Untuk orang wanita, ultrasound ni kena buat lepas darah period kering. So for myself, ada 2 untrasound test.
1. Pelvics Ultrasound
2. HSG Ultrasound...apa makna HSG tu, tak ingat laa.
Sekali lagi I nak puji Al Ahli Spital ni (untuk kategori spital kat M.East saja laaa), dia punya layanan, I suka sangat. Dia bukan setakat suruh gi ke kounter tu, or kaunter ni, bilik tu, or bilik ini, tapi dia siap jemput kita kat tempat duduk kita dan iring ke setiap bilik or kaunter. Tak der la tersesat sesat kann. Al maklum laa bayarannya pun LUMAYANNNNN. Yang penting, tak der descriminasi.
Tapikan, kat Al Noor Spital Abu Dhabi, bayaran die pun lumayan jugak, tapi layanan die, hampeh!!! Kalau orang arab or orang putih, dia hantar sampai ker main enterence, kalau orang SE Asia ni, pandai pandai sendiri la nak cari pintu keluar. Memang double standard sangat kat Abu Dhabi ni, especially kalau staff tu Arab or Russian, memang dia pandang rendah kat orang SE Asia. Pada hal, bayaran sama. Masa kat Al Noor Spital Abu Dhabi last yer, I rasa macam nak jerit jer, "Hey, if I dont have money, I'll not come to this hospital. occayy!!!"
Alhamdulillah, kat spital Al Ahli ni I tak rasa sangat laa descriminasi die. May be sebab 80% staff dia SE Asian. Pinoy and Indon, malah yg Indon tu baikkk sangat.
Enterence of the Al Ahli Hospital, Doha.
The view inside the hospital. Tak rasa macam duduk kat hospital kan.
Nurse tu bawa I ke Bilik Radiologi #1 untuk buat Pelvic ultrasound, my asben boleh ikut sekali. Sebelum tu, nurse tu tanya tanya dulu, doktor yg akan buat test tu doktor lelaki, ok tak? Sebab doktor pompuan tengah sibuk. Kalau nak doktor pompuan jugak, kena tunggu. As my asben ada sekali, so, I tak kisah laa doktor lelaki. Malas nak tunggu. Nurse tu tolong siapkan I, betulkan position dan selimutkan I untuk tutup aurat kan. Lepas dah siap, baru doktor lelaki tu masuk, arab, peramah jugak. Dia tanya I dari mana, dia dari Iraq. Bagus jugak ..... ice breaking session kaedahnyer. Walaubagaimanapun, I tetap laa malu kan. I nampak dia taruk KY Jelly kat satu batang besar bentuk joystic... I dah mula susah hati. Adakah joystick ittew yang akan di masukkan dalam my private part? Oh tidakkkkk ...besarnyer!!!!! Mati laa aku kali ni. Tapi doktor ni very professional, dia tek tengok pun my private part, dia cuma jengah sekejap jer bawah selimut yg cover I untuk letakkan 'joystick' ittew. Lepas tu mata dia terus pandang screen computer. Tapi tangan satu lagi harus laa dia pegang joystick tu without touch my skin. Fuh nasib baik joustick tu kat luar sajor. Kalau masuk dalam, mau pengsan aku :p... sepanjang proses tu, my habibi ada di sebelah.
Doktor ni jugak explain satu per satu. He said the ovaries are normal size, uterus size dan apa ke menda entah lagi..semuanya normal. Laa...kecik jer rupenye semua menda menda tu. Perkattan tu yang I nak dengar "NORMAL". Cuma satu saja, ada "Single Nabotian 'cyst' in the cervic" sebesar 10mm...I tak tau apa itu Nabotian cyst. Tak teringat pulak nak tanya. Lepas dah habis procedure, doktor tu keluar, tinggal nurse tu yang bersihkan I. Tak der laa I malu kann.....
Lepas tu, I pergi ke bilik lain untuk HSG Ultrasound pulak, pun di iringi oleh nurse tadi. I rasa layanan dia very personal, rasa macam VIP. Untuk HSG Ultrasound ni pulak, doktor nya perempuan, Dr Shada. Also very nice lady. Lepas I siap baring atas katil, kat atas I ada macam x-ray punyer screen, Dr Shada tu datang kat I, cakap lembut saja. Tanya "How are you ....." Dia juga bagitau macam mana procedure tu akan dibuat di mana dye akan dimasukkan untuk check samaada fallopian tubes I tersumbat atau tidak. Doktor tu kata "Am so so sorry, u akan sakit. Tapi kalau u rasa sakit, I suke sebab, itu bermakna procedure berjaya. Kalau u tak sakit, I sedih, sebab maknanya proceure tu tak berjaya, bleyyy, and U can see the result via computer screen".
Doktor tu masukkan something dalam my private part, oh my god, sakitnyer. Menjerit la jugak I. Doktor tu pujuk I dengan lembut "Sorry dear, am a devil, its good". Dalam pada sakit pun I gagah jugak nak tengok computer screen. After few minutes, she said "OK, khalas (khalas = habis; dalam bahasa arab), everything is perfect. Your tubes are clear." Doktor tu cakap sambil hadiahkan senyuman manis. Terkejut I, antara percaya dan tidak, sebab tahun 2003, I dah buat dye test ni kat KL, keputusanya both my fallopian tubes sumbat dan doktor tak berjaya nak blow out sumbat tu. Tiba tiba, tubes tu dah clear. Ajaib jugak. Sakit tu akan berlarutan mungkin sampai 24 jam.... Bleeding banyak jugak. Ngeri I tengok my fresh blood. Oh my god. Tapi pad disediakan.
I silap, sebab pakai jeans yang agak ketat hari tu. So, pada sesiapa yang nak buat HSG test, dinasihatkan jangan lah seluar yang ketat ketat sebab lepas tu sakit!!. Walaupun sakit, I tak boleh balik lagi sebab my asben pun ada ultrasound jugak 2 jam lepas tu. Sib baik spital tu ada banyak tempat duduk. Waiter dia berkeliaran sajor... Setiap kali ubah tempat duduk, ada orang datang amik order. So, i pun apa lagi, lepas habis segelas, pindah tempat duduk, order lagi air he he he..Eh!!! Aku bayar mahal mahal, guna la semua facilities yang ada kan.
Mula mula duduk kat sini, order segelas teh.
Lepas tu pindah duduk kat sini, order air lagi.
The next day, ada appointment dengan Dr Muaz untuk discuss result. Order air lagi he he he... The result is very good, Dr Muaz suggest, tak payah buat IVF dulu sebab both my tubes are clear, ada chance buat IUI. IUI jauh lebih murah dari IVF. May be ada yang tak tahu apa itu IVF dan apa itu IUI;
IVF - In Vitro Fertility atau bayi tabung uji, dengan bahasa mudahnyer, ovari perempuan dan sperm lelaki di keluarkan dan disenyawakan dalam tabung uji. Bila dah berjaya disenyawakan, embryo tu dimasukkan semula kedalam rahim si ibu. Kat spital ni IVF harganya dalam QR15k. My friend buat kat Abu dhabi pun Dhs15k. Agaknyer standard price kat M.East kot. Ada sapa sapa tau berapa harga IVF kat Malaysia? Let me know please.
IUI - Arteficial Insemination, atau bahasa melayu sebut 'permanian berhadas' ( perkataan ni, doktor kat KL yg bagi tau I). Sperm lelaki dikeluarkan, doktor akan cari sperm yang paling kuat dan paling sihat, dan di masukkan ke dalam rahim perempuan. Kat spital ni harganya QR2000, kat Malaysia I buat dulu dalam ratus ratus sajor.
Memandangkan ada erosion dan ada cyst dalam celvic I, Dr Muaz refer I kat Gyne Specialist di hospital yang sama, Dr. Sameera, for detail investigation on my fefet. Dan sekali lagi lah fefet ku jadi mangsa di perkesahkan oleh doktor ni. Dah laa sakit semalam tak baik lagi, bleeing semalam tak kering lagi, hari ni sekali lagi bleeding. Paps Smear sepatutnyer tak sakit dan tak bleeding. Yang risaukan I, Dr Sameera suspek I ada fibroid. Dia amik sample untuk 2 test, satu untuk test fibroid, satu lagi kalau kalau I ada infection dalam. I tak dapat tanya banyak soalan kat Dr Sameera ni sebab ramai patient dia yang menunggu. Look like she is a famous doctor. Semua orang berebut nak jumpa dia.
Oh yer, ada sape sape tau, kenapa bleeding I berlarutan sampai 3 hari + sakit. Fibroid tu bahaya ker? Perlu ker di buang? I tak dapat nak follow up sebab lepas tu I fly ke Abu Dhabi. I cuma akan tau result Dr Sameera lepas kembali dari Abu Dhabi nanti. Nak I pergi jumpa doktor kat Abu Dhabi ni nak tanya semua soklan ni? Mintak maaf laa... Kat Abu Dhabi ni, selagi I boleh berdiri, boleh berjalan, I sanggup tahan sampai balik Doha.
Its too early for me to puji banyak banyak, tapi sampai setakat ni, bab bab 'check private part', doktor doktor kat sini serahkan kat doktor perempuan atau nurse. Look like, doktor lelaki cuba sedaya upaya meminimumkan untuk lihat aurat perempuan. Apa yang I terkejut sangat, Dr. Muaz dan Dr. Sameera siap wish kan I "Have a nice vacation at Abu Dhabi" sebelum I keluar dari bilik dia. Satu ucapan yang I rasa I tak akan dapat dari doktor kat Abu Dhabi. They treat me as a human. Tapi padan laa kan, semua treatment dari 1st day jumpa sampai this stage cost me & my asben QR4000++. Errgggg........


10 comments:
Tedious and scarynya procedure. Sambunglah lagi :)
Tunggu laa, the next stage lepas I balik semula ke Doha.
Bagus doktor yg rawat u tu yea,
hospital pun ade kelasss :-),macam gi bercuti kat mana yek ??
I buat pap smear last masa Dalili jer .Ingat balik M'sia nak buat lagi ,rasa takut juga .
kak aina, tu la kan. org yg bersusah payah nk dapat anak pasti akan hargai anak dia. tapi budak-budak kat mesia ni yg dianugerahkan dek Allah keupayaan nk beranak senang, senang-senang jerk dia buang sana sini
kak fibroid tak de la bahaya tp kena buang sebelum ia makin membesar. saya ada watch rancangan medik tv, fibroid ada sorang pompuan tu sebesar bola sepak!
kak, semoga berjaya yer! inshaAllah, saya doakan!
irfandalili> yer, doktor kat spital tu baik. tak cam doktor kat abu dhabi cam berlagak jer, kann..
mamairdina> akak terharu sangat tengok baby kena buang. tu la manusia kann, kalau senang dapat, tak hargai, yg benar2 nak anak suah dapat pulak.
cyst dlam rahim akak tu cuma 1 cm sajor.lagi pun tak pasti itu fibroid ke tidak. klu tak bahaya, biar la balik M'sia baru buang. Kat sini mahal laa.
susah jugak ye procedure ni... IVF kat malaysia tu bukanny under patronage tunku puan pahang?
oh.. i am back in doha... :-(
hey MT> marhaba ahlan wasahlan...selamat kembali ke kandang unta.
Yes, yg under pertonage tunku puan pahang tu, dia tengok jugak income berapa. macam kita ni jangan harap ler dapat subsidi. setakat dapat khidmat nasihat jer laa..
payaH betul ekk mmacam2 rawatan kena buat..bercerita tentanG fibroid ni ..teringat kat ibu tercinta Ku..last 2 year dia buat pembedahan ''fibroid''..Emm agaK besor gak adala sebesar bola tenis..
Anyway..moga berjaYa..
Achoy > Fibroid ibu Achoy besar bola tennis? Mak datuk, besar nyer. Eee..takutnyer I. Alhamdulillah dia selamatkan.
Hi!
Just read that you tried IUI in Doha. Unfortunately, we hardly could understand what did you write, as we do not speak Malay (only English). We are also very interested in IUI, we've been recommended to do it in Russia, but we already moved to Doha. Would appreciate if you could send us some details in English. Thank you!!! E-mail: sergei0@yandex.ru
Post a Comment