sekolah dalam sebuah periuk besar....
Baru-baru ni, negeri-negeri utara tanah air Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, termasuklah Selatan Thailand. Kalau nak diikutkan, banjir di hujung tahun ni, bukanlah suatu perkara yang pelik sebab ianya berlaku hampir setiap tahun berikutan Monsun Timur Laut. Tapi, apa yang agak pelik ialah, tahun ni banjir awal dari biasa... Biasanya banjir berlaku dalam bulan Disember, tapi tahun ni, di bulan November.... Ini menyebabkan mangsa-mangsa kurang bersedia menghadapi banjir kali ini.
Alhamdulillah, berita hari ni melapurkan keadaan semakin pulih. Kita masih patut ada rasa bersyukur sebab negara kita memang ada budget tahunan untuk persiapan banjir. Yer laa... saya cakap memang senang, tapi bagi mangsa yang menanggung memanglah perit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



6 comments:
alahai...tiada rotan akar pun berguna...kan
Dunia sudah tua...
"..ada budget tahunan untuk persiapan banjir..." saya tergelitik pulak nak tau tentang tu kak, boleh tolong jelaskan dana kerajaan untuk banjir tu digunakan untuk apa saja kak?
bestnyer..
ala... akak ni betul ker banjir tu sampai Thailand selatan. akak, saya Disember ni nak gi Phuket, dah wat prepare dah. book flight pun sudah.. nak gi Ko Phi Phi island gak.. semoga la disana tu tak banjir.. huuuu.. rosak rancangan saya nanti.. kikikik...
Mamarempit,
Itu laa..cute kan duduk dalam periuk tu.
Andrew,
Banjir di Thailand kat Songkla dan Naratiwat. Rasanya Phuket tak kena banjir kot sebab Phuket sebelah barat. Sekarang angin dari arah Timur... Wow, Disember di Phuket laa yer. Jangan lupa taruk gambar di facebook.
Memang ada peruntukan untuk banjir di Malaysia, cuma jumlah dana nya akak tak pasti. Bukan saja banjir, tapi semua bencana. Persiapan/perancangan awal dan juga garis panduan menghadapi banjir memang dah ada seperti pusat pemindahan sementara dan juga keperluan asas i.e. selimut, makanan.
Teringat masa dulu-dulu di kampung... bila musim bah/banjir... akan banyaklah makanan yang dibuat dari berbagai jenis ubi...
selepas bermain air pasti berselera makan.. hidang lah apa pun pasti makan menambah-nambah...
ubi kayu dan air kopi.. ngam tu hehe..
hmmm takziah pada pesawah yang tak smpat menuai hasil padi. sepatutnya padi dh blh tuai minggu ni tapi malang tak berbau.. banjir yang dijangka disember datang bulan nov..rugi 18juta ..baca paper ari ni...
Anon,
Hrmm..ubi kayu rebus cicah kelapa memang sedap. Pekena pulak dengan kopi o..
Permata,
Kesiannya kat pesawah... tu laa iklim dunia sekarang dah tak menentu...insaf kejap.
Post a Comment