Saturday, August 29, 2009

Sejarah Malaysia Bahagian 1

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, saya ingin mangabadikan Sejarah Malaysia di blog ini sebagai rujukan peribadi. Entry ini di petik dari Wikipedia. Untuk mengelak kesilapan fakta, saya mengambil terus petikan2 dari Wikipedia. (Nota: Entry ini tidak sesuai untuk rujukan)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Zaman Prasejarah Malaysia

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong.

40,000-35,000 tahun dahulu- Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli.

35,000-10,000 tahun dahulu - Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut
Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.

10,000-5,000 tahun dahulu- Neolitik (Zaman Batu Baru)
Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.


2,500 tahun dahulu - Zaman Logam
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina.
Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).

Pedagang-pedagang Hindu mula menduduki dan membuka penempatan mereka sendiri. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini memberi pengaruh yang besar terhadap kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya yang bertahan selama 1400 tahun.

Gangga Negara (abad ke-2-11)

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya.

Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.


Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.


Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Beruas

Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar.


Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, namanya Malik. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267.

__________________________________________________

Pandangan peribadi: Malaysia, berhubung dengan Aceh dan Pasai sejak 2000 tahun dahulu.

.............................bersambung............................

Thursday, August 27, 2009

Apa I buat????

Sejak sejak I berhenti kerja, ramai yang bertanya. Bila I kata 'ramai' tu, makna nya bukan sorang, bukan dua orang tapi lebih dari tu ...

"Apa you buat kat rumah sorang-sorang?"
"Tak bosan ker berkurugn dalam rumah"
Apa I buat???
Pagi pagi bangun, I gosok gigi. Ini mesti laa untuk jaga kebersihan kan...


Lepas tu terus buka laptop .... dan mengadap laa laptop sepanjang hari. Macam2 I buat. I google, main game... Macam2 I main... FarmTown, Mafia War, Pirates, FarmVille, Barn Buddy. Yang paling I addicted ialah FarmTown laa. Sementara nak tunggu farm I masak, I gi laa jadi mafia kejap kat Mafia War, or pergi jadi Pirates kejap...





Kadang-kadang tu I enjoy muzik sampai terlelap. I paling suka Celine Dion dan Boyzone dan Westlife. Artis Malaysia, I suka Anuar Zain dan Faizal Tahir.




Kadang-kadang tu, terlelap kat depan lap top.


Malam, lepas semua orang balik kerja, I baru pergi kerja... sebab I kerja waktu malam. Nooo no no... jangan salah faham pulak bilak I kata I kerja malam... Hishhh tak baik tau berburuk sangka. I mengajar kat rumah orang waktu malam. Home Tuition. I ajar Science and Maths untuk PMR dan untuk SPM, Physics, Chemistry and Additional Mathematics. Ada jugak hari yang I mengajar waktu petang. I think, I enjoy teaching more.... Tapi, tengok la kalau ekonomi terdesak, mungkin I terpaksa kembali jadi engineer. Engineerng, give me money. Teaching give me satisfaction...

Ibu Mertuaku...


Happy birthday Ma... Happy 70th bithday. Yes, di atas ialah ibu mertuaku. Walaupun dah 70 tahun, masih bergaya youu... My mother-in-law (MIL)is a super woman. Dia tak ada penyakit separti jantung, darah tinggi dan kencing manis... tak ada. Susah nak cari wanita berusia 70 tahun tak ada penyakit. Cuma lately dia kerap komplain sakit pinggang. Normal laa tu...

Dia memang seorang wanita yang dikagumi oleh ramai wanita yang lain.. Pernah dianugerah sebagai Tokoh Wanita Kelantan, Tokoh Guru Kelantan dan yang terbesar sekali, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negara tahun 1999 (kalau tak silap I laaa..).

Super Mom
Mom, you're a wonderful mother,
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

You're patient when I'm foolish;
You give guidance when I ask;
It seems you can do most anything;
You're the master of every task.

You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.
You help in times of trouble;
You support me whenever I call.


Ma,
I love you more than you know;

By Joanna Fuchs

Wednesday, August 26, 2009

Entah lah...

Sebenarnya, I rasa bersalah postkan entry sebelum ni. Rasa macam I betray my student yang sorang ni. Tapi sebagai manusia, I perlukan kan tempat untuk luarkan apa yang terpendam. Dan I rasa, dah sampai masanya I berkongsi ceritakan di sini untuk mendapat padangan dari kawan-kawan, sebab I dah habis akal dan habis daya dah... Tak tau nak buat macam mana lagi.

Bila emak dia datang ke rumah I, merayu minta tolong I ajarkan anak dia... but at the end, I give up. I do feel guilty. How am I going to tell the mother. Shall I say, "Kak, saya dah tak mampu lagi nak ajar anak akak". The mother is not a well educated person. Dia serahkan pada I bulat-bulat anak dia. Mesti emak dia kecewa kan?

Sebab ke dua I rasa stress sebab my ego. It s hard for me to accept my failure to teach one student. I terpaksa mengakui bahawa I give up. Give up bukan lah perkataaan dalam kamus hidup I. I seorang yang tak mudah mengaku kalah (mengalah tak bererti kalah). This is my first failure since I start my career as aprivate tutor.

Sebab ketiga ialah frustration. Masa I mula mengajar, I pegang pada perinsip, "belakang parang, kalau di asah lagikan tajam". Bit by bit, step by step. Tapi parang ni I tak boleh nak asah... liat semacam...Frust. But I have to learn to accept it. Dua bulan lagi sebelum SPM, mampukah I?

Alhamdulillah. Hari ni, I dah tak stress lagi. Students I yg lain tu tunjukkan performance yg baik.. I happy.... Yang sorang tu berjaya score 80% semalam. I happy sangat dengan progress dia.

Kini, baru I faham bagaimana perasaan seorang guru. Kepuasan bila tengok murid dia berjaya, tak dapat dibandingkan dengan wang ringgit.

Tuesday, August 25, 2009

Ikhlas kah aku?

I cuba tak nak tulis di ruangan ini ...tapi, hari ini I rasa, tahap kesabaran I dah tahap maksimum. Dah setahun I jadi private tutor, dari seorang student dah bartambah-bertambah. Alhamdulillah ... I bersyukur dapat berkongsi ilmu yang ada. I bukan berkerja kerana nak kejar duit. I charge satu setengah jam tapi I ajar dua jam lebih .. Selagi I boleh push my student, I akan push. Sebab I tahu, semua students I, kalau I balik aje, die orang tutup buku dan bila I datang pulak baru dia buka buku tu. I tak kisah, asalkan die orang mahu belajar, I sanggup tunggu.

Yang lain semua okey, cuma sorang jer yang benar-benar menguji kesabaran I (am pretty sure emak dia tak baca blog ni, sebab emak dia tak tau nak buka internet pun. So kepada emak-emak yang 24 jam depan internet tu, jangan terasa lah yer...). I tak bermaksud nak mengumpat, cuma perlu ruang untuk luahkan perasaan.

Macam I katakan di atas, I tak kisah sangat pasal payment. Bila I berlebih kurang dan cuba memahami, I harap die orang cuba lah memahami I. Student I yang sorang ni memang lemah dan slow. Mulanya, dia belajar Add Math dengan I. Selepas sebulan dua mengajar, I dapat rasakan dia tak leh pergi Add Math sebab Modern Math dia pun tak lulus. So, I volenteer nak ajar Modern Math. Dari bulan lima dulu I dah kata kat dia, "Buat Modern Math dulu bagi lulus, dah okey Modern Math baru buat Add Math". Modern Math dalam 35/100 ke 40/100, dan Add Math dia 5/100, okey. Can you imagine? I think am not cruel to ask that student to drop Add Math. What do you think?

Yang buat I bengang tahap gaban ialah, budak ni nak jugak buat Add Math. Tapi, soalan pun dia tak boleh nak faham. Mungkin dia tengok kawan dia buat Add Math, dia nak buat Add Math juga. Nak control macho kot agaknya. I cuba memahami ...okey laa..I kata kat dia "Kalau awak nak extra class, awak datang rumah saya". Cuti sekolah ni, start week end lepas dia datang rumah I. Harapan I, boleh laa I ajar dia Modern Math, asing dari kawan dia yang tusyen Add Math dengan I. Tapi budak ni tetap laa nak buat Add Math dia. Dia datang rumah I bawa buku Add Math saja. Nampak sangat dia tak nak belajar Modern Math. Memandangkan dia nak jugak berlajar Add Math, I pun ajar laa Add Math...

Lepas tu asyik dok kata tak faham soalan, tak faham soalan. Asyik asyik tak faham soalan. Grrrrrrr...... I rasa dah berbuih dah mulut I ni dak kata "Belajar Modern Math dulu, baru Add Math. Add Math adalah sambungan dari Modern Math". I dah tak tau ayat apa lagi I nak guna. Shall I say "Hey, you are so stupid you know, you cannot do Add Math!!!". I tahu, bukan semua orang boleh buat Matematik. Step by step laa.... I boleh bimbing. Tapi kalau dah lembab + degil = _______ (sila isikan tempat kosong).

OK. Dah dia kata dia tak faham soalan, I cuba laa ajar dia memahami soalan. I suruh dia baca soalan kuat-kuat, satu ayat, satu ayat. Ya Allah, macam ada berlian dalam mulut dia. I memang rasa nak "panggg" jer pipi budak tu. I dah panas hati.... I dah tak boleh duduk tepi dia sebab tangan I ni rasa ringan jer nak "pangggg" die. So, I ajar 1 subtopic, I suruh dia buat contoh soalan sendiri (soalan yg dah siap dengan jawapan), I pergi duduk kat settee, I amik laptop I and buka FarmTown I. I pesan kat dia "Kalau tak faham panggil Aunty" (dia belajar kat meja makan..sebelah jer, bisik pun dengar). Alhamdulillah, FarmTown dapat sejukkan hati I.

I dah habis harvest satu kebun, dia tak jugak panggil I kot kot nak tanya ker, apa ker. Dah die diam, I tanya "Boleh buat ker tak?". Dia jawab, "Tak faham soalan"...... Kalau tak faham kenapa tak panggil. Is it hard to say "Aunty, saya tak faham laa soalan ni". Susah sangat ker? Ya Allah, sabar sajalah. Setengah jam dia dok terkebil2 sorang-sorang. Patut laa emak dia cerita kat I, budak ni dah banyak kelas tuisyen dia pergi , dia kata dia tak boleh ikut kelas tu. Cuma dengan I jer dia boleh. Dia minta I tolong anak dia. Tapi hari ni, I rasa I dah sampai stage Give Up!!!

Tiga jam I luangkan masa untuk dia setiap petang sejak cuti sekolah ni .... tiga jam... I tak mengharapkan payment sebab I tahu, kalau I kasi invoice, emak dia tak mampu nak bayar. Memandangkan emak dia datang sendiri ke rumah I, minta I tolong ajar anak dia. I tak sampai hati, I tolong, berapa yang dia mampu bayar, bayar laa. I cuma niat ikhlas mengajar, kerana Allah. I percaya ganjaran dari Allah tu lagi besar, hendak pula di bulan Ramadhan ni. Lagipun, I offer seminggu ni jer.

Tapi, hari ni... I surrender. Bukan sebab emak dia tak mampu bayar, tapi sebab I letih. Tiga jam sepetang, I rasa letihhhhhh sangat sangat ... Letih menahan sabar, letih menahan marah. Tiga jam, kalau macam students I yang lain tu tak apa... tanya soalan itu tanya soalan ini, I suka melayan. I sendiri tak akan terasa 3 jam berlalu. Tapi, I tak mampu lagi nak bersabar dengan budak sorang ni. Ikhlas lagikah aku?

Adakah I tak cukup sabar untuk jadi seorang guru? Atau budak itu terlalu dumb. Kawan dia tu, okey jer. Lepas penat I membebel (mummy dia dah kasi green light kat I utk bebelkan anak die), ada improvement. Yang nak ambik PMR tu pulak, mulanya malas balajar. I brainwash dia cerita susahnya orang miskin nak belajar + cerita orang2 yg susah tapi berjaya seperti Syed Mokhtar. Alhamdulillah, ada improvement, a lot of improvement, dia dah dapat 4 bintang dari I. I biasa umpan students I dengan belanja mereka nonton movie bila mereka berjaya achieve my target. Tapi, yang sorang ni, betul2 bermasalah. I rasa, I dah habis daya + habis sabar dah dengan budak ni. Umpan pun tak makan... Tak tau umpan apa lagi I nak guna. Dear my blog reader, please tell me what am suppose to do to help this student. Stress, am really stress right now.

Sunday, August 23, 2009

20 Amalan Murah Rezeki

~Bislillahirrahmanirrahim~


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah. Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfarIstighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Membuat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata:"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa


HARAPAN RAMADHAN
RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah
Nya Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmat
Mu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Tuesday, August 18, 2009

Alone and Pitam?

Yesterday, my habibi went to Melaka for 3 days. Meaning that am alone for 3 days. usually, when my habibi outstation, I'll spend my time with my friends.

So yesterday, I had lunch date with my blogger friend. Thanks Panglima Hitam for coming over here as my schedule quite pack yesterday. We had lunch at one of arabic restaurant near-by my house.

Jam 3.30 pm, kite orang pun beredar laa selepas 3 jam lepak kat kedai tu... haa 3 jam, we talked a lot of topics. Best betul bual dengan Panglima Hitam ni. Lepas tu I menapak balik rumah. masa menapak tu I dapat rasakan my menstrual was suddently heavy flow (orang pompuan jer tau cam ner rasa ni..opps).

Masa berjalan tu jugak, my habibi sms minta I tangoklan lot parking yang bakal kite orang sewa as we only have 1 parking lot. Yeah, we are going to hv another car, so the myvi will be mine..yohooo... But that is not what am going to story story here. So, bila sampai rumah, I tengok laa, peta lokasi parking kat sekitar rumah I ni. Masa I tengok map tu, mata I rasa berpinau. I bangun dari katil (I tengok map tu atas katil), I nampak gelap. I duduk balik. Lepas tu I jaga bunyi phone, dah gelap. Rupanya I tertidur. Ada 15 missed call. 1 from my cousin who stay at Doha, 14 from my habibi and 1 sms from my student "Aunty datang ker tak?". My habibi keep calling me as I dont answer the phone...

Wait, is it 'tertidur'? Yeah, I know am a sleeping beauty. Tapi, bila I tidur, I memang proper... I mesti baring, siap selimut kaki dan kepala mesti atas bantal. I jarang tertidur di sofa. But, masa I bangun semalam, my position was.. badan I terlentok atas katil without bantal support my head. Kaki I masih terjuntai di sisi katil. I rasa I bukan tidur, tapi I pitam. As I was alone at home, tak der orang kejutkan I. What do u think?

I rasa tak mustahil I pitam sebab I was having heavy flow mentrual. Bila I ingat balik, it was scary. Alone and pitam sorang kat rumah. Sekarng ni pun kepala I masih rasa berat.
To my student "Sorry dear, I missed the class".

Wednesday, August 12, 2009

Al Fatihah

Semasa I mengajar malam semalam, tiba2 my habibi telefon. Dia bagitau, salah seorang kawan kite orang masa di Doha, Abang Mohamad bin Mat Dahan meninggal dunia di Doha minggu lepas. Janazah dimandikan dan dikafankan di Doha, dan diterbangkan ke Malaysia untuk dikebumikan. Baca news di sini.

Terkejut, bagai tersentap jantung I. Terus I teringatkan Kak Ida, isteri allhyarham. Bagaimanakah dia hadapi saat ini? Kedua-dua mereka amat loving walaupun dah 2o tahun berkahwin... Ya Allah berilah kekuatan kepada Kak Ida.

Tiba-tiba rasa kesal menyelubungi kalbu. Kesal kerana sekian lama tak berhubung. Mungkin yang mengenali I, akan faham perangai I yang suka berhibernasi. Entah lah... I tak tau kenapa susah sangat I nak menghubungi kawan2. Sebanarnya I tak tau nak cakap apa bila telefon.

Baru2 ni masa my habibi ke Doha, my habibi ada bagitahu Abg Mat masuk hospital sebab sakit jantung. Tapi tak sangka dia pergi terlalu capat. Abang Mat memang seorang yang yang friendly, dan mudah membantu.

Semoga Allah memudahkan segala urusan, dan kuatkan semangat Kak Ida manghadapi semua ujian ini. Kepada sesiapa yang mengenali Abg mat, sudilah kiranya manghadiahkan Alfatihah untuk beliau.

Abang Mat Dalam Kenangan

Abg Mat seorang idola yang I kagumi. Abg Mat pernah bercerita perit getir dia dalam mencapai kejayaan yang dikecapinya. Bermula sebagai seorang despatch diwaktu siang, belajar waktu malam. Beliau tetap gigih, setapak demi setapak beliau maju. Beliau pernah berkata, apa kerja dia tak pernah buat, jual di warung pun beliau pernah. Siapa sangka seorang despatch akhirnya berjaya menjadi Manager. Malah diberi kepercayaan uruskan cawangan di Qatar. Bukan calang-calang orang company akan hantar ke luar negara. He must be great. I memang kagum dengan Abg Mat. Hidup susah bukan alasan untuk tak berjaya... dia dah mampu buktikan. Cara beliau berkerja, jelas, beliau amat berpengalaman... pengalaman yang beliau kutip sendiri sepanjang perjalanan hidup dia.

Pernah dia cerita, sorang despatch cuba kelentong dia, tapi silap besar laa... Abg Mat dah tau macam mana kerja tu, jangan temberang laa. Memang susah para pekerja nak kelentong Abg Mat. Itulah keistimewaan Abg Mat. Satu lagi keistimewaan Abang Mat, Abang mat tak pernah menganggap kejayaan itu milik dia sorang, tapi juga hasil kesabaran isterinya.

Kehilangan Abg Mat merupakan satu kehilangan yang besar. Mungkin GAMUDA boleh cari HR manager lain, tapi nak cari yang berpengalaman macam Abang Mat, susah....1 dalam 1,000,000

Sunday, August 9, 2009

Anyone can answer me?

~*~*~*~*~


  • What is the defination of "rich"?

  • How much money shud we have so that we can be called "rich"?

  • How to measure "rich"?

Last question .......

  • Why I dont have a desire to become rich? Why....

Thursday, August 6, 2009

Suspected H1N1 ? Oh nooo...


Click the picture for bigger image

Seperti yg I ceritakan baru ni, my habibi gi Doha, sebulan dia kat sana. Bila dia dah balik, eppy laa.... Dia sampai kul 4 pagi. Semalaman I tak tidur tunggu di sampai. Very der sexicted ..opsss excited haaa. Masa dia sampia tu, hidung dia sok sek sok sek, I ingatkan biasa laa. I pun kalau traveling jauh, nak pulak tukar zone dan tukar cuaca, macam tu jugak.

Sebagai anak yang soleh, malamnyer tu my habibi called ler Ma dia (selepas 18 jam landed kat Malaysia , baru ingat nak call emak????? Well at least dia call jugak kan.... good son). So, bila Ma dia dengar suara dia lain, hidung sok sek sok sek, batuk-batuk.... Ma dah panic. Dia suruh gi spital. My habibi kata, "Alaaa... demam biasa jer, esok laa gi klinik". My MIL, tak puas hati. She asked my habibi to pass the phone to me, and asked me to force my habibi to spital kerajaan imediately. My habibi memang laa liat nak gi spital, nak nak pulak spital kerajaan. Lagi laa liat.

So, by using my MIL's name, I managed to force my habibi to HUKM keesokkannya (which is, hari ni). So, kite orang pergi laa ke emergency section HUKM. Errgg.. sesampai jer ke tempat tu, I rasa, macam I nak lari keluar jer. Why? Mula2 ke emergency section, my habibi cakap laa dia nak check H1N1 sebab dia baru balik oversea (but the way my habibi jalan, memang dia sihat walafiat laa..). So dia refer ker bilik gerakan, which is about 50 meter away. Lepas 1st screening, the patient has to go back to the 1st counter tadi which is located at normal emergncy area.

I keep wondering, I think.... this is not practical (my opinion laa). I think bilik gerakan shud be the isolation room. Once a person get in that room, he/she shudnt get out until she/he confirmed free from the virus. One more thing, I think, there shud be a screening table before people go to emergency area. Dont mixed up suspected patients with other patients. From my opinion, people who go to emergncy department are sick (mesti laa...kalau tak sakit buat apa nak gi spital kan). Their system/immunity must be low, so they can easily get infected. So, untung-untung belum kena H1N1, dah berjangkit. Hrmm... May be I think too much.....Sorry... but I cant keep myself from thinking.

Lepas tu, I nampak sorang perempuan ni dukung baby umur dalam 3 tahun kot dekat emergency area tu. Pompuan ni pakai mask, tutp hidung dia, tapi anak dia dibiarkan jer without mask. Dia tak fikir ker kalau-kalau anak dia kena infection. I pulak yang susah hati. (macam macam I fikir tau, tak senang duduk dibuatnyer). Orang memang ramai laa... ramai yang sok sek sok sek, dan batuk-batuk. Duduk kat emergucy area tu memang menakutkan.... serious!!! So, sebagai isteri yang tak mithali, I cakap kat my habibi, I tak nak tunggu, I stress, I nak balik. "Nanti kalau awak confirm free from H1N1, baru saya datang amik awak"... baikkk punyer bini kan? But, I got the strong instinct that my habibi tak kena H1N1. Just to be precoution jer, sebagai warganegara yang perihatin, plus berharap dapat MC seminggu.


So I pun drive balik sorang. Tak sempat I sampai rumah, my habibi called kata dia dah boleh balik. Doktor kat spital tu suruh my habibi gi klinik swasta jer for flu (might be they are out of hand kot...ramai yang demam). Tak kuasa I nak patah balik, so again, sebagai isteri yang tak mithali, I suruh my habibi naik teksi jer balik. Anyway, dia dah disahkan sihat kan? Muahahahaha.... So, at night I temankan my habibi ke klinik biasa jer kat rumah. Kat klinik, doktor suggest suruh buat H1N1 check up kat spital. Pulakkk... so my habibi kata laa, spital yang suruh datang klinik biasa ni. Melayang RM25..... sedekah kat doktor klinik swasta.

Alhamdulillah, my habibi free from that virus, so that we can hugging and kissing...oppp...18SX


Wednesday, August 5, 2009

Alahaiiii ..... Cutenyer.