Monday, September 22, 2008

Tom Yam Penyu

Week end lepas, I belajar cara masak Tom Yam ala Penyu.... oppsss jangan salah faham pulak, bukannya penyu tu dibuat lauk tom yam, tapi kaum kerabat penyu iaitu udang dan sotong. (hishhh ...tak boleh buat tom yam penyu, nanti tak pasal pasal I kena saman dengan Pencinta Alam sebab Penyu ni binatang protected).

Mula mula, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, serai, daun limau purut dan cili padi (serai dan cili padi di ketuk ...ketuk laa dengan apa cara sekali pun, asalkan dia pecah).

Bila dah berbau wangi tu (mesti tau bezakan bau wangi dan bau hangit tau... hangit pun berbau jugak), masukan cili boh dan pes tom yam. Kacau. Lepas tu tambahkan air.

Lepas tu, campurkan susu cair (evaporated milk) dan masukkan adik beradik penyu yang lain tu, udang dan sotong. Kalau nak campur ayam dan daging pun OK jugak. Sebab yang masak ni Cik Penyu, so dia guna udang dan sotong laaaa.... Jangan lupa, masukkan garam secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan sayur sayur... hari tu Cik Penyu guna cendawan, bunga kobis dan tomato. Akhir sekali, perahkan limau nipis. Hari tu tak ada limau nipis, so terpaksalaa guna limau kasturi. Tapi limau kasturi tak masam sangat, so, we all tambah asam keping..hmmm ok gak.

Bila dan siap, boleh laa dihidang dengan nasi atau mee atau mihun....

1 comments:

himawari said...

salam kak azila

hmmm...sedapnya tomyam..
biasa jugak buat ,tapi sy tak pernah la pulak campur susu. boleh cuba ni :=)