Thursday, May 17, 2007

Tanda Tanda Hari Akan Meninggal

I masih tak dapat melupakan arwah my dad. I teringat, semasa I balik KL bulan Nov 06, I bawa dia dari kampung untuk ke KL untuk di masukkan ke rumah orang2 tua. I rasa its better dia tinggal di rumah orang orang tua daripada dia seorang diri di rumah. Memang la, ada upah 2 orang jaga dia, hantar makanan kat dia, tapi I rasa, apa yg dia orang boleh buat, hanya bagi makan pakai dan tengok tengokkan dia. Kalau di rumah orang2 tua, dia akan ada ramai kawan kawan yang sebaya. At lease dia boleh bergaul sesama mereka. Malau di rumah jgaan orang tua, ada pusat terapi, ada penjaga yg terlatih jaga orang2 tua.
Tapi kita tak dapat megatasi Qada dan Qadar, usaha macam mana pun, kalau Allah belum izinkan, tak jadi jugak. Urusan memasukkan dia ke rumah juagaan orang tua banyak halangan.
I ingat, masa I singgah di Kulim, rumah my aunt, masa makan, my dad kata " Abah nak mati kat KL". Hati I berdetup. I pandang my aunt, my aunt pandang I. My aunt kata "Abang jangan la cakap macam tu". I cuma seminggu jer di Malaysia masa tu.
Tapi hajat I tercapai jugak, 3 weeks sebelm my dad pergi, dia dapat masuk ke rumah orang tua. Kata my unlces yg visit dia, he looks happy over there. Ramai kawan, semua orang tua kat rumah tu sukakan my dad. Ramai yg suka surung wheel chair dia di taman. 1 week before dia perg, my aunt kata, dia bawa food, my dad makan dengan berselera sekali. Siap ajak kawan2 dia makan sekali. Cuma I terkilan tak dapat masukkan dia awal lagi ke rumah jagaan orang tua. Kata pegurus rumah tersebut, sebelum my dad hembuskan nafas dia terakhir, dia luruskan badan dia, dan dia kiam kan tangan dia (letak tangan kat dada cam orang solat) Seolah-olah dia tahu dia dah nak pergi. Selapas orang bacakan yassin, dia pun pergi. I rasa puas hati, at least dia tak pergi sendirian, ramai org dia samping dia sebelum dia pergi. I wonder, klu dia kat kampung, silap2 dia pergi sendirian.
I teringat, peristiwa sebelum pemergian arwah my mom tahun 1999. Semasa my aunt kat kampung bawa my mom ke rumah I di KL, dia kata kat my aunt, "Terima kasih susah2 hantar dia ke KL. Tak per, lepas ni, kalau balik pun, bawa balik mayat jer la". Kalau tak silap I, 3 weeks after that dia meninggal di KL, dan jenazahnya di bawa pulang ke Kedah atas permintaan my dad yg nak my mom di kebumikan di kampung. Ikutkan I, I nak sempurnakan di KL jer. Tapi, I tak nak kecewakan my dad, I ikut jer ppermintaan my dad. Oh yer, few nights sebelum arwah my mom hempuskan nafasnya yang terakhir, nurse kat Ampang Puteri bagi hint kat I. Nurse tu dah dapat nampak tanda2 dia. I jer tak tahu.
Something to share with all of you. I got this fr email.
Tanda 100 Hari akan Meninggal...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memiki rkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
p/s: sorry, s'thing wrong with the format of my blog.

4 comments:

Anonymous said...

Kak Aina, insaf sekejap bila baca entry kali nie! Mak sedih bila cakap pasal2 org meninggal. Teringat pada arwah2 yg ada tu mak tak sempat nak kecapi masa2 gembira bersama. Sedih sgt!

Meh la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yg telah pergi..

Unknown said...

Sedeyy okay baca cerits hari hari terkahir allahyarham ayah u ols..BUT knwing that he passed away peacefully, that's the music to your heart, kan? Alhamdulillah!

AND thx for the tips about tanda tanda nak mati..sesungguhnya orang orang yang cerdik itu adalah orang yang selalu mengingati mati (dan bersedia untuk menghadapinya). Mak nih?? haiyyooo hanyuuuuuuuuuuuuuuuut!

p/s Blogspot memang kengkadang ciput, u ols..format leyy jadik tunggang langgang!

Anonymous said...

Selalu doakan arwah... dan sedekah alfatihah...

InsyaAllah...

Anonymous said...

GS, Lee and Zal, entah laa nape i asyik buat enty yg sedih sedih lately yer...I think, tulis blog ni pun, bergantung pada mood kite kan, kalau dah mood tu asyik sdih, tulis pun yg sedih sedih sjor.
Thanks for yr continuous support. Luv u guys...*HUGS*...(hug virtual jer tau, bukan sentuh sentuh..haram :-)