

Shuttle door dekat kaunter yang I beratur tertutup.
Punyer laa tak perihatin, bukannya nak lari, I siap boleh tanya AJ, kenapa shuttle door tu tutup sedang kan jam baru kul 10 malam. Malam masih muda baaa..tak kan dah nak tutup kot. Bukan I jer yang tak lari, semua orang macam tertanya tanya..kenapa? kenapa? tapi masih laa tak bergerak dari troley memasing.

Orang tetap laa beratur nak membayar. Cashier dia dah lari entah ke mana.
Jadi terperangkap laa I dengan AJ and the other shoppers yang tak perihatin kat dalam Carrefour selama 40 minit. Berpeluh gila sebab aircond mati. Oh ya lupa nak cakap, shutttle door tu memisah kan Carrefour tu kepada beberapa section. Kalau I tarperangkap kat bahagian makanan, baik jugak, boleh laa makan makan makanan yang ada kat dalam Carrefour tu kan, sementara tunggu shuttle door tu dibuka. Tapi masalah nyer i kat bahagian furniture dan barangan electrik. Delifrance pun kat bahagian lain..... Kedai yang dekat situ pun kedai buku buku agama.... Memang la dia nak suruh I pergi membelek belek buku agama yang dah sekian lama tak pegang....

Resah menunggu...tak tahu apa yang berlaku.
Kenapa yer? Kenapa yer?

Nak ke mana tu dik, tak leh keluar la dik... Laaa yang makcik makcik sempat lagi shopping bra time orang tengah panic tak tau apa yg berlaku....tu la masyarakat kita kannn. Ambik mudah jer...
Sebaik saja para security berjaya membuka pintu ke arah jalan keluar, I pun cefat cefat laa keluar, tinggalkan saja barang2 yang kononnye nak di beli tadi.
Hari Khamis, I kemas kan rumah yang dah macam tongkang karam. Yer laa kan, asben nak balik esok hari. Malam nyer, Kak Ummi, salah seorang reader kat blog I, called me. Masa tu dia baru balik hantar suami dia balik ker Abu Dhabi....I trus ajak dia temankan I dinner. And she said yes. So we met at Laksa Shake, I order Laksa Johor, Kak Ummi order roti jala. Walaupun pertama kali jumpa, tapi dia memang baik dan friendly. Lepak tak hengat, sampai orang dah nak tutup kedai. Thanks Kak Ummi guna her Jusco Card, so I tak payah bayar parking. Next time kite jumpa lagi yer Kak Ummi.
Masa nak balik, I terserampak pulak dengan my ex office mate, Siti Fatimah, yang dah berpindah ker Frankfurt..ahhh..memang rezeki I nak jumpa ramai orang. Anak dia Alya memang cute. Yer la kann Melayu + Germany.
So, now, as my asben pun dah balik bercuti di Malaysia yang kuchintai .... errrr .. privacy please...


1 comments:
ehh no problem. sebelum balik doha kita jumpa lagi ya.. kali ni tempat best sikitlah ya.. i belanja pulak.
Post a Comment