Friday, July 30, 2010

Mathematic Oh Matematik.

Salam semua, dah agak lama I tak membebel di blog ini. Tak ada masa...dengan kehadiran si kecil, I memang tak cukup ruang untuk duduk dan menulis. Ini pun I tulis main tangkap muat jer sementara dia tengah tidur.


Sebenarnya, apa yang ingin I katakan di sini dah lama ada dalam kepala, cuma tak der masa nak diluahkan. Beberapa minggu yg lalu, I ada terbaca satu artikel mengatakan peratusan pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 yang tidak tahu mengira semakin meningkat.


Saya tidak terkejut dengan berita ini.... Berdasarkan pengalaman saya sebagai private tutor, dan saya juga rajin berbual dengan budak2, kebanyakan mereka kata, mereka tak faham apa yg cikgu ajar di sekolah. Memang ada rasionalnya, Matematik dan Sains diajar dalam bahasa inggeris, tujuannya, supaya pelajar mudah menyesuaikan diri bila di universiti kelak.


Persoalan saya ialah.... berapa kerat sangat yang akan berjaya melepaskan diri ke universiti. Bagaimana dengan yang lain? Kalau dah campur tolak darab bahagi pun tak tahu.... bagaimana mereka nak survive dalam hidup ini. Nak jual berger pun kena tahu campur tolak darab bahagi.


Pada pandangan saya laa kan, cikgu patut diberi kebebasan/lebih linear ketika mengajar. Kalau dah tengok budak2 tu tak faham sepatah habuk pun (terutama bagi kelas yang lemah), ajar jer laa guna bahasa yg mudah difahami. Bukan untuk score A, tapi cukup untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran mengira. Bagi kelas yang pintar, ya teruskan dengan silabus biasa.


Saya rasa, kalau budak itu cuma jadi penjual berger, atau jual ikan atau sayur kat pasar, mereka tak perlu guna bahasa inggeris untuk mengira.... kira dalam bahasa melayu ker, kira dalam bahasa cina ker bahasa tamil kar,,yg penting...TAHU MENGIRA.


Apa yg saya perhatikan kini, sekolah sekolah berlumba-lumba untuk dapatkan seramai yg mungkin murid score A. It is good, tapi...bagaimana dengan budak yg memang lemah. Tak semua insan dilahirkan bijak. Dalam keghairahan nak mencatatkan bilangan pelajar A terbanyak, pelajar2 yg lemah ni terabai.


Saya kagum dengan SRJK.... mereka ajar pelajar sekolah rendah dalam bahasa cina, iaitu bahasa yg mereka fahami. jadi, penguasaan asas matematik mereka kukuh. dan saya lihat, mereka tak ada masalah, bila ke sekolah menengah, matematik diajar dalam bahasa inggeris.
Kenapa mereka boleh?


Saya tak berhasrat agar kementerian mengubah sistem yg sedia ada... cuma, berilah kelonggaran kepada guru untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang dapat difahami oleh pelajar.


Maaf saya tulis tunggang langgang.... tak sempat nak edit ayat... baby dah bangun.... Yg penting, apa yg terbelengu di hati dah dikeluarkan.


Ya, saya mengajar/menerangkan kepada pelajar dalam bahasa melayu, dengan menggunakan ayat yang paling mudah. Bila meraka dah faham 'konsep', saya sambung dengan latihan dalam bahasa inggeris, mereka tak ada masalah untuk menjawab. Bukan untuk berbangga di sini, tapi cuma sebagai contoh, dah terbukti, pelajar saya yg sebelum ni, nak dapat 40% pun susah, sekarang dah boleh mancapai 70% ke atas.... Asas perlu kukuh.

2 comments:

hunny said...

betul... sebenarnya bukan student saja yg tak faham. tapi cikgu sendiri pun confuse. mmg kesian bab ni. saya sendiri pun putus asa bila tengok anak saya faham mathematic bila saya ajar melalui buku latihan yg di beli di kedai. tapi bila cikgu mula speaking london yg tunggang langgang..... dia terus jadi confuse. and bebudak ni tau je la... cikgu cakap la yg paling betul.. mak bapak cakap....susahnya nak betul. camner tuh ?

kalau la mama aina dekat ngan rumah saya.... saya booking tiap tahun jadi private tutor. masalah di tempat saya private tutor adalah bebudak lepas SPM yg isi masa lapang carik duit lebih.

Aina@Azila said...

hunny,

tu aa pasal, bila student tak faham, so mereka tak minat.

walau apa pun org kata, saya tetap mengajar dalam bahasa dan istilah yg difahami oleh anak murid saya. alhamdulillah, walaupun saya guna dwi bahasa, student saya tak ada masalah manjawab dalam english....bila mereka faham, insyaAllah mereka akan minat.