Entry kali ni cerita pasal anak anak sedara I.

Ini lah Along pada hari graduasi dia, buat kat hotel lagikkk. caya laa budak budak zaman sekarang. Maaf gambar tak jelas sebab di hantar via MMS oleh mama Along.
Juga tak lupa pada anak sedara I yang sorang lagi, Fatin Nadirah kerana mendapat 3A 2B. Tanhiah jugak makcik ucapkan. OK laa tu, dia belajar 1 tahun saja di Malaysia boleh dapat 3A, sebelum ni dia kat Australia, asyik main dengan kanggaroo jer.
Bila I tanya si Fatin ni "Fatin, kenapa 3A jer, kenapa tak 5A?". Nak tau apa dia jawab?..."Lagi 2A tu Fatin sedekahkan kat kawan kawan..cian tak die orang tak ada A..." Anak sedara I yang sorang ni memang laa loyar buruk.
Sorang lagi anak sedara I akan konvo UiTM hari Isnin ni. TAHNIAH Along a.k.a Mohammad. Along jugak nama dia...ramainyer Along.... Yang ni I panggil dia Along Mamat.
Dan kepada Abdullah Azam pula...Good Luck for ur SPM. Ni pun tak tak sure berapa A dia boleh dapat, sebab setahun jer balajar kat Malaysia. Ni lah bahana nyer bila mak bapak berpindah randah dari satu negara ke satu negara, anak anak dah konpius dengan silibus. Apa apa pun Azam, do ur best okey... Tapi si Azam ni, dah booked I, katanya lepas dia habis exam nak suruh I bawa dia gi tengok movie kat TGV. Okey setttt...
Sorang lagi anak sedara I, Abang Cik a.k.a Mohd Eizzat...punyer laaa "bagus". Dia ni baru Form 1. Masa chat dengan dia (masa tu I baru sampai KL), dia kata dia nak gi Times Square. Ni dia conversation I dengan anak sedara bertuah sorang ni.
Me : "Bawa laa makcik gi Times Square, makcik tak pernah gi Times Square lagii"
Abg Cik : "Tak leh laa makcik, Abg Cik gi dengan kawan kawan."
Me : "Alaa tak per laa..makcik join laa u all."
Abg Cik: "Alaa..tak leh laa..."
Me : "Kenapa tak leh?"
Abg Cik: "Tak rock laa..jalan jalan kat Times Square bawak makcik, malu laa..."
Apaaaaaa???? Tak rock jalan jalan bawa makcik??? Elo..masa ko kecik kecik dulu, menangis nak ikut makcik & pakcik gi sana sini. Bila dah besar, tak rock jalan bawa makcik kalau keluar dengan kawan kawan...bertuah punyer anak sedara.
Inilah cerita sebahagian dari anak anak sedara ku.


4 comments:
tahniesss utk anak anak sedara uols yg berjaya... ramai gak anak sedara uols hoh? :) Mak baru ado dua..one more is on its way insyaAllah :)
Tak rock katanya..kalau uols pakai baju Rock baru rock kot hoh??? :P
wah pepandai budak2 zaman skrg ni kan.. tahniah utk anak sedara u tu..
Lee> Anak sedara I ramai u. Ada 11 orang, kalau raya memang laa parahhh..semua demand duit raya.
Ard> Tu laa budak budak zaman sekarang ni...5A tu cam tak der maknanyer.
wahhhhhh hebat anak sdra aka, cam saya time kecik..kecik dulu, bijak cam tu lah, tapi bijak auta je.........hahahahah
kelassssssss tak ROCK dia kata,tuh mesti nak jalan dgn aweks2 tuh....heheheh
Post a Comment