Friday, February 12, 2010

Kenapa Aku Tak Kaya?

Kita selalu dengar ustaz2 kata, "Bila kita bersedekah, harta kita akan bertambah. Bila kita bayar zakat, harta kita akan bertambah. Amalan sunat Dhuha memurahkan rezeki" Tapi ada seorang hamba Allah ini bertanya atau lebih tepat lagi 'bersungut'.."Aku dah banyak bersedekah, tiap2 tahun aku bayar zakat. Tapi aku tak kaya kaya pun."


Mungkin, hamba Allah tersebut, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'kaya'. Kadang kala, 'kaya' tak dapat dilihat dengan zahir. Kaya, tak semestinya memiliki banglo besar dan kereta mewah. Pada pandangan saya secara peribadi, 'kaya' ialah mencukupi... tak pernah tak cukup makan, tak cukup pakai dan rezeki yang tidak terputus. Disaat kita memerlukan duit, ada saja sumber yang datang.


Tapi manusia lebih cenderung melihat kekayaan dari segi zahir. Kadangkala Allah sengaja tak memberi kita kekayaan dalam bentuk zahir sebab Allah tak mahu kita terjebak dengan unsur riak. Bukan nya kita tak pernah lihat, orang yang pakai kereta mewah, tiba2 bankrup terus kena naik bas/jalan kaki. Dan, kita juga sering melihat, orang yang sederhana dan kehidupannya, constant sehingga ke akhir hayat.


Saya pernah jumpa dengan orang hanya bergaji RM800 sebulan (taraf hidup 10 tahun yang lalu), tapi mampu menyara keluarga yang ramai. Mampu sekolahkan anak, tak pernah tak cukup makan, tak pernah tak cukup pakai, malah boleh pergi haji lagi. Where does the money come? Jawapannya "Berkat." Dia cuma ada van buruk untuk bawa anak2 yang ramai. Ajaibnya, van dia tak pernah rosak teruk. Makanan, walaupun beras tinggal sikit, masak juga..tapi cukup makan anak beranak dan kenyang. Tatkala duit hampir sifar, tiba2 ada orang datang minta tolong baiki letrik (abang ni pandai di bidang letrik), selepas dia tolong baiki dan orang tersebut sedekahkan duit. Bukanlah kerja dia baiki letrik rumah orang, cuma bila dah orang datang minta tolong, dia gi laa tolong tengok tengokkan sebab dia ada kemahiran. Inilah kisah tenteng rezeki yang berkat. Sayang nya I dah lupa nama abang ni. Tapi I masih ingat wajahnya.... wajah yang sentiasa tenang dan happy go lucky. Selalu ketawa....

5 comments:

MM said...

sentiasa redha dan bersyukur kepada setiap rezeki yang diterima dari Allah swt. sentiasa bertawakal setelah berusaha.. insya Allah jiwa kita akan sentiasa tenang, dan cahaya ketenangan akan muncul diwajah seperti Abang iteww... :)

Kak Lia said...

betul...kita hidup secara sederhana....selalu ucapkan syukur...membina hati yg lebih bersih...

al-lavendari said...

Memang sangat tepat awak kata.
Tak ada yang tidak betul, melainkan semuanya betul belaka. Kadang2 kaya tu dalam bentuk kesihatan, bukan sahaja kepada diri sendiri tapi juga kepada anak isteri !

Bagus entri ini sebagai tazkirah kepada saya yang baca pagi Jumaat ini.

captainlukman said...

betul jugak kak aina, kdg kita2 ni asyik bersunggut tak cukup je(saya lah bukan org lain). so atleast lepas ni kene lah kita beringat2....

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

salam azila...lama x masuk sini...

ape khabar?