Monday, January 19, 2009

Pelbagai acara besar-besaran

Salam semua, maaf laa... dah lama I tak masuk blog. Jauh sekali laa blog hopping. Email pun tak bercheck...bukak tadi ada 576 unread email... minta maaf laaa kepada yg hantar email tu ya. My facebook dah lama tak log in, entah ingat entahkan dah lupa passwordnya.... Tu laa kan, busy sangat.

Buzy apa? Buzy dengan pelbagai acara "besar-besaran".... Di Gaza sana, Israel menyerang Palestin secara "besar-besaran". Nak harapkan PBB, setakat bercakap jer...lepas cakap, pas tu makan. Makan yg sedap-sedap pulak tu. Pas tu cakap lagi, action tak dak. Raja raja Arab pulak macam kena pukau, diam bodoh sajaaa...seems like nothing happen... sedangkan hari hari ramai kanak-kanak mati dan cedera. Siapa yang susah? I jugak yg susah..

Dalam sibuk di Timur Tengah sana, I kena rush balik Malaysia sebab nak kena tolong Mawi buat kenduri kawin secara besar-besar berkonsepkan Arab di hotel istana kuda. Penat tau!!! Tapi superb. Lepas tu ramai laa pulak yang mengkritik, kata macam-macam. Haiii...orang melayu ni pun satu hal. tak boleh tengok orang lebih sikit, ada yg nak dengki. Kesian kat Mawi, dia serba salah. Dia ada kata, kalau ikutkan dia, dia nak buat yg sederhana jer. Tapi, kala dia buat kecil-kecillan, nanti orang akan kata dia kedekut laaa, lupakan peminat laa apa laa... Dah nak bagi puas hati peminat, buat laa live kan, so semua orang boleh tengok. lepas tu, ramai laa pulak orang yg nak sponser. katanya kek sejuta ringgit (entah betul entah kan tidak).. tapi pada I, time ni laa pengusaha kedai kek nak buat promosi. Biaq semua orang satu malaysia ni tau dia pandai buat kek kan. Para pereka fesyen pun time ni laa nak tunjuk bakan die orang. Kalau die orang ni buat kat kenduri Minah dan Awang kat kampung tu, siapa laa nak tengok.

Lepas, kenduri mawi lari kejap ke Trengganu, ada Pilihanraya kecil kat sana. Waalupun pilihanraya kecil, tapi ia "besar-besaran" jugak. Tak pi tengok pun tak kena jugak, sebab katanya semua polis dihantar ke sana untuk menjaga keselamatan. Sampaikan polis dari Perlis pun ada kat Trengganu. Hebat betul!!!! Keputusannya, Pas menang. Opss..I tak memihak pada mana-mana. Pada pendapat I, umno terlebih propaganda. Kalau lebih2 sangat, orang tak percaya. I pun dah naik muak tengok berita tv3 dan rtm. Kok yer pun, biar laa ala kadar jer.

OK laa, I nak ke Washington lak, sibuk dengan majlis inaugration Obama yg di buat secara "besar-besaran" jugak. Beribu-ribu orang dah siap tunggu nak tengok persiden kulit hitam yang pertama. Lepas ni orang putih jangan nak berlagak lagi laaa.

Lepas tu, I nak kena sambung kerja I kat Gaza....hisshh sejak I tinggalkan Gaza, semakin berani Israel tu siap serang hospital la pulak...ni dah melampau ni.

Akhir kata dari I, "MARI LAH KITA BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTU-KUTUNYA SECARA BESAR-BESARAN"

5 comments:

noel said...

alahai ciboknyer dia...

abih sapa yg dok melengkau atas katil tuh...ish ish ish...kesian tilam empok tuh


kagum...speechless

Unknown said...

Tu diah..bz nyer diaaaaaaaaaaa **sujudssss!!!

Hiks....

captainlukman said...

akak mmg clusttttttt!! jadi mak andam mawi kah?? sian dia tu ar lengkali jadi je saya yg dok gelemer ni kan hehehe

jgn busy duk depang tv sambil mulut ngunyah2 sudeh yer hahaha

ummu asiah said...

penuh bermakna sekali...

....peka dengan segala yang berlaku di sekeliling kita...

la ni semua rasa boleh rileks la kot maklomlah Si jahanam Israel tu kononnya berhenti menyerang...dok relax2 nak tengok gelagat obama la pulak..

tapi kita tak boleh relax kan...kena ronda-ronda selalu melawat semua kawasan di dunia ni..sampailah keadaan selamat aman makmur..

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

bzzzzzz,...nyeee...
hehehe...

nyelahkan...kena lah tahu ape yang berlaku...

tak sabar nak tengok cara pemerintahan Obama...

Israeil...yang durjana....