Pada 18 hb December lepas, I balik ke rumah my mother in law untuk beraya. Dari atas pesawat, dah nampak sebahagian negeri Kelantan masih dinaiki air. Kesian mereka, tak dapat beraya. Alhamdulillah, rumah my MIL tak dinaiki air. Kalau rumah my MIL dinaiki air, makna nya satu Kota Bharu dah tenggelam laaa.
Tapi rumah tailor kite orang dinaiki air. Kesian dia. Dua kali usaha nak mengambil baju baru gagal sebab air tinggi.. kali ketiga, iaitu pada petang hari raya haji, I dengan my sister-in-law gigih juga pergi untuk mengambil baju di rumah tailor tu. Dengan bantuan 2 orang anak sedara, kami menggunakan 4 wheel drive my FIL ke rumah tailor tersebut. Terima kasih diatas keberanian anak sedara I drive meredah banjir. Tinggi juga air, sampai di paras lutut. Nasib baik depan rumah tailor tu agak tinggi....
Along, driver yang berani...
Azam, co-driver yang konfiden
Kesian my tailor, katanya, air naik kedalam rumah sehingga paras lutut. Tiga hari dia tinggal dalam air. Nasib baik dia berjaya selamatkan semua baju baju orang letakkan ditempat yang tinggi. Malah beliau sanggup tak pindah walaupun diarahkan berpindah oleh pihak bomba kerana khuatir orang mencuri kain-kain yang ditempah orang. I rasa, beliau layak mendapt anugerah 'Tailor of the year" sebab sanggup berkorban demi baju baju pelanggan.
Tailor tu juga kata, beliau berjaya memindahkan kereta beliau ketempat yang lebih tinggi sebelum banjir melanda. Yang sedihnye, dalam keadaan orang menderita ditimpa bencana banjir, ada juga yang mengambil kesempatan mencuri kereta-kereta tersebut. Malah ada yang masuk ke rumah rumah yang ditinggalkan. Memang puaka betul.....




6 comments:
kesian tgk orang - orang kita still susah lagi kat kelantan kan. insaf I kejap. kita kena bersyukur kan aina, bukan kat doha tu asyik shopping jer.
tu diaaaaaaaa matilah kak aina kene smesh kah? hehehehikssss ni hilang wallet kes gara2 shopping jacket lah ni.huaaaaaaaaaaaaaaa...:((. btw along si driver comey lote plok**ops** kem slm ke dia eh..ke guane mokcik = mak sedara
kannn..comelnya along....mak nak kenal, bleyy??? **oopsss
bestnyer main boh...sambil tengok anok dara angkat kaing sampai betis mengharung air..*larikkkk
dah balik kl lum?
Aidid> Insaf kejap jer ker? Insaf laa lama lama sikit :p .... eh!! orang-orang kat Dubai tu pun shopping tak hengat..
Capt Luke> Along tu comei yer...tengok laa makcik dia dulu he he he..eh, Along tu tak tau kecek kelate laaa. Lidah keras.
Lee> Mung pun nak kenal dengan Along. Boleh I jadi makhayam lepas nih...
DBI> oooo..ini kerje DBI yer, tengok anak dara angkat kain *berpinau mata.
ummi> Dah ada kat KL dah...
Post a Comment