Monday, February 4, 2008

I Feel Bad Part 2

My dearie blog,

Please allow me to membebel sekali lagi, agar reda apa yang terbuku dihati. My dearie blog, izinkan lah I mencarut sepuas puas hati I diruangan ini, sebab selepas ini, I tak nak ingat dan tak kenang lagi peristiwa pahit ini.

To my dearie blog reader,

Tolong lah jangan ambik serius apa yg bakal I tuliskan, kerana, ini hanyalah luahan hati I semata mata. Luahan hati orang yang tengah marah. Dan kata kata orang yang tengah marah ni, bukannya boleh dipakai sangat….(jangan salahkan I yer, I dah kasi warning awal-awal).

I tau implikasinya dan resikonya dengan meluahkan semua ini diblog, tapi I dah tak peduli lagi apa tanggapan orang pada I. Que sera sera, what will be, will be. Yang penting, pada saat ini, I mesti luahkan segala yang menggelegak dalam hati I. Dah meluap luap sangat. Kalau tidak, I akan terus tersiksa memendam rasa. I tak ada tempat nak meluahkan perasaan, blog I saja lah tempatnya. Allow me please….. This is my blog, and this is my space!! Suka hati laa apa I nak tulis. And this is the way I release my tension.

Kalau tak suka I membebel, nampak tak tanda ‘X’ kat bucu, atas kanan…haaa…click kat situ, wokeyyy.

My dearie blog,

After that incident, I cant sleep at all, the whole night. Hati I benar-benar panas. Betul kata orang, “sakit hati ni menyiksakan”. I tak nak sakit hati kat orang, kalau boleh. Tapi, dah orang itu sakitkan hati I, apa boleh buat….dah nasib badan.

Lepas I agak tenang, I cuba fikir balik, apakah yang membuatkan I marahhhhhhhhh sangat. Pasal muntah kucing tu kah? Tidak, pada I, perkara tu boleh di bincang. . Pasal The Husband yang kuat membebel, pasal sepah kotor dan segala yang I bebel dalam entry sebelum ni….semua tu hanyalah luahan I yang tengah marah teramat. I didn’t really mean it. Biasa laa, bila hati tengah marah semua benda keluar. Semua benda nak diungkit. I akui, mulut I celupar dalam entry yang lepas. Maafkan I. Jadi, itu juga bukan lah punca utamanya. Pasal sewa tak bayar? Juga tidak. I tak berkira orangnya. . Duduk lah, asal jangan kacau hidup I. Yesssss….”Asal jangan kacau I” Yes, that is the keyword, itu lah punca sebenar kemarahan I. “Kacau hidup I”. I jarang campur dengan orang, I duduk diam diam dalam rumah pun, ada orang kacau I. Itu yang I marahhhhh sangat.

Part yang paling I tak dapat terima ialah bila Si Botak tu (The Husband) tuding jari kat I dan kata “Don’t talk to me, don’t talk to my wife and my kids.” …Part ni lah yang buatkan I melenting, meroyan, naik hantu sampai kan I usir dia keluar dari rumah I. Pada I, perbuatan tuding jari bila bercakap tu biadap sangat. Pada I, si Botak tu beri amaran pada I jangan cuba cakap dengan dia, dengan bini dia dan dengan anak anak dia. Hello…Siapa dia, nak beri amaran pada I?

Silap besar laa Si Botak oiii…Kau cakap tu silap tempat. Kalau kat luar, boleh laa kau cakap macam tu. Tapi kau lupa, kau cakap macam tu dalam rumah aku. Inside my house. (tak faham melayu aku repeat in English, padahal English aku pun broken entah apa apa..gasak laa..) Kau tak ada otak ker? Kau tak bagi aku cakap dengan kau, dengan bini kau dengan anak anak kau sedangkan pada masa tu kau dan bini dan anak anak kau sedang merempat kat rumah aku.

Jadi memang tepat lah jawapan I pada dia malam tu ..”In that case, get out from my house!!!” I rasa la kan, I ni tak la kejam sangat. Kalau laa dia tak libatkan anak bini dia, may be I boleh bertolak ansur lagi. Ini tidak, sampaikan dengan anak bini dia pun I tak boleh cakap, what is the hell they all stay lagi kat rumah I. Siapa tuan rumah kat sini? You or me? This is my house, kau tu yang menumpang. Kau menumpang kat rumah aku, lepas tu, kau tak bagi aku cakap dengan kau, kau tak bagi aku cakap dengan anak isteri kau. Baaaanyak cantikkkk!!!….Apa? Kau ingat aku tunggul dalam rumah ni? Nak jadi kera sumbang dalam rumah sendiri, tak boleh cakap dengan orang yang ada dalam rumah I sendiri?

Si Botak tu pulak, dengan bongkaknya kata “OK, I’ll move out tomorrow, I promise”..…I tak suruh dia promise pun, dia yang promise. Elok sangat la tu, boleh berambus laaaa. Memang dialu alukan. Aku tak hingin duduk dengan orang yang tak tau jaga privacy aku, dengan orang yang tak ada budi bahasa.

Satu lagi, yang buatkan I rasa si Botak ni dah melampau tak sedar diri, dia cakap begitu pada I, di depan suami I. Suami I ada kat situ masa tu. Di manakah rasa hormatnya pada tuan rumah? Kalau yer pun dia marah kat I, tolong laa respect my asben sebagai tuan rumah yang membayar sewa rumah ini, rumah yang dia, bini dia, dan anak anak dia, tumpang berteduh dari kesejukan musim sejuk sekarang ni. Apa perasaan dia kalau orang buat dan cakap macam tu kat isteri dia? But he was sooooo lucky because my asben penyabar orangnya. Dalam suasana yang panas tu, my asben ambil sikap diam dan lihat sebab dia tengok dua-dua (me and si Botak) dah naik hangin. Second, may be, I rasa my asben terkejut tengok wife dia yang selama ni lembut tiba tiba naik hantu malam tu. Memang I bagaikan dirasuk hantu malam tu. Bagus jugak, kalau my asben masuk campur malam tu, lagi kecoh laaa. Silap silap dah jadi kes polis. Breaking News satu Doha.

Malam tu jugak, si Botak tu cut the internet connection to our house. This lately, we all tumpang dia punya internet connection, the main internet was in his room. Wahhh…ni dah jadi macam kes Israel cut power supply ke Semenanjung Gaza nih. Dia ni macam nak perang besar dengan aku nampak gaya nya nihh. Sabar Aina, bawak bersabar….

The next day, I keluar dari rumah one whole day…Terbalik pulak kan, tuan rumah yang keluar. Bukannya apa, hati I masih panas, panassssss sangat, sampaikan I tak boleh dengar suara si Botak tu. Dengar dia masuk toilet jer dah menggelegak hati I. Lagi pun, I sedar, I tengah PMT (pre menstrual tension). I ada baca, pompuan kalau tengah PMT ni emosi dia kurang stabil, boleh bertindak diluar kawalan, boleh buat perkara yang tak disangka sangka. Silap silap I jadi macam Britney Spears, kena angkut naik ambulance Huiii, glamer you, siap masuk CNN lagik…ishhhh I tak nak sampai jadi cam tu. Baik I bawak bersabar. Istighfar banyak banyak.

Lagipun I mencongak congak, si Botak tu kata semalam dia nak pindah, sure dia nak angkat barang. Lagi laa serabut kepala otak I nanti bila dengar suara dia mengarah anak-anak dia angkat ini, angkat itu. Si Botak ni kan, kalau bercakap, tak tau cakap perlahan. Jadi, kalau I masih duduk kat rumah, bahaya. Sebab I dalam PMT mood, sementara si Botak tu pulak panas baran dan mulut macam puaka, dia cakap ikut sedap mulut dia jer, mesti bergaduh lagi. Baik I keluar sejukkan hati yang sedang panas membara. Even cuaca sejuk di Qatar ni pun tak dapat nak sejukkan hati I. Biasala, bila seseorang itu tak boleh solat, syaitan pun mudah laa menghasud. Bermaharaja lela lah syaitan-syaitan tu dalam badan I, siap berparty berdansa lagik, macam kat disco tu… suka betul syaitan tu tengok I marah kan?

Sampai ke petang, I rasa, I masih tak boleh nak terima si Botak tu. I tak nak tengok muka dia, I tak boleh dengar suara dia!!! Terbayang bayang dimata macam mana dia tuding jari kat I…. (I masih marah betul lagi nih…syaitan syaitan pulak tengah bersorak gumbira, siap dengan pom pom girl lagik, sebab telah berjaya menghasud I). I betul2 harap si Botak tu dah angkat bungkus by the time I balik. Rupanya, jangkaanku meleset, I risik risik, dia ada lagi kat rumah…I texted him, I tau, kalau I call, dia tak akan jawab phone call I. So I hantar sms jer laa..

“Remember, u promised me, u’ll move out from my house by today. Make sure, bila I sampai rumah malam ni, kau dah tak ada kat rumah I. Sebab I tak nak tumpangkan orang yang biadap dengan I, Yang tak tau jaga privacy I.”


He didn’t reply my text. Zalim kah I, celupar sangatkah mulut I? I rasa tak, sebab dia sendiri dengan angkuhnya janji yang dia akan keluar keesokan harinya..(you all should see the way he said that to me that night….angkuh sangat) He asked for it, he got it.

Alangkah kecewanya hatiku, bila I balik, belum ada tanda tanda dia kemas barang dia untuk pindah. Malam tu dia balik lagi ke rumah I. Mana dia nak cari rumah dalam masa sehari. And I believed that tak ada orang yang nak tumpangkan dia malam tu, so that dia terpaksa jugak balik ke rumah I. Tu laa…lain kali si Botak ooiii, bila bercakap tu, guna laa otak, fakir dulu apa nak kata. Ini main sedap cakap jer. “I promise I’ll move out tomorrow” kononnn…piiiirrraaaahhhh. Rumah aku jugak kau balik. Lagi pun, kau jangan ingat kau sorang jer tau marah, aku pun tau marah jugak.

Kiranya, I ni baik lagi I, biar laa dia tumpang berlindung dari kesejukan malam, untuk malam ni. Sekarang ni musim sejuk kat Qatar, memang sejuk giler kat luar tu waktu malam. Angin kuat pulak tu, bertambah tambah lah sejuk. I tau, dia tak ada tempat nak pergi. I fikirkan isteri dan dua orang anak dia yang masih kecil tu. Marah marah I pun, I masih ada otak untuk berfikir secara rasional, masih waras, masih ada perikemanusiaan. (time ni, I rasa syaitan-syaitan tu tengah frust menonggeng….)

Lagi pun, I masih ingat lagi, malah I tetap kenang jasa dia sekeluarga tumpangkan I and my asben selama 2 minggu kat rumah dia masa mula mula kita orang datang Qatar dulu. Dia tolong kite orang carikan rumah, temankan kite orang beli furniture…bawa jalan jalan. I still remember all those sweet times. I really appreciate it. Tapi, masa kite orang menumpang kat rumah dia, my asben and I jaga adap sebagai tetamu. Kite orang hormat dia sebagai tuan rumah, dan kite orang sedar yang kita orang ni menumpang. Sebaik jer dapat kunci rumah, we all moved out from his house…tak nak menyusahkan orang lama lama. I tetap akan kenang sangat jasa mereka pada I. Kite orang nak bayar, sebab duduk 2 minggu, tapi die orang tak nak duit. Dia ni baik sebenarnya, cuma dia panas baran. So, sebagai membalas jasa, we all belikan hiasan khat untuk taruk kat dinding sebab, masa keluar tu, I peratikan dia admire sangat hiasan khat tu. Diam diam we all beli, dan hadiahkan dia. Sweet sangat masa tu….

Kami jadi kawan baik. We all selalu pergi menempek kat rumah dia sekeluarga, dan dia sekeluarga selalu menempak kat rumah I…macam adik beradik. Semoga Allah membalas jasa baik dia sekeluarga pada kite orang. Honestly, am going to miss all those sweet times.

Begini lah I, kalau I marah, I cuma marah for that particular thing. Tak ada laa I marah sampai lupa segala jasa baik orang. InsyaAllah, bila reda marah ni, I lupa laaa… I tak simpan dendam. Bila I tak puas hati, I speak out. Satu lagi, kalau I marah kat seseorang tu, orang tu jer laa..tak der la marah sampai kat anak bini dia. Seriously, I tak ada rasa marah langsung pada anak bini dia.

Tapi, pasal kejadian ni, I can say that, he (siBotak) asked for it, and he got it. He deserved it. Dia tu panas baran dan ego tak kena tempat. Dan juga, salah masa…masa I tengah PMT. Silap besar laaa….. But, kalau I tak ada PMT pun, I tetap marah jugak kot, just my PMT mood make it worst. The moral of the story is, jangan cari pasal dengan pompuan yang tengah moody. Kalau nampak pompuan pompuan yang tengah moody kat opis tu, jangan nak diusik usik. Nahas nanti. Kepada para suami pulak, kalau nampak isteri tu moody dekat nak datang bulan, jangan nak cari pasal, silap silap periuk belanga terbang melayang layang. Women are unpredictable.

Back to the story. The next day, they moved, but it took 3 days to move all their things out from my house. Bayangkanlah betapa banyaknya barang dia. Tu pun ada lagi yang tak habis, antar barang yang dia tinggalkan ialah 2 bijik kereta mainan dia yang berharga RM5,000 each. Kalau aku jahat, aku gi jual kereta tu, dapat jugak at Least RM2,000 each. Apa dia ingat rumah aku ni store? Biar laa..I malas nak panjang panjang kan kes nih. Si Botak tu tak ada pun dah cukup rahmat dah….

Satu saja perkara yang I kesalkan, his wife. Dia pun buat ‘semacam’ jer kat I. Tak kan dia tak perasan, laki dia yang cari pasal. Tak kan dia tak tau lagi perangai laki dia yang panas baran tak tentu pasal tu. I want to explain to her the situation. I tried to call her, but she didn’t pick up the phone. So I texted her because I want to explain the situation….

“L (her name), sorry u’ve to go tru all this. U tak salah apa apa pada I. Tapi, macam mana kita nak tinggal sebumbung kalau dah ur asben tak izinkan I cakap dengan u & anak anak u. He is too rude to me!!! Honestly, I tak sampai hati sangat tengok u and ur kids angkat barang tadi. Sorry L, I cant accept ur asben anymore, but u’re still my friend”

She never replies my sms. Masa angkat barang pun, she didn’t even look at me. Pandang ke lain. Yang paling I sedih, anak anak dia lalu depan I pergi ke bilik air, pun tak pandang I. Sebelum ni, dia orang manja dengan I. Well, may be, L bersikap begitu pada I atas arahan suami dia. May be suami dia si Botak yang bongkak itu tak izinkan dia tegur I. Anak anak dia pun tak tegur I sebab ayah dia ajar buat macam tu….Mungkin dia isteri yang mithali, patuh cakap suami. Tak per laa….I tak menyesal dengan tindakan I mengusir siBotak tu sebab I memang tak ada pilihan lain. I dah tak boleh terima si Botak tu tinggal dalam rumah I.

But, I feel sad because I lost one of my best friends in Qatar. If one day, L sms me and say “hi” to me, I’ll always welcome her. And, am quite sure, dalam sebulan dua lagi, hati I dah sejuk, kalau I jumpa si Botak, dan dia senyum dan say “hi” to me, I masih boleh bual macam biasa dengan dia. I bukan lah pendendam dan I tak nak berpatah arang dengan orang.(at time ni, I rasa syaitan-syaitan tu menangis sambil ketuk ketuk kepala sebab kecewa, I tak nak putus kan silaturrahim, keh keh keh….ambik kau syaitan, aku bukannya jahat sangat!!!)

Inilah pertama kali, I alami pengalaman macam ni. It makes me feed bad, sooooo bad. I percaya, orang yang mengenali I, yang baca entry ni, tak kan percaya yang I akan bertindak sebegini rupa because I’m a softspoken person. I sendiri pun rasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Memang I macam di rasuk hantu. The moral of the story, jangan ingat orang yang lembut dan softspoken tu tak tau marah. Macam watak Qistina dalam siri SpaQ tu... Konon kononnyer I ni macam Qistina tu laa…

See, lepas I luah kan semua ni in my blog, I rasa legaaaaaa sangat…and I think, at this moment, I already can try to forgive him. Hopefully…..

Ini bukan pertama kali I tumpangkan orang. Dulu, jiran I Sudanese nak pindah, tapi dia nak kena gi UK dulu sebulan. Jadi dia tumpang barang2 dia kat rumah I. OK jer…sebab dia tau jaga adap dan budi bahasa.

To all my blog reader, peganglah pada peribahasa Melayu “Orang berbudi, kita berbahasa”.

10 comments:

Anonymous said...

salam,

kak aina,

see? i've told you before, yg wife dia pun ada attitude serupa dgn laki dia tu.. kalau betul dia baik hati, baik dia dah curi2 mintak maaf dgn u belakang hasben dia... ni makin u dibuatnya musuh...

dah le kak aina.. u jgn nak berlembut hati dgn dorang lagi.. lepas ni, bila berbaik dgn seseorang tu berpada2 saja. tak payah nak close sgt mcm ni lagi. karang bila jadi lagi kes mcm ni, u jugak yg merana hati..

anyway, kucing2 u mesti tgh kegirangan skrg kan? bila tgk si botak perengus & pemarah tu dah tak de lagi kat situ.. hihihi...

-himawari-

Cik Kiah said...

I can't understand why the wife cannot just remove the muntah kucing? Kalau muntah rumput bukannya kotor pun.

Kalau dah mentaliti diaorg cam tu, biarkan je, all i can say is good riddance!

Anonymous said...

cepat plak si parasit tu dapat rumah..ke menumpang kat mana pulak???

so tak der ternet lah sekarang ni...??.

Anonymous said...

fuhhhh hangin tul akak ni.. sabo kak sabo! nape la si Botak tu buat hal? org dh bg menumpang pon ckup baik la.. appreciate la sket..

apa2 hal pon yanz harap akan akan tenang lpas2.. fikir baik2 ya kak.. ishhh tkot la dgn akak skrg ni.

Belladonna said...

Aina, check your YM :)

Unknown said...

I think you should NAME & SHAME this dirty li'l bastard.

Put his photo somewhere on the net and tell everyone to be careful with this parasitic li'l f***er.

Kann..dia dah tak berbudi bahasa, so why should we? Lagipun, it's for everyone's sake as well..manalah tahu ada yang terkena dengan dia ni pulak!

Anonymous said...

its good kalau kita marah kat specific org je kan, tak melibatkan org lain, tapi tu kita,bukan org tu. Takpa its good for u n lesson on what was happned. Betul kata org, buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali........


onemore thing, i dont think your reader will judge u on this case.bukan selalu pun kan, akak kan jenis kaka2 riang gitu kalau senyummmmmmm**ops** jgn mare ye cik salmah!

Aina@Azila said...

himawari> a ah yer laa...
yess, kucing2 tu semakin kegirangan. patio tu macam dia (kucing) yg punyer...

cik kiah> yes, muntah rumput, bukannya kotor pun. ikutkan hati, i sendiri nak pergi muntah kat barang dia. baru dia tau jijik ker tidak.

dbi> entah lah..i tak amik tau mana dia pergi. dia keluar tu pun dah besar rahmat dah.

yanz> kau jgn tak tau, kakak engkau yg sorang ni, kalau mengamok, boleh kecoh sekampung tau he he he...alhamdulillah, now dah tenang dah.

belladonna> yes, i've read it...thanks :-)

lee> tak sampai hati laa nak buat cam tu. i ni kan baik..opsss sorry, masuk bakul angkat sendiri kah kah kah...

captluke> yess..u r rite, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali tak per, keh keh keh.....
*puji la lagi..puji laa lagi.

عيديد said...

Aina..
You memang Miss Congeniality. kasi org tinggal rumah. Gaduh dgn org pass tu at the end you still accept them klu dia tegur you. I read 2 episode of your long posting. So benda2 mcm munta kucing pun nak jadi punca gaduh. Sabar yer mcm kita ni duduk kat perantauan mcm2 cabaran. Tapi as Malaysian, kita dah jadi mcm sedara.



ps: Susahkan jadi pompuan ni ada PMI. hehhehe

Aina@Azila said...

AIDID> Macih bebanyak sebab sudi dengar i membebel ;-)...memang susah la ada kawan cam tu.
well pasal PMT tu, u kena laaa belajar amik tau, nanti dah kawin susah..he he he..