Sunday, May 11, 2008

Aina @ Malaya

Memang ramai juga yang agak terkejut, kenapa tiba tiba jer I ada kat Malaya sedangkan my asben sedang proceed dengan permohonan Residence Permit (RP) dia, selepas dia buat medical check up sampai tangan lebam segala..... Awat tiba tiba balik KL?

Semua ni berlaku angkara "kebahlulan" pak pak arab buat kerja...Sebab sistem dan procedure kat Qatar tak ada yang bertulis. Semua ikut kepala otak die orang jer. Now, I really appreciate tranparency sistem kat Malaysia. Kalau kat Malayisia, semua sistem bertulis. Kalau kata kena ikut step 1,2,3,4...ikut 1,2,3,4 lah. (Walaupun ada jugak yang melompat dari 1 terus ke 4 disebabkan rasuah...opppsss) but still, the system is there. All the procedure in black and white.

Dalam kes kite orang...selepas, setahun my asben naik turun pejabat tu, pejabat ni untuk buat pendaftaran syarikat, dan dah selesai pun pendaftaran syarikat. No problem. Lepas tu proceed pulak dengan permohonan RP for himself....everything is ok, my asben dah dapat W0rk Permit pun which is approved by imegrasion Qtr. Masa buat medical check up pun ok lagi. Ingatkan everything dah ok laa... Tup tup, time nak buat finger print....tadaaaaa....baru tau, bahawa status company my asben tak boleh sponser RP untuk staff. memang masalah besar laaa. I can say that this is masalah antarabangsa.

At the first place, imegresion Qtr tak boleh approved W0rk Permit my asben sebab company tu tak layak sponser RP untuk staff. Yang pak arab ni pulak, tak cakap siang siang kata Representative office tak leh sponser staff. Kalau tau dari awal, company my asben tak akan register as Rep office. Lahabau betul laa die orang ni. Dah lah tu, dia main approved W0rk Permit tanpa check betul betul borang tu. Memang cuai betul!!! Ini bukan cuai benda kecik tau, ini masalah besar. Masalah antarabangsa. Bila dah imigresen buat salah.....memang maslah antarabangsa laa kan.

Disebabkan kecuaian pak pak arab ni, my asben punya passport dah pun di cop W0rk Permit. Undang2 di Qatar ni pulak, once dah ada W0rk Permit, nak keluar dari Qatar mesti dapatkan Exi7 Permit (kebenaran keluar). Disini lah masalahnya, in my asben case, tak dak siapa yg layak untuk sign Exi7 permit dia. Maknanya, my asben tak leh keluar dari Qtr. How serius this problem? Very serius....sepanjang hayat laa suamiku tak boleh keluar Qtr, hattta, kalau dia meninggalpun, mayat dia tak boleh dibawa balik ke Malaya sebab tak ada Exi7 permit. Seriuskan? Memang serius.... Takut? Memang takut....sebab, pak arab ni, tak akan mengaku salah die orang, walaupun memang jelas lagi nyata, tu salah die orang, kecuaian die orang. Silap haribulan disumbatnya my asben ke dalam penjara. Officer arab ni memang suka sangat sumbat orang dalam penjara, sebabnya penjara die orang ada banyak vacancy. Maklum laa kan, kat sana tak banyak kes jenayah. Jadi penjara dia banyak yang kosong...sebab tu dia suka sangat nak tangkap orang and sumbat dalam penjara. Memang scary.

We all memang stress giler. Nasib baik laa ramai malaysian yang cuba menolong. Tapi, tak dapat jugak nak menolong. Jumpa lawyer pun, lawyer tak boleh tolong. There is no way out. Sehinggalah Director my asben terpaksa fly from Singapore untuk mengeluarkan my asben dari Qatar, dan juga dengan bantuan diplomatik Kedutaan Malaysia di Qatar. Akhirnya my asben berjaya keluar dari Qatar. Kepada semua diucapkan terima kasih yang tak terhingga terutama sekali kepada Kedutaan Malaysia di Qatar. Juga kepada Abg Mat dan Abg K.

Once dah dapat exi4 permit, we all melompat gumbira, macam orang terlepas dari hukuman mati. Rasa jam tu jugak nak fly balik ke Malaya. Terus gi booking tiket balik KL.

Dik kerana stress giler, my asben dapat cuti panjang. Director dia pun faham yang dia stess. Sebab Director dia pun bengang dengan peraturan di Qatar sebab there is no written procedure. Tapi lepas ni, my asben kena pergi lagi by using Bizness Visa. For myself, it is advised supaya jangan pergi lagi buat sementara waktu sebab I tak boleh dapat Bizness Visa. Bagus jugak, I pun memang nak melarikan diri dari musim panas di sana he he he...

Memang susah berurusan dengan arab ni. Undang undang main ikut kepala otak dia jer. Lepas tu, dia orang tukar tukar procedure without notice. Minggu ni kita pergi, dia kata begini, minggu depan kita pergi, dia kata lain pulak. "Oooo...sudah tukar ka"....Suka suka hati dia jer nak tukar peraturan. Fening fening.

Errr...korang faham ker, apa yg I cuba ceritakan tu? Kalau tak faham, tak payah laa cuba cuba nak faham, sebab memang susah nak faham pun procedure kat sana. Buat fening kepala korang jer. Kalau korang faham pun tak guna, may be next month korang pergi, peraturan dia dah berubah. Jadi, baik tak payah faham. Fening fening....fening kepala ...

6 comments:

Anonymous said...

Take it ez. Everything happens for a reason. Bersyukur banyak2. Jaga diri elok2 ye.....

Anonymous said...

yes cam tu lah pak arab2 yg bodoh ni kan akak kan, mmg kerja ikut otak unta sker diaorg je. ha penjara mmg kosong pun sebab kalau ada buat salah, penjenayah tuh boleh escape cam tuh je even bwk ke mahkamah...sapa nak jawab?

Aina@Azila said...

Ananymous> Ya, disebalik dugaan pasti ada hikmahnya. Cuma selalunya kita lambat melihat hikmahnya. Thanks a lot.

Captain Lukman> kau dah masak dengna perangai arab kan...memang laa. Akak memang solute Lokman, sanggup lagi tersenyum beri khidmat terbaik utk arab arab itu. Sabar betul uols.

Anonymous said...

byk betul cabaran nya...

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

Sape yang pernah deal dengan arab-arab jer akan lebih memahami keadaan u aina, especially yang pernah dok tinggal lama kat tempat arab.

Dah masak benar dengan "peel" diaorang.

Anonymous said...

akkq kat mesia ka?...

leh update blog selalu...lalala