Lately, I agak emo. Thanks to my blog readers sebab bagi I kata2 peransang.
Dah agak lama I tak emo, cuma... emmm... setenang-tenang air, kalau ada orang lontar batu, berkocak jugak kan? I dah cuba kumpul kekuatan untuk hadapi kenyataan dengan tenang, tapi.. ada juga orang yang cuba lemparkan batu. Kalau satu batu kecil, tak per lagi..tapi kalau dua tiga batu... bisa bikin jiwa ku kacau semula.
It started with the visit of my old friend. I tau, dia tak bermaksud nak menyingung perasaan I. But she reminded me of arwah my dad. I memang paling sensitif bab ni. Sejak I balik Malaysia, I bertarung untuk menerima hakikat bahawa my dad dah tak ada. Tak mudah u all, sebabnya, I tak tengok dia buat kali terakhir.
Selepas my old friend tu balik (berturut-turut berlaku), ada laa sorang sedara tu call I, tanya I tak pergi ziarah kubur my dad ker. batu nisan dah pasang ker... I jawab batu nisan dah lama dah pasang, cuma I tak pergi ziarah. Dia tanya pulak lagi, kenapa tak pergi ziarah kubur abah? Huaaaaa..... Perrgggg..... kalau mula tu, soalan kawan I tu, umpama batu kecil yang dilontar ke air yang tenang..cuma berkocak jer. Tapi, phone call tu umpama batu besar di lontarkan ke atas air yang sedia berkocak. Terus mencetuskan gelora dalam jiwaku. Semua memories datang semula satu demi satu.
Kepada yang tak tahu my old story... my dad passed away masa I kat Doha. Dia sakit...tapi I tak dapat jaga dia sebab I mengikut suami ke Doha. Make it worst... adik beradik my dad pernah mintak I balik ke Malaysia jaga my dad. Tapi macam mana I nak buat? At the same time, my hubby needs me at Doha. Pada masa tu, I memang rasa bersalah... malah sampai sekarang I masih rasa bersalah. Tapi, bila I fikir secara rational, dan rujuk kepada hukum Islam. I wajib ikut suami. But emotionally..it is not easy.
Betapa beratnya derita perasaan yang I tanggung masa tu... nak memilih antara abah dan suami, sampaikan I rasa ... i nak bunuh diri saja. Biar I mati senang, tak payah pilih suami atau bapa. Tapi, I ni tak ada bodoh nak buat kerja macam tu. Alhamdulillah... iman masih ada. But, honestly, the tot of suicide tu ada. Hanya iman dan akal yang menyelamatkan. Susah tau nak pilih antara dua. Dah tu pulak, satu kat Malaysia, satu kat Doha. Dengan iman senipis kulit bawang, I pilih cara yang ditetapkan oleh Islam. tapi tebal laa telinga. Antara yang kritik I, kawan I sendiri, sebab dia berpendapat, suami mungkin tinggalkan kita tapi bapa, itu jer laa seumur hidup ... (sampai sekarang I jauhkan diri dari dia, sebab dia akan ungkit perkara ni). Ditambah lagi, I tak sempat tengok my dad buat kali terakhir.
Berbeza dengan pemergian my mom, dia hembuskan nafas terakhir di hadapan I. I mandikan jenazah dia, kafan... kiss dia buat kali terakhir. Lepaskan dia diusung pergi. I sedih cuma dua tiga bulan saja. Tapi, my dad.... susah I nak terima hakikat. I tak nampak dia 'pergi'... I rasa macam dia ada. Yang I nampak, keesokan nya hanyalah bekas tanah yang masih basah... has been told that itu lah kubur my dad. I rasa macam I nak gali kubur tu, nak tengok, betul ker? Or die orang tipu I. (itu cuma perasaan I saja, off course laa betul kan).
Balik kampung, orang asyik bercerita pasal my dad. "Kesian laa masa dia sakit, sorang2." "Sedih laa tengok keadaan dia"..... Ya Allah... ayat ayat itu umpama mengiris perasaan I. Bagaikan disiat-siat. I bukan sengaja nak tinggalkan my dad... I have too. Selama di Doha, I ulang alik balik Malaysia visit my dad. Tapi, tak boleh laa balik setiap minggu ... tiket beribu2 ringgit. Tak silap I, 4 kali I balik. I tak tinggal my dad begitu saja, I upah dua orang jaga my dad. Kenapa orang masih nak menghukum I?
How bad? Selepas I balik Malaysia, I found that dalam tandas, ada selipar my dad. I tak boleh masuk tandas tu. I beli selipar baru, I suruh Cik Penyu amik selipar tu buang dan gantikan dengan yang baru. I juga suruh Cik Penyu reaarrange bilik my dad sebab I tak boleh masuk bilik tu (I siapkan 1 bilik untuk my dad di rumah I) . I juga suruh Cik Penyu kumpulkan baju2 my dad dan letak sebelah sebab I tak nak tengok. Sehingga hari ni, dah 1 tahun 9 bulan my dad meninggal. I masih tak boleh baring di atas katil di bilik my dad.
I masih dihantui oleh rasa bersalah dan I tak dapat nak memaafkan diri I. Walaupun rasionalnya I tak bersalah, dan tak ada apa yg perlu dimaafkan. I did the right thing. But emotionally... it is not that easy.
Kenapa? Kenapa I boleh terima pemergian my mom dengan redha, it only took few months for me to recover the strenght. But, my dah.... 1 tahun 9 bulan berlalu. How to get it rid of my mind? I keep telling my self, bukan salah I, bukan salah I... I tak bersalah...tapi.... kenapa susah sangat?
I bukan nak lari dari masalah.. tapi... inilah jadinya bila ada orang mengingatkan I pada my dad. I jadi heywire, emo.... Dulu, I dah berjaya bangun semula, but now... am down again. I need to pull all my strength again to convince myself. I want to stand up again, face this life, face the reality. But am just realised, am still fragile.
All I have is just my blog readers. U all saja yg sedia medengar keluhan hati I. Orang yg baling batu tu mana pergi? lepas baling batu, buat I jiwa I kacau, dia menghilang. Dear my blog reader.... macam mana I nak lupakan kesedihan itu? Please tell me how. I need to free myself from all those bad memories. I mesti bebaskan diri I dari rasa bersalah. Masalahnya, I tak bersalah 100%, tapi kenapa I rasa bersalah. I keep telling myself, masa tu, I dalam keadaan tersepit. I choose what am suppose to choose. Am I still guilty, if not, why I still have this kind of feeling. I have to learn REDHA, but redha is a word which is easy to say, but very hard to do. Ia memerlukan penghayatan jiwa dan raga. What am suppose to do. My daer reader, please tell me how.



11 comments:
Ayah saya cakap, tak semestinya nak kena lawat kubur utk mengingati insan yg telah pegi...doa setiap kali sembahyang sudah memadai..
untuk kita yg masih hidup ni..buat la doa selalu..n kalau rezeki lebih buatkan kenduri arwah etc...insyaallah akak akan tenang n arwah pun dpt doa dari anaknya...be strong...
Aina,
Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan konflik Aina ini. Fikir secara logik, mmg nampak kejam bilamana ayah yang membesarkan kita di tinggalkan ketika hari2 terakhirnya yang nampak begitu pasti. Tambahan pula, sewaktu kita kecil kita di tatang bagai minyak yg penuh, tambahan Aina anak tunggal. Kita tak tau apa yang di rasai ayah Aina di hari2 terakhirnya. Tapi jika kita di tempatnya, mungkin kita akan rasa sangat keciwa tidak dpt menghabiskan sisa2 yg ada dengan satu2nya anak yg terhasil dari cinta sejati. Benda sudah berlaku, apa yang di kata oleh orang sekeliling ada benarnya.
Rasa bersalah itu perlu kerana itu menunjukkan Aina masih waras. Jika Aina langsung rasa tak bersalah, tidak menyesal bermakna Aina anak yang kejam.
Hukum agama membenarkan Aina meninggalkan ayah dan mengikut suami. Tetapi bagi saya, suami yang baik dan soleh, pasti akan menasihati isterinya untuk kembali "sementara" ke pangkuan ayah yang sedang melalui hari hari terakhirnya. Sesungguhnya tolak ansur itu tiada yang rugi. Malangnya sudah terlambat.
Apa yang mampu di lakukan sekarang, doa dan sedekah dari anak yang solehah adalah yang terbaik sebagai bekalan yang pasti untuk ayah dan ibu di sana.
Moga Aina akan memperolehi ketenangan selepas ini.
aina, sabarlah & kena ingat syurga untuk ibubapa kita jika mempunyai anak yg soleh & taat pada somi
Isis> Memang, itu yg akak buat... tak pernah lupa doa dan sedekah alfatihah setiap kali lepas solat. Sedekah kan yassin dan memberi sedekah/amal jariah atas nama arwah. Juga buat tahlil di masjid di KL not kat kampung. Sama jer kan di mana.
Nashriza> Doa dan alfatihan tak pernah lupa setiap kali lepas solat. Akak percaya roh dalam keadaan tenang sebab setiap kali akak mimpikan mereka, mereka dalam keadaan baik. Mimpi itu adalah petanda keadaan mereka.. i beleive it.
Hamba yg tak sempurna> You are rite. Perasaan seorang anak...
But my husband izinkan I balik beberapa kali dai Doha ke KL utk visit my dad. I kerap ulang alik sorang.. do u know how much he has spend for that? Memang laa tak mampu nak balik setiap minggu. Setiap kali I balik Mesia, I harapkan my dad meninggal masa I ada disisinya. tapi, ajal di tangan Allah. My habibi tak boleh sendirian lama-lama. I upah dua orang untuk jaga my dad. Di takdirkan my dad pergi masa I tak ada di Malaysia. I rasa I dah cuba buat yang terbaik. I cuba redha dengan ketentuah Allah, but people still menghukum I. Kalau I tau my dad dah sampai nak pergi, sure I dah balik utk berada di sisi dia. Masalahnya I tak tau bila ajal dia.
Tak macam my mom, I tau 24 hours sebelum dia pergi. But my dad, I dapat tahu bila dia dah tak ada. I tak boleh menidakkan ketetuan Allah kan?
I just hopping people around me, give me a chance to build a new life.
Kak N> Thank, mudah2an...
Dah lama juga saya dapat tenang, entah tiba2... jiwa bergelodak semula. I looked back entry I yg lama2, dah lama I tak macam ni. Biasanya kalau I gundah gulana, blog laa tempat I luahkan. Just out of sudden... all the memories flashing back into my mind. Bikin jiwaku kacau semula.
kak,
masa tu akak tak tahu kan bila ajal ayah akak? kalau akak tahu, mesti benda2 ni tak terjadi. masalahnya kita tak boleh tahu bila ajal maut dtg menjemput.. so stop blaming yourself.
ingatlah, Allah tak akan uji kita, sekirannya kita tak mampu nak pikul beban & dugaan tu. Allah tu kan Maha Pengasih lagi Mengasihani. semua yg berlaku ni pasti ada hikmahnya.
kuatkan semangat akak, belajar untuk redho apa yg dah berlaku, anggap ini ujian dariNya.
(memang senang je nak ckp, sebab saya belum melaluinya lagi, tapi sama2lah kita ambik iktibar untuk diri masing2..)
be strong ye kak..
nak gelak jap boleh??, untuk divert your kesusahan hati tu..
i just knew that we are 'sebaya' from that blog(u-know-whose).. hahaha.. tapi semestinya la i muda dari u, muda bulan je..:P
so, no more 'akak' la lepas ni.. hehehe..
Hahaha... its okey. tapi dia tu (u-know-who) lagi tua dari kita kan kikikikiki....
akak..sy taw akak kuat. akak tenang saje yer...
Salam Azila,
I baru je khatam blog you. Thank you for sharing your life experiences. I think kita sebaya sebab dilahirkan pada tahun tikus and like you, rumah I pun macam tempat tikus jugak...hehehe
Kita ada banyak persamaan sebenarnya, mak and ayah I pun dah meninggal. Tapi, I ada 2 adik lelaki. Well, used to have two, now I have only one... My youngest brother passed away on 26th of August last year (accident), while I was in Khartoum. And I tak balik pun, kalo balik pun sure tak sempat jumpa sebab I nak dia dikebumikan cepat. Hanya jiran2 dan saudara-mara yang menguruskan beliau...
I only managed to visit his grave end of last year. Masa dah dekat 100 hari... I really understand how you feel because I'm feeling it now... Masa kehilangan mak n ayah, I takde la seteruk ini. Mungkin sebab I tak dapat jumpa dia for the last time...
Dear Azila, be strong! Come and visit my blog if you have time. Would really appreciate it if we could be friends :) Marilah kita sama2 belajar redha dengan ketentuanNYa. au revoir!
Kesian uols... I feel for you, really...nak nak macam kita ni yang dok jejauh dari keluarga bagai. It's really hard actually *HUGS*
Hope u r okay...molot manusia mmg macam tu, ada je tak kena...
Post a Comment