Selepas hampir dua jam perjalanan dari Jakarta, sampai ke Lido Lakes Resort. Eh!!! Ini bukan Pantai Lido kat Johor tu tau, ni kat Indonesia laa..... Ia terletak di Sukabumi, antara Jakarta dan Bandung, tidak jauh dari Bogor.
Lido Lakes Resort ni terletak di kawasan bukit, pada ketinggian 500m dari aras laut. Jadi suasananya sungguh nyaman dan sejuk.
Ketibaan I dan habibi disambut mesra oleh karyawan hotel (di sini, staff di panggil karyawan). Di sini, I ada ramai anak, semua panggil I 'ibu'.... 'pagi ibu', 'sore ibu', 'ibu itu', 'ibu ini'. Yang dah tua pun panggil I 'ibu'. Adoiii... bila laaaa pulak I ni jadi emak die orang? He he he.... Ibu tu panggilan sebagai tanda hormat, kalau kat Malaysia di panggil Puan. Ibu pun ibu laa... apa nak buat, dah itu istilah dia orang.
Lido Lakes Resort
Enjoy the slide show.
Kebetulan, semasa I sampai, musim hujan. Bestttttt sangat. Tidur malam dihiburkan dengan suara suara katak ong. Rasanya, dah lama sangat I tak jumpa katak ong. You all tau tak, katak ong? Itu, katak yang besar, yang selalu menyanyi bila musim hujan tu. I panggil itu katak ong.
Hotel ini memang sesuai untuk berehat. Menyesal I tak datang awal lagi. I like every single view of the hotel especially the architecture and decor. Simple but yet harmony.
Harganya juga tidak terlalu mahal
Superior Room - Rp 767,800 (anggaran RM300)
Deluxe Room - Rp 874,500 (anggaran RM350)
Halimun Suite - Rp 1,078,000 (anggaran RM430)
Lido Suite - Rp 3,052,500 (anggaran RM1200)
Hotel ini lebih kepada outdoor activity, sering digunakan untuk team building dan juga outwardbound, seperti;
River Rafting, Night Tracking, Leisure walk, Water tracking dan juga ATV (all terrain vehicle).
I berpeluang pergi Leisure Walk iaitu Village tracking di Lengkong Hill. Tujuannya untuk excercise sambul melihat kehidupan masyarakat setempat. Memang menarik sekali. Pada I, yang menariknya, banyak aktiviti masih dilakukan secara tradisional.
Disebab kan I tak ada geng, I cuma pergi sorang saja, di temani dengan seorang ranger bernama Mutu. Mutu baik dan sabar orangnya. Sabar melayan kerenah I yang sikit-sikit nak bergambar, sikit-sikit nak bergambar. Tapi berjalan dengan Mutu memang menarik...tidak membosankan langsung. Masyarakat kampung juga peramah.
Trip ni mengambil masa 2 jam, kami berjalan hampir 7 km. I benar benar suka Leisure Walk ni, relex dan santai sambil mengeluarkan peluh. Bayarannya murah Rp45,000 (anggaran RM18) dan air botol disediakan.
I think am gonna miss this place and also the people here. Yang paling best ialah layanan pekerjanya. Superb!!!!! Dalam seminggu, I dah rasa macam family sendiri. Sama-sama menonton keputusan US election, we all semua support Obama. Kepada semua karyawan Lido Lakes Resort, am gonna miss you.











10 comments:
seronoknyaaaa.. @pp pun nak gi jugak lah..
tapi @Pp rasa kalau habibi aina taqk keje kat situ, u x sampai jugak kan..
anyway, enjoy this vacation. U deserve it, after what has happened.
take care!
cantiknya pemandangan, damainya persekitaran..
mesti akak dah 'Suka Bumi' ni kan.. hehehe
tapi memang best la, tgk gambar2 tu pun dah boleh rasa lapang je kepala..
& gambar yg paling best, kucing disebalik pokok misai kucing! so cute..
Chanteque and serene yaamat!!! Waaahhh ala ala falling in love all over again kekdahnya kalau bersama sama laki kat sinniew noh??? Sakan!!!
alamak, u letak gmbr2 cenggini, rasa cam skang nieh jugak i nak terbang gi sana .. huhuhu .. mcm best plak rasanya ..
mula2 tak nak pergi...dah sampai tak nak balik pulak..anyway..hope kak aina dah boleh lupakan what had happened..kuatkan semangat...
hi k.aina. saya ni silent reader..saya suka baca blog akak ni. well, nice placela Lido Lakes Resort tu..end of the year kena plan pegi sana la..:) :D
akakkkkkkkkkkk... nak balikkkk. nak g jakartakkk pulakkkkk... tak kiraaaa.. saya nak balik jugakkkk!!
@PP> memang betul kata @PP, kalau habibi tak ke sini, tak mungkin saya sampai ke sini.
Himawari> memang mendamaikan, lapang dada rasanya. Tak ada pollution. orang2nya baik dan tersenyum selalu seumpama tiada masalah.
And that kucing,memang cute. rasa nak curi bawa balik M'sia he he he
Lee> Cantique yaamat uols. You shud bring Avang there. Tempat tu still virgin kaedahnyer berbanding dengan Bali. Ada jugak mat saleh yg macho kat situ, those yg suka adventure.
yatie> terbang lah ke sini, kan ku menantimu...kah kah kah...yer laa, kalau dah hari hari hadap padang pasir, sekali sekala, tengok hijau, tenang bijik mata kan.
Nash> tu laa..mula mula tu ingatkan hutan mana laa kan, sekali dah pergi, i fall in love with that place. Ketengan dia buatkan akak tak nak balik hu hu hu.
Syiera> thanks for visiting my blog. Memang nice sangat Syiera, sesuai sekali untuk yang inginkan kedamaian, sebab kawasannya masih belum tercemar, segala nya masih asli dan tradisi. basuh baju masih di sungai.
Encik Azrin> Heipp!!!..baru pergi dua bulan, dah nak balik... Pergi ambik buku, baca!!! *gaya akak tiri sambil pegang rotan sebab adik degil tak nak baca buku kekekekek....
Tenang n aman jer kat resort tu...bestnye...nak pergi juga laaaa.............
hi..
seronok baca your entry ni. glad u had fun there. rasa nak pegi je kat situ.
Post a Comment