Monday, December 20, 2010

Baby Cyber

Dua hari lepas, Aina genab 10 bulan. Tapi.... tak padan dengan usia 10 bulan, hari2 berebut laptop dengan mama. Tengok laa gelagat Aina bila dah dapat laptop kat dia.


Dia dah tahu macam mana nak buka laptop tu.... "Mula2 tolak screen ke atas".


"Lepas itu, adjust screen agar sama dengan aras mata."

"Yey, sekarang Aina dah ready nak main laptop"



"Ini ialah cara untuk menekan keyboard yang betul, gunakan kedua-dua belah tangan agar anda dapat menaip dengan lebih pantas"


"Tekan right click"




Sunday, December 12, 2010

Aina Dulu dan Sekarang

Aina Farhana ketika berusia seminggu

Aina Farhana ketika berusia 2 bulan

Aina Farhana ketika berusia 7 bulan, Hari raya Aidilfitri.



Aina Farhana kini 9 bulan 3 minggu.


Tuesday, November 23, 2010

Menu

Mula-mula, I buatkan bubur nasi seperti yg diajar oleh nurse. Tapi Aina tak mahu. Rasa amatlah letih, bila Aina tak nak makan.


Alhamdulillah, berbual dengan Biras, dia kata dia cuma blend nasi yg kita makan hari2 dengan lauk yg kita makan hari-hari (yg tak pedaas laa).


Semalam I cuba blend, nasi + ayam masak kicap (sekali dengan tomato dan bawang)......wahhhh..sukanya Aina makan.


Hari ni, I cuba blend, nasi + telur goreng + sayur bayam (masak cam utk org dewasa makan)...yes, she likes it.

Kenapa saya tak update blog....suatu penjelasan

Lebih kurang begini lah keadaan rumah ku setiap hari... mana Mama ada masa lagi nak mengadap lap top.

Kalau pergi meja study pun, kerusinya dah 'dikuasai' oleh boss kecik. Dia dulu nak duduk atas kerusi tu..... habis tu, Mama nak duduk kat mana?

Lepas tu, dia mula hijack laptop Mama....
Rasanya bukti2 ini dah cukup menjelaskan kenapa Mama Aina tak dapat nak update blog dia.

Friday, October 22, 2010

Tumbuh gigi sudah


Yeyyy, ada mama dah mula tumbuh gigi... patut laa meragam semacam jer seminggu ni.

Sebenarnya gigi dia tak nampak lagi, tapi kalau rasa gusi bahagian bawah, dah dapat rasa gigi...mungkin dalam 1 mm kot.



Malam Isnin lepas, dia menangis sampai bengkak mata...hari ni (khamis) sekali lagi dia tentrum...Asyik nak berdukung saja. Hari ni, I perasan dia macam mild fever, sebabnya, bila masukkan dia dalam bath tub untuk mandi, dia refuse dan menangis. Biasanya dia suka mandi. malam ni badan dia mula suam2.



Susah jugak ya jadi emak ni...

Monday, October 18, 2010

Happy 8th month birthday my baby


From http://www.weaning.com.my/my/child_development/what_to_expect/by_month/curve_step3.htm

Development After 8 Month

Your child is entering his 8th month. His increasing agility and curiosity are opening up new avenues for him. What a joy it is to see him progressing so fast. But it's also a time when you need to be more vigilant than ever.


More strength and better skills
Your child is even stronger, and can hold himself upright on his legs when supported.
He can sit up by himself (but watch that he doesn’t topple over).
Your child can now hold objects between his thumb and forefinger, and move them from one hand to the other.
He also looks around for objects he has lost.



Keep an eye out for danger
Remember to protect the sharp corners of coffee tables.
Protect electrical sockets using socket covers.
Put all your cleaning products and medicines well out of reach.
Don’t leave dried fruits, small sweets or other dangerous objects within his reach.



He is beginning to assert his identity
He is becoming more aware of his own identity, and is eager to let you know. Even if it means screaming until you take notice of him!
Mirror, mirror on the wall... he loves looking in the mirror, admiring his own movements and funny faces.
In time, he will explore different ranges of behaviours and expressions; from cuddly to temperamental,
from smiley to grumpy. He will also show more interest in other children.



Your child’s dietary capabilities
Your child is now able to wait a short while before satisfying his hunger. You can space out his meals a little.
Your child is getting better at coordinating his swallowing and breathing.
He is curious about everything. He loves making new discoveries, and his newfound abilities will help him do just that. Make the most of this phase to develop his diet.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nampak gaya nya kerja mama makin mencabar laa yer...

Monday, October 11, 2010

Hai laaa...

Dua tiga hari ni, Aina asyik meragam malam. Bukan menangis sebab kembung ke apa, dia merengek. Malam jaga dua tiga kali. I terpaksa mengakui, memang mencabar sebab letih dan mengantuk. "Ishhh apa lagi laa budak ni nak!!!".


Semalam dia merengek lagi... at last, I on aircond, set pada suhu 25 darjah celsius, sekadar suhu nyaman ( I memang jarang on aircond). Alhamdulillah, dia tidur dengan nyenyak sepanjang malam sampai ke pagi. Jam 6 pagi, dia nangis...ok, mama tau, dia dah lapar..bancuh susu, dan dia tidur semula. Pagi ni, I rasa fresh... nikmat rasanya dapat tidur sepanjang malam.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Petang semalam, bawa Aina gi gunting rambut. Rambut dia dah panjang, dah boleh buat tocang. Memang, rambut dia tak padan dengan usia dia 7 bulan 3 minggu...rambut cam budak umur 2 tahun.




Ingatkan dia nak menangis.... rupanya, dia relex jer. Salun ni ada kerusi khas untuk baby.


Cool jer dia..tengok gambar ni, cam tak percaya yg Aina baru 7 bulan 3 minggu. Gud girl :)

Monday, October 4, 2010

Update dan bebel

Entah napa, malam ni tak dapat nak lelapkan mata. Bila baring, rasa berdebar2...tak dapat tidur. Buka blog ni... alahaiii... memang dah penuh sawang. Sejak I ada Aina Farhana, blog ini agak terabai.


Selain daripada sibuk dan asyik membelek si kecil, I juga rasa tak ada cerita yang nak di updatekan. 24/7 hidup I mengadap si kecil. Tak pernah bosan... senyumannya, tawanya menghiburkan hati (walaupun kadang2 geram bila tak faham kenapa dia menangis).


Aina Farhana, segalanya buat diriku... tengok perkembangan dia hari2... Hari2 dok belek, eh, normal ka anak aku ni. Dia dah poo poo ker belum. Eh, kenapa hari ni dia tak poo poo lagi. Haaa..begitu laa kisah ku hari2.


I tak menyesal tolak tawaran kembali berkerja sepenuh masa, manjadi ibu sepenuh masa, memberi kan I satu kepuasan yg tak terperi, tak dapat digambarkan dengan kata2. Gaji ribuan ringgit, tak dapat menggantikan kepuasan dan keseronokan menjaga anak dengan tangan sendiri.


Berita baru2 ini, bayi 3 bulan meninggal akibat tercekik susu semasa di nursery, buatkan I lagi tak meyesal berhenti kerja sebagai engineer. Ajal maut ditangan Tuhan, tapi... sure rasa ralat kan? I dah dengar banyak pengalaman orang tinggalkan anak dengan pengasuh. Sebab tu I tak sanggup tinggalkan Aina dengan pengasuh/nursery semata2 kerana nak pergi kerja. 14 tahun I mananti... sekarang Allah dah berikan Aina kepada I...ishhh..tak sanggup nak tinggalkan dia. Tapi, I ada perancangan nak hantar Aina ke nursery separuh hari just for her social development.... I perhatikan Aina tak pandai interact dengan bayi2 lain sebab dunia dia cuma mama dan abah. Sekali sekala dia jumpa sepupu2 dia.


Yer, I memang tak ada cerita...cerita I, semuanya mengenai Aina. Inilah perkara terbesar berlaku dalam hidup I.

'Pembantu rumah baru'

Gambar lama: Aina ketika berusia 4 hari... fragile sangat... Ingat lagi, I dah hubiby sama2 pakaikan baju dia sebab takut tangan dia patah..hahahaha... nak masukkan sarung tangan pun terkial2 takut jari dia yg halus terseliuh. She was so tiny.


Kejap jer... Hari ni usia Aina dah 7 bulan setengah. Terasa macam baru jer dukung dia masa dia baru lahir dulu, she was very fragile, dan berat dia semasa lahir 3.2kg.

Sekarang, she is not fragile anymore... dah boleh duduk, merangkak malah berdiri tanpa bantuan. Berat dia pun dah 7.5kg... sekali ganda dari masa dia lahir dulu. Dah besar anak mama.


Dan dia amat lah aktif.... dah pandai buka kabinet TV, dah semalam, dah pandai buka laci... Good girl :)... Budak, kalau tak 'mengemas' rasanya tak normal kot. So, kiranya, sekarng ni I ada 'pembantu rumah baru' laaa...hahaha... pembantu yg tolong 'mengemas'.


Dah pandai selongkar dah... ubat nyamok tu cepat2 I ubah, sorok. I memang tak lepas kan dia main sorang2, at least I pandang dari jauh.



Kabinet TV pun dia dah pandai buka..hai laa anak kesanyangan ku. Satu lagi, dia suka sangat remote astro. Terpaksa laa beli satu untuk dia, tapi tak taruk bateri.

Keseluruhannya..pengalaman jaga Aina tak laa susah sangat. Dia tak pernah sakit, kecuali raya hari tu jer. Itu lah pertama kali dia sakit. Menangis pun...kiranya boleh toleren laa. Menangis bersebab/ bila perlu.


Keseluruhannya dia seorang bayi yang sihat. Badan dia bersemangat, tapi tak over weight. ramai yang tanya, I bagi susu apa? Mula2 dulu..I tak tau, I tanya sedara..dia kata dia bagi susu Enfalac kat anak dia. I tak tau Enfalac tu ada dua, Enfalac biasa dan Enfalac A+. Farmasi tu kasi Enfalac A+, I pun ambik jer laa. I memang tak tau harga pasaran susu baby masa tu, so I dont question much about the price. Alhamdulillah, Aina serasi dengan susu tu. Masuk dua bulan lebih, baru I tahu yg sedara I tu cuma bagi Enfalac biasa jer. Patut laa I rasa budget susu Aina amat lah tinggi, Enfalac A+, harga dia pun plus plus. Lepas tu I tukar ke Enfalac biasa, memandang kan Aina pun makin kuat minum susu. Tak mampu laa mama nak beli Enfalac A+. Alhmdulillah, masa tukar susu, tiada alahan juga pada Aina.


Masuk usia 6 bulan, kami tukar ker Enfapro (Langkah 2 untuk bayi 6 hingga 18 bulan). Makan pulak...susah sikit, Aina tak berapa gemar bubur nasi. Dia suka potato. I tukar2 laa, nasi, potato dan terbaru I bagi dia sweet potato..dia suka sangat sweet potato. Pada masa yg sama, I ajar Aina makanan segera heinz. Bukannya apa, abah Aina rajin travel, dan dia kalau boleh memang nak bawak anak dia ke mana pun dia pergi. Kalau duduk kat hotel, macam mana nak masak bubur nasi? I cuba bentukkan Aina jadi seorang yg versatile dari segi pemakanan. fav Aina nombor satu ialah mash potato KFC. Tapi I tak bagi selalu... sebab ada garam dalam mash potato tu, sekali sekala jer.


Sekarang ni, dah tak der masa nak online selalu. Aina dah semakin aktif dan kurang tidur.

Friday, September 24, 2010

Demam Raya



Tahun ini merupakan raya yg pertama bagi Aina, tapi malangnya, Aina demam dipagi raya. Mungkin sebab lama perjalanan dari KL-KB....12 jam. (Biasanya 6 jam saja). Tapi demamnya tak kuat. Nasib baik abang ipar seorang doktor, tak payah laa pergi klinik.



Tapi lepas tu diikuti dengan selsema, pun tak teruk jugak. I ingatkan OK laa sebab selama ni Aina ok jer, she is a strong girl. Tapi, masa balik ke Kedah, Aina dah mula meragam. Sekejap jer selsema dia dah baik, tapi pernafasan dia masih berbunyi. Balik ke KL, bawa dia check di klinik. Alahaiii...rupanya kahak masuk ke paru2.



Itu lah pengajaran buat I, selsema bukan penyakit yg boleh dianggap remeh. Once kahak dah masuk paru2, bahaya, boleh jadi asma. Dan, biasalaa kalau baby tak sihat, dia meragam.



4 hari berturut Aina dapat kan rawatan nebulizer...alhamdulillah, tadi doktor dah check, katanya paru2 Aina dah clear. Alhamdulillah....



Inilah pengalaman pertama I dengan baby yg sakit...memang memenatkan. She keep crying, but i dont know what is wrong.



OK laa Aina dah nagis lagi.... tak boleh cerita panjang2.

Thursday, September 23, 2010

Raya 2010

Tahun ni raya lebih bermakna sebab raya bertiga. Dengan adanya si kecil raya lagi meriah. Kalau dulu asik kena bagi duit raya kat anak orang, tahun ni dapat kutip duit raya juga...best. Er sebenarnya, bukan duit tu yg nak, tapi keseronokan tu yg utama
:)

Mok Tok dengan cicitnya, Aina... tomei tak Aina pakai baju kurung dan selendang?

.


Aina dengan Mama dan Aina dengan Abah.... rasa-rasa, Aina ada iras mama dan abah tak?

Kepada semua kawan2, diucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Tak dapat nak update banyak sebab masa raya dan lepas raya baby aina tak berapa sihat. Ni masa taip ni pun, dia duk atas riba mama.

Friday, August 27, 2010

Udang Oh Udang

Hujung minggu lepas, I dengan my habibi gi berbuka puasa di rumah my SIL. My habibi kempunan sangat nak makan udang bakar, so, we all pergi dengan udang 3 kilo. Nasib baik laa ada anak anak sedara yg ringan tangan nak tolong bakarkan untuk Ayah Su dia.


Di atas ni Abang Chik, bab bakar membakar, dia memang expert.... tengok laa gaya seorang pro.


Dah siap 1st batch... it look so yummy. Dari kiri; Abg Chik, Along dan Azam. Along sebangai anak yg sulung, memang lebih banyak memerintah dari buat kerja hehehe.... tapi tak ada Along, tak jalan kerja. Biasa laa kan, anak sulung, sebagai ketua adik beradik. Adik adik kena ikut cakap abang.

Ini pulak, giliran Azam.... Azam ni pun pro jugak. Memang bertuah laa siapa dapat dia jadi menantu.


Inilah hasilnya....dah tinggal sikit masa di ambil gambar.



Dan.... akhir sekali, inilah kesudahan kisah udang, dah tinggal kulit udang....pinggan siapa laa tu agaknya yer. *Pinggan Ain Sofiah..syyyyhhh...jgn bgtau dia, dia marah.










Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak


Kepada semua, selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang dinanti-nanti kan oleh seluruh umat Islam di dunia ini, bulan yang penuh keberkatan dan penuh ganjaran.



~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tahun ni, kegembiraan manyambut ramadhan semakin terasa dengan kehadiran si kecil. Kalau dulu, my habibi tak pernah nak kisah dengan baju raya, tapi tahun ni... dah siap berangan. My habibi kata, kita gi cari baju Aina dulu, pas tu baru kita cari baju kita. Off course laa nak sedondon kan. Tengok kat JJ ari tu, dah ada baju kurung untuk baby umur 4-8 bulan. Tak beli lagi, nanti gi beli dengan habibi. Yer, tahu... Aina tak akan pakai lama baju tu... tapi, tetap mama nak belikan baju kurung pakai di pagi raya.



Alhamdulillah, penangan Maxolon dah berkurang, sekarang I mulakan dengan Domperidone. Di samping itu, I makan sayur lobak putih, kacang hijau rebus, buah naga.... gigih ni, gigih sungguh nak usaha dapatkan susu. Dan tak lupa juga keep pumping, walaupun pump angin jer, tetap jugak pump.



Semasa surf pengalaman ibu2 angkat yang cuba menyusukan anaknya.... mereka cuba berbulan-bulan. Jadi, I pun tak menaruh harapan tinggi nak dapat susu dalam masa terdekat. Kalau dapat, alhamdulillah. Yang penting sekarang, try to get the first few drops. Lepas tu bar fikirkan macam mana nak tambahkan kadar penghasilan susu.



Apa-apa pun, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal........

Thursday, August 5, 2010

Demi kasihku....


Horrible.... itulah perkataan yg dapat I gambarkan perasaan I ketika ini. Mulut kering, sedih tak tentu pasal, rasa nak marah, menangis tanpa sebab..... Inilah yang I alami ketika ini. Tapi, setiap kali memandang matanya yang bulat, pipinya yang gebu..... hati ini sejuk kembali. Tiba-tiba, air mata sayu menitik kembali. "Sayang, mama masih belum mampu breast feed baby mama. Betapa keinginan mama untuk breast feed Aina supaya Aina jadi anak mama, anak susuan mama. Supaya nanti besar, Aina boleh bermain mesra dan terus bermanja dengan abah seperti sekarang. Mama suka tengok kemesraan Aina dengan Abah, u r a daddy's girl"......


Sayang mama, mama terpaksa berhenti kejap ubat mexolon (metoclopramide), ubat yang mana membantu menghasilkan susu badan mama. Penangannya terlalu kuat sayang.... mama tak boleh tahan, it caused horrible depression, and it is going to be dengerous to u too if i cant control myself. I love u baby....Kalau tak kerana ia boleh membahayakan Aina, mama sanggup laluinya. Bahayanya sebab hanya kita berdua di rumah masa abah kerja. The doctor advise me to stop. But I dont want to stop it at all. I'll try again, other method, other type of drug which can stimulate the breast milk for you my baby.


Aina tahu tak, betapa mama teringin benar nak suapkan susu badan mama ke mulut Aina? Keinginan itu lebih dari segala-galanya. Top of it, mama ingin kan keredhaan Allah terhadap keluarga kita.


Kali pertama, mama cuba nak breastfeed Aina, masa Aina baru lahir.... tapi keadaan agak stressful sebab pada masa yang sama, mama kena sesuaikan diri dengan Aina yang masih fragile. Masa tidur yang tak menentu, dan masa tu juga mama tak tahu kenapa Aina menangis etc. Tak seperti kebanyakan ibu baru bersalin (pertama kali) yg lain, mereka di jaga oleh ibu mereka semasa dalam pantang, tapi Aina, mama jer.... buku menjadi rujukan. Sesungguhnya mama memang tak berpangalaman. But I love u so much dear. Percubaan pertama ini gagal. Mungkin kerana mama tak ambil ubat tambahan. Kata doktor masa tu, tak perlu ubat pun boleh dapat, tapi you kena sabar....Tapi mama tak dapat nak handle situasi masa tu, usaha tu gagal. Tapi mama masih bertekan nak susukan Aina.


Kini, adalah kali ke-2 mama cuba nak dapatkan susu dengan cara mengambil ubat supplement. But it is not easy... it made my mood heywire. mama nangis tanpa sebab, mama mimpi yang bukan2, mama fikirkan yang negative, mama rasa macam mama ni bodoh tak berguna.... Semua ni, sebenarnya hanyalah perasaan mama... which is called depression. Memang, bila kita introduce hormon dalam badan bukan secara alami, berlakulah hormon imbalance..


Aina sayang, I really want to be a good mother to you. Am willing to go tru all these all over again. Sakit, memang sakit setiap kali pump, satu hari pump 6 kali. Biarpun sakit, I'll not give up. I'll only stop taking the medication for a while until I can get rid the metocloprmide from my body. But i will not stop pumping, walaupun sakit. Lepas ni mama akan cuba Motillium pulak.


To my reader..tolong laa bagi sokongan kepada I untuk menyusukan si comel ini. Biarlah sedikit pun, asalkan cukup syarat seperti dalam islam.

Monday, August 2, 2010

Princess Party

Sejak ada anak kecik ni, I mulalaaa terima banyak invitation ke Birthday Party. Ini ketika birthday party cousin Aina, Princess Maisarah yang ke-3 (gambar birthday girl tak ada dalam ni sebab birthday girl sibuk melayan tetamu.


Sesuai dengan tema party, semua tetamu (kanak2 jer laa) dapat headband dan crown...kelass gittew. Yang boys dengan mahkota nya laa kan.


Aina jumpa kawan baru..tak ingat nama.


Princess Aina, as a God Fairy, siap dengan 'magic stick' dia. Dia dok tengah bace mentera kat magic stick tu..... ayat apa pun tak tau laaa, bunyi nyer mancam2. Hanya Princess Aina dan geng-geng yag sebaya dengan dia saja faham.



Apasal magic stick ni tak manjadi? Ish ish ish..tipu laa magic stick ni. Tak leh pakai.


And now, am a beauty queen..... aksi ala ala Miss Universe gittew.




Penat dah...kita makan dulu.....




Tak nak abah suap, ok laa mama pulak suap. Penat bebenor dia.
















Friday, July 30, 2010

Mathematic Oh Matematik.

Salam semua, dah agak lama I tak membebel di blog ini. Tak ada masa...dengan kehadiran si kecil, I memang tak cukup ruang untuk duduk dan menulis. Ini pun I tulis main tangkap muat jer sementara dia tengah tidur.


Sebenarnya, apa yang ingin I katakan di sini dah lama ada dalam kepala, cuma tak der masa nak diluahkan. Beberapa minggu yg lalu, I ada terbaca satu artikel mengatakan peratusan pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 yang tidak tahu mengira semakin meningkat.


Saya tidak terkejut dengan berita ini.... Berdasarkan pengalaman saya sebagai private tutor, dan saya juga rajin berbual dengan budak2, kebanyakan mereka kata, mereka tak faham apa yg cikgu ajar di sekolah. Memang ada rasionalnya, Matematik dan Sains diajar dalam bahasa inggeris, tujuannya, supaya pelajar mudah menyesuaikan diri bila di universiti kelak.


Persoalan saya ialah.... berapa kerat sangat yang akan berjaya melepaskan diri ke universiti. Bagaimana dengan yang lain? Kalau dah campur tolak darab bahagi pun tak tahu.... bagaimana mereka nak survive dalam hidup ini. Nak jual berger pun kena tahu campur tolak darab bahagi.


Pada pandangan saya laa kan, cikgu patut diberi kebebasan/lebih linear ketika mengajar. Kalau dah tengok budak2 tu tak faham sepatah habuk pun (terutama bagi kelas yang lemah), ajar jer laa guna bahasa yg mudah difahami. Bukan untuk score A, tapi cukup untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran mengira. Bagi kelas yang pintar, ya teruskan dengan silabus biasa.


Saya rasa, kalau budak itu cuma jadi penjual berger, atau jual ikan atau sayur kat pasar, mereka tak perlu guna bahasa inggeris untuk mengira.... kira dalam bahasa melayu ker, kira dalam bahasa cina ker bahasa tamil kar,,yg penting...TAHU MENGIRA.


Apa yg saya perhatikan kini, sekolah sekolah berlumba-lumba untuk dapatkan seramai yg mungkin murid score A. It is good, tapi...bagaimana dengan budak yg memang lemah. Tak semua insan dilahirkan bijak. Dalam keghairahan nak mencatatkan bilangan pelajar A terbanyak, pelajar2 yg lemah ni terabai.


Saya kagum dengan SRJK.... mereka ajar pelajar sekolah rendah dalam bahasa cina, iaitu bahasa yg mereka fahami. jadi, penguasaan asas matematik mereka kukuh. dan saya lihat, mereka tak ada masalah, bila ke sekolah menengah, matematik diajar dalam bahasa inggeris.
Kenapa mereka boleh?


Saya tak berhasrat agar kementerian mengubah sistem yg sedia ada... cuma, berilah kelonggaran kepada guru untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang dapat difahami oleh pelajar.


Maaf saya tulis tunggang langgang.... tak sempat nak edit ayat... baby dah bangun.... Yg penting, apa yg terbelengu di hati dah dikeluarkan.


Ya, saya mengajar/menerangkan kepada pelajar dalam bahasa melayu, dengan menggunakan ayat yang paling mudah. Bila meraka dah faham 'konsep', saya sambung dengan latihan dalam bahasa inggeris, mereka tak ada masalah untuk menjawab. Bukan untuk berbangga di sini, tapi cuma sebagai contoh, dah terbukti, pelajar saya yg sebelum ni, nak dapat 40% pun susah, sekarang dah boleh mancapai 70% ke atas.... Asas perlu kukuh.

Sunday, July 18, 2010

5 months Birthday

Hari ini, usia Aina 5 bulan. Cepat saja masa berlalu, dah besar dah anak Mama.


Semalam, sempena birthday Aina yang ke-5 bulan, umi Hajrah belanja makan tengah hari di R0yale Chulan.

Thanks you very much umi Hajrah.... inilah emak angkat Aina. Dia nak Aina panggil dia umi. Aina ada mama, Aina ada umi.

Abah suapkan ice-cream kat birthday girl. Sikit jer, tak boleh banyak-banyak.. yg selebihnya, abah yg makan, okey.



Hidangan istimewa untuk Aina ialah kegemarannya, susu 3nfalac. Semua tak syedap, susu jugak syedap :p

Sebelum balik, Aina dah kepenatan dan kekenyangan, lantas tertidur ....daddy's girl.

Thursday, July 15, 2010

Lelaki!! Oh!! Lelaki!!

Kebelakangan ini, I asyik dengar masalah kawan-kawan yg baru kawin. Bukan seorang, bukan dua orang, malah berbelas-belas orang. Mungkin sebab I dah berhenti kerja, mereka ceritakan kat I dengan harapan cerita mereka tak sampai ke telinga kawan2 di office. Masalahnya, lelaki sekarang tak tahu tanggung jawab. I tak pasti nak guna perkataan "tak tahu", atau mereka "tahu" tapi buat2 "tak tahu".


Kisah #1:
Baru kawin 5 bulan yang lalu, tapi, tak pernah sesen pun kasi duit (nafkah) kepada si isteri. Lepas tu, tak nak tinggal di KL alasan, tak larat nak berulang ke Putrajaya, sebaliknya mendesak isterinya yg berkerja di KL berpindah ke Putrajaya. Sanggup biar isteri yang sedang mengandung 3 bulan ini berulang alik setiap hari...tak apa, sebab katanya kerete isteri besar, dia kereta kancil jer.

Kisah #2:
Berkahwin beberapa tahun yang lalu, dua orang anak. Tapi tak nak tinggal di KL dengan isteri sebab nak jaga emak di Kelang. Dan setiap hari Jumaat, si isteri yang kena drive dengan anak2 ke Kelang dan balik semula ke KL bersama dua anak pada hari Ahad. Tak boleh ker si suami tu yg datang ke KL hujung minggu utk bersama isteri dan anak2. Kenapa si isteri yang mesti travel. Si suami hanya beri RM400 sebulan kepada isteri. Itulah utk sewa rumah di KL, itu lah hantar anak ke nursery, makan minum anak isteri ditanggung sepenuhnya oleh si isteri. Kiranya, si isteri ni, umpama ibu tunggal. Bila si isteri tak melayan suami, dia dituduh tak menunaikan tanggung jawab sebagai isteri. Isteri wajib melayan suami. Make it worst, si isteri sekarng mengandung 5 bulan anak ke-3. Bila si isteri menyuara kan hasrat untuk berhenti kerja utk tinggal di Kelang barsama suami, sebab dia penat. Manakan nak bawa perut, nak heret dua anak2 ke nurseri pagi petang. Tapi, si suami melarang...katanya "Mana saya mampu sara awak dan dua anak kita, ni nak masuk anak ke-3, belanja nak bersalin lagi, company awak cover kos awak bersalin". Ewahhh..masa kau nak buat anak, kau tak ingat pulak semua ni.

Kisah #3:
Si isteri sudah pun memiliki rumah dan kereta sejak sebelum berkahwin. Jadi selepas berkahwin, si suami berpindah ke rumah isteri. Yer la, buat apa nak sewa rumah lain kalau dah ada rumah. Tapi setelah dua tahun kawin, si suami tak pernah hulurkan sesen pun kepada isteri. Duit letrik, duit air semua isteri yang bayar, si suami tak pernah ambik tahu. Barang dapur pun isteri yang beli dan bayar. Si isteri balik kerja penat2, masak lagi, basuh baju suami lagi. Isteri mana yang tahan hidup begini. Hidup suaminya memang free off charge. make it worst, 6 bulan adik lelaki kepada suami dapat kerja di KL, duduk dengan mereka. Si adik ni pun, sampai sekarang tak nampak initiatif nak cari bilik sewa sendiri. Nak duduk free jugak.


Kisah #4:
Lebih kurang kisah #3, tapi dah ada 3 orang anak. tak tahu ke mana perginya duit si suami. Rumah, kereta, malah yuran sekolah anak2 pun si isteri yang bayar. Paip dapur bocor, minta suami telefon plumber, tak sampai2 plumber tu. Si isteri boleh call plumber, tapi saja nak minta si suami buatkan.... hampeh!!! Air dah melimpah di dapur aras buku lali, si suami boleh selingsing seluar gi sinki basuh tangan dan makan. Akhirnya, mau atau tak, si isteri laa jugak yg call si plumber, call wireman etc etc.... Si isteri dah fed-up, failkan divoce. Si suami dapat hak penjagaan. Tak pa laa, si isteri redha dengan keputusan mahkamah walaupun tak puas hati dengan hakim. Rumah pun jatuh ke tangan suami (walaupun suami tak pernah bayar instalment), silapnya si isteri keluar dari rumah sebab dah menyampah sangat2 kat si suami. Mungkin tahap kesabaran si isteri dah sampai tahap maksimum, dia rela terima akibatnya, sebab dia yg failkan divorce.


Tapi Allah itu Maha Kaya, selang beberapa bulan selepas berpisah, si suami membebel, "Mana saya mampu nak bayar rumah, nak bayar sekolah anak2, nak beli KFC laa, Mc Donald laa Pizza laa etc".... Si isteri hanya tersenyum. Itu laa yg si isteri tanggung selama bertahun ini. Ini baru 3 bulan, si suami dah mengomel. Yang paling kelakar si suami kata pada si isteri "You should contribute laa sikit, ni anak2 kita, anak you jugak." Dengan ayat itu, si isteri failkan rayuan hak penjaggan anak. Akhirnya, hak penjagaan anak dapat pada isteri.


Cukup laa dulu 4 kisah.... Persoalannya ialah "Apa nak jadi dengan lelaki kita sekarang?", "Di manakah silapnya budaya masyarakat kita"...

Monday, July 5, 2010

Meniarap dan rindu


Semalam, 4 Julai 2010, merupa tarikh istimewa buat Aina. Semalam, lebih kurang pukul 4.20pm, selepas I keluar dari bilik air (Mama pun ada urusan gak), tiba-tiba I nampak Aina dalam posisi meniarap. Yey!!! Aina dah boleh meniarap dengan sendirinya. Sebagai ibu, I rasa seronok sangat. Terus I capai camera, dan ambik gambar.. yer..katil bersepah..tapi tak kisah laa. Yg penting saat pertama Aina meniarap dengan sendiri dapat diabadikan.


Malam, ni pulak, merupakan malam ke-2 abah Aina outstation.... Aina dah mula buat hal. Merengek jer, I pun tak tahu apa yang tak kena. Nak kata kembung perut, I dah sapukan minyak. Nak kata demam, badan dia biasa jer.


Kemudian, baru I terfikir, mungkin Aina rindukan abah dia. Yer laaa..biasanya setiap malam, dia main dengan abah, tengok bola sama-sama dengan abah. So, I ambil baju my habibi, yang last dia pakai sebelum gi outstation, I selimutkan Aina.... Entahlah, mungkin kebetulan, atau memang betul petua org tua-tua. Lepas I selimutkan dia dengan baju abah, dia gentel2 baju tu, sambil I tepuk2 dia sikit...mata dia dah mula layu...tengok gambar di bawah.








Gambar: Aina tidur sambil genggam baju abah dia.... She is really a daddy's girl laa.

Saturday, July 3, 2010

Aina, semasa baru lahir... rambut memang tebal sejak lahir.


Senyuman pertama.


Dalam perjalanan ke Kota Tinggi Johor. Perjalanan pertama yg sungguh lama, 13 jam, sejauh lebih kurang 650km (pergi balik). Tapi, Aina good girl, tak nangis dalam kereta.


Gambar tengah, Aina dah boleh angkat kepala bila ditiarapkan.


Macam-macam Aina.