Gambar lama: Aina ketika berusia 4 hari... fragile sangat... Ingat lagi, I dah hubiby sama2 pakaikan baju dia sebab takut tangan dia patah..hahahaha... nak masukkan sarung tangan pun terkial2 takut jari dia yg halus terseliuh. She was so tiny.
Kejap jer... Hari ni usia Aina dah 7 bulan setengah. Terasa macam baru jer dukung dia masa dia baru lahir dulu, she was very fragile, dan berat dia semasa lahir 3.2kg.
Sekarang, she is not fragile anymore... dah boleh duduk, merangkak malah berdiri tanpa bantuan. Berat dia pun dah 7.5kg... sekali ganda dari masa dia lahir dulu. Dah besar anak mama.
Dan dia amat lah aktif.... dah pandai buka kabinet TV, dah semalam, dah pandai buka laci... Good girl :)... Budak, kalau tak 'mengemas' rasanya tak normal kot. So, kiranya, sekarng ni I ada 'pembantu rumah baru' laaa...hahaha... pembantu yg tolong 'mengemas'.
Keseluruhannya..pengalaman jaga Aina tak laa susah sangat. Dia tak pernah sakit, kecuali raya hari tu jer. Itu lah pertama kali dia sakit. Menangis pun...kiranya boleh toleren laa. Menangis bersebab/ bila perlu.
Keseluruhannya dia seorang bayi yang sihat. Badan dia bersemangat, tapi tak over weight. ramai yang tanya, I bagi susu apa? Mula2 dulu..I tak tau, I tanya sedara..dia kata dia bagi susu Enfalac kat anak dia. I tak tau Enfalac tu ada dua, Enfalac biasa dan Enfalac A+. Farmasi tu kasi Enfalac A+, I pun ambik jer laa. I memang tak tau harga pasaran susu baby masa tu, so I dont question much about the price. Alhamdulillah, Aina serasi dengan susu tu. Masuk dua bulan lebih, baru I tahu yg sedara I tu cuma bagi Enfalac biasa jer. Patut laa I rasa budget susu Aina amat lah tinggi, Enfalac A+, harga dia pun plus plus. Lepas tu I tukar ke Enfalac biasa, memandang kan Aina pun makin kuat minum susu. Tak mampu laa mama nak beli Enfalac A+. Alhmdulillah, masa tukar susu, tiada alahan juga pada Aina.
Masuk usia 6 bulan, kami tukar ker Enfapro (Langkah 2 untuk bayi 6 hingga 18 bulan). Makan pulak...susah sikit, Aina tak berapa gemar bubur nasi. Dia suka potato. I tukar2 laa, nasi, potato dan terbaru I bagi dia sweet potato..dia suka sangat sweet potato. Pada masa yg sama, I ajar Aina makanan segera heinz. Bukannya apa, abah Aina rajin travel, dan dia kalau boleh memang nak bawak anak dia ke mana pun dia pergi. Kalau duduk kat hotel, macam mana nak masak bubur nasi? I cuba bentukkan Aina jadi seorang yg versatile dari segi pemakanan. fav Aina nombor satu ialah mash potato KFC. Tapi I tak bagi selalu... sebab ada garam dalam mash potato tu, sekali sekala jer.
Sekarang ni, dah tak der masa nak online selalu. Aina dah semakin aktif dan kurang tidur.


6 comments:
complete report akak kali ni kikkikikik.. seronok juga baca flashback yang singkat, padat dan jelas ni.
Minum susu ++ sebab tu agaknya daya tahan tubuhnya sangat kuat. Biasanya anak usia segitu bolak-balik rumah sakit dengan berbagai keluhan (Ndru tengok kengkawan yang dah kawin tu selalu gak bawak anak dia gi sepital). Tapi Aina sekali jer.
nanti kalau Aina dah pandai jalan dan memanjat hamm.... kena pandang lekat2 tau kak tak boleh pandang benda lain hehe..
Dah memang pandai memanjat dah pun Ndru... dah berapa kali gedebuk jatuh tilam dah...tapi cuma tilam saja laa sebab katil akak dah robohkan.
hee aina2..gud gurl..bagus aina..memag antibody dia kuatla kak.. sarah plak slalu demam..smpai asik bawa jumpa dktor..dia pn dh takut ngan doktor..dn blh knala dktor plak tu.. emy bg sara minum progress gold wyeth blh thn gak la reganya..nk wat cmner skrg tgh bf si ashraf... kalau blh biarla smpai ashraf 2 thn bf... jimat pun jimat..bagus pun bagus
Amiey,
satu faktor yg buatkan antibody dia kuat, mungkin sebab masa dia kecik dulu, akak massage dia almost everyday. cuba amiey massage ashraf... akak baca, urutan dengan penuh sentuhan kasih sayang juga dapat meningkatkan immune sistem baby. dan pilihan amiey nak bf secara ekslusif memang yg terbaik..dah ada susu manfaatkan lah. Anak makcik akak, bf sampai umur 2 tahun, tak pernah sakit kuat, tak der hingus meleleh2 cam anak org lain.
mama aina. ada pooh dlm plastik. saya rasa elok keluarkan dari plastik dan buang plastik tu. sebab risau si aina ni cerdik. takut plastik tu terbukak, dia keluarkan pooh and dia plak serkup masuk dlm plastik. boleh bahaya kan nyawa. sebab dah ada kes budak lemas bila dia serkup kepala dia ngan beg plastik.
mama aina. ada pooh dlm plastik. saya rasa elok keluarkan dari plastik dan buang plastik tu. sebab risau si aina ni cerdik. takut plastik tu terbukak, dia keluarkan pooh and dia plak serkup masuk dlm plastik. boleh bahaya kan nyawa. sebab dah ada kes budak lemas bila dia serkup kepala dia ngan beg plastik.
Post a Comment