Tengah meeting, mana nak buang, mana nak simpan... banyaknyer barang, fening fening...
Macam macam kite orang jumpa, termasuklah beg 'zaman jepun' ni.
Almari antik yang di buat sendiri oleh my grand father.
Barang yang tak nak, kite orang bakar jer. Eppynye... my cousins yang kat KL suka sungguh main api. Kat KL mana boleh buat cam ni.The best part is makannnnnn....
Dah lama kite orang tak berkumpul begini, memang meriah. Cuma masa saja yang terhad. Pakcik pakcik dan makcik makcik yang kat KL dah nak kena balik kerja hari Isnin, sementara makcik makcik dan pakcik pakcik kat Kedah sibuk dengan jemputan kenduri kawin. Maklum laa cuti sekolah. Dalam masa yang terhad, alhamdulillah kite orang berjaya jugak untuk berkumpul walaupun cuma about 60% of the family members. My grand ma meninggal bulan August tahun lepas, my dad as the eldest of the family passed away 3 weeks ago.
Family I ni memang special, kite orang tak pernah bergaduh sesama sendiri. Rahsianya, adik adik sentiasa hormatkan abang. Setiap decision, die orang bincang adik beradik. Dulu my dad the eldest, anything, semua orang refer to my dad dulu. Now my dad dah tak ada, my PakNgah (the 2nd) become the eldest of the family. If my Pakngah tak sihat, my Pak Lang (the 3rd) akan ambil alih.
For example, last two weeks, I jumpa Pak Lang (the 3rd) bertanya apa yang patut i buat dengan rumah pusaka ni as rumah ni automatically turun ke nama I. But my Pak Lang said "Go to Pak Ngah first, get his advise. If Pak Ngah say he cannot handle it, then, baru Pak Lang akan uruskan"...can u see...so sweet kan. Pak Lang I pun pesan, kita kena ikut hiraki, baru keluarga harmoni. Yes, memang pertalian adik beradik father I harmoni sangat. Malah ada orang kampung yang jadikan keluarga kite orang sebagai keluarga contoh. I vangga sangat uols.
Tambahan pulak, my dad, my pak ngah dan my pak lang I merupakan bekas Guru Besar, offcourse laa orang kampung hormat kat die orang. Ketiga tiga mereka pernah mendapat anugerah Guru Cemerlang (arwah my mom pun pernah dapat anugerah guru cemerlang). I bukan bermaksud nak riak (jangan salah sangka pulak), cuma am very vangga dengan die orang. Kebetulah, bulan Mei lepas hari guru, sesuai sangat lah I buat special tribute for all of them. My dad dulu mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah, my mom ajar English and Math, tapi anak die ( siapa lagi kalau bukan I ..) hampeh..both tatabahasa (bahasa melayu) and grammer (english) berterabur. Karangan fail!!! Math saja yang masuk dalam kepala I. I pernah kena sindir dengan my teacher, " Bapa guru Sejarah, anak dapat C6 Sejarah, macam mana ni!!!". Maaf laa cikgu ..I hate subject Sejarah. Masa Form 4, I droped subject Sejarah. Tak dapat di terima dek kepala otak ku. But I love Math dah Fizik.
Well, balik ke cerita tadi, sementelah dapat berkumpul ni, kite orang pun bergotong royong bersihkan rumah pusaka ni. ( My great grandfather bina rumah ni by himself). Kite orang bertekat, rumah ini akan terus di jaga hingga ke generasi akan datang. Rumah ni dah menjadi saksi kepada 5 generasi;
1. My great grand father and great grand mother
2. My grand father and my grand mothermy
3. My dad 7 beradik pun lahir di sini.
4. Myself and my cousins. Masa baby I tinggal di sini.
5. Now, my cousins dah ada anak anak..so they are the 5th generation.
p/s: This is my last entry from KL, esok malam I dah nak balik Doha jumpa suami terchenta.. tak sabarnya. So, bila di Doha, susah la sikit I nak update my blog. I miss my asben kat Doha, but at the same time, am gonna miss my house kat KL ni.


9 comments:
best kan dapat berkumpul kat kampung. cantik rumah tu.
Best nya ada kampung mcam tu... Dalam banyak-banyak tu kan, i suka bag antik tu.. Cantik and unik skali.. hihi... Are you going to stay in Doha?
mt> best dapat kumpul ramai2. meriah. rumah tu memang cantik + antik, memang dah ramai orang nak beli, tapi we all tak nak jual.
irwan> yes beg tu antik. tapikan, semua orang takut nak buka beg tu, takut keluar jinni.. he he he
irwan> sorry lupa jwab soalan u. I dah stay kat Middle East dekat 2 tahun, may be gonna stay there few years more.
serius cantik rumah kampung mcm tu. mesti sejuk...
u kat kedah kat mana? kalau bleh tau. sy pun kedah gak
anyway.. safe journey to doha. contact2 lah selalu ye
Ohhh what a lovely gathering!! I pun miss gathering camni; semenjak nenek belah mak meninggal dunia, dos takde dos gathering gathering meriah meriah cenggini. Sedeyy kan?? TApi kengkadang tu fikir fikir elok jugak; mak malas nak jawab soklan diorang ehhehehe
kak aina, selamat sampai ke doha! dan selamat melepas rindu dendam kepada hubby terchenta! eventho kita sempat jumpa sekejap, i really treasure the moment.
this entry saya sgt suka sbb citer pasal family. terasa sama jek jln citer family kak aina dgn family my mom. semua sepakat saling tolong satu sama lain. best kan :D
weh hee.. kenangan!
Banji> u pun orang kedah yer. I kat sempadan perak.
Lee> Sekali sekala gather memang best. Memang patut pun buat gathering selalu, baru erat hubungan sedara mara. Klu tak tak kenal sedara kannn..
Anna> Dah..dah jumpa dengan suami terchenta dah. Yes, dapat jumpa sekejap pun, rasa dah mesra. Nnt kita jumpa lagi yuk.
Went> Kenangan terindah...
Post a Comment