Akhirnya, selepas 3 minggu di KL, I balik ke Doha, kepangkuan suami terchenta.... 3 minggu memang tak puas kat Malaysia. The last day di Malaysia amat memenatkan. Klu boleh memang nak pospone jer flight balik Doha.
Dalam pada sibuk bagai nak gila hari Isnin tu, sempat juga I jumpa Bella. Sooo sweet, she bought me topi ada tulis 'Malaysia'. Begitu gigih dia mencari I sampai ke Wangsa Maju. Bella, thank you very very muchhhh..unfortunately, I tak dapat post kan gambar topi tu sebab, I tulis entry ni kat umah kawan. Biasa laa ..kena menumpang nak guna internet. Kat umah I di Doha tak der internet. Kolot kannnn...
Semalam pergi Giant kat Hyatt Plaza shopping grocery, makk datuk nenek.... terkejut beruk bin badak I dibuatnyer. Semua harga barang dah naik!!! Beras dulu QR14 dah naik QR17.50. Telur dari QR10 dah naik QR14. Agaknyer ayam mogok kot. Harga air mineral pun dah naik. Nasib baik harga minyak kereta maintain 70 sen seliter. Masa kat Malaysia dulu I terkejut beruk tengok harga minyak kereta RM1.90 seliter.
Well..dunia dunia, apa nak jadi yer.....
KANTOI BERSALAH.
1 month ago


9 comments:
Haiyyoo harga barang naik seteruk Mesia noh Qatar ni??? Eee pak pak Arab nih mata duitan betul kah?? Dos banyak duit nak lagi makan reta orang!!!
How sweet, Bella kan makhayyam besaq kat KL..haruslah kan dia jaga u ols!! hehhehehe
selamat kembali ke doha yang sekarag nie makin suam2 kuku gitu kan.mrasa dah selamat sampai lahamdulillah.......ah saya tak sempat lagi nak gi beli groceris sebab rasa malas nak masak je.mrasalah harga naikkan.
sgt la keji...kepulangan akak ke doha disambut dgn kenaikan harga??? isk isk iskkk sungguh la.
btw, alhamdullilah. akak dah selamat sampai ke pangkuan suami terchenta!
Aina, I tak activate my etisalat's number kat KL after few days baru dpt ur text huhu.. takde rezeki.
Maybe kite jumpa kat Doha pulak nanti ye..
selaam t berjumpa shuben...
byk nyer terkejut beruk....beruk pun terkejut gak..
layout malatop wooo
aina
simple and nice layout..mak suker..
alhamdulillah kat DOha takde ribut 2 cam kat musket tu, sporting menerima kembalinya aina ke pangkuan suami..amin!!
Kak Aina, ewah dah balik ker pangkuan suami terchenta? Mmmmmm.... Ala satu jer yg tak best sbb broadband belom masuk lagi? Cepat2 la uols call dorg suruh sambung line. Leh la bergembira blogging.
Erkk.. kat Mesia harga barang sebuk la nak naik2 tapi gaji kalau nak naik berjinggut la nak tunggu. Tak sker la kalau org sewenang2nye naikkan harga barang. So unfair!
akak!! nanti kita tolong bertelur kan kat sana... ganti ayam... ok tak akak??? LEE,yuhuuuu... jum kita bertelur di DOHA jum... ajak si goddess sekalik..
Lee> yer..harga barang naik melambung lambung. Sib baik harga minyak murah..rasa nak minum petrol sajor.
Captain Lokman> Yer, merasa la balik ke kandang unta semula..panas laa now ni.
Mamairdina> memang keji..tapi, dapat jumpa asben semua tu dah tak penting lagi :p
Teh Bunga> Alhamdulillah, Doha tak kena taufan Gano tu.
DBI> Eh DBI tak tau ker, beruk pun tau terkejut jugak. Beruk pun boleh kena sakit jantung. he he he..
Goddess> Masalahnyer selagi tak dapat RP, tak leh buat apa apa :-(
Spin> Bertelur? Ha..mari laa kau orang bertelur beramai ramai kat sini..Boleh buat sup Gearbox he he he
Post a Comment