Thursday, December 10, 2009

Tercapai Hajat

The Sleeping Beauty memang sibuk sangat2 kebelakangan ni. Bermula dengan agenda shopping seminggu sebelum raya haji. Yer la..sekarang ni ada promosi YES (Year End Sales) di Malaysia, so I pun menyahut seruan kerajaan la..ehem..alasan sangat kan.

Hari Khamis sebelum raya haji, bertolak balik ke Kelantan..ya Allah, 12 jam perjalanan KL-KB. Pertama kali dalam hidup I meredah jem sebegitu. Memang penat, tambahan pula, I jadi co-pilot. Hari raya, sepanjang hari I dan my habibi tidur dek kerana penat + stress travelling. Hari raya ke-2, ada kenduri korban + house warming di rumah PakSu Lan.

Petang, lepas kenduri, balik semula ke KL. Alhamdulillah, perjalanan balik KB-KL cuma 6 jam jer. Hari Isnin my habibi bertolak ke Jakarta. Sebelum my habibi bertolak I minta izin nak balik ke Kedah. Dah lama sangat I tak balik ke Kedah. Raya Puasa dulu pun tak balik. Alhamdulillah, my habibi izinkan.

So Week end baru2 ni, I balik ke Kedah ditemani kawan I, Hajrah. Thanks Hajrah kerana sanggup ambil unpaid leave sebab nak temankan I. And zillion thanks juga kepada my habibi sebab meminjamkan kereta dia. Selesa sikit travel jauh.

Alhamdulillah, dapat ziarah banyak rumah saudara2 di Kedah. Part paling best, makan durian kat rumah Pak Ndak. Rezeki juga, kebetulan dapat jumpa cousin2 yang balik bercuti. I juga berpeluang ziarah kubur my mom, dan my grand mother, something that I wish to do long time ago. Biasanya I balik dengan my habibi agak kelam kabut, tak sempat nak ziarah kubur.

Sambil berziarah saudara mara, I juga ke Pejabat Tanah follow-up urusan faraid arwah my dad. Dah 14 bulan, I tak tau apa yg Pejabat Tanah tu buat.... just to get a signature...14 months... I cant accept. Setiap kali Pak Lang I telefon, tanya, jawapan die orang bagi "Surat atas meja, tunggu nak tanda tangan saja". Bukan sebulan, dua bulan,,,,dah 14 bulan, jawapan yang sama jer. So, I pergi sendiri to push. Jawapan yang I terima, lain pulak.."terlepas pandang." katanya. Bertong teng tong teng dengan orang Pejabat Tanah really made my blood go upstairs. Nothing much I can do. I memang tension + marah dengan gelagat mereka.

Atas alasan nak release tension, I ajak my friend ke Pulau Banding. Tempat yang dah lama I ingin pergi. Bestnyer... dapat juga akhirnya I naik boat keliling Pulau Banding dan tengok bunga reflesia. Ruginye tak bawa proper shoes, kalau tidak boleh panjat sikit bukit tu tengok reflesia yang lebih besar. Dapat main air di air terjun... dah bertahun rasanya I tak tengok air terjun. I love waterfall. I love the sound of water. Tour lebih satu jam tu, I rasa puas sangat... Malangnya, kite orang tak berpeluang bermalam di situ.

2 comments:

Ina said...

Dear Azila,

Bestnya your holiday...hehehe. Kadang2 bila kita travel without the husband pun best jugak. Kita boleh lepak sikit...hehehe.

Aina@Azila said...

tul tu Ina.. bebas ikut hati..hehehe..