Saturday, August 29, 2009

Sejarah Malaysia Bahagian 1

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, saya ingin mangabadikan Sejarah Malaysia di blog ini sebagai rujukan peribadi. Entry ini di petik dari Wikipedia. Untuk mengelak kesilapan fakta, saya mengambil terus petikan2 dari Wikipedia. (Nota: Entry ini tidak sesuai untuk rujukan)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Zaman Prasejarah Malaysia

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong.

40,000-35,000 tahun dahulu- Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli.

35,000-10,000 tahun dahulu - Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut
Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.

10,000-5,000 tahun dahulu- Neolitik (Zaman Batu Baru)
Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.


2,500 tahun dahulu - Zaman Logam
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina.
Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).

Pedagang-pedagang Hindu mula menduduki dan membuka penempatan mereka sendiri. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini memberi pengaruh yang besar terhadap kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya yang bertahan selama 1400 tahun.

Gangga Negara (abad ke-2-11)

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya.

Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.


Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.


Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Beruas

Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar.


Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, namanya Malik. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267.

__________________________________________________

Pandangan peribadi: Malaysia, berhubung dengan Aceh dan Pasai sejak 2000 tahun dahulu.

.............................bersambung............................

1 comments:

Anonymous said...

ainafarhana.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading ainafarhana.blogspot.com every day.
paydayloans
loans