Saturday, December 26, 2009

Adap bertandang

Bismillahirrahmanirrahim
Tiga hari lepas, berturut-turut I dikunjungi tetamu... kalau orang tak tau, orang ingat i celebrate krismas hahaha....

Sebenar-benarnya, I ni fobia sikit nak terima tetamu. Setiap kali ada orang kata nak datang, I mula laaa gelisah duduk tak senang, ke hulu ke hilir. Bukannya apa, dah banyak sangat pengalaman I, tetamu datang, lepas tu komplain pasal umah I. Paling banyak yang komen kata rumah I bersepah. Yes, I admit, I ni bukan seorang yang neat/kemas... dan I tak pandai mengemas. Buat sepah pandai laaa.

Ada pulak yang kata rumah I tak berseri, nampak kusam tak bermaya. Ada jugak yang kata, rumah I banyak sangat barang, nampak semak. Ada yang kata, nama jer duduk kondo, tapi sayang tak pandai hias.... adehhh..... Boleh tak kalau nak datang, datang jer laa..terimalah I seadanya. Kalau tak suka dengan rumah I, tak payah datang.

Alhamdulillah, tetamu2 yg datang kali ni okey, terima I seadanya, cuma sorang jer yang mulut tak der insuran sikit. Katanya "rumah you ni kurang oksigen laa". Haiii.... Dia ni kan, memang, kalau datang umah I tak komplain, tak sah. Lepas tu, dia dok cerita, ada sorang sedara kite orang, asal dia call nak pergi jer, asyik tak ada kat rumah. Kadang2, I rasa kesian jugak kat dia ni, dia tak tau lagi ker orang malas nak ajak dia datang sebab dia tu suka komplain pasal rumah orang tu, rumah orang ni.

Dulu, I pernah ada sorang kawan... dia dan anak bini dia suka sangat gi bertandang rumah orang. Main terjah jer.... I pernah ikut dia sekali. Tiba2 dia kata "jom kita singgah rumah kak R". Dah dekat dengan rumah dia telefon orang tu "Aku dah dekat nak sampai kat rumah kau ni".... Masa sampai, nampak sangat orang tu tercungap-cungap kelam kabut tukar baju. Kisah dia orang ni sekeluarga memang dah jadi buah mulut di kalangan kawan2.

Ada sorang kawan lagi (used to be friend), memang I fobia bila dia nak datang. Sebab dia ni kalau datang tak ingat nak balik. Dia single lady, tapi kadang kala I harap dia dapat memahami bahawa I ni dah kawin. Suatu hari, dia kata nak datang. I dah siap sedia dah...I pesan, Noi, kau jangan datang lambat sangat, dalam kul 8 malam gitu ok laa. Tunggu dah dekat 8.45 mlm, tak datang lagi. My habibi dah mula nak lentok kat sofa depan TV. I call dia.... "Dah lambat dah ni Noi, lain kali jer laa kau datang"..dia jawab "Eh, aku dah nak sampai dah ni". "Next time jer laa Noi, aku dah nak tidur ni", I harap dia faham alasan yang di beri. Dia jawab "Aku dah kat scurity guard kat rumah kau dah ni". Tak lama, bunyi intercom... I tau, tu mesti guard call tanya ada tetamu ke tak. Purposely I tak jawab intercom tu, dengan harapan dia tak dapat masuk. Dok dalam sepuluh minit (dalam kul 9.15 malam gitu) dengar bunyi bell. Ya Allah, macam mana dia boleh terlepas dua level security pun tak tau laa.... Gigih betul minah ni nak datang umah aku. Tak sampai hati, I pun buka laa pintu.

Terkejut bin beruk, bila I tengok dia bawa lagi dua orang kawan yang I tak kenal langsung.... adehhh.... I pun jemput laa masuk (tak kan tak jemput kalau orang dah tercegat kat depan pintu) sambil si Noi ni membebel kata scurity guard kat umah I tak kasi dia masuk. My habibi dah lintang pukang lari cari baju. I nampak my habibi tak selesa.... so, purposely, I tak hidang air sebab takut dia duduk lama pulak. Kalau setakat si Noi sorang, I rasa I masih boleh cover. Might be I can say "Noi, kau gi tidur jer laa dulu kat bilik tengah tu, esok kita sembang"... tapi, masalahnya dia bawa dua orang kawan yg I tak kenal. 11.30 malam baru balik. Tahu apa die orang cerita? Nak promote product Score A dekat I.... grrrrrrr .....

The next day, I sms Noi kata i tak suka dia datang bawa kawan tak bagitau I. Dah dia melenting... siap kata, dalam Islam bertandang mengeratkan silaturrahim, tetamu bawa rezeki .... bla bla bla... End up, I tak pernah telefon dia sampai sekarang, dan dia pun tak telefon I sampai sekarang. I tak hubungi dia bukan sebab I tak nak kawan dengan dia dah, bukan nak memutuskan silaturrahim, tapi I tak call dia sebab I takut...nanti dia nak datang rumah I lagi.
Memang laa bertandang tu mengeratkan silaturrahim, tapi.... adap bertandang tu kena laa jaga.

7 comments:

al-lavendari said...
This comment has been removed by the author.
al-lavendari said...

ye ... kalau nak bertandang ke rumah orang, kenalah jaga adat, adab dan adap !

egain said...

salam

culture kt msia ni biasa org mmg take for granted bile bertandang/ziarah umah org padahal if kota ni muslims da ada guideline bile bertandang2 ni.
e.g. - kalau bg salam kt dpn umah org, better ngiring skit badan tu meaning jgn berdiri betul2 dpn pintu sbb nk jg airmuka tn umah in case ada yg x bertudung ke apa dlm umah sempatlah lari ke apa kan
-second jgnlah memandai pegang2 harta2 org, tv ke apa fridge ke. i slalu kena yg ini...
u did the right thing. jgn risau.

Andrew said...

halo akak, ish..ish.. tak patut.. tak patut bila datang umah orang kepoh2 pasal kerapihan, boleh menyirap tau kikikik...

akak cakap je camni:

"komplen u tu standard laa.."

atau

"oh.. u ada perhatian lebih pada kerapihan ya, insting orang gaji you kuat dan bagus tau... i salut..."

tapi kena ucapkan sambil bergurau kak, hehe.. sure bila dorunk datang lagi tak cakap pasal benda2 tu lagi. Ndrw dulu masa menuntut banyak kawan komplen pasal kamar bersepah laa inilaa.. itu laa. tapi bila ndrw cakap macam tu next time dorang tak buat lagi wakakaka....

hani said...

pendapat saya sebagai tetamu - segan nak bg tau awal awal pada tuan rumah. risau saya susahkan tuan rumah. sebab fitrah tuan rumah kalau ada tetamu mesti nak siapkan something. pendapat saya sebagai tuan rumah - mmg suka la kalau tetamu bgtau sebelum datang. mmg isu ni dilema sungguh. yg senang - saya selalu pastikan rumah or at least ruang tamu sentiasa bersih dan kemas. so kalau tetamu terjah... rumah at least dah bersedia. tapi bab makan minum tu kira rezeki tetamu la kan. ada tu ada la... kalau tak ada... minum air kosong je. tp paling saya BENCI tetamu yg ye ye datang rumah sebab nak jual barang. tetamu mcm tu mmg tak dpt minum dan makan. saya pun akan bo layan je....

Kak Lia said...

umah saya pun lagi la....tk de prabot...hahaha...nt serabot....

kalo ade kawan cam tu....huuu..tk sanggop nk jemput dtg umah...kalo dia call nk dtg...sure sy cakap...sy tk de kt umah....heee

penumpang lalu saja said...

tetamu jenis macam itu memang mencekik hati tuan rumah.walaupun step satu dalam melawat tu dia dah betul yakni telepon dulu kata nak datang..tapi part lambat tu..memang dah ruin eviting..

plus bukan pasal tanak terima tetamu@masalah silaturahim ke menda..tapi kalau datang dah menyusahkan tuan rumah..sila lah keluar la nampaknya

**tindakan tepat..tak hidang air..