadar I prefer simple, tapi kalau VS I prefer lace..*ingat Lukmang, 3 helai VS lace tau!!!!

To be on top or bottom…
INTENTIONALLY LEFT BLANK


OK Lukmang dah siap!!! jangan lupa upahnya ya!!!

Saturday, November 29, 2008

Malassssss....

Salam semua,

Aduhhh...penyakit kemalasan untuk update sudah menyerang. Sebenarnya, I ada banyak yang nak diceritakan terutama pasal trip ke Indonesia.

Kepada sesiapa yang nak tau apa yang kite orang buat kat sana, feel free to visit log adik ipar I Ayu's Space. Jeles jugak I kat dia ni, I yang ajar dia buat blog, tup tup blog dia lagi cantik dan cute huhuhu....*just kidding. The truth is am so proud of her.

Masa trip yang pertama dulu I sorang jer, pergi setakat Lido jer. Tapi kali kedua ni dengan kakak dan adik ipar I, memang laa lagi meriah dan lagi banyak tempat yang dikunjungi; Bogor, Cicuruk, Puncak dan Jakarta. Lagi banyak tempat dikunjungi dan lagi banyak pengalaman baru yang tak dapat dilupakan. InsyAllah, I'll update the story (my version) di suatu hari yang indah nanti. Sementara tu, layanlah Ayu's Space.

Wednesday, November 26, 2008

Jalan Lagi Part 1

Hari Pertama

Kami pergi berasingan, my habibi naik MAS so he depart from KLIA (yer la, dia company bayar). I, dan dua my SIL depart from LCCT jam 10.55pagi (kite orang naik Air Asia jer...tak mampu beb naik MAS).
Masa tengah breakfast kat Food Garden LCCT, Kak Ummi called kata beg my SIL dah siap, kalau kalau dia nak bawa di Jakarkata. Tapi, masa tu kite orang dah kat LCCT. Kesian Kak Ummi berpenat lelah siapkan beg tu. Tak per Kak Ummi, my SIL ni rajin berjalan. Mungkin rezeki beg tu nak gi umrah tahun depan kot, dia tak mau pegi Jakarta kekekeke..... Anyway thanks a lot kak ummi.
Alhamdulillah, flight on time. Sampai di epot Sukarno Hatta jam 11.55am waktu Indnsia. I dan my two SIL, asyik memerhati kan sign board dia and snappy snappy. Apa yang menarik, tandasnya... walaupun agak lama peralatannya, tapi bersih dan cantik dihias. Siap ada akuarium ikan lagik dalam tandas tu.

Ikan emas dalam tandas... cian kat ikan tu kan?

Proses imegrasen tak mengambil masa yang lama. My habibi dah siap tunggu dengan supirnya. Masih lagi supir yang sama, Bapak Wasis.

Dari epot, we all terus bertolak ke Lido. Pak Wasis memang tak banyak cakap, sekali ditanya sekali dijawab. My habibi pun pendiam. Kami bertiga (the ladies) jer pot pet pot pet kat berlakang, ketawa sambil baca sign board + bilboard. Yer laa...bahasa indonesia kan tak sama dengan bahasa melayu. Some of it sound funny to us.

Sampai di Lido Lakes Resort, kami di sambut mesra oleh pekerja hotel. Malah ada kejutan lagi:-
1. I dapat harga 'corporate rate' untuk bilik kakak ipar dan adik ipar I, sama dengan rate yang company my habibi dapat. Meaning that it is cheaper than publish rate...

My SILs' bedroom.
2. Kedua-dua bilik (me & my habibi and kakak & adik ipar) di upgrade tanpa extra charges. Kedua-dua bilik mengadap tasik...Wow!!! Very nice view.


View dari kanan bilik.


View dari kiri bilik.

3. Kedua-dua bilik interconnecting, jadinya senang laa I nak ke bilik ipar I dan ipar I senang nak ke bilik I. Thanks a lot to Anti dan Yanni yang mengaturkan semua ini.

Waktu petang di habiskan dengan bersiar-siar ambil angin petang di sekitar resort. And off course laa, bila dan tiga wanita ni bersama, yang pasti snapy snapy jer laa kerja kite orang. Udaranya sungguh segar dan nyaman.

Pada sebelah malamnya, kami keluar makan di restoran terapung tidak jauh dari hotel. restoren ini menyediakan masakan Sunda (if am not mistaken).



Ini air basuh tangan. Semasa menghidangkan air ni, pelayan tu siap bagi tau "Ini air basuh tangan ya, bukan untuk diminum". Katanya, pernah berlaku, semasa dia menghidang tetamu dari arab, di minumnya air ni sebab di ingatkan epitiser. (calculator di sebalah... gunanya untuk convert duit. Tak reti I nak kira ribu-ribu rupiah, pening!)


Kangkong cah taucu.


Ayam bakar andaliman.



Ikan Gurame bakar.


Nasi Timbel.. nasi dibalut dengan daun pisang.

Nasi Timbel selepas dibuka.


Ini lah cara memakannya..... sungguh yummy.


hPelayan restoran... (sorry for the quality of photo)

Penjaga parking siap pakai uniform.












Monday, November 24, 2008

Jalan lagi.


Saya, adik ipar saya dan kakak ipar saya. Bila tiga wanita ini berjumpa, memang laa banyak aktiviti kite orang yang penuh dengan fun dan gelak ketawa. Kali terakhir kami bertiga bercuti, ialah ke Abu Dhabi/Dubai hujung tahun 2006. Hujung tahun 2007, adik ipar I kawin. Hujung tahun 2008 pulak.... jeng jeng...kami ke Indonesia.




Sebenarnya trip ni last minute decision. Mulanya kakak ipar I memang plan nak bercuti di KL. Tapi I pulak dengan gatal mulut "Jom kita gi Lido, best tau kat sana, my habibi kena ke sana semula 16 Nov sampai 22 Nov". Nampaknya entry I yang lepas, pasal my visit ke Lido Lakes Resort berjaya menambat hari kakak ipar I. So kakak ipar I kata "Ok gak, kite call Ayu tanya dia free ke tak". Letak phone, kakak ipar I terus call adik ipar I. Kebetulan pulak hubby adik ipar I kena gi Middle East 3 minggu. Apa lagi, 'on' jer laa. So instead of bercuti di KL, kami telah memanjangkah langkah ker Pulau Jawa.

Memang betul2 last minute planning, penuh dengan gamble of mission impossible, but it was really fun. Perancangan dibuat 4 hari sebelum departure. Kakak ipar i uruskan tiket, I uruskan accomodation. We planned 4 hari kat Lido (termasuk hari sampai), dan 3 hari di Jakarta (termasuk hari balik). Mulanya I minta satu travel agent uruskan trip kite orang masa kat Jakarta, tapi quotation nya agak tinggi (pada I RM2000 untuk 2 hari 2 malam for 3 person is quite expensive). So at last, I arrange sendiri. Disebab kan kite orang bertiga ni dah kira satu kepala, so...tak kisah sangat laa. Kite orang travel budget jer.

Nanti laa, next entry I cerita aktiviti kite orang kat sana.

Sunday, November 16, 2008

Hatiku tertinggal di sana

Semalam kakak ipar I sampai, hari ni adik ipar I sampai. Bestnyer. Sambil borak borak, kite orang pack barang.

Camera & charger - Checked
Handphone & charger - Checked
Passport - Checked
Tiket - Checked
Baju - Checked
Cenderahati - Checked


Rasa-rasanya lebih dari cukup kot cenderahati ni

Lagi apa ya?
Rasanya semua dah cukup kot. Ok laa... boleh tidor. Esok kite orang semua kena bangun awal awal pagi sebab teksi datang jemput.

OK guys, see uols next week ya.

Thursday, November 13, 2008

Pengalaman, pengajaran dan impian

Salam semua,

Seminggu di Tasik Lido, terasa sungguh damai. Beribadah pun rasa kyusuk jer. Tak der benda yang bermain di fikiran. Mungkin sebab udara yang segar tapna pencemaran di sana. Layanan mesra pekerja di resort tu yang sentiasa tersenyum, benar-benar meninggalkan kesan di hati. Sebelum I pulang, I dihadiahkan ole ole dari Lido berupa Kopi Super Bendrek Lido dan sekotak coklat.

I ingat lagi, dua hari sebelum balik, I rasa macam nak demam, tapi tak demam.... badan sejuk seram gitu. The housekeeping boy (sorry I tak ingat nama dia) suruh I minum kopi ni. Kopi ni memang di sediakan dalam bilik hotel. Katanya, kopi ni boleh panaskan badan. I pun cuba laa, rasanya pelik sikit sebab dia campuran gula merah, lada hitam, kayu manis dan cengkih. I cuma minum separuh cawan jer. Tapi memang badan berpeluh lepas tu. Terus kebah.

Seminggu di sana, benar-benar ...hrmm I dont know how to describe my feeling. Masyarakatnya, bukanlah kaya raya, tapi di wajah mereka jelas terpancar kebahagiaan, ceria sepertinya, mereka tiada masalah. Seumpama tiada apa yang mereka risaukan.

Balik Kuala Lumpur, entah kenapa, I rasa sesak dada. Tiba tiba semua masalah datang kembali ke fikiran. Ini tak settle lagi, itu tak buat lagi .... arrrggggg. Lepas tu, semua benda yang I buat, serba tak kena. I really dont understand why. Solat, solat pun tak khusyuk, ada jer benda yg bermain difikiran. Tapi alhamdulillah, walau apa pun, I tetap solat 5 waktu.

Tadi, I ambik LRT + komuter ke Sg Buloh. Atas LRT, tengok muka semua penumpang bagai penuh dengan masalah, muka stress jer. Ada yang resah gelisah, kejap-kejap tengok jam, kejap-kejap tengok jam. Mungkin dia dah lewat masuk office kot. Kite yang tengok pun rasa tension. What kind of life is this? Oh no... Suka atau tidak, inilah kehidupan di kota metropolitan.

How I wish, I dapat bina rumah seperti di atas ni, dan mengadap kehijauan seperti di bawah ini....

dan ini...

Di tambah lagi dengan anak sungai seperti ini.... Subahanallah, damainya.