Wednesday, August 12, 2009

Al Fatihah

Semasa I mengajar malam semalam, tiba2 my habibi telefon. Dia bagitau, salah seorang kawan kite orang masa di Doha, Abang Mohamad bin Mat Dahan meninggal dunia di Doha minggu lepas. Janazah dimandikan dan dikafankan di Doha, dan diterbangkan ke Malaysia untuk dikebumikan. Baca news di sini.

Terkejut, bagai tersentap jantung I. Terus I teringatkan Kak Ida, isteri allhyarham. Bagaimanakah dia hadapi saat ini? Kedua-dua mereka amat loving walaupun dah 2o tahun berkahwin... Ya Allah berilah kekuatan kepada Kak Ida.

Tiba-tiba rasa kesal menyelubungi kalbu. Kesal kerana sekian lama tak berhubung. Mungkin yang mengenali I, akan faham perangai I yang suka berhibernasi. Entah lah... I tak tau kenapa susah sangat I nak menghubungi kawan2. Sebanarnya I tak tau nak cakap apa bila telefon.

Baru2 ni masa my habibi ke Doha, my habibi ada bagitahu Abg Mat masuk hospital sebab sakit jantung. Tapi tak sangka dia pergi terlalu capat. Abang Mat memang seorang yang yang friendly, dan mudah membantu.

Semoga Allah memudahkan segala urusan, dan kuatkan semangat Kak Ida manghadapi semua ujian ini. Kepada sesiapa yang mengenali Abg mat, sudilah kiranya manghadiahkan Alfatihah untuk beliau.

Abang Mat Dalam Kenangan

Abg Mat seorang idola yang I kagumi. Abg Mat pernah bercerita perit getir dia dalam mencapai kejayaan yang dikecapinya. Bermula sebagai seorang despatch diwaktu siang, belajar waktu malam. Beliau tetap gigih, setapak demi setapak beliau maju. Beliau pernah berkata, apa kerja dia tak pernah buat, jual di warung pun beliau pernah. Siapa sangka seorang despatch akhirnya berjaya menjadi Manager. Malah diberi kepercayaan uruskan cawangan di Qatar. Bukan calang-calang orang company akan hantar ke luar negara. He must be great. I memang kagum dengan Abg Mat. Hidup susah bukan alasan untuk tak berjaya... dia dah mampu buktikan. Cara beliau berkerja, jelas, beliau amat berpengalaman... pengalaman yang beliau kutip sendiri sepanjang perjalanan hidup dia.

Pernah dia cerita, sorang despatch cuba kelentong dia, tapi silap besar laa... Abg Mat dah tau macam mana kerja tu, jangan temberang laa. Memang susah para pekerja nak kelentong Abg Mat. Itulah keistimewaan Abg Mat. Satu lagi keistimewaan Abang Mat, Abang mat tak pernah menganggap kejayaan itu milik dia sorang, tapi juga hasil kesabaran isterinya.

Kehilangan Abg Mat merupakan satu kehilangan yang besar. Mungkin GAMUDA boleh cari HR manager lain, tapi nak cari yang berpengalaman macam Abang Mat, susah....1 dalam 1,000,000

4 comments:

Ina said...

Salam Aina,

Innalillah... sometimes Allah gave us the chance to meet great people in our lives. Abg Mat seemed to leave an impact on your life, be grateful that you've been given a chance to learn from him. Allah Maha Kuasa. Al-fatihah...

Aina@Azila said...

ya....
Tapi Ina, yg I nangis, bila I bayangkan macam mana Kak Ida nak hadapi saat tu. Suami meninggal dinegara orang, nak bawa balik jenazah ke Malaysia... Banyaknyer dugaan untuk dia. Can u imagine keadaan dia? I think u can understand what i meant.

At the same time, thanks to Allah for giving me an opportunity to know a person name Abang Mat.

Anonymous said...

innalillah...tak pernah pun u citer pasal dia..but from yur story, look like he's very good person kan...from office boy ke manager..kagum i...

Anonymous said...

yes, Abg Mat memang nice person, dia yg banyak tolong masa kite orang ada masalah kat sana + seorang lagi, Abang kamal.

Kata Kak Ida, ramai ug solatkan dia, sampai kena solat jenazah 3 kali. Allah telah memudahkan semua urusan bawa dia balik ke Malaysia. Itulah balasan Allah bagi orang yg banyak menolong orang.

Ya, dari office boy ke manager peringkat antarabangsa. hebat.