
Entah apa mimpi, selepas lebih seminggu my hubby outstation, tetiba boss hubby I offer tiket balik Malaysia as my hubby kena stay lama lagi kat Qatar. Memula tu rasa suspen jugak nak balik Malaysia sorang sorang sebab I dah lama tak travel jauh sorang. Nak pulak, flight SIA dari Abu Dhabi depart jam 1 pagi, makna nya I kena ke Abu Dhabi International Airport lebih kurang jam 10 malam. Takut jugk nak naik teksi malam sorang sorang, dibuatnya teksi tu bawa ker padang pasir dan entah apa apa lagi....Hisshhh macam2 perkara negative bermain di kepala. Tapi tiket free, siapa yang tak nak. Lagi pun I jugak yang demand nak naik SIA, Gulf Air tak best konon. Alhamdulillah, nasib baik laa kawan I, Ramli dan Aida bermurah hati tolong hantar I ker Airport. Terima kasih banyak banyak laaa Ramli, Aida.
Hooray...lebih kurang jam 4.30pm tanggal 9 Nov 2006, I selamat tiba di KLIA dengan menaiki pesawat SIA. Dan ketibaan ku di sambut dengan hujan renyai-renyai. Bestnyer nampak hujan. Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak hajat I nak rasa hujan.
Sampai jer kat rumah, I disambut dengan suara katak ong...terasa merdu pulak suara katak tu memanggil hujan. Yer lah, di Abu Dhabi mana ada katak. Dan sekali sekala di selangi dengan suara cengkerik. Malam tidur bertemankan nyamok...kat Abu Dhabi pon tak ada nyamok. Indah nya tanah airku.
Keesokan harinya, dengan kerata yg dipinjamkankan oleh Mak Usu yang baik hati, I menyambung perjalana ke Utara, untuk berjumpa ayah di kampung. Penat betul drive sorang sorang ker Utara but I really miss abah. And at this time, I really miss my hubby too. Biasanya dia yang drive..but for my abah, I sanggup buat apa saja. Walaupun hujan lebat selebat lebatnya sepanjang perjalanan. Nak sangat hujan...? Nah rasakan!!!
Setelah beberapa hari di malaysia, tiba lah saat yang paling sedih, berpisah dengan keluarga dan kembali ke Abu Dhabi. Cuma bezanya, kembalinya I ke Abu Dhabi di temani oleh kakak ipar dan adik ipar akan bercuti di Abu Dhabi.


0 comments:
Post a Comment