
Hari ini I nak bercerita pasal batuk.
Definasi batuk atau bahasa inggerisnya cough ialah;
"A cough is an action your body takes to get rid of substances that are irritating to your air passages, which carry the air you breathe in from the nose and mouth to the lungs. A cough occurs when special cells along the air passages get irritated and trigger a chain of events. The result? Air in your lungs is forced out under high pressure. You can choose to cough (a voluntary process), or your body may cough on its own (an involuntary process)."
(You all translate lah sendiri...)
Batuk adalah perkara biasa...ramai orang batuk. Tapi, jangan ambik mudah pasal batuk ni. Yes uols, last few days ni I kena batuk. Err...mula mula I demam panas sangat, sampaikan my habibi pun tak nak sentuh I (ini simtom awal kena virus). Lepas tu diikuti dengan batuk yang kuat, kering dan dalam. Tekak I ni rasa gatal gatal, rasa macam nak jer pergi amik berus botol susu baby tu, jolok ke dalam tekak garu. Gatal sangat uols. Batuk I makin lama makin kuat, makin kuat...sampaikan I terkencing dan termuntah setiap kali batuk. Badan, chest, perut semua sakit disebabkan tekanan batuk tu.
Tadi, I pergi follow up kat doktor..... Mulanya I ingat nak tambah ubat batuk jer, tapi doktor tu check I (sebab follow up case, dia check betul betul laa...). Dalam bilik doktor tu pun I terbatuk sampai terkencing. Naasib baik I pakai tuala wanita, bukan sebab I period, sebab I takut terkencing masa batuk... Aikkk...jangan ketawa. Tak rasa tak tau, dah kena baru uols tau betapa kuatnyer batuk tu.
Lepas doktor tu tengok I batuk, doktor tu cakap..."Sory, I have a bad news for u. Kebelakangan ni dah jadi macam satu wabak..batuk, tapi tak baik baik. Ambik masa berbulan bulan untuk baik. Memang banyak kes kacam I di KL ni. Ubat yang I bagi cuma untuk meredakan batuk u saja, tapi jagnan hairan kalau batuk tu tak cure."

Tutup mulut dan hidung kalau orang batuk/bersin dalam lift.
I tanya doktor tu lebih detail, kenapa tak boleh cure? Banyak betul soalan I tanya doktor tu. Yer laa kan, I bayar mahal mahal, kenapa tak boleh baik? I tak puas hati laa kan. Tak kan tak der ubat. Cuba uols bayangkan perasaan I masa tu, I tengah sakit (batuk tu menyakitkan tau!!!), lepas tu doktor tu kata mungkin I tak boleh baik shortly, sure laa I rasa stess. Tak larat I nak tanggung lama lama batuk cam ni.. Nasib baik laa doktor tu baik melayan soalan soalan I Doktor tu kata...l selepas kes SAR, banyak virus baru lately, dan kadar mutasinya amat lah pantas. Terkejut I bila dengar perkataan SAR tu.....Tapi, doktor tu kata, virus ni tak membunuh macam SAR tu, dia cuma mengganggu..i.e batuk berpanjangan. Dan......berhati hati..ia juga mudah berjangkit sepecially pada kanak kanak. Doktor tu kata, dia sendiri dah pernah kena batuk ni.
Begini lah caranya virus di pindahkan dari individu kepada individu yang lain.
Doktor tu juga pesan, kalau boleh elakkan dari bergaul dengan kanak kanak sehari dua ni. Kata doktor tu, sekarang ni, I masih lagi mild fever...maknanya virus virus tu masih aktif.
Masa I tunggu ubat, I berbual dengan sorang kakak yang bawa anak dia dalam usia 6 or 7 tahun. Dia bagitau, dua anak perempuan dia pun dah lama batuk tak baik baik walaupun dah 3 kali ulang jumpa doktor, now jangkit kat adik pulak. Kesian sangat I tengok budak tu, yer laa kan, I yang dah dewasa ni pun tak larat nak tahan, inikan pulak budak kecik.
Jadi kepada para ibu, hati hati lah kalau anak anda batuk. Dont take it easy.... Sekarang ni ada macam macam penyakit baru.
***********
Nota tambahan: Believe me, batuk ni bukan sebarang batuk...siksanya!! Inilah batuk yang paling menyiksakan yang pernah alami seumur hidup. I batuk sampai termuntah, sampai terduduk dalam bilik air semalam..ya Allah, virus apakah ini? Rasa gatal kat leher teramat sangat. Musle perut dan dada, tak payah cakap laaa...memang sakit.
Satu malam saja dah setengah botol ubat batuk I 'minum'. Ubat sakit tekak dah 3 biji I ambik. Tak berani amik banyak banyak, takut memudaratkan. Betul kata doktor tu, ubat yang dia bagi, hanya untuk 'melegakan sekejap'.
I cuba minum madu, tapi dalam madu (yang ada kat rumah) dah dicampur dengan habitussauda, so rasa biji2 habitussauda tu lagi menggatalkan tekak. I hisap gula2 hacks the whole night, sampai naik kebas lidah. Dear my readers, kalau uols ada petua apa apa nak meredakan gatal gatal tekak, let me know please...