Tuesday, December 11, 2007

Mari Belajar Geografi - Qatar






Rajah 1: Kedudukan Qatar di peta dunia.

Tahun lepas di bulan December, I ada tulis "Mari Belajar Geografi", tapi ..itu pasal Abu Dhabi. Kali ni, I nak tulis mengenai Qatar pulak.



Qatar merupa sebuah negara kecil yang terletak bersebelahan dengan UAE pada koordinat 25°18′N, 51°31′E. Tapi ia tidak bersempadan dengan UAE, sebaliknya ia bersempadan dengan Saudi Arabia.

Negara Qatar ini berbentuk semenanjung, dengan keluasan hanya 11,437km2 ataupun 4,416 sq mi. Jumlah penduduknya ialah seramai 841,000 (July 2007). Kalau tak silap I, hanya 200,000 sahaja citizens ataupun penduduk asal (Qatari), yang selebihnya ialah pendatang (termasuk lah my asben and I). Majoriti pendatang ialah dari India dan Pakistan hinggakan bahasa hindi dan urdu boleh di anggap bahasa utama.... haaa jangan buat main dengan Kelly Eng kat sini. Pendatang yang ketiga ramai ialah Filipina. Disebabkan kebanyakan pendatang adalah lelaki, jadi bilangan lelaki di Qatar lebih ramai dari wanita...the ratio is about 1.88. Kebanyakan population bertumpu di Doha.


Ibu negara Qatar ialah Doha. Doha ni, jalan dia berselirat... macam spider web. Kalau map kat atas tak jelas, tengok kat bawah.... dan di Doha ini ada berpuluh puluh roundabout. Yessss... Qatari love roundabout very much. Paling tidak pun , dia akan letak tong drum buat round about.

Dari segi geografinya, Qatar terdiri dari tanah pamah yang berpasir. Tak banyak bukit bukau.


Inilah gambaran, keadaan geografi Qatar.... gambar ini di ambil masa my asben dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang terletak 90km dari Doha.


Seluas mata memandang...seperti dunia tiada penghujung........



Dari segi sejarah, Qatar mendapat kemerdekaan pada 3 September 1971 dari British. Sejak dari itu dia mengamalkan corak pemerintahan beraja yang di gelar Emir. Emir yang memegang kuasa sekarang terdiri dari keluarga Al Thani. Namanya Sheik Hamad bin Khalifah Al Thani.




Ini lah dia, Shiekh Hamad bin Khalifah Al Thani yang gumok itu...opppsss jahatnyer aku mengutuk orang. But, he is really really gumokkk... Wife dia maintain kurus. Mesti dia senaman dan makan ubat diet hari hari.



Dan...ini pula, ialah Crown Prince of Qatar, nama nya Sheikh Tameem bin Hamad Al Thani.

Pada pendapat I, Qatar ni tak banyak tempat perlancungan. Ekonominya lebih bertumpu kepada Oil & Gas. Pada awal tahun 20an dan 30an, orang Qatari ni berkerja sebagai nelayan dan mencari mutiara (pearl diving). Pada tahun 40an baru lah minyak di temui. Hingga kini, dikatakan terdapat sebanyak 15 billions barrels of oil reserve, sementara gas reserve pulak sebanyak 800-900 trillion cubic feet. Ini menjadikan rakyat Qatar mempunyai pendapatan perkapita yang tertinggi di Gulf Country lebih kurang $30,000++...and no income tax. Wow..kaya kaya.....

11 comments:

DBI said...

keciknyer qatar..tapi kaya jugak

PUTRAGABAN said...

Dengar cerita orang Qatar kaya-kaya. Tak kerjapun dapat elaun sara hidup yang cukup lumayan. Betul ke Aina..?

عيديد said...

Aina,
I rasa klu tinggal Doha lagi takde godaan shopping kan. Mesti boleh simpan duit lagi byk dan kaya dari orang2 yg kerja kat UAE.

Tapi you dulu hobi mesti shopping jer kan kat AUH.. Tak rindu ke?

Zetty said...
This comment has been removed by the author.
Zetty said...

aina,

i macam perasan ada sempadan Qatar from Abu Dhabi dalam map .. ingat nak pegi Qatar travel by car this coming Raya Haji utk jenjalan .. tuh yg i dah survey map tuh .. tapi u tulis dia cuma bersempadan ngan Arab Saudi aje ... confused i nieh ..

just in case bleh travel by car ke Qatar, ada hotel or apartment yg murah tak kat sana .. i pun tgh survey2 tmpt nak pegi nieh ... thanks aina ..

Anonymous said...

Wahhh.. mak pon baru tau kat mana Qatar rupa2nye! Ahhh.. lepas nih harus mak pon nak cari pak2 arab yg kaya raya kat sana jugak hoh! Tokey minyak!! :P

captainlukman said...

kannnnnnnnnnn THANKS to kak aina yang tetiba jadi cikgu GEOGRAFI!!< mrasa nak tunggu saya buat, tak buat2 nya. Ohyesssssssss memang betul qatari kaya raya, kereta best-best tapi sometime rumah.....ya hamponnn azab jugs, sayangnya sebab full with kelly, mrasa lah diaorg perasan tanah air diaorg.

haaaaaaaaaa kalau nka taw, anak sheikh ada jugs yang jess n yg penting byk anak sheikh tu adik-adik....tak caya ke? tanya lah mak!!! patah gemertap pun ado............**kaw pitam tak??**

and isteri emi...shiekha mozza memang cantik n berbudi pekerti, baik n tak sombong.tapi nok.......muka dia buatlah..tak caya gi lah serve dia, korang boleh cam nya**ops** matiker mak dok charotzzzzz kat dia.......heheheh

Anonymous said...

APE????? xde income tax? fuhhhhhh pakcik kayo! pakcik kaya! dh. toksah verangan la yanz.. ko tu dok m'sia.

fuhhhh sungguh infomative entry akak this time! tp kering kontang sgt la plak kiri-kanan jln tu ek? pokok ijau pon pyh nk jmp haa..

Aina@Azila said...

DBI> Kecik bukan sebarang kecik tau.

Budin > Yes, dia orang dapat elaun, kawin pun kerajaan tanggung tau.

Aidid> Duit tu tak pernah cukup ..tak tau kemana menghilang. Yess..i really miss AUH, turun rumah jer dah nampak kedai.

Aina@Azila said...

Yatie> Qatar & UAE dipisahkan oleh Saudi. I think, its about 1 hour kot u kena melalui Saudi. Klu nak drive ke Qatar, u kena apply 'transit visa' dgn kedutaan saudi dulu. Map tu memang laa menipu!! Hotel & Apt murah?? Jgn harap laa...sama jer macam Dubai rate dia.

G.Selene> Nak cari Pak Arab? Datang laa..Captain Lukman sure tau kat mana nak dapatkan untuk uols.:p

C.Lukman> Sheika Moza tu mesti la nak buat muaka dia, kalu tak Sheik cari hok lain. Amboii...tau segala anak Sheikh ya, mana yg jess mana yg adik adik. Dah pernah cuba ker..

Aina@Azila said...

rockfela gurl> Yer Yanz, bukan saja tak der income tax, tak der read tax, tak ada car tax, kira nya ...pak arab tu tak tahu laa apa makna 'tax' tu...