Sedar tak sedar, sekarang kita dah di penghujung bulan Rejab. Pejam celik pejam celik..dah nak puasa. Dah habis qada' puasa ker? Lepas tu raya puasa, lepas tu pulak raya korban.Alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni my habibi dan I diizinkan Allah berkorban di Kemboja. Kenapa?
Pertama, sebab ianya mudah, boleh di bank-inkan atau deduct dari kredit kad. Sesuai sangat untuk kawan-kawan yang tinggal di oversea yang minoritinya Islam. Hanya RM250/bahagian dapat memberi manfaat kepada ramai orang miskin di Kemboja. Dapat sijil sebagai bukti. Masa I kat Abu Dhabi dah Doha pun, kita orang guna cara ni. Bukannya apa, rasa orang kat Abu Dhabi, Dubai dan Qatar tu dah mewah-mewah belaka. Baik diberi pada mereka yang amat memerlukan. Pada pandangan I laa....
Kedua, I rasa, masyarakat Islam di sana lebih 'memerlukan' daging korban lebih dari orang kat Malaysia. Rata rata orang Malaysia, boleh dikatakan makan daging hari hari. Malah ada yang dah muak makan daging... Sedangkan orang di Kemboja sana hanya dapat merasa daging pada hari raya korban sahaja. Begitu lah daifnya kehidupan mereke....Terdapat 500 ribu umat Islam di Kemboja, dan masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
Ketiga, daripada RM250, hanya 85% digunakan untuk membeli daging korban, manakala sebahagian dari 15% wang baki untuk korban tersebut, digunakan untuk jamuan berbuka puasa. Inilah masanya mereka dapat menikmati makanan yang sedap sedap. Bukan sahaja dapat pahala korban, malah dapat pahala menjamu orang berbuka puasa.

Berbuka puasa daging cicah kicap pun dah cukup buatkan mereka tersenyum (gambar dari korbanaqiqah.com)
Keempat, manakala sebahagian lagi dari 15% tadi, digunakan untuk biaya pelajaran kanak kanak di sana.


Lihat lah daifnya sekolah mereka - (gambar dari korbanaqiqah.com)
Kepada sesiapa yang berminat untuk berkorban di Kemboja, boleh layari web http://www.korbanaqiqah.com.my/
Satu lagi, I berminat dengan sumbangan perigi. Di Kemboja, musim keringnya menjangkau hingga 4 bulan. Jadi perigi amat diperlukan. Bayangkan, sekiranya kita menyumbangkan satu perigi, selagi air perigi itu mengalir, selagi itulah pahala mengalir ke saham akhirat kita.



3 comments:
Alhamdulillah! Mak insaf noks!!! Good on you girl to put this up..canang canang dan prompangkan ke seluruh dunia *HUGS*
Yer laa, untuk orang yg tinggal merantau, yg susah nak berkorban tu. Sevis ni mudah dan terjamin. Guna kredit card jer. Bukan mahal pun, RM250 jer nok.
Insafkan tengok mereka...kite ni makan daging hari hari sampai naik muak. Die orang dapat makan daging cicah kicap pun dah senyum sampai ke telinga.
dah browse kat web tu..but tak bagitau pun...sampai bila boleh buat korban...etc...berminat gak berkorban dari sini...(just nak tahu dateline penyertaan)
Post a Comment