Ya Ampun…I telah ditag oleh Belladonna untuk bercerita 6 Weird Things About Me pada 2/3/07 lalu, tapi disebabkan I jarang online, I miss that topic. I baru terpersan hari ini..Ampun yer Bella. Ok lah. I laksanakan kewajipan I walaupun dah terlewat. Sebelum itu, let me cut and paste the Rules and Regulations.
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
Am I weird? Yeah, I think so. I did asked my asben what is the weird things about me. Laju jer dia jawab, “Suka tido” Ha ha ha…here we go. Weird thing about me #1.
#1. Suka tido. Yes, I suka tido. I boleh baring (walaupun tak tido) sepanjang hari atas katil. I love it very much. Terutama sejak I dah tak kerja ni. I’m very particular about the quality of mattress and pillows. Masa beli furniture utk rumah di Doha, I spent nearly 1k untuk tilam dan bantal. Biar tak ada katil pun tak per, yang penting tilam dia best. Aci tak macam tu?... muahaha. And, I love comforter, dan warna bilik tidur mesti harmoni. Tak ada apa yang lebih nikmat bagi I selain daripada duduk atas tilam sambil selimut dalam duvet terutama musim sejuk dan hujan. Kalau bilik bersepah, I boleh tahan lagi, tapi tilam dan bantal mesti kena OK and smell good. Lagi satu, selimut mesti ada. Walaupun panas, I mesti nak selimut jugak terutama bahagian kaki.
#2. Perkara yang paling sukar I lakukan ialah “bangun pagi”. Sampai mak mertua pun dah faham la perangai I yang susah bangun pagi. I’m not a morning person. I always feel down in the morning, bad mood, tapi active sebelah petang dan malam. Masa kerja dulu I bertungkus lumus berusaha untuk bangun pagi dan sampai office on time, but I don’t mind balik lewat. Jangan nak gurau sembarangan dengan I waktu pagi, silap haribulan ada yang kena sembur dengan I. Sebab tu la I malas nak kerja. I pernah dapat offer kerja masa kat Abu Dhabi, tapi di sebabkan jarak yang jauh, I kena keluar rumah pukul 6.30 pagi. Oh tidak...so, I tolak offer tu. Mungkin kerja yang sesuai untuk I ialah jadi Sales Girl kat Pasaraya sebab masuk kerja kul 10 pagi muahaha. Tapi kalau tak kerja lagi best ;P Kalau I set appointment, biasanya selepas Zohor onward.
#3. I sayang nak buang makanan ke dalam bakul sampah kalau ia masih dalam keadaan yang baik. Selalunya I suruh my asben tolong buangkan makanan yang tak habis. Kalau biarkan I, I akan panaskan makanan tu dan ulang makan sampai habis or sampai makanan tu rosak baru I buang. My asben pulak perut sensitif, kalau makanan lama dia tak boleh makan. Habit ni jadi lepas I balik Outward Bound School Lumut masa muda muda dulu. Kat sana I belajar appreciate makanan, rasa macam mana lapar sebab tak leh hidupkan api bila kayu api basah masa solo camping. OBS was a nice experience, kecuali time solo camping, sebab I takut gelap. Nak pulak masa tu musim hujan, tak der cahaya bulan. Kayu api I basah, mancis I basah huhuhu…nak nagis I. Terpaksa makan maggi dan sardine tin mentah. Nasib baik I tak buang nasi a day before, itulah makanan I keesokan harinya, walaupun nasi tu dah nak basi. Sejak tu, I takut nak buang makanan. How about kalau esok tak der makanan lagi?
#4. I jarang sikat rambut. Kadang kadang tu dua tiga hari I tak sikat rambut. Kalau I travel I selalu lupa bawa sikat sebab sikat tu tak penting untuk I. Lipstick tak lupa pulak he he he… Sebabnya rambut I mudah gugur *matilaaa kalau dapat kat CSI, jadi evident crime scene*. Walaupun rambut I mudah gugur tapi maintain lebat. Lagipun rambut I lurus, so tak serabai sangat. My asben pun tak pernah compain pasal rambut I serabai ker tidak sebab selau I ikat rambut elok elok. Tapi, masalahnya, my asben selau complain rambut I gugur merata rata especially depan dressing table. Tak kan setiap kali sikat rambut nak vacuum lantai kan? Nak kurangkan maslah, I pun jarang jarang sikat rambut. Errr.... ada saper saper tau petua jangan bagi rambut gugur.
#5. I boleh terperap dalam rumah seminggu tanpa jejak tanah. Kau orang boleh? He he he... I pun kebelakangan ni saja, sejak I ikut my asben ke Doha tahun 2005. Masa tu musim panas, tak koser I nak keluar rumah tengah tengah panas terik. Lepas tu pulak, my asben pegi keje, kat Doha tu, kalau nampak pompuan jalan sorang, banyak mata yang memandang. Mula2 tu bosan giler, tapi lama lama dah jadi habit, malas keluar rumah. Asalkan ada tilam bantal yang empuk, ada internet, stock makanan yang cukup dalam peti sejuk., dah cukup. Sekarang siap my asben pulak kena pujuk I keluar rumah, ”Dah la tuu..dah 3 hari awak tak tengok matahari, jom keluar.”
#6. Kalau I dengar berita ada kemalangan kereta atau motor langgar binatang seperti kucing anjing or lembu, I tak tanya orang yang terbabait dalam kemalangan tu macam mana sebaliknya I akan tanya, lembu tu macam mana? Luka ker, mati ker? Kesiannya kat binatang tu..... I lagi kesiankan binatang tu daripada orang. Sebabnya, pada I, orang tu boleh berfikir, yang kau pergi lanngar binatang tu kenapa bahlul? Binatang tu dah sememangnya bodoh tak pergi sekolah. Pernah ker korang dengar lembu pergi langgar motor? Tak kan? Selalunya motor yang langgar lembu. Sebodoh bodoh lembu, dia tak pergi langgar motor. Manusia dah ada otak, pegi sekolah, dah nampak lembu tu, pusing la stereng atau break ker. Yer, I pernah berhenti kereta, tunggu lembu-lembu melintas dengan slow motionnya jalan ala ala melenggang mak limah, malah ada sekor tu sempat berak kat tengah jalan. Mahu dua tiga minit jugak I tunggu, lepas lembu tu habis melintas, baru I jalan semula. Nak marah? Daa... nama dia pun lembu…lembu mana pergi sekolah, lembu tak belajar undang undang jalan raya. So maafkan lah dia kannn.... Tapi, I tak tahan bila manusia melintas jalan, melintas di bukan tempat melintas. Bila I dah berenti bagi jalan dia melintas, lintas laa cefat cefat. Ini tidak, bila kereta berenti bagi jalan melintas, dia melintas lenggang mak limah sambil betul betulkan skirt yang terbelah di tiup angin. Kalau takut orang nampak paha, tak payah la pakai skirt. I rasa nak langgar jer pompuan macam tu.
Nak tag siapa pulak yer? Ha ha…my victims are;
1. Irfandalili
2. Ard
3. Ais Putih
Hmm susah sebab ramai yang dah kena, I cuma ada 3 orang saja, aci tak? Aci la yer…Sebab nak bagi cukup 6 seperti Rules and Regulations, so
4. Irfandalili
5. Ard
6. Ais Putih


4 comments:
hi,
amboi, panjangnyer citer, how r u doing in Doha? KL sekarang musim panas n hujan lebat? unpredictable ler.
Hi herms
Doha tak best laa..Abu Dhabi best lagi. Sekarang dah tak hujan kat sini. Am goona miss rain again.
aina,
salam dari dubai.. nak link blog boleh?
no 5 pasal tak jejak tanah seminggu tuh kira ok lagi .. i lagi laa .. kekadang tuh sampai 2 minggu sbb malas nak kuar .. ada can nak jenjalan pun rasa malas betul .. kira sama pesen ngan i laaa nieh.. bleh spend the whole day dalam bilik tak kluar2 .. ahaks ..
No 1,2,3 tu sama cam aku. Sebab tu body aku cam tong sampah..hihihi.
Tapi aku musykil camno ko bleh tahan tak jejak tanah seminggu? Aku mesti keluar rumah at least every 2 or 3 days, kalau tak aku jagi gila
Post a Comment