Selepas 11 tahun kawin, tak ada anak, rasa hidup ni kosong. Bila tengok budak budak kat supermarket...alahai jelesnyer.
Semasa I mengidam sangat nak baby baru baru ni (siap beli buku buku pasal baby..sampai begitu sekali lahh I kepingin kan baby), tiba tiba Al-Ahli Hopspital Doha hantar sms kat I kata Al-Ahli Hospital upgrade die orang punya pediatrik facilites. Hati I kata, "Memang hospital ni nak menyakitkan hati aku, aku tak der anak, ko nak hantar info pasal pediatrik ni kat aku apasal!!!!".
Bagaikan dilorongkan Allah, macam tahu saja detik hati I, keesokannya I dapat sms lagi dari Al Ahli Hospital kata dia orang baru buka IVF department. Tanpa berlengah, I terus call and set appointment. Sebenarnya I ada cuba masa di KL dulu sekitar tahun 2003, tapi gagal. Mungkin belum ada rezeki kot.
Usaha I nak dapat baby ni kiranya masih di peringkat awal. First appointment, I pergi la dengan asben. Suspen + segan (malu). Malu jugak sebab doktor tu lelaki arab. I tak faham kenapa kabanyakan Infertility specialist ni lelaki, baik di Malaysia, Singapore, Abu Dhabi dan Doha (tempat lain tak tau laa tak pernah survey), kenapa doktor pompuan tak nak jadi Infertility Specialist?. Suspen, sebab doktor tu Arab, macam mana laa agaknya layanan dia nanti, biasanya Arab ni treat orang SE Asia ni as 2nd class people. Selalu I dengar masa di Abu Dhabi, doktor arab kat Midde East ni malas nak explain banyak banyak dan tak suka kita tanya banyak banyak.
Tapi jangkaan I meleset, Doktor Muaz tu baik sangat dan murah dengan senyuman dan ... ensem pulak tuh....Hai mudah-mudahan anak I nanti kenan muka doktor tu, aminnn.:p
And he also willing to explain and sexplain details. Yer laa kan, bila talk about infertility, we cannot avoid from talking about sek kannn. Sekejap jer, I dah hilang malu dengan doktor ni, I pun bertanya pasal my menstrual flow segala. Adakah disebabkan clogging ker apa ker.. he said its normal, blood flow tu bergantung kepada individu. The cycle normal, the number of days pun normal. Alhamdulillah.
I suka doktor ni sebab dia investigate dua-dua orang. Doktor Muaz ni tak check I, dia cuma check my asben jer, myself, dia cuma tanya itu ini. Legaaa .. part tu la I malu sikit bila deal dengan doktor lelaki nih.
Then, he gave us the plan for the program. Start with the blood/hormon test, and ultrasound test for both of us. Sperm test for my asben saja ... no sperm test for woman a.k.a wanita, wokeyyy....
Just untuk berkongsi pengalaman, blood sample untuk hormon test tu bukannya boleh amik darah sembarangan saja tau. Kena hari hari yang tertentu. Bagi perempuan, darah di ambil sebaiknya pada hari kedua menstrual dan dia ada deadline dia, tapi I tak ingat..rasanya sebelum dia ovulate kot. Kebetulan hari I pergi tu was the right day to take the blood sample for both of us. Err.. lelaki tak der hari hari tertentu amik darah, sebab dia orang ni tak der hari subur ke tak subur.
Talk about blood sample pulak, bagi ketegori hospital hospital sekitar middle east ni, I puas hati sangat dengan hospital ni. Mungking sebab nurse dia ramai orang Filipina. Dia ambik darah so gentle, tak sakit sebab dia guna butterfly needle. Selama kat Middle East ni dah 4 kali I kena amik darah...makk oiiii ... sakit!!!! Tak der sapu ubat kebas langsung, lepas tu pulak, jarum dia macam mata mechanical pencil..besar!!! I mintak buttefly needle, dia kata tak ada. Nak pulak kalau nurse India macam masa I kat Abu Dhabi dulu, main cucuk saja macam cucuk ayam. Lepas cucuk lebam dua tiga hari. I gelar nurse tu 'drakula' sebab ada banyak tabung darah kat dia, sorang demi sorang dia cucuk...almaklum laa nak buat Resident Permit mesti ada blood test. Kau dah bantai duit aku beratus ratus ringgit, ko buat aku macam ayam pulak, tak ker I hangin di buatnyer.
Actually, I memang takut bab bab cucuk jarum ni. I tak faham camner orang sanggup buat botox segala. Tak rela I di cucuk semata mata nak awet muda. Biar laa nampak tua..tolonggg.. Tengok jarum pun I dah lemah lutut. Kalau dah terpaksa saja I sanggup si cucuk.
The second part is the sperm sample for my asben. This one also tak boleh ambik sembarangan. Banyak syaratnya;
- 1. Kena hari kedua selepas sperm ittew dirembeskan, dan tak boleh dari 6 hari dari hari terakhir ia dirembeskan. Kalau amik selepas baru saja dirembeskan, takut tak cukup. Kalau lama sangat, takut sperm tu basi kot ... oppss mati laa speku. Betul ker tak Dr DBI?
- 2. Sample tu mesti di hantar ke Lab dalam tempoh 1 jam selepas dirembeskan. Tapi dia bagi bottle bawa balik kalau kalau nak 'buat' kat rumah.
Bab ni yang payah sikit. Nak buat kat rumah, lepas dah 'penat' larat ker nak tergesa gesa gi ke hospital pulak, sebab sample tu mesti sampai dalam masa 1 jam ker Lab. So, pada hari yang sesuai, my asben pergi hospital. Yang I musykil, dia pergi sorang masa on the way pergi keje. Macam mana dia keluarkan, I pun tak tahu. Harap harap tak ada laa nurse or nurses yang tolong my asben dapatkan sample ittew. Oh tidakkkkkk...tolonnnn...aku tak rela!!
Ok lah dulu for this entry. Next entry I akan cerita pasal ultrasound test pulak.


12 comments:
salam aina..
DBI tumpang gembira untuk aina n hubby sebab nak cuba lagi IVF ni..sekurang kurang ada usaha dan tak menunggu sajer...dan bersedia untuk rasa gembira n kecewa..sebab rate untuk berjaya bukannya 100%..persediaan mental penting jugak untk aina berdua...
jgn lah takut kena tipu plak...Dr ni semua professional...sure dapat rawatan terbaik...
aiyaaa...suami aina sure tahu camner nak rembeskan jus dia...:-)
hahaha.. ada lak tya camne asben akak keluarkan tu camne.. lagi mau speku.. aiyork!
alhamdulillah bgus laa akak dh usaha, yg lelain tu biar Allah yg uruskan.. jgn putus asa ya! Yanz doakan akak dpt baby yg cute cam anak TomKat si Suri ittew... insya'allah.. amin.
Baguslah u dah try buat something ,yang penting usaha dan jangan berputus asa .okay
Setiap yang berlaku ade hikmahnye:)
ps: kekadang i ade hantar gambar baby kat u , kecik hati ker ? sori ye.
I ade terbaca satu tip ,katanye jangan selalu susah hati n selalu tengok gambar baby .
DBI> Thanks, yer laa mudah mudahan berjaya ...tapi kena bnyk sabar sebab kena byk ulang alik ke spital kan.
Yanz> Sure la risau, nurse kat situ cantik2 belaka. Entah2 die offer extra service mana tau :p Anak Tomkat..yess..comel sangat. Anak Tigerwood pun cute, nnt dia pandai main golf..wow, kaya la akak he he he
Irfandalili> I tak kecik hati laa. Gambar baby tu cute. Nnt I save and tengok selalu.
mudah-mudahan berjaya...insyaAllah...
Wahhh...ensemnyer Abg Hj Noel ..I luv the janggut sejemput Arab tu. Hidung terpacak. Macih, tolong doakan yer semoga dapat baby.
haiiiiiiiiii sempat lagi kan kak aina ni speku caman??**pitam**. But its good atleast dapat kongsi camana process nk dptkan baby kan. Semoga murah lah rezeki anda.......
Macam pernah dengar aje ayat 'merembes' tu....merembes tu hapa hah? Ejaculation ke?
Captainlukman> yer, nnt uols nak buat baby pun senang la kannn, ada reference :p Murah rezeki? Aminnnn... Nnt kalau akak dapat baby kan leh la lukman tolong babysitkan while I go out for shopping kannnn....
Mak ji> Lebih kurang laa tu, sebutan lain lain, hasilnya sama. Tak tau nak guna perkataan apa, nak sebut pancut cam lucah sangat kan:p rembes tu sekurangnya berlapik la sikit kannn...
hehe orang laki kalu denGor mesti kelakar punYa..ayaT ''meremBes'' tu ..anyway Good luck for U tesT ..saya ada beberapa kawan kat MSIA, yg sama problem ngan U ..ada yg dapat thn 10 berkawin..ada yg thn 12..emm apa2 pun hendaklah kira berusaha..kalu dia kata ''KunfaYaKunN'' ..so jdik la dia..
So, Good LUCK..
Yg ikhlas..
~achoy06.blogspot.com~
ACHOY, kelakar ke perkataan "rembes' tu ...oppss...
yer..kunfayakunnn...mudah mudahan la kan..
kira sopan la tu sis..yang tak sopaN nyer ''melan***'' hahah..
MudaH mudaHan ..menJadik & melekaT laa..
Saya siaP plan pun melekaT..heheha tu la balik kepada cerita''KunfayaKuN''..
mudah mudaHan..amiN
Post a Comment