Wednesday, October 28, 2009

Minor Injury

Huhuhu... jariku tersepit di vacuum cleaner. Rasanya hampir seminit kot, tersepit... my hubby pun panic, tengok wife die menjerit2, tak dapat nak buka penutup vacuum cleaner tu. Once berjaya di buka... Jari I kepek sekejap. I tergolek2 kat lantai... sakit nyilu. Hujung kuku adalah tempat yg paling nyilu. Sama juga kalau kat betis kering... err... tulang dari bahagian lutut ke bawah.. memang nyilukan...
OK, it is just minor injury...tapi I memang jenis orang tak tahan sakit. Tak lama...dalam 1 jam lebih rasa nyilu tu hilang laa.. tinggal rasa sakit.

Tuesday, October 27, 2009

Terkenang semasa dulu.

Teringat zaman dulu-dulu, masa tengah muda remaja. Am kinda a happy go lucky gurl. Masa masuk UTM, I sorang jer dari Sekolah Sultanah Asma. All my school mate pergi univ lain. As a talkactive gurl, tak susah I nak dapat kawan. I hampir dapat tawaran masuk UIA, tapi I reject sebab... my mentality at that time, masuk UIA kena pakai tudung labuh huhuhuuh...jahat kan I?

First week kat UTM memang mengelabah sikit. UTM majoriti setudent nya lalaki.. 80% lelaki dan 20% jer perempuan. Technical School laa katakan, memang laa majoriti lelaki. Dalam kelas I pun, out of 60 pelajar, cuma 11 perempuan. Bayangkan I dari sekolah perempuan semua, tetiba masuk ke tempat majoriti lelaki... aduhhh... tengok kanan lelaki, tengok kiri lelaki.... Nak pergi ke cafe, yang beratur ramai lelaki. Tapi, I keraskan semangat. Once I step in, I will not step out. I buat bodoh jer. Nak tunggu lelaki habis kat cafe tu, memang mustahil. Masa tu memang culture shock laa. Out of sudden, rasa menyampah dengan lelaki, sebab lelaki ni suka tegur itu ini... pakai baju merah pun dia tegur. habis dari kepala ke hujung kaki budak2 lelaki ni perhati. Bit by bit, I build my own princip... "aku minta duit kau ker?..gasak laa malas nak layan".

Terus terasa rindu zaman persekolahan. Sekolah perempuan semua memang best... bebas sebebas-bebasnya. Nak menyanyi ker, nak menjerit ker, nak terlalak ker... kurang sikit rasa malu. Yang menjadikan girls tu bersopan, bila ada boys. Yang menjadikan boys tu bersopan bila ada girls. It is the nature of human. Tambahan pula di alam muda remaja... time tengah gatal merenyam kan. Always want to look perfect in front of boys.

Memang sekarang I rindukan zaman persekolahan... zaman di mana ada girls power. Zaman girls without boys. We proved we were outstanding. Zaman tu, sekolah I dinobatkan sebagai sekolah ke-dua erbaik di Kedah. Tak ada yang gagal SPM. Lebih dari 90% dapat Grade 1. Cma 18 orang dapat Grade 2. Kami kalah dengan MRSM Kulim, die orang score 100% Grade 1 ...huhuhuhu....

Ingat lagi setiap kali perhimpuan, menyanyi lagi Negaraku, Lagu negeri Kedah dan lagu sekolah... memang lunak suara semua girls menyanyi sambil diiringi piano.
Sultanah Asma Secondary School Song

Sekolah Sultanah Asma,
Lahir dari cita-cita,
Mendidik Sri kandi bangsa,
Berjaya sepanjang masa.

Berjanji setulus hati,
Berikrar semurni kata,
Belajar, berilmu, berbakti,
Tertunai harapan semua.

Dengan tekad dan keyakinan,
Berazam mencapai kejayaan,
Hadapi dugaan cabaran,
Demi kesejahteraan, masa depan.

Oh, sekolah tercinta,
Mekar subur perkasa,
Namamukan dipelihara,
Dengan peribadi mulia.

Satu perkara yang paling I bangga... pelajar sekolah sultanah asma tak berlagak seperti TKC. (maaf ya kalau ada pelajar TKC di sini). Walaupun Sekolah Sultanah Asma boleh dikatakan elite school, tapi kami memang di didik supaya menjaga peribadi, jangan berlagak.... I ingat lagi pesan cikgu "Kalau kamu nak berlagak? sampai mana? Kita semua tetap manusia...tetap berpijak dibumi yang sama, tetap menjunjung langit yang sama"

Happy,

Am so happy, particularly malam tadi. I kena mengajar my student Logic Diagram for Physic. Alaa... yg ada macam-macam jenis pintu tu.. NOT gate, AND gate, OR gate, NAND gate, NOR gate, X-OR gate and X-NOR gate......Inilah subjek yang paling I benci masa belajar dulu. As my student kata dia tak belajar lagi di sekolah (sedangkan exam lagi 3 minggu?)... OK laa I cuba ajar.


Dua hari I study sebjek tu, cuba ringkas kan seringkas yang mungkin supaya my student dapat memahami. Dalam hati I kata, kalau laa my student dapat faham apa yang I ajar, I lah orang yang paling bahagia sebab my lecturer dulu gagal buatkan I faham Logic Gate ni.


So, semalam, I mula mengajar dengan ayat yang mudah, step by step. Bermula dengan NOT gate, AND gate dan OR gate. Lepas I pastikan dia faham dengan sefaham2nya, baru lah I sambung NAND dan NOR gate. Dan last sekali, X-OR gate and X-NOR gate....All in only 2 hours. Surprisingly...my student said she can understand it. Katanya "Mula-mula nampak macam susah sangat, but you make it fun".... Yeyyyy.... I cuba test dia dengan latihan. Dia dapat buat semua dan betul. Yes, she really understand the concept. Am so proud of her...and am proud of myself tu sebab saya berjaya buatkan pelajar saya memahami subjek yang suatu hari dahulu saya sendri tak faham.

Sunday, October 25, 2009

My Cafe


Haa... dengan bangganya, I ingin menunjukkan, ini lah industri baru yang I ceburi, iaitu membuka Cafe. Alhamdulillah, hasil penat lelah sebagai chef, I berjaya mengembangkan perniagaan. Sekarang I dah mampu membeli 6 dapur. .Yaa.. I tahu, mesti ramai yang akan kata, ni semua membuang masa... tapi pada I tidak. Game ni mengeratkan kembali I dengan cousin-cousin yang jarang dapat bersua.


Part yang paling best dalam game ini ialah, kita boleh mendecorasi Cafe kite. I bahagikan Cafe ni kepada dua bahagian. Satu bahagian keluarga, dimana dibahagian ini I memilih kayu dan buluh, sebagai bahan utama agar ia lebih santai. Sementara, satu bahagian lagi, agak cosy.... latar belakangnya gelap dan setiap meja dihiasi dengan lampu. Any comment? Dari sini, I dapat rasa kan I ada bakat dalam Interior desinger laa....(maaf laa puji diri sendiri....)


Dalam dunia yang nyata... I pun tahu memasak. Yaaa.... inilah hasil usaha penat lelah I memasak spaghetti. Tak banyak bahan dalam petisejuk, tapi dapat jugak laa spaghetti....


Friday, October 23, 2009

Zaman berubah

Di suatu hari di sebuah rumah.

Pak Borhan : Ishhh emaknyer ni. Hari-hari asyik bersembang dengan jiran kat bawah pokok tu. Cuba tengok menantu perempuan kita, baik jer... duduk berkurung dalam bilik. Bukan macam awak, sekejap ke rumah jiran ni, sekejap ke rumah jiran tu. Lepas tu tengok orang lain ada, dia pun nak jugak. Ishh Leha Leha...

Mak Leha: Yer laa bapaknyer, menantu awak memang baik.

Sebernarnya, menantu buat apa kat dalam bilik?
1) Berchit chat kat YM
2) Mengumpat dalam facebook.
3) Bertandang ke kebun-kebun kawan di FarmVille dan Farm Town, tengok kebun siapa lagi cantik. Ooo..kebun dia ada tasik, aku pun nak beli tasik laa... Ooo kebun dia ni dah ada trektor, aku pun nak beli trektor laa...
4) Bertandang dari satu blog ke satu blog.

Pak Borhan tak tahu semua ni..... syyyhhh...jangan bagitau kat Pak Borhan yer.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di suatu hari yang lain.

Pak Borhan : Emaknyer .... asal ada jualan murah saja nak pergi beli... shopping, shopping shopping.... Tengok menantu perempuan kita tu, baik jer. Tak ada nye dia keluar shopping macam awak. Dia duk diam jer dalam bilik. Bertuah Syukur dapat isteri yang educated macam tu.

Mak Leha: Yer laa bapaknyer, menantu awak memang baik.

Apa menantu dia sedang buat?

Sedang order handbag COACH dan kasut dari e-shop kat internet. Pergi dari kedai ke kedai di internet. Taip jer apa yang nak, semua ada jual. Transaction, pakai jer kad kredit suami kasi.

Syyyyhhh... jangan bagitau Pak Borhan tau...

Mood of the day

Nothing to say......

Thursday, October 22, 2009

Minggu Muhibbah

Pagi ni, badan masih tak segar lagi. Semalam, asalnya I masak spaghetti utk Abg Lan Mulong. Tapi entah macam mana, tersalah resepi kot. Spaghetti tu rasa sedap laa pulak. Masalah betul laa. I sendiri dah habiskan dua pinggan. Tinggal sikit, macam mana nak jamu tetamu? Ayyaaa... manyak susah ooo....

I cakap kat my habibi "awak bawa jer laa Abg Lan gi makan kat kedai", sebab sepatutnya semalam I mengajar. Tup tup.. my student call kata "Aunty, malam ni tak tusyen boleh tak? Kakak penat dan rasa pening". Memandangkan my student yang sorang ni dah tunjukkan a good achivement over the weekend. I pun kasi muka laa kat dia. Lagipun since Monday dia selsema. I rasa, I pun jangkit kat dia kot.

Dah tak ada kelas, I ikut my habibi ke rumah Kak Nomah untuk menjemput Abg Lan. Kak Nomah pula jamu kite orang popia goreng. Lepas makan dan borak2... tak sedar dah jam 10 malam. Kak Nomah dan Abg Ta kata teringin nak ke rumah I. Ajak laa sekali.

Selepas melepasi guard house, "Abg Ta kata..susahnya Ila nak dapat masuk rumah kau, ni memang rumah tak boleh terjah datang ni." ... "Haah, gitu la Abg Ta, securiti kat sini ketat.".. AbgTa "Tu laa, dah namanya pun condo kan.. baik jugak securiti ketat begini, kita duduk kat dalam ni rasa selamat, macam kau ni suami selalu outstation, elok bebenar laa duduk kat sini"... Ya, I akui, kehidupan di condo tak sama macam di rumah teres..... orang di sini pentingkan privacy, like my habibi. My habibi memang tak suka orang terjah datang jer.

So ramai laa orang di rumah I, memang sah tak cukup spaghetti tu. Sorok kat dapur. Tak lama die orang duduk sebab dah larut malam. Lagipun I cuma jamu air sejuk jer, die orang jugak yang request air sejuk kosong jer sebab tadi dah minum air manis. I am not a good host...he he he...

Hari ni, I sepatutnya jumpa my cousin, dan malam ni ada temu janji dengan Atacha. Rindu dgn kawan I yg sorang ni... dah lama tak jumpa dia.

Wednesday, October 21, 2009

Letih

Sebanarnya, I ada banyak benda yang nak di story mory kat kertas elektronik ini. Masa yang diluang dengan anak-anak sedara. Masa yang diluang dengan anak-anak murid... fun...a lot of fun. Tapi, hari ni rasa tak larat sangat. Sepatutnya pagi tadi ada appointment di hospital, buat ujian darah lagi. Tapi tak daya nak bangun..... Kepala rasa berat berdenyut-denyut, tekak rasa perit... rasa sejuk walaupun matahari terpacak atas kepala.

Tadi, Abg Lan telefon kata the kids really had fun with me last Monday. Ya, I also had fun with them. Lepas tu dapat sms dari Abg Lan Mulong (ramai nyer saudara mara ku nama Lan), katanya dia nak datang malam ni. Thinking what am i going to cook for Abg Lan Mulong tonight, he is a chef... malu laa kalau masak tak sedap.

Sunday, October 18, 2009

Bila suami curang....

Kucing hitam tu, macam takut isteri saja....

Saturday, October 17, 2009

Lagi Gempa di Jakarta 16 Oct

Gempa berskala 6.4 SR melanda Jakarta. Ya Allah, menyeramkam.... sememangnya bumi seakan sedang mangamok.


Ya Allah, ampuni lah segala dosa kami... Ya Allah.

Friday, October 16, 2009

Faham dan memahami

Nota: Entry di bawah hanyalah ngomelanku semata-mata. Tak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

Dear my blog,
Faham = understand
Memahami = Understanding?
'Faham', mudah untuk disebut. Tapi, 'memahami' itu... amat sukar dilakukan.

Understand..... lagi laa tak faham. Bila I 'stand', I berdiri dan I rasa I tinggi. Tapi 'under' itu bermaksud di bawah. Standing under a bus stand.... Ishhh...apa laa aku mengarut nih.

Kerap kalinya, I tak faham.... tak faham dengan kehidupan ini. Tak faham dengan ragam manusia. Cuba untuk jadi seorang yang memahami, tapi amat susah. Cuba untuk memahamkan orang lain, lagi susah.

Jadi, apa yang senang? Bukan senang nak jadi senang. Bukan susah nak jadi susah.
Tapi, ramai orang yang susah hati melihat orang senang;
dan ramai orang yang senang hati melihat orang susah.
Susah dan senang, hak milik setiap insan.....

+ "Susahnya soalan ni Aunty"
- "Apa yang susahnya? Cuba cakap kat Aunty kat mana yang susahnya soalan ini?"
+ "Soalan dia, tak faham apa yang dia tanya"
Kalau kita tak faham, memang laa susah. Untuk menjadikan ianya senang, kita kenalah memahami. Tapi macam mana nak memahami, kalau dah tak faham? Aduhhhh.......pening kepala.

Suka hati laa... kalau rasa-rasa nak faham, cubalah memahami;
Kalau rasa tak nak faham, tak payah lah memahami.



Kuiz


What is your life symbol


<http://apps.facebook.com/whatisyourlifesymbol/quiz/questions?_fb_fromhash=423ae18efa9bf7b83087a2b2e331c9c4>
You are the Peace Sign, the friendliest of all the symbols. You try and get along with everyone and most of the time, you succeed. You love colors and circular shapes. Bringing joy to everyone in the world is your goal, along with ending world hunger, war, and making world peace. You work hard for what you get and deserve it. Don't give up with your plans. =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LAGI SATU SIFAT SAYA IALAH.......

Ikuti kuis Watak anda dalam Nur Kasih?

...dan hasilnya adalah SARAH si budak manja...

Seorang yang manja, periang dan sering mengembirakan hati keluarganya. Akan tetapi hati Sarah mudah terguris dan jikalau Sarah mahukan sesuatu dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.Akan tetapi salah satu cita-cita Sarah yang akan cuba diusahakan sehingga ianya tercapai adalah untuk mengahwini Aidil. Sarah akan berusaha sedaya upaya untuk menawan hati Aidil dan tiada siapa yang dapat menghalang termasuklah Nur Amina.
Ulasan saya: Rasanya betul kot. Walaupun I ni nampak seperti lembut, selalu mengalah, ikut cakap orang tu... .. tapi, deep down inside, I ada sifat memberontak. Betul kata Abang Lan kepada I suatu masa dulu "You are soft, but robust".

Thursday, October 15, 2009

Kisah bila Sleeping Beauty tak tidur...

Biasanya I habiskan masa di rumah, terperap di rumah.. sleeping and day dreaming. Minggu lepas dan minggu ni, I agak aktif. Adoii rupanya bahaya jugak jadi aktif, banyak fulus keluar.. macam yang Amoy Melayu kata laa.. semua tukar baru hehehe. Orang perempuan, bila dah terlepas di shopping complex tu, rambang laa mata. Tapi I tak jalan jauh, I sedar, radius I cuma dalam 10km jer. Baru I perasan, I dah lupa map of KL. Once upon a time I was a good driver, but now no more. Nak drive ke KLCC pun I boleh sesat huhuhuhu. Area I cuma Ampang, HuluKelang, Wangsa Maju dan Setiawangsa jer. Milage kereta I boleh dikatakan tak bergerak..

Paling jauh, hari Jumaat lepas, pagi, jumpa kawan. Lepas tu rush ke Sg Buloh amik kakak ipar dan anak2 sedara bawa di Hentian Duta. Sebelum ke Hentian Duta tu, singgah ke rumah Kak Pah, lepas tu singgah ke Kepung amik lagi sorang anak sedara nak bermalam di rumah I. Sampai ke Hentian Duta, turun kan kakak ipar dan anak2 dia. Tinggal lagi sorang anak sedara dalam kereta, bawa balik ke rumah I. Thanks to Kak Lina sebab tolong guide kan jalan yang patut I lalu. Kalau tak memang sesat laa... Di sebab kan kes ini lah, semangat I nak beli toy baru semakin kuat. Nak henpon yg ada navigator kononnya.

Malam nya, I pergi ngajar tuisyen. Balik jam 11 malam...aduhh.... baru perasan minyak kereta bah habis. All this while always take for granted, minyak kereta bertambah dengan sendiri sebab my habibi tolong isikan. Panic kejap kat stesen minyak tu sebab tak ingat cam ner nak isi minyak. Kredit card pulak lupa bawa, biasanya, cucuk jer credit card, anggat nozzle isi. Ini, kena gi bayar kat kaunter... Barulah ku sedar bahawa harga minyak dah naik. Ingat pula ada anak saudara kat rumah, esok pagi dia nak breakfas apa? So masuk ke kios, beli roti untuk esoknya. Ingat juga, susu dah nak habis di rumah, nak bancuh air esok pagi. Ini lah, orang perempuan, selalu fikir macam-macam. Dah isi minyak kereta, beli roti, beli susu... khalas (habis), OK boleh balik rumah.

Sabtu, pagi.. I as usual laa... sleeping beauty kan. Tambahan pula, habibi baru balik outstation malam tu... dua-dua lambat bangun. Dah pesan kat anak sedara, pagi2 self service, kalau nak tunggu Cik Ila memang kebulur laa.

Lepas Zohor, gi K4 beli grocery pulak. Habibi tak ikut sebab dia penat lagi. Bawa anak sedara sebagai teman. Petang, my student yang amik PMR call, ada soalan yang dia tak tau nak buat.. so, on the way balik rumah, I singgah rumah my student tolong dia solve soalan2 yang dia tak tahu. I memang respek student I ni sebab dia ada initiatif nak telefon tanya.

Ahad pagi, my habibi siap nak gi outstation lagi. Tengah hari pulak, Abg Mie dtang amik anak dia kat rumah I. Lepas tu... I dah tak tau apa nak buat. Terbayang2 henpon yang I bekenan tu. Habibi tak ada. Semua kawan2 I sibuk dengan open house. Jam 4 petang call Sarah. Yey, dia free.... turun start kereta, gi amik Sarah. Dan, terbeli laa henpon baru yg jadi kontroversi dalam entry sebelum ini.

Masa hantar Sarah, berbual dengan Mama Sarah. I dengan Mama Sarah ni memang alergik, tak boleh berjumpa. Kalau jumpa memang bual panjang... nak pulak bila dua-dua cakap Kedah. Sedar tak sedar, dah kul 11 malam. As my habibi tak ada di pujuk oleh Sarah dan Mama Sarah, I pun bermalam laa di rumah Sarah.

Isnin pagi, balik rumah. Busy explore my new toy. Flip tru my blog, baru lah I sedar, banyak benda I beli lately rupanya. I think, lepas ni, I kena kembali jadi Sleeping Beauty laa. Jadi Sleeping Beauty jimat duit, sementara nak kumpul duit semula.

Selasa, I duk diam kat rumah... malas nak keluar. Tiba-tiba, fire alarm berbunyi laa pulak. I dah dapat rasa, ni mesti false alarm. Dalam pada alarm berbunyi, sempat lagi tukar pakai jeans+ t-shirt+ tudung (tak kan nak keluar pakai baju dalam rumah jer, seksi you...). Sah, false alarm.

Malam, ada dinner...special dinner sebab my student yang amik PMR dah habis exam. So kite orang keluar makan kat restoran arab kat depan rumah I.

Agaknya, Sleeping Beauty tak cukup tidur kot, sebab tu la dia meroyan dan sensitif sangat.... I think I shud get back to my bad habit again. Masa I tidur, aman jer hidup...
sleeping + day dreaming = heaven on earth

Thank you very much

To dear my blog reader,
Thanks a lot for your opinion. I memang meroyan semalam..... tapi hari ni, I dah boleh fikir dengan rasional. Betul kata Manmount, take the positive, 'Orang ittew' sebenarnya ambil berat pasal diri I. Dia nak jaga I... Dah.. tutup bab tu. I dah tak simpan apa-apa dihati.

Inilah I, Azila d Sleeping Beauty, bila I dah luahkan di blog, I tak simpan lagi di hati. That is why I love my blog, my blog make me think and re think and re think.

Setiap sesuatu ada hikmahnya. At least semalam I dapat menangis, menangis is good untuk mengeluarkan enzim2 tumor dalam badan.

Wednesday, October 14, 2009

I need some space...please...

Dear my blog reader,

Kali terakhir I menangis, betul-betul menangis, ialah hari raya ke-3, masa on the way balik dari Kelantan ..... I was so emo on that time. Thanks to my blog readers, buat kan I berfikir semula secara rasional. Inilah, salah satu sebab kenapa I sayangkan blog ini. Yeah... I akui, am a lonely person. I dont want to cry. Am trying to live my life to the fullest. Di ruang maya inilah I rasa, I ada kawan. Di ruangan ini, I berkongsi suka dan duka, impian dan angan-angan, tanpa sempadan.......

Tapi, hari ni.... I menangis lagi. Ya... I tulis entry ini masa I tengah emosi. Biarlah apa orang nak kata kali ni, I dah tak kisah. I mesti keluarkan kesedihan ini, kalau tak, I tak dapat tidur. Yang pasti, di saat ini, air mata tak boleh berhenti menangis. I've tried but I cant... Air mata ni nak jugak keluar, hati I sayu sangat.

Semalam I ada buat entry pasal my new toy. Tak ada niat di hati walau secubit pun, nak menunjuk. I cuma nak berkongsi ... berkongsi benda baru yang I ada. Pada I, benda itu besar ertinya ... itu hasil duit gaji yang I kumpul selama ini. It is something so meaningful to me. I just want to share... to share with someone who want ot share. Tapi, I tak tau siapa yang sanggup kongsi dengan I. Sebab tu, I tulis di sini.... open to everyone who feel like he/she want to share with me. Tapi, semalam, I dapat sms dari seseorang yang I kenali, bunyi nya begini;
"Salam, hi, hp bru pun gi tau satu Dunia. Tak baik menunjuk. dtakuti RIYA' "

Mungkin niat dia baik. Tapi, bila perkataan RIYA' tu ditulis dengan huruf besar, it really made me sad, buatkan I menagis, dan tak boleh berhenti menangis sampai saat ini. To me, when he wrote it in capital letters, he is serious. I cant take it as a joke. Its not a joke... it is like a warning. Sekarang jam 12.06 malam, masih lagi air mata ni mengalir laju. I tak sangka, rupanya..ada orang pandang serong pada I. Sesuatu perkara itu, boleh dilihat dari sudut yang negative dahn positive. Contohnya, bila orang pamirkan gambar dia dapat pingat dari Yang Di Pertuan Agung kat dinding living room. Adakah itu bermakna dia nak menunjuk kat semua orang yang datang..ooo aku dapat pingat. Begitu kah? Takkk.. tak semestinya begitu. Well, for my case... Fine... I dah delete dah entry tu. Semoga 'orang ittew' puas hati. Sebab orang itu, orang yang dekat jugak dengan I. I rasa, I patut jaga hati dia kan? Shud I?

Jaga hati orang? Bagaimana dengan hati I? How about my loneliness? I need someone to talk to. My hubby is a very quite person. Bercakap dengan dia, macam bercakap dengan robot. Kadang-kadang I cakap sorang-sorang. I juga tahu, dengan orang lain pun, I tak boleh bebas bercerita itu ini, sebab... nanti dianggap menunjuk dan berlagak. Ada had dan sempadannya. I rasa, I dah cuba jaga perbualan I dengan orang sekeliling I. Tapi, kalau sampai di ruangan maya ni pun, I tak ada kebebasan nak bercerita... I rasa... entahlah... ALL I NEED IS JUST A LITTLE SPACE FOR MY SELF.

Malam ini, I rasa I benci BENCIIIIIIII BENCIIIII benci dengan dunia ini. This life is really unfair to me. At least, that is what I feel right now. I HATE THIS WORLD.....
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII BENCI!!! TAU TAK .. BENCIIII... kenapa orang tak suka tengok I senang? Kenapa?
Sebelum gi Abu Dhabi / Doha, my hubby and I ada dua kereta, I guna kancil dan mu hubby Honda. Nak ke sana, we all jual kereta tu. Sebab Honda tu agak baru, masa jual, kite orang rugi la sikit. Lesson learn, balik semula ke malaysia, kite orang beli Myvi sebab masa tu, tak pasti sama ada my hubby nak kena posting ke luar negara lagi ker tak. Kalau beli yang besar, kalau kena posting luar negara lagi, jual, rugi... Hampir setahun we all guna Myvi sahaja.

Bila pakai Myvi, ada jugak mulut2 yang tak der 'insurans' ni sibuk menegur (bukan orang yg hantar sms tu, orang lain... someone "used to be" my friend..)
"Hi, tak kan balik dari oversea jadi miskin kot, dulu pakai dua kereta, sekarang tinggal satu?",
I cuba explain dengan ringkas, "Parking kat rumah tu limited, kalau parking kat luar nanti MPAJ saman".
Dia kata, "Beli laa satu lagi parking",
Banyak songel laa pulak minah ni, macam laa dia nak bagi aku duit. Cuba jawab dengan baik "Harga satu lot parking RM22k"
Dia jawab lagi "RM22k, mahalnyer.... kalau dah parking semahal tu, berapa harga rumah kau?"
Sejujurnya, I bagitau laa.. "Harga dia masa beli tak der laa mahal sangat (I cuba merendah diri), cuma RMXXXk jer"

Si minah kipochi ni.... "kalau harga cam ni, u beli kat kat Bangi kat kawasan rumah I beli tu, dapat double storey corner lot lagi tau...bla bla bla...."
....grrrrrr....
.......... Dalam hati I, ramainyer orang yang perihatin kan. Biar laa... malas nak explain panjang lebar.

Itulah mulut manusia..... Bila kita cakap lebih sikit, pun tak kena, bila kite merendah diri, pun tak kena.... Tapi, dah I ni hidup dengan manusia, kena lah jugak cuba menjaga hati orang. I tried to control myself in my real life. Malas jugak nak cakap dengan orang ni kadang-kadang. Satu-satunya tempat yang I rasa, I ada kebebasan ialah my blog. My blog is my space. Pada I, dunia I di blog dan dunia I di alam yang nyata berbeza. Kalau tak suka apa I tulis di blog ini, komen laa di blog.. jangan laa 'sms' sindir-sindir. Pada I, sms ialah personal. Sebab bukan semua orang boleh dapat no phone I.

Kepada orang ittew, if you read this, terus terang...I amat tersentuh hati dengan sms you. I rasa, I dah cuba sedaya upaya merendah diri (yang sememangnya I rendah pun) dengan orang sekeliling I, di dunia yang nyata. All I have is just my blog to express my feeling, to share my sadness, my happiness, my dream, impian, angan-angan ..... please give me some privacy. Please... I really need a little space for myself.

Tahu tak, sejak I kerja malam, I dah kurang masa untuk berjumpa dengan kawan2. Blog inilah ruang untuk I bercerita dengan kawan2 dan kakak ipar dan adik ipar I yang memahami I. I boleh bercerita di sini semasa mereka semua tidur, bila die orang bangun, die orang boleh baca... That is the reason why I wrote the previous entry. Lagipun dalam entry tu, I ada tulis secara specific, kepada siapa I tujukan entry tu.

Blog ini, ialah kehidupan maya I....sebab I benci dengan kehidupan I yang nyata. That is the truth. Dalam kehidupan I yang nyata, I banyak menangis. Dalam kehidupan yang nyata, ada banyak hati yang I kena jaga. I cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang sekeliling I, walaupun I tahu, ada ketikanya I gagal jaga hari semua orang. Di dunia yang nyata, I cuba untuk jadi insan yang baik... tapi nak jaga hati orang hari-hari pun letih jugak. So, I decided, tak nak jaga hati orang dalam blog ini.... . Let me have a little space of freedom here, please....

Leave past in d past .
Trying to live life to d fullest.
Taking it one day at a time.
Sleeping + daydreaming is what I do BEST.
(sorry Ard I pinjam ayat you)
Regard,
Sleeping Beauty.

Wednesday, October 7, 2009

Salah makan....

Which mouse is mouse?
Yeah, I got it......

Ohhhh noooooo.... I have eaten the wrong mouse....
Tu laa... tadi I rasa tak sedap badan. Dalam keadaan mengong mengong, I gi laa amik sebiji panadol, telan.. as it is the last one, so I buang bekas dia dalam bakul sampah.

Lepas tu, I terpandang balik ke bakul sampah tadi.... Oh nooooooo.... itu bukan panadol. Itu ubat tidur. Yes, I have sleeping pills as I have isomnia. But now, jam 4 petang, I shudnt take that pill at this time. Pukul 8 malam ni I nak kena gi ngajar. Ubat tu berkesan 8 jam.... Noooooooooooo!!!



Confession

Banyak betul entry I kebelakangan ini. Kalau berhenti, dua tiga minggu blog ni dbiarkan bersawang. But, now, there are a lot of things I need to write here.

Today, I was not in a good mood. Sejak masuk usia 30an ni, my PMS semakin menjadi-jadi. Bila PMS menyerang, I pun mula laa hilang ehhh,,, tak hilang lagi, cuma kurang pertimbangan. Lebih kepada ikut kata hati.

Panjang laa pulak intro dia... sebenarnya, deep down inside, I rasa bersalah pada my habibi. Sekarang ni, my habibi outstation lagi, anytime from now, dia akan balik...huhuhu... mahu atau tidak, dia mesti tengok kan? Mana I nak sorok benda ni semua.... Sebelum kena marah, baik I confess siap-siap.

OK lah... sebenarnya kan Yang, hari Isnin lepas, awak suruh saya gi Management Office hantar borang parking. Tapi, masa saya sampai, office tu tutup. Perut dah lapar... Jadi, saya start kereta pergi ke JJ. Plan nak breakfast kat sana. Plan tu nak makan jer...

Lepas makan, rasa nak jalan-jalan sikit bagi makanan turun ke perut kan. Masa jalan jalan kat 'household section" tu, tiang sangkut-sangkut macam yang saya kata kat awak tu. So saya pun beli laa. At least, beg-beg saya yang bersepah atas lantai tu dah tersangkut kemas dah... see..see... OK tak Yang? OK kan?

Lepas tu jalan lagi, ternampak pulak mug stand. Teringat mug stand kat rumah dah nazak dah. So, saya beli laa satu... satu jer. Cantik tak Yang, bila dah di atur mug kat situ? Cantik kan...kan...

Last, masa nak gi bayar... entah macam mana, saya eksiden.... yer awak, saya eksiden. I was accidentally beli duvet. It is so beautiful, it is so soft... I cant resist it. Sales girl tu kata kan, kalau beli hari ni dapat diskaun 20%. So, saya ter'eksiden' terbeli duvet tersebut. I repeat the word "tereksiden"...maknanya, tak nak beli, tapi terbeli jugak.... So..kiranya, saya beli duvet laa..senang cerita.


Inilah hasilnya..... Cantik kan, cantik kan? Ok kan Yang? Sayang tak marah kan? Muahhh... I love u.

Tuesday, October 6, 2009

Langsir Baru....

Minggu lepas, I tempah langsir baru dengan my cousin. Bukannya apa, bila pergi beraya rumah orang, tengok langsir cantik jer, langsir kat rumah I, dah bertahun huhuhuhu. Sheer dia pun dah bertukar warna. As my cousin ada bisness soft furnishin, I pun tempah dengan dia laa. Dah lepas raya baru sibuk nak tempah langsir... tak per, orang lain ada langsir baru, I pun mesti ada jugak. Lepas raya pun, tak per laa... janji ada langsir baru.

Hari ni, tada.... dah siap langsir I. Yeyyy... pagi tadi, jam 10.30am, masa I tengah sedap snoring, my cousin call, katanya dia on the way nak pasang langsir. Alamak!!! Tak sempat nak mandi, sarung jeans dan t-shirt, sembur perfume sikit...OK la tu.



My cousin, Abang Azri or I call him Abang E, sedang memasang langsir.


Inilah rupa langsir baru I. sorry laa gambar di ambil bila dah malam. (Abaikan lampu flash tersebut). I suka design sheer yang seperti titisan hujan.

Selain daripada langsir di ruang tamu, I juga tempah blind untuk bilik air. Untuk bilik air, I pilih warna biru. Again, design titisan air jadi pilihan I.

Inilah rupa blind tersebut bila ditutup penuh. Bukannya apa, bilik air ni mengadap ke sekolah tahfiz. Nanti, kalau budak2 tu tengok I mandi... tak masuk pulak ilmu die orang kan? So, kita tutup sikit....
Ini pula, pandangan blind tu di waktu siang.... I love it very much. Terima kasih Abang E.

Projek akan datang, nak pasang wallpaper pulak, yer Abang E yer. Nak gantikan dinding yang hijau tu. Tunggu Ila kumpul duit dulu. Lepas raya ni, pokai laa....

p/s: Kepada sesiapa yang berminat nak tempah dengan my cousin, boleh hubungi;

Mohd Azri, telefon 013-397 8972, atau email azfaniaga@gmail.com.


Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Tiga entry sebelum ini, I ada katakan bahawa musibah dan bencana yang datang berturut-turut seolah-olah bumi sedang menyampaikan sesuatu pesanan kepada kita semua. Alhamdulillah, I terjumpa satu artikel yang di petik di ruangan komentar di blog Arezoe.

Tapi I belum ada masa nak study kesahihan artikel ini, dari segi ketepatan masa berlaku gegaran, dan juga nombor surah dan nombor ayat dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan. Ada sesiapa boleh tolong check kan.. Kalau benar...Subhanallah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

(dipetik dari komentar di blog Arezeo)



Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:




17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”




17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”




Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Masih tak sedar diri...

Inilah yang dikatakan bodoh sombong, tak sedar dek untung.... I ada baca beberapa artikel mengenai bantuan Malaysia ke Padang ditolak dari satu petikan,
“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah
Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan
judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan
negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di
Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi
Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.
tapi I tak tahu asal dan kesahihah petikan tersebut, jadi, tak berani nak komen. Namun, dari berita Utusan Malaysia online hari ini, seolah-olah menyokong berita tersebut.

Sedih betul dengan sikap segelintir masyarakat Indonesia ini. Takbur tahap apa kah namanya ini? Yang paling sedih, dalam kita (orang malaysia) sibuk bersimpati dengan bencana yang menimpa Sumatera, bantuan demi bantuan dihantar.... sekumpulan Indonesian yang menggelarkan diri mereka Bendera bersiap sedia nak serang Malaysia 8 Oktober ini. Baca di sini Bersama Mazidul.

TUDM siasat pesawat kena baling penduduk Padang


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit. "Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

"Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana. "Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan. "Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang. Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.

Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal. "Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun.
Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala," katanya. Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.

Ulasan : Grrrrr... geram betul I. Kalau ikutkan hati, tak payah lah gi tolong die orang tu. Biar "Tarian Pendet" tu jer yang tolong die orang. Tengok sikit, boleh ker Tarian Pendet tu tolong keluarkan orang yang tertimbus?? Well, kata orang, ikut hati mati... Ikut akal, yer laaa... tanggungjawab kita sebagai jiran ialah membantu. Dan kita sudah pun menunaikan tanggungjawab kita... dia orang nak terima ker tak nak terima ker, terserah laa... Lu fikir laa sendiri.

Dah tak tau apa nak kata....

Petikan dari The Star, Ahad 4 Oktober.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/4/focus/4839822&sec=focus

Bila baca, memang lah terserlah kemengongan ahli kumpulan ni. Tapi, bila difikirkan balik, orang yang mengong ni, tindakan mereka membabi buta @ unpredictable. Dengar modus operandi dia, dah cukup rasa seriau. You all fikir lah sendiri.

Monday, October 5, 2009

Malaysia perihatin

Di sana sini ada saja bencana yang menimpa. Bermula dengan Ketsana, taufan yang membawa sekali bencana banjir di Filipina, diikuti gempa bumi yang membawa tsunami di Samoa dan gempa bumi di Sumatera Barat. Selepas membaca berita-berita, saya menadah tangan bersyukur ke hadrat Allah, kerana struktur geografi meletakkan Malaysia di luar dari lingkaran api, dan posisinya juga terlinding dari angin taufan. Tapi ini semua tak menjamin bahawa malaysia bebas dari bencana. Takdir Allah tak mengenal tempat.
Saya paling bersimpati dengan saudara-saudara di Sumatera. Khabarnya, angka korban mungkin meningkat kepada 3000 orang. Hari ini, saya rasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat bagi sebuah negara yang amat perihatin dengan musibah yang melanda jiran-jirannya. Bantuan ke negara jiran di hantar setiap hari.
Walaupun rakyat Indonesia pernah membaling telur busuk ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, rakyat Malaysia diancamkan dengan operasi 'sweeping', nammun Malaysia tidak pernah berdendam. Ketika negara jiran dilanda musibah, Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Kerajaan Malaysia telah menghanar eramai 25 anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SMART) bersama dengan 31 pasukan perubatan. Pertubuhan NGO juga Mercy dan Insaf turut menghantar pasukan perubatan. Belum lagi dikira bantuan kewangan.... pelbagai tabung telah dilancarkan bagi membantu mangsa bencana.
Kepada semua mangsa yang terkorban, Al Fatihah....
Berita terbaru:
Lagi gempa di utara Sumatera dan dua gempa kuat di Mindanao.... Adakah bumi sedang mengamok? Kenapa bumi mangamok? Adakah 'sesuatu' cuba disampaikan? Hrmm.... sesuatu yang perlu diranungkan.

Friday, October 2, 2009

Dilemma...

Semalam my habbibi balik selepas tiga hari outstation. Sepatut nya dia balik hari ni, but as his task dah siap malam semalam, malam tu jugak dia balik. Itu laa my habibi... kalau orang lain, bila dah dapat accomodation free, mesti nak ambil kesempatan melecong ke sana ke sini kan. Actually, risau jugak I bila dia call dalam kul 9 malam, kata dia nak balik. Risau dia drive malam2. 11.30 malam dah sampai rumah.

Next week dia ajak I gi Melaka seminggu. Katanya, dia dapat hotel kat tepi pantai... alahaiii...wrong timing la Sayang. Next week, start PMR. I mesti laa nak tengok my student yang amik PMR tu. Pergi lepas 13 Oktober tak boleh ker? Hrmmm.... I dont think I can enjoy the beach masa tu. Am sure, during day time, my habibi mesti sibuk dengan kerja dia, tinggal I sorang kat hotel. Fikiran I mesti akan teringatkan my beloved student tu. Next time jer laa ye habibi ...

Gelagat manusia....

Petang semalam, setelah sekian lama tak mengeluarkan peluh, I pun turun laa nak berjogging kat area rumah I ni. Kejap jer jogging nye, lepas tu...semput. Jalan jer laa. Lepas tu I berenti kat playground tengok budak-budak kecik main. Alahai comel-comelnya... terutama anak2 arab, rambut keemasan kerinting. Anak orang putih pun comel gak, pipi merah. Anak Cina pun comel, anak Melayu pun comel, India/Pakistan pun comel ...semua kanak2 tu comel lah.

Kerap kali I berasa konpius, dimanakah aku sebenarnya? Di bumi Malaysia ka, atau di Abu Dhabi? Ya, society di sekitar rumah I ni banyak foreigner ..... bilangan orang arab di sini agak ketara. Sehinggakan, dihadapan perumahan ni, ada 3 restoran arab siap dengan kedai runcit suply rempah ratus makanan arab. Cuma 1 jer restoran Melayu. Tak jauh beza masa I tinggal di Tourist Club Area, Abu Dhabi dulu....(cuma kat Abu Dhabi ramai India Kerala)

Lama juga I perhatikan kanak-kanak dalam usia 4 tahun hingga 6 tahun bermain. Asyik.... betapa, kanak ini tak tahu apa itu beza warna kulit, beza bangsa.... mereka main bersama, gembira. I paling I hairan, masing2 bercakap bahasa ibunda masing2 tapi, mereka boleh bermain sekali. I rasakan, kanak2 ni ada bahasa mereka tersendiri... yang hanya mereka saja yang memahami. Jiwa mereka bersih...Yang mereka tahu, nak naik dan seronok. Berlari, kejar bola.

I duduk bersama kaum-kaum ibu....off course laa, ibu-ibu ni guna bahasa inggeris laa. Cuma, I perasan, yang Arab bertudung litup hitam, masih tak mahu bergaul. Kecuali, bila I selisih dengan sorang minah arab ni, I tahu dia balas senyuman I dari matanya. Ya, bila hidung dan mulut di tutup, senyuman dapat dilihat dari ekor mata. Pelbagai bangsa, pelbagai ragam, pelbagai gelagat.....

Thursday, October 1, 2009

Dizzy.....Shaking...What is it?

Petang semalam, semasa I sedang berperang dalam Mafia War (main game kat facebook), I terasa seperti shaking....rasa macam pening (dizzy). Is the floor really shaking? Or sebab I duduk di atas kerusi boss (my hubibi) yang boleh pusing-pusing buat kan I rasa macam ni? Jengok ke bawah, anak-anak Arab Melayu Cina main bola, relex jer.... happy jer ... Errr.. am I having a low blood pressure again?

Duduk semula, sambung main tembak-tembak. Sambil tembak-tembak, I check massage kat facebook. Sorang dari kawan postkan gambar ni...di bawah ni.

Gambar di ambil dari http://www.iris.edu/seismon/bigmap/index.phtml.... dari gambar, nampak bulatan merah di sekitar Pulau Sumatera. Dari rajah juga kelihatan beberapa gempabumi berlaku pada hari yg sama di beberapa tempat...

Selepas seketika, again I rasa dizzy lagi... lalu I bangun gi ambil air dalam gelas dan letakkan atas meja. Sah!!! Air tu berkocak. Oh Tuhan, it is really an earthquake. Inilah pertama kali I rasa apa yang dikatakan earthquake. Tapi, tetap juga sambung main game hahaha.....

Dalam Facebook, orang mula bercerita rasa goyang di ofice. Nonton berita , Ya Allah..."Two Deadly Earthquakes Samoa and Padang ".... Teruknya gempabumi di Padang, Sumatera.... patut laa sampai Kuala Lumpur terasa. Not only Kuala Lumpur, Singapura, Jakara dan Kota Bharu pun terasa. Malah, kata kakak ipar, di Kota Bharu siap ada ribut kuat pada sebelah awal petang. Hrmmm... bermakna, itu ialah kesan dari gempa/tsunami di Samoa.


Dari Google Earth, jarak antara Padang ke Kuala Lumpur ~ 480km. Wow...sejauh itu kesannya. Subhanallah, yang mencipta langit dan bumi.


Takziah kepada mangsa, semoga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Sepertinya gampabumi semakin aktif kebelakangan ini, 2 September, earthequake di Pulau Jawa, 19 September baru-baru ni, small earthquake di Bali. Semalam, 30 September di Padang pulak. Ya Allah, selamatkan lah kami dan keluarga kami dan kawan-kawan kami dari malapetaka, amin.