Sunday, March 2, 2008

Mengundi & Sand Dune

Sedih sedih...orang orang kat Qatar tak boleh mengundi. Tak aci ...tak aci... Pak Lah, kenapa hak kami dinafikan? Kenapa Pak Lah? Saya dah merajuk ni, lepas ni saya nak gi undi Barack 0bama lah.... Saya tak nak undi UMNO, saya nak undi Parti Demokrat.. Yes We Can 0bama, Yes We Can!!! Kenapa saya suka 0bama? sebab dia hensem and charming...ceria dan aktif. Tak de laa mengatuk bila memandang dia kan... I love when he smile, sweet sangat.


OK lah dah tak leh mengundi, apa nak buat, kirim salam jer laa yer kat calon-calon kat Malaysia sana.

*****************************************

Well, last Friday, I pergi 'sand duning' dengan Zals dan parents dia. Besttttt sangat. Kite orang bertolak dari Doha pukul 2.10pm menghala ke sempadan Saudi Arabia. Konvoi 10 kereta... I dan falili Zals, cuma 1 kereta, sementara yang lainnya, pelancung pelancung luar....mostly mat saleh. Jam 2.50pm, kite orang sampai ke Messaed. Sebelum masuk padang pasir, semua Land Cruiser berhenti untuk buang angin tayar. Kalau tak kempiskan tayar, jawabnyer terbenamlaa dalam pasir.....




Memang best..rasa macam naik roller coster. Sand dune ni tak statik, dia berubah ubah bila di tiup angin. So hari ni datang, ada dune kat sini, esok, dah tak ada dah...jadi driver akan mencari dune yang sesuai untuk membuat aksi. Yang paling best kalau dapat yang slope nyer 90 degree ... I suka sangat masa dia turun slope. Semasa menuruni slope, drive akan berhenti dan biarkan kereta sliding di atas pasir (how to explain hah???..) I suka sangat sebab dapat rasa pasir tu gebu.


I suka semangat kerjasama (teamwork) antara pemandu pemandu kereta. Kereta di hadapan sekali bertindak sebagai nagivator. Sementara kereta kereta di belakang betindak sebagai pemerhati, akan beritahu sekiranya dia nampak ada konvoi lain menghampiri kite orang untuk elak perlanggaran.


Lebih kurang jam 3.30 petang, kami berhenti di satu tempat, I tak ingat nama tempat tu.... terlatak ditepi laut. Subahanallah ... cantiknya ciptaan Allah, bila padang pasir bertemu dengan laut. Angin kuat sangat.... kurasa ingin terbang. Kami berhenti selama setengah jam di sini. Masa ni lah yang muslim mengambil kesempatan untuk solat asar. Susahnyer nak solat bila angin kuat, habis pasir masuk hidung masa sujud.


Kanak kanak mengambil peluang bermain sand sliding...macam best jer. I cuba jugak nak slide, tapi tak bergerak sebab vontot berat kot, keh keh keh... Tapi, memang best main pasir, gebu pasir nya. Di sini juga, handphone dapat coverage UAE dan Saudi Arabia...


Jam 4 petang, kami bertolak ke destinasi berikutnya....kampung badwi untuk bermain dengan unta....(bersambung)

4 comments:

I-CHARGE2U said...

memang best!!! APP pun kalau ada rezeki nak buat lagi.Insya allah jika diizinkan ALLAH, cuma di Saudi benda2 macam ni tak de..Nak ke UAE baru lah boleh..
AkakPokPek

Anonymous said...

aik.. kan bleh buat undi post kak? ni tak p hupdate dgn SPR la ni..

Encik Ayie Yang Garang said...

akak!! macam mana kah pasir yang gebu itu?? adakah macam telur rebus akak??

akak saya lapar lah.. saya nak makan nasik lemak dan telur rebus yang gebu~

saya sedang memikirkan bagaimanakah akak bermain sand sliding itu~

pastilah akak pun akan menggebu jugak di atas pasir yang gebu itu kan kan kan kan..~sambil buat pipi gebu macma najib tun razak

Aina@Azila said...

Akak Pok Pek> Best kak, datang laa lagi.

Yanz> Undi post pun tak leh kat sini. Takaci sungguh.

Spin> gebu mcm duduk atas tepung..