Monday, October 4, 2010

Update dan bebel

Entah napa, malam ni tak dapat nak lelapkan mata. Bila baring, rasa berdebar2...tak dapat tidur. Buka blog ni... alahaiii... memang dah penuh sawang. Sejak I ada Aina Farhana, blog ini agak terabai.


Selain daripada sibuk dan asyik membelek si kecil, I juga rasa tak ada cerita yang nak di updatekan. 24/7 hidup I mengadap si kecil. Tak pernah bosan... senyumannya, tawanya menghiburkan hati (walaupun kadang2 geram bila tak faham kenapa dia menangis).


Aina Farhana, segalanya buat diriku... tengok perkembangan dia hari2... Hari2 dok belek, eh, normal ka anak aku ni. Dia dah poo poo ker belum. Eh, kenapa hari ni dia tak poo poo lagi. Haaa..begitu laa kisah ku hari2.


I tak menyesal tolak tawaran kembali berkerja sepenuh masa, manjadi ibu sepenuh masa, memberi kan I satu kepuasan yg tak terperi, tak dapat digambarkan dengan kata2. Gaji ribuan ringgit, tak dapat menggantikan kepuasan dan keseronokan menjaga anak dengan tangan sendiri.


Berita baru2 ini, bayi 3 bulan meninggal akibat tercekik susu semasa di nursery, buatkan I lagi tak meyesal berhenti kerja sebagai engineer. Ajal maut ditangan Tuhan, tapi... sure rasa ralat kan? I dah dengar banyak pengalaman orang tinggalkan anak dengan pengasuh. Sebab tu I tak sanggup tinggalkan Aina dengan pengasuh/nursery semata2 kerana nak pergi kerja. 14 tahun I mananti... sekarang Allah dah berikan Aina kepada I...ishhh..tak sanggup nak tinggalkan dia. Tapi, I ada perancangan nak hantar Aina ke nursery separuh hari just for her social development.... I perhatikan Aina tak pandai interact dengan bayi2 lain sebab dunia dia cuma mama dan abah. Sekali sekala dia jumpa sepupu2 dia.


Yer, I memang tak ada cerita...cerita I, semuanya mengenai Aina. Inilah perkara terbesar berlaku dalam hidup I.

4 comments:

al-lavendari said...

salam.

kata orang, wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang. bagaimanapun jika sudah mencukupi keperluan, bolehlah tumpukan buat benda lain macam jaga anak. keperluan kepada wang itu, ibarat keperluan kain untuk buat baju. kalau kita perlu 2 meter untuk buat sehelai baju, maka dua meter itu adalah keperluan kita dan perlulah dicari.

macam awak, saya rasa sudah ada lebih pun dari 2 meter itu !

dua anak lelaki saya semasa kecil dulu pun selalu sesak nafas, sampai berbunyi2. semakin mereka membesar, penyakit itu semakin beransur hilang sehingga akhirnya mereka sudah pulih sepenuhnya.

Aina@Azila said...

Al-lavendari,

terima kasih atas nasihat.. kata org bali baju ukur pada badan kan?

hrmm saya rasa, saya ada kain 2 meter, tapi kena pandai potong laa...salah potong, tak cukup jugak kain tu. Hendak pulak badan dah makin tembam hehehhee...

Anonymous said...

astaga! dah besaq bdk aina ni.. 7 months dah haa! jumpanya idak ler lagi. hepi tgk akak yg amatsss hepi brsama aina.. ok la, nk kawen esok laa! nak baby gak!

Aina@Azila said...

Yanz, tu laa akibatnya bila dah setahun tak buka blog hahahaha...
Dah besar dah Aina Farhana. And yes, am so happy dengan kehadiran Aina.

Tak payah tunggu kawin, apply jer anak angkat kat jabatan kebajikan masyarakat. Single pun boleh apply. My relative, lelaki bujang, dah ada 2 anak angkat. dah tadika dah anak yg pertama.